nuffnang

NUFF

Ahad, 3 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -10- Kenali Sejarah Silam di Muzium Nasional Gyeongju

Kalau tak silap, sekitar jam 11 pagi kami mula gerak ke Gyeongju National Museum. Gambar kat bawah ni aku cilok dari website Korea Tourism Organization. Jalan kaki memang tak jauh pun. Jarak Anapji Pond dengan muzium tu hampir 500m je.


Dari Anapji Pond, kami lintas jalan raya. Jalan raya kat sini lengang saja. Tak banyak kenderaan. Lagipun agak mudah nak melintasi jalan kerana ada lampu isyarat berhampirannya.

Gambar kat bawah ni diambil sewaktu kami menuju ke muzium. Aku berpaling ke belakang dan snap gambar Anapji pond dari kejauhan. Ada tempat parkir di hadapan Anapji Pond tu.


Setibanya kami berhampiran pintu masuk muzium, sekumpulan manusia berbasikal lalu di sebelah kami. Mereka senyum-senyum pada kami dan kami juga berbalas senyuman. Rasanya mereka juga mahu melawat muzium.

Kami berdua terfikir juga kalau dapat berbasikal mengeliling gyeongju. Banyak tempat menarik luas kawasannya, jadi kami kena menapak lebih banyak walaupun sesetengahnya letaknya cuma bersebelahan sahaja.



Inilah National Museum of Gyeongju! Seperti yang ramai sedia maklum, bergambar di dalam muzium adalah dilarang sama sekali. Jadi aku tidak dapat nak tunjuk keadaan dan gambar-gambar dalam muzium, (Sebenarnya ada satu dua gambar aku ambil secara curi-curi, tapi takut pula nak masukkan di sini, hehehe)

Ayuh, kita jelajah muzium ni. Berbaloi datang ke sini kerana kita akan tahu lebih jelas tentang sejarah korea. Secara peribadinya, susun atur dalam muzium juga menarik untuk aku membacanya.




Kawasan muzium sangat luas. Ada beberapa ruangan yang dengan tema-tema tertentu. Tempat dan persekitaran muzium ini juga cantik. Kami banyak habiskan masa untuk hadam dan memahami maklumat yang tersedia sepanjang lawatan kami ke Gyeongju National Museum ini.



Kalau tak silap kami, ada tempat letak beg disediakan di sini. Oleh kerana salah satu peraturannya tidak membenarkan beg galas d bawa masuk, jadi kami tinggalkannya di tempat simpanan yang dikhaskan.

Kami keluar muzium dan bergerak ke destinasi seterusnya berdasarkan peta yang dibekalkan oleh petugas di pondok tourist information pagi tadi. Laluan yang kami ambil ini akan membuat satu pusingan yang akan meliputi beberapa tempat menarik.

Bersambung..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...