Alhamdulillah kerana dengan izin dan rahmat-Nya, kami akhirnya dapat tiba di Haeundae beach dengan selamat.
Rencana aku pada malam tersebut adalah untuk ke Gwangalli Beach dan melihat Gwangalli Bridge dulu selepas sampai di Haeundae Station. Jadi, terpaksa tunda untuk malam esoknya jawabnya. Kenapa? Baca kisahnya di sini.
Sekali lagi, aku tak sangka rupanya pakcik driver bas turunkan kami betul-betul di simpang jalan menuju ke Haeundae beach itu yang berdekatan Metro Haeundae Station! Ini memudahkan kami mengecam jalan ke guesthouse yang kami dah tempah melalui booking.com.
Penginapan kami kali ini adalah penginapan yang digemari oleh backpaker iaitu dormitory. Dalam bilik kami ada 6 bah katil kalau tak silap.
Maaf ya, aku terlupa nak snap gambar penginapan kami. Sila ikut panduan kat bawah ni. Aku dapat panduan ni daripada emel yang dihantar oleh pihak 24Guesthouse Hauendae tu.

24Guesthouse Haeundae (booking.com) - krw25,000/person
Address : HaewolBldg 4F, 542-5, U1-dong, Haeundae-gu, Busan, Korea
|
Tel : +82-51-746-2482
|
Fax : +82-51-747-2481
|
Airpot-Limo :
You can take the ‘Haeundae 2′ at the international terminal and alight from the limo at the ‘Nobotel Ambassadors Hotel station’.
Then, please walk for a minute toward ‘BusanAquarium’ and you would need
three more minute for going straight after crossing the street to see our ’24 Guesthouse Haeundae’.
Subway :
As soon as you get off the subway at the ‘Haeundae station’ on the , need to com No. 5 exit. You can see our ’24 Guesthouse Haeundae’ after going straight for just two minutes. Tak susah nak cari penginapan ni. Cuma kena lebih cakna dengan papantanda guesthouse tu aje. Lokasi penginapan ini agak baik kerana tidak jauh dari pantai Haeundae yang terkenal tu.
Guesthouse ni letaknya di tingkat atas. Kena naik lif untuk sampai ke floor guesthouse ni. Kalau tak silap kat floor 3 atau 4 macam tu. Kat lantai paling bawahnya ada kedai serbaneka.
Guesthouse yang kami inap ini masih baru ketika itu. Jadi barang-barang dan perabot agak terawat dan masih cantik lagi. Aku suka konsep plain dan kekemasan bilik dorm diorang ni. Satu lagi, dalam dormitory ni, ada port untuk mengecas kat katil masing-masing. Dan yang paling penting, bilik air dalam dorm tu. Tak perlu lah nak keluar masuk dorm kalau toilet letaknya kat luar. Bagus, walaupun shared bathroom/toilet, masih dalam bilik! Nampak tak meja makan panjang kat bawah ni, kat sini la kami dinner. Makan maggi yang kami bawak dari malaysia dan sedikit kudapan yang kami beli kat kedai serbaneka kat ground floor tu. Malam tu, kami cuma jalan-jalan sekitar tempat penginapan kami sahaja. Dalam masa yang sama tengah servey, kot-kot ada restoran halal kat haeundae beach tu. Kami perasan ada satu kedai makan india atau timur tengah macam tu tapi tak pergi ushar dekat pun sebab kami dah kenyang makan maggi sebelum tu. *semua gambar dipetik dari google. bersambung.. |
Kalau susah sangat nak cari makan, pergi je ke Lotgteria cari burger udang... sangat sedap...
BalasPadam