nuffnang

NUFF

Isnin, 14 Disember 2015

[TRAVEL] Rayani Air Buka Tempahan Dengan Promo Serendah RM39

Rasanya ramai yang sedar tentang kewujudan syarikat penerbangan tempatan baharu yang menggunakan warna tema hijau dan biru iaitu Rayani Air. Promosi yang ditawarkan pun boleh dikatakan murah.

Bawah ni merupakan promosi terkini rayani air. Murah. Cepat-cepat la grab promosi ni. Aku harap akan muncul promosi yang sangat murah oleh rayani air pada masa akan datang!


Setahun yang lalu, Rayani Air mula diperkenalkan dengan jangkaan menerajui penerbangan (yang mewakili bidang pelancongan) yang mana hubnya adalah Melaka tetapi, entah bagaimana percaturan perniagaan dan mungkin berlaku perubahan di pihak pengurusan, maka wujudlah Rayani Air yang sekarang.

Berubah dari menggunakan warna merah kepada hijau-biru, Rayani Air memulakan misi barunya yang berpengkalan(hub) di Langkawi terus aktif mempromosikan syarikat penerbangannya sejak suku keempat tahun ini.

Dan, kelmarin merupakan detik bersejarah di mana julung kalinya tempahan online dibuka kepada umum melalui websitenya www.rayaniair.com




Melalui pemahaman aku tentang Rayani Air ini adalah:
1. Merupakan syarikat penerbangan yang patuh syariah (dikatakan islamik sikit) walaupun pengasasnya bukannya islam.
2. Bukannya no-frill airlines seperti AirAsia, kerana sudah tersedia makanan/refreshment, bagasi 20kg/40kg.
3. Menggunakan dua pesawat yang sudah dipakai (bukan pesawat baru) sebagai permulaan bisnes.
4. Hub penerbangannya adalah Langkawi.

Berikut adalah antara kata-kata yang dipetik melalui facebook Rayani Air

Jom terbang bersama-sama kami dengan harga promosi!!
Percuma 20kg bagasi dan hidangan ringan!


Pematuhan Syariah - Anak-anak kapal RayaniAir diwajibkan berhijab dan berpakaian menutup aurat bagi mereka yang beragama islam dan bagi mereka yang bukan beragama islam diwajibkan berpakaian sopan berserta bacaan doa sebelum memulakan penerbangan. RayaniAir merupakan Syarikat Penerbangan pertama mengikut Syariah Islam di Malaysia.

Penerbangan pertama RayaniAir akan bermula
20/12/2015 yang mana akan melibatkan sektor-sektor tertentu
khususnya di Semenanjung iaitu:
1)KLIA2 ke LANGKAWI
2)LANGKAWI ke KLIA2
3)KLIA2 ke KOTA BHARU
4)KOTA BHARU ke KLIA2


Nikmatilah pengalaman RayaniAir bersama tersayang ! Tempahan boleh dibuat bermula pada 13 Disember 2015. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.rayaniair.com

Okey. Aku sebenarnya teruja juga dengan airlines baru ni. Jadi aku sempatlah membeli tiket sehala berharga RM51. Aku berjaya book tiket ni pada hari pertama pelancaran online-booking di websitenya iaitu pada 13.12.2015.



Hari ni, aku cuba saja-saja godek lagi laman webnya tetapi tak jumpa dah promo yang RM51 tu! Promo RM39 pun dah habis terjual kot. Awal pagi tadi masih ada lagi.. yang tinggal cuma promo RM70 sehala sahaja!

Promo ni, sekejap je dah licin terjual..
Dan tak sabar nak tunggu laluan penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu dibuka. Kalau harga kompetitif, memang aku akan cuba book! Bagi aku, saingan terdekat untuk Rayani Air adalah Malindo Air!



P/s - Kemunculan syarikat penerbangan baru memberi kita lebih banyak pilihan. Persaingan sihat antara airlines sebenarnya menguntungkan kita!

8 ulasan:

  1. Salam. Boleh tak saudara buat post tentang cara booking tiket online untuk Rayani Air ni bagi org yng pertama kali naik flight.

    BalasPadam
  2. Cara booking sama saja ke dg yg lain? Sy try check laman web ni macam msih tkde untuk ahli @ utk login.

    BalasPadam
  3. betul tu, rasanya tak perlu saya buat entri pasal cara tempah tiket rayani air. sangat simple. Lagi pun mungkin akan berlaku banyak perubahan pada masa akan datang untuk memantapkan lagi antaramuka (interface) online bookingnya.

    Terima kasih atas cadangan dan respons yang diberi.

    BalasPadam
  4. saya try book tiket ke kota kinabalu. sy dh cuba banyak kali but still error kod 54. bole dikatakan shari 2kali cuba book. tp xbole. bila cll kredit kad dorg kata kad xde mslh. jadi cll rayani air pny cstmer srvice, jwpn dorg sgt mudah. "eerrrr....err... sy pun xpasti la cik. cik cuba la lagi.." bila pi counter dorg suh pki debit card. sy tgk sistem dorg trima credit card je. mcmna org nk bg review yg baik klu cara dorg mnjwb persoalan kita pun dorg jwb mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat yang saya book guna kredit kad tak ada masalah. Cuma, bila ada sekali tu, bila saya cuba book guna credit card, stuck lama sangat kat (loading) payment. Sepatutnya arahan kata tak bleh refresh atau reload tapi saya ingkar juga. Alhamdulillah, berjaya juga. Tiada double payment berlaku. takut juga sebenarnya..

      By the way, saya pakai credit card rhb untuk buat pembayaran pada website rayani air.

      Padam
    2. sy baru beli tiket flight ke Kk bln 10 ni .pergi balik baru 132..sungguh menjimatkan..skrg rayani buat promo start bln 8

      Padam
    3. sy baru beli tiket flight ke Kk bln 10 ni .pergi balik baru 132..sungguh menjimatkan..skrg rayani buat promo start bln 8

      Padam
  5. Sy kene jugak..cara payment dy leceh....1time buat payment kata x success pastu sy try buat lg sekali...

    But bila check dgn bank..fy tolak duit sy utk 2 payment..dh call rayani tp hurmmm...
    Double payment dh..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...