Masih di hari pertama kembara kami di bumi Busan, Korea Selatan. Waktu tengahari di Busan ketika itu tidak begitu terik panasnya walaupun kami berjalan menuju ke stesen Beomeosa. Selepas menunggu seketika di hentian Beomeosa, tren yang kami naik bergerak ke arah stesen Dusil dalam masa tidak sampai 5 minit.
Setibanya kami di stesen Dusil, rancangan utama kami adalah mencari masjid terlebih dahulu. Ingin dinyatakan di sini, lokasi masjid letaknya agak tersorok dan jauh sedikit daripada stesen Dusil tersebut.
Kami keluar dari stesen Dusil melalui exit 8. Ketika itu jam baru mencecah 12 tengahari. Untuk sampai ke masjid, sebaik saja keluar dari exit 8, kami bergerak lurus kira-kira 250m sehingga bertemu kedai tayar dan stesen pam minyak di hadapannya, dari situ akan kelihatan papan tanda kecil (islamic center) dan belok ke kanan melalui lorong/jalan. Sepanjang lorong/jalan itu, kami sentiasa perhatikan di sebelah kanan supaya kubah masjid boleh dilihat sebagai panduan.
Sebelum aku ke terbang ke bumi korea selatan ni, aku sudah siap-siap cetak takwim waktu solat di Busan. Ini memudahkan kami bersolat mengikut waktu yang betul tanpa was-was.
Masjid Al-Fatah dan Morocco Casablanca Restaurant |
Kami keluar dari stesen Dusil melalui exit 8. Ketika itu jam baru mencecah 12 tengahari. Untuk sampai ke masjid, sebaik saja keluar dari exit 8, kami bergerak lurus kira-kira 250m sehingga bertemu kedai tayar dan stesen pam minyak di hadapannya, dari situ akan kelihatan papan tanda kecil (islamic center) dan belok ke kanan melalui lorong/jalan. Sepanjang lorong/jalan itu, kami sentiasa perhatikan di sebelah kanan supaya kubah masjid boleh dilihat sebagai panduan.
Cari mercu tanda ini kalau ke masjid al fatah |
hari
|
apr
|
h/bulan
|
subuh
|
syuruk
|
zohor
|
asar
|
magrib
|
isyak
|
Fri
|
18
|
18/6
|
4:18
|
5:48
|
12:24
|
4:04
|
6:59
|
8:24
|
Sat
|
19
|
19/6
|
4:18
|
5:48
|
12:24
|
4:04
|
6:59
|
8:24
|
Sun
|
20
|
20/6
|
4:15
|
5:46
|
12:23
|
4:05
|
7:01
|
8:26
|
Mon
|
21
|
21/6
|
4:14
|
5:44
|
12:23
|
4:05
|
7:01
|
8:27
|
ni lah masjidnya.. |
Oleh kerana ketika kami tiba di masjid masih belum masuk waktu, kami gunakan kesempatan masa yang ada untuk menikmati makan tengahari terlebih dahulu.
Restoren atau kedai makan halal ada dua buah yang kami perasan di kawasan masjid tersebut. Satunya letak sebelum kami sampai ke masjid, dan satu lagi sangat dekat dengan masjid, boleh dikatakan letaknya di kawasan perkarangan masjid.
tingkat atas adalah restoren halalnya |
Kami memilih restoren yang paling hampir dengan masjid iaitu restoren halal Marroco Casablanca. Restoren ini letaknya di aras satu. Tak pasti pula premis apa yang berada di bawah (aras lantai) restoren tersebut.
Banyak kali juga kami memberi salam di hadapan pintu restoren itu dan akhirnya seorang wanita separuh usia menjemput kami masuk.
Kami duduk di suatu pojok kedai agar dapat melihat panorama luar melalui tingkap. Buku menu diberikan dan kami memutuskan untuk makan nasi arab. Lupa pula namanya.
Aku berlaukkan ayam, manakala jiji pula memilih daging sebagai pelengkap hidangannya. Rasa makanan di sini boleh tahan enaknya tetapi bagi kami, restoren yang satu lagi di sekitar masjid ini lebih menarik dan sedap lagi. Akan aku ceritakan kemudian, ya!
air sampai lebih lewat dari nasi. Cantik je aku tengok cawannya. Kalau tak silap, air teh adalah free atau mungkin satu set dengan makanan yang kami order. |
Usai makan, kami bergerak ke masjid yang letaknya beberapa langkah sahaja dari bangunan kedai makan tadi. Di masjid, pelbagai bangsa mula memenuhi dan tempat mengambil wudhu' mulai ramai orang. Set makanan yang kami tempah ini dah lupa harganya. Maaf ya pembaca sekalian.
kiri; tabung derma yang unik - sila pusing engkol selepas masukkan wang derma kanan; mimbar masjid |
sebelum khutbah bermula, ramai yang solat sunat |
Solat jumaat di situ bermula jam 12.24pm sebaik sahaja masuk waktu zohor. Khutbah dibacakan dalam bahasa tempatan. Sebelum khutbah bermula, kami sempat bertegur sapa dengan beberapa pelajar/mahasiswa indonesia di situ. Tidak tertinggal juga orang malaysia merantau buat kami untuk berbual mesra.
pertemuaan sesama muslim |
Masjid yang dinamakan Masjid Al-Fatah merupakan satu-satunya masjid di Busan. Kegiatan ilmuan berjalan hampir setiap hari di masjid ini seperti kelas komputer, kelas bahasa arab dan inggeris, serta beberapa siri ceramah/taklim turut diadakan di situ.
selain menjadi pusat penyebaran ilmu dan dakwah islamiah, di perkarangan masjid ada tempat rekreasi untuk anak-anak. |
Walaupun kami tidak faham seberapa khutbah yang dibacakan, sekurang-kurang dapat juga merasai pengalaman bersolat jumaat bersama-sama 'orang asing' di tempat yang minoriti penganut islamnya. Oh, ya. Selepas solat jumaat di sini, disediakan sedikit kudapan untuk para jemaah yang hadir. Kami tidak makan kerana perut masih lagi kenyang.
Langkah seterusnya adalah bergerak ke tempat penginapan. Hampir separuh hari kami mengusung beg di Busan ni, Rasanya tak sabar mahu ringankan beban yang kami usung itu. Jadi, dari stesen Dusil, kami terus ke stesen Jagalchi yang letak dalam line yang sama. Maka. