nuffnang

NUFF

Selasa, 18 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 3 (SEONGSAN ILCHULBONG SUNRISE)

Day 2 - Seongsan Ilchulbong [6 jun]

Seawal pukul 4.30 pagi aku dah terjaga dari tidur, rasa memang sangat mengantuk tapi hati aku memang teruja nak menikmati pemandangan pagi yang maha indah di puncak Ilchulbong. Tak boleh bermalas-malasan, aku terus ke kamar mandi dan membersihkan diri. Solat. Dan bersiap-siap mahu memanjat anak tangga ke puncak keagungan ciptaan Ilahi!



Jam 5pagi aku mula mengorak langkah keluar dari hotel. Oleh kerana malam sebelumnya aku tercari-cari lokasi hotel, maka aku dah boleh agak selok belok jalan sekitar hotel sikit-sikit. Tak ada masalah kalau aku berjalan sorang-sorang pun. Ingat nak tanya pasal direction ke ilchulbong pada owner hotel, tapi bila jenguk kat kaunter tak jumpa.

Pagi tu agak sejuk. Aku memang meluap-luap nak menyaksikan keindahan dan keunikan Seogsan Ilchulbong yang mana telah diwartakan sebagai salah satu warisan dunia oleh UNESCO!

Ayuh kita berjalan laju..

Sebaik sahaja keluar dari kawasan hotel ambil arah ke sebelah kanan. Bergerak lurus sahaja sampai jumpa bangunan ini. *kualiti gambar kurang sebab pakai henset je, berjalan sambil snap*

 Laluan ini salah satu trek Olle yang ada di Jeju. Apa itu Olle? Baca di sini.

 Jeju Olle Trail

 Puncak Ilchulbong dari kejauhan

 Akan jumpa gereja ni dalam perjalanan dari hotel ke seogsan ilchulbong park

Dunkin Donut ni kita akan jumpa bila nak sampai kat entrance park tu. Nun dihujung sana, lampu merah yang kelihatan tu adalah gate park.

 Baca dulu signboard ni. Belakangnya tempat parking kereta.

 Pagi masih awal. Suasana amat sejuk

Lepas bayar fee sebanyak 2,000won masuk la dengan gembira

Antara pengikhtirafan yang diterima seogsan ilchulbong

Pertunjukan penyelam wanita tanpa peralatan khusus untuk menyelam, dijadualkan jam 1pm dan 3pm. Tak sempat la aku nak nengok. Okeh, glamer tau pasal Jeju Women diver ni! Diaorang buat apa smpai glamer?

Jom kita layan pemandangan kat area bawah ni dulu sebelum kita naik anak tangga ke atas.









Cukup, cukup.. kita belajar mengira anak tangga pulak..









Dan kemuncaknya kita akan sampai ke puncak selepas terpongeh-pongeh naik laluan bertangga yang lamanya hampir 20 minit. Sunrise kat sini pukul 5.24 pagi. Tapi..

Semua itu hampa..

hampa..

hampa..

*bayang kan pasu dihempas sbg effect kecewa keterlaluan!

kenapa? kenapa? kenapa di puncak ilchulbong berkabus? Oh, tidak! Okey..kita tengok kabus je la. Matahari pun tak tau ke mana menghilang. Tebal sangat kabus.

Apapun, enjoy the scenery *air mata mengalir lesu*








 Bandar kecil seogsan pun tak nampak langsung dari puncak!

Pulanglah kamu dengan kecewa. Moh la kita turun..






























Eh..eh.. sebelum kita balik, kita ikut makcik ni turun ke tapak pertunjukkan penyelam wanita yang glamer tu.

  makcik, tak sedar ke I ekori U? 












 Pasirnya hitam. Biasalah, kawasan volcano ketika dulu..

Dah.. pastu naik semula dan menuju ke hotel pula untuk breakfast..








Okey, bersambung lagi.. tau tak aku makan apa sebagai sarapan pagi tu setelah agak kecewa di dinihari?
tunggu next entry..

Ahad, 16 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 2 (MENUJU JEJU)

Day 1 - Pulau Jeju menantiku [5 jun]

Korang tau tak bahawa Jeju Island merupakan salah satu daripada 7 keajaiban alam yang baharu (New 7 Wonders of Nature)? Ianya seangkatan dengan Hutan Amazon, Halong Bay, Pulau Komodo dan 3 lagi yang lain.

*mati lah, awal-awal dah kena sumbat dengan fakta*

Okey, sambung balik kisah lepas.. Aku tiba di Gimpo Airport dah awal, tapi flitenya pula delay. Cuma 10 minit je delay. Bila naik je pesawat Easterjet tu, aku perasan bahawa dindingnya didekorasi dengan lukisan mural. Perjalanan dari Gimpo ke Jeju mengambil masa sekitar 1jam.

Eastarjet landing dengan selamatnya jam 7.45 ptg. ketika itu hari mulai gelap. Aku langsung keluar dari balai ketibaan dan mencari-cari kaunter informasi. Jumpa. Jangan lupa dapatkan map pulau Jeju dan jadual bas. Akak kaunter tu memang bagus speakingnya dan menyarankan aku ambil bas no.100 di Gate 2 untuk ke Jeju intercity terminal.


Hampir 10 minit menunggu, bas no.100 tiba.

"Sir, are you going to Terminal?"

Pakcik driver bas tu hanya pandai angguk sahaja. Tambang bas boleh dibayar menggunakan kad T-Money atau pun secara tunai. Tambangnya 1,000won.

Kira-kira 15 min bergerak, bas sampai di Terminal (merupakan hentian kedua setelah melewati hentian pertamanya (lupa nama hentian pertama ni).

Aku terus masuk ke dalam bangunan terminal dan mencari bas yang menuju ke Seongsan. Melalui pembacaan, aku kena cari tiang no.4 iaitu Dongilju bus yang melalui laluan timur sebelum ke Seogwipo.



Aku mahu ke Seongsan (Sungsan?) kerana hotel aku terletak di Seongsan Ilchulbong. Nama hotel yang aku booking tu Ilchulbong Hotel dengan kadar 39,000won satu malam. Konsider murah jugak la sebab katilnya double. Aku sengaja book hotel (bukan hostel) sebab nak merasai suasana hotel di korea sedangkan aku datang sorang je!

Bas terakhir bergerak dari terminal ini adalah pada jam 9.00malam. Alhamdulillah, aku sempat naik bas yang  bertolak jam 8.20 malam. Perjalanan ke Ilchulbong mengambil masa kira-kira 2 jam kerana bas henti-henti ini akan melalui banyak hentian.

Pemandu bas memang prihatin dengan pelancong luar. Aku nyaris tersalah turun hentian tapi si oppa pemandu bas tu halang aku. Mujur aku tak depart kat hentian seongsan ilchulbong, sepatutnya aku kena turun kat hentian seongsan office kerana ianya terletak dalam kawasan bandar & hotel tak jauh dari situ!

Bila aku turun dari bas, aku jadi blur. Tak tau nak ke kiri atau ke kanan. Mana hotel? Dengan gelap malamnya. Susah aku nak kenalpasti bangunan.

"ah, tanya aje la orang kat dalam kedai tu.." begitu aku bermonolog

Aku mintak tolong dengan sorang brader dalam kedai makan tu, dan hasilnya amat menghampakan. Dia tak tau cakap omputih tapi masih berusaha untuk bagi petunjuk. Aku tanya pasal Ilchulbong hotel, dia bagi direction ke Ilchulbong park!

Instinct aku memang rasa brader tu bagi salah direction, tak mungkin hotel kena lalu kawasan luar daripada bandar ni. So, aku mintak tolong dengan makcik yang jaga kedai/mart. Walaupun dia tak faham bahasa inggeris tapi bila aku sebut "hotel" dia tau.. orang korea memang suka membantu. makcik tu siap bagi isyarat dan suruh aku ekori dia. Sampai agak-agak jauh dari kedai/mart nya tu, makcik tu suruh aku ambil satu simpang lalu belok ke kanan (bahasa isyarat).

Gamsahamnida makcik! Meskipun dia tak dapat bawak aku terus ke hotel (maybe kedainya takde org nk jaga) tapi pandu arah nya menyelamatkan aku sesat di kelam malam. Hotel tu tak jauh pun sebenarnya.

Setibanya di hotel, memang dah takde sesiapa kat lobby kecuali onwer hotel. aku diberi bilik menghadap seongsang ilchulbong park. walla! Dan biliknya pula terlalu besar, boleh muat 4 orang. Bilik twin je pun..

Dalam bilik ada tv dan yang penting skali, ada wifi yang laju! selain daripada tu turut disediakan hairdryer dan peti sejuk. Apalagi, terus aku landing kepenatan sambil meng-onlinekan diri. Sebelum tidur, aku mandi dulu dalam bath tub, lama aku berendam.. baru hilang rasa lenguh. TV aku on je walaupun aku ketiduran. hahaha..

Esok pagi kena bangun awal lagi. Subuh kat sini awal wehhh.. jam 3.30pagi! Aku bangun awal kerana ada satu misi. Pukul 5 pagi dah keluar hotel. Apa misi tu??..




(tunggu next episod..)

.

Sabtu, 15 Jun 2013

TRAVEL: KOREA SELATAN, PERLU KE GWIYOMI? PART 1 (PERJALANAN KE SEOUL)

Day 1 - Perjalanan ke Korea [5 jun]

Penantian hampir 6 bulan, akhirnya menjadi kenyataan. Tiket penerbangan pergi balik AirAsia ke Seoul  telah dibeli akhir tahun lepas, kebetulan ada promosi murah. Apa lagi, terus je aku beli sedangkan aku memang tak terfikir nak melancong ke situ. Kerana aku bukannya peminat cerita korea apatah lagi peminat k-pop!

Baiklah, aku ke sana cuma 5 hari sahaja. Tapi cuba memaksimumkan tempat menarik untuk dijelajah di sana. Kalau diikutkan pengiraan, sebenarnya aku cuma ada 3 hari penuh sahaja meneroka negara kimchi tu! Dan yang paling hebat, sempat juga aku meletakkan Pulau Jeju sebagai destinasi lawatan aku!

5 Jun
Jam 8 pagi waktu malaysia, pesawat e330 membawa aku terus ke lapangan terbang Incheon, Korea Selatan. Sebelum berlepas, last-last minute aku sempat pilih beli window seat (Quiet Zone) berharga rm35 dan alhamdulillah, dua seat sebelah aku memang kosong. Jadi, aku dapat berbaring kat seat kosong tu.




Dalam perjalanan yang memakan masa sekitar 6 jam setengah tu, aku dah book dua set meal. Nasi lemak Pak Nasir aku makan dulu, lepas tu aku tidur sehinggalah tinggal 50 minit lagi sebelum flight landing. Hidangan kedua aku belum lagi di-claim. Cepat-cepat aku panggil pramugara dan mintak supaya hidangan kedua itu ditapau. Tapi, katanya pihak kastam & imigresen korea tak benarkan makanan tu melepasi mereka di airport. Maka, aku terpaksa makan dengan gelojoh kerana pesawat akan landing tak lama lagi. Aku tak puashati betul, sedangkan apabila aku melepasi pihak kastam & imigresen, diorang tak scan pun beg/bagasi aku..rasanya kalau aku bungkus makanan tu bawak turun dari flight, lepas je!



