



sebelum aku bercerita, izinkan aku memanjat kesyukuran kerana tidak mengalami sebarang kecederaan oleh ular tersebut. Alhamdulillah..
Kisahnya bermula begini; tepat pukul 12 malam aku terasa mahu kencing & terus menuju ke toilet. Slps merembeskan apa yg patut, aku keluar & terperasan sesuatu di cermin tingkap dapur (yg terletak cuma kurang 2meter dari aku).
Kusangka kain buruk bergulung yg tersangkut atau kayu, rupanya ular! Apa lagi, segara aku turun rumah & mendapatkn bantuan tukang masak 'yg berani'.
Akhirnya ular mati dipalu dgn pembaris meter. Gila. Membunuh ular di tengah malam & pakai pembaris kayu yg panjang 1meter tu!
§ § §
lokasi - kuarters/rumah guru
insiden - ular masuk rumah
ulasan - mujur sedar awal, kalau dh merayap masuk bilik tidur, amat bahaya.
tindakan susulan - bersihkn semak samun kat tepi dapur rumah.