Kami sampai di Haeundae Station dari Gyeongju kira-kira jam 7.30pm, waktu itu hari sememangnya sudah gelap. Ditambah pula dengan cuaca yang berangin dan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami di Haeundae.
Bermula mimpi ngeri bagi kami berdua di sini akibat kekurangan informasi dan tidak up-to-date pada perubahan. Nak tahu apa yang terjadi?
"Sir, can you give me direction to Metro or Subway Haeundae Station?" aku mengajukan soalan pada polis yang kebetulan bertugas dan lalu dalam bangunan stesen keretapi Haeundae.
"You need to take a taxi there"
"By taxi? Does this station next to each other, right?"
"No, sir. This is new station!"
Ahh.. sudah!
Pada awalnya, aku menyangka bahawa stesen keretapi Haeundae dan Metro(subway) Station Haeundae berada bersebelahan antara satu sama lain. Maklumat ini betul sebenarnya sehingga 4 bulan sebelum aku berlepas ke Busan, Korea Selatan.
Rupa-rupanya, Stesen keretapi Hauendae telah berpindah dan beroperasi di lokasi baru yang letaknya kira-kira beberapa kilometer dari lokasi asal!
Aku sebenarnya tak mahu naik teksi kalau boleh, nak jimatkan kos. Otak aku tiba-tiba rasa serabut dan rasa sedikit tekanan. Sebenarnya penginapan kami hanya perlu berjalan kaki dari Metro Haeundae Station.
Aku ambil langkah merehatkan minda sekejap dengan duduk kat kerusi. Aku minta Jiji pergi kaunter tiket kat dalam terminal/stesen tu dan tolong tanyakan kat mana nak tunggu bas serta mensahihkan semula maklumat yang aku dapat dari polis tadi.
Selepas Jiji datang semula kat aku, dia mengiyakannya dan penerangan yang diberi oleh akak penjaga kaunter tu agak mengelirukan. Mungkin dia kurang faham kot.
Takpe la, kami ambil inisiatif pergi keluar kat bus stop yang akak kaunter tadi bagitahu. Aku nak tengok jadual bas ada kat situ. Agak pening aku nak fahamkannya kerana semuanya ditulis dalam tulisan hangul, bahasa korea!
Jam ketika itu sudah melewati 8 malam, kami kena bertindak cepat. Setiap kali bas lalu, aku pergi tanya kat driver, "Haeundae Beach?
Dah lebih tiga buah bas aku tanya tapi semuanya tak lalu kat Haeudae Beach. Kami pasrah je kalau terpaksa naik teksi lepas ni. Tapi nak cari kelibat teksi kat area bus stop tu pun agak susah!
Nasib menyebelahi kami (dalam kami hampir berputus asa) apabila pemandu bas terakhir (sebab lepas ni, kami berhajat nak cari teksi je) sanggup drop kami di satu simpang berdekatan Haeudae Beach sedangkan dia kata bukan laluan bas tersebut!
Syukur, dapat juga kami naik bas! Dalam bas cuma ada kami berdua sahaja. Pemandu bas tu kata, bas ni dah terkeluar dari route sebenar dan ramai pelancong luar yang tidak tahu akan perubahan lokasi stesen keretapi tersebut. Yalah, baru 4 bulan ianya beroperasi di tempat baru!
Bersambung..
Bermula mimpi ngeri bagi kami berdua di sini akibat kekurangan informasi dan tidak up-to-date pada perubahan. Nak tahu apa yang terjadi?
"Sir, can you give me direction to Metro or Subway Haeundae Station?" aku mengajukan soalan pada polis yang kebetulan bertugas dan lalu dalam bangunan stesen keretapi Haeundae.
"You need to take a taxi there"
"By taxi? Does this station next to each other, right?"
"No, sir. This is new station!"
Ahh.. sudah!
Pada awalnya, aku menyangka bahawa stesen keretapi Haeundae dan Metro(subway) Station Haeundae berada bersebelahan antara satu sama lain. Maklumat ini betul sebenarnya sehingga 4 bulan sebelum aku berlepas ke Busan, Korea Selatan.
Rupa-rupanya, Stesen keretapi Hauendae telah berpindah dan beroperasi di lokasi baru yang letaknya kira-kira beberapa kilometer dari lokasi asal!
gambar ehsan google. Stesen Haeundae baru. Kami sampai dah malam dah.. |
Aku ambil langkah merehatkan minda sekejap dengan duduk kat kerusi. Aku minta Jiji pergi kaunter tiket kat dalam terminal/stesen tu dan tolong tanyakan kat mana nak tunggu bas serta mensahihkan semula maklumat yang aku dapat dari polis tadi.
Selepas Jiji datang semula kat aku, dia mengiyakannya dan penerangan yang diberi oleh akak penjaga kaunter tu agak mengelirukan. Mungkin dia kurang faham kot.
Takpe la, kami ambil inisiatif pergi keluar kat bus stop yang akak kaunter tadi bagitahu. Aku nak tengok jadual bas ada kat situ. Agak pening aku nak fahamkannya kerana semuanya ditulis dalam tulisan hangul, bahasa korea!
Jam ketika itu sudah melewati 8 malam, kami kena bertindak cepat. Setiap kali bas lalu, aku pergi tanya kat driver, "Haeundae Beach?
Dah lebih tiga buah bas aku tanya tapi semuanya tak lalu kat Haeudae Beach. Kami pasrah je kalau terpaksa naik teksi lepas ni. Tapi nak cari kelibat teksi kat area bus stop tu pun agak susah!
Nasib menyebelahi kami (dalam kami hampir berputus asa) apabila pemandu bas terakhir (sebab lepas ni, kami berhajat nak cari teksi je) sanggup drop kami di satu simpang berdekatan Haeudae Beach sedangkan dia kata bukan laluan bas tersebut!
Bulatan merah adalah lokasi stesen keretapi Haeundae dan bulatan hijau Metro/subway Haeundae Station. Jauh jaraknya! Penginapan kami tak jauh dari stesen Metro dalam bulatan hijau tu! |
Bersambung..
Baiknya driver bus tu.. snggup hntr u all wpon bkn laluan die.... x sia2 tunggu smpai lewat..hehe x pyh naik teksi... mhl juga klu naik teksi tu...
BalasPadammemang baik driver bas tu, sampai kami turun kat simpang jalan ke hauendae beach tu, dia siap tunjuk-tunjuk arah dengan jari telunjuknya supaya kami tak tersesat ke haeundae beach.
Padambanyak kali jugak kami ucapkan terima kasih sebelum turun bas tu.
rasanya, driver bas tu kesian kat kami berdua kot, dan kebetulan basnya kosong. yang menariknya, macam ayam itik kami berkomunikasi sebab driver bas tu tak mahir cakap omputeh.