Tiba di airport Incheon tepat pada waktu yang dijadualkan. Pukul 3.25pm waktu korea aku keluar dari perut pesawat. Otak sewaktu itu amat fokus pada flite seterusnya iaitu ke Jeju. Dari Incheon perlu ke Gimpo airport untuk naik pesawat Eastarjet ke Jeju! Boarding time ke Jeju adalah pukul 6.30pm, at least aku kena berada di Gimpo 45min sebelum berlepas. Lagi merunsingkan, aku belum lagi check-in flite tu!



Seingat aku, aku melepasi imigresen jam 3.50ptg sebab aku antara orang terawal keluar dari pesawat hanya berbackpack sahaja.

Sampai aje di balai ketibaan, aku terus mencari kedai serbaneka. Mata aku jumpa kedai 7eleven dulu. Apa lagi, terus melangkah laju dan beli kad T-Money. Aku reload terus 20ribu won. Kad ni sangat-sangat berguna untuk menggunakan pengangkutan awam di sana. Semacam kad touchNgo kalau di Malaysia. Kalau nak beli makanan guna kad ni kat kedai serbaneka pun boleh.



Kemudian, aku melilau cari information counter untuk mendapatkan peta subway. Dah dapat info & apa yang aku nak, aku terus ke airport railroad tren ke gimpo. mudah je. Cari je signange Airport railroad tu. Tambang tren ke gimpo airport kalau tak silap 3,850 won. Kira-kira 30min perjalanan je.

Sampai di Gimpo Airport masih lagi awal, sekitar jam 4.45pm. Kaunter Easterjet terletak sebelah paling kanan pada aras check-in counter.



Aku ada sejam setengah lagi sebelum boarding. Mula-mula mahu ke Lotte mall yang terletak bersebelahan Gimpo Airport, tapi aku fikir akan membuang kudrat je. Jadi, aku terus je ke ruang menunggu. Sempat minum kopi dan solat jamak kat situ. Oleh kerana gate aku terletak agak tersorok dan waktu masih awal (boarding), aku solat beralaskan kain pelikat je tanpa disedari oleh orang lain.

Sebelum aku sambung kisah seterusnya, kat sini aku senaraikan tempat-tempat menarik yang sempat aku jejak sepanjang 5hari 4malam di Korea.

*sila klik list kat bawah ni untuk tahu lebih lanjut tempat yang aku lawati tuh..

Tempat menarik di pulau Jeju yang dilawat 
1. Seongsan Ilchulbong (sunrise peak)
2. Seopjikoji
3. Gimnyeong Maze Park
4. Manjanggul Cave
5. Sangumburi Crater
6. Seongeup folk village
7. Jeongbang falls
8. Cheonjiyeon falls
9. Jusangjeolli cliff
10. Cheonjeyeon falls
11. Swiri hill (to observe Jungmun beach)
12. Mysterious road
13. Love Land park
14. Mount Halla-san (hiking/trekking)
15. Jeju National Museum
16. Yongduam rock

Tempat menarik di Seoul yang diterjah
1. Cheongyecheon Stream
2. Dongdaemun shopping centre
3. Night tour bus (Crossing Hangang river)
4. Namdaemun market
5. City Hall Plaza
6. National Museum of Korea
7. Korean War Memorial Park
8. Itaewon (Mosque)
9. Changdeokgung palace
10. Insadong
11. National folk museum
12. Gyeongbokgung palace (changing ceremony)
13. Myeongdang
14. N-seoul tower & Namsam cable car
15. Seoul city tour bus route

Kesannya, kaki aku sakit & melecet sebab berkunjung ke semua tempat menarik tersebut dan kalau diikutkan sebenarnya aku cover semua tu dalam masa 3 hari je (hari pertama & terakhir cuma habis masa dlm flite je) *pitam*

Kalau pergi beramai-ramai memang tak sempat punya. Nasib la aku lone ranjer jer pegi sendiri..




(bersambung.. Menuju ke Jeju)

Khamis, 25 April 2013

TRAVEL: HAT YAI, SELATAN THAILAND (MUKADDIMAH)

Hujung minggu baru ni, aku berkesempatan buat short trip ke Hat Yai. Dari bumi kenyalang aku menerbangkan diri ke Kuala Lumpur dan kemudian baru la ke sambung penerbangan ke Hat Yai.
*Begitu la gigihnya aku kalau mahu menjayakan trip solo ke mana-mana!

Aku ni, kalau dah dirasuk rasa malas memang tak de mood la nak tulis entri. Entri pasal solo trip yang lepas masih berlambak-lambak lagi yang belum siap. Kejap, aku nak ingat balik entri travel mana yang belum aku tulis.. hokey, entri yang tak siap-siap sambungannya ialah trip ke Bangkok, Padang-Bukittinggi, dan Semarang. Entri yang tak muncul-muncul adalah trip ke Cambodia, Vietnam, Balikpapan dan Makassar. Ada lagi kot yang tertinggal..

Back to the point, trip aku ke Hat Yai ni lebih kepada trip makan-makan dan tempat menarik yang aku dah target nak pergi iaitu Pasar Terapung Klong-Hae.


Aku menginap kat Tune Hotel Hat Yai sepanjang di sana

Jambatan yang menghubungkan laluan ke Klong-hae floating market

Yum-yum.. burp! makan sampai kenyang..

jangan lupa mencuba pulut mangga!

tuk-tuk di sana

meninggalkan bumi hat yai dengan air asia


Tunggu la entry selanjutnya dalam beberapa bulan lagi! hahaha.. Ok, ok, aku tipu.. tunggu la sehingga

kerajinan aku tu datang ye.

Rabu, 24 April 2013

MARI UJI MINDA DENGAN TANGRAM

Fuhh.. lama aku tak menaip kat blog ni. Anyway, apa kabar semuaaah..!!!
 *matilah, tak de peminat pun nak sahut

Okey, tetiba aku terasa nak tulis pasal aktiviti kat sekolah pulak. Dan sebelum tuh, pernah tak korang tahu pasal tangram? apa ke benda tuh?

Tangram ni sebenarnya satu permainan yang menguji minda di mana kepingan-kepingan bentuk kecil (ada 7 semuanya) perlu dicantumkan supaya menjadi sebuah segiempat sama. Bunyi macam simple aje akan? Tapi agak susah sikit.

Kebetulan tempoh hari, aku ada terbaca kat blog rakan blogger aku pasal benda ni. Cuba layan kat sini ceritanya pasal tangram.

So, pada hujung minggu baru ni, aku buat short trip sorang-sorang ke Hat Yai, Thailand dan berkesempatan membeli permainan ini. Tangram yang dibuat dalam kepingan blok-blok kayu. Seronok la kalau dilihat dan dipegang berbanding menggunakan kaedah konvensional iaitu guntingan kepingan kertas.

Kepingan blok kayu tangram yang dibeli di Hat Yai, thailand baru-baru ni.

Jadi, aku uji permainan ni kepada murid-murid aku. Ada yang dapat buat tapi ambil masa yang agak lama juga dan ada yang ambil masa terlalu  lama sehinggakan kena sambung semula untuk keesokan hari persekolahan!
Menyusun ceraian-ceraian tangram lebih seronok kerana tersedianya kotak berbingkai 

Errm, aku dulu pun pernah cuba benda permainan ujiminda ni. Kalau tak silap masa zaman aku sekolah dulu. Ambil masa lama jugak la kerana tak ada border(sempadan) bagi segiempat sama tu, mungkin lagi cepat kalau disediakannya. Kita cuma perlu susun kepingan-kepingan itu mengikut luas/sempadan yang ditetapkan.

Kalau dah siap, boleh tutup dengan penutupnya dan disimpan ditempat yang selamat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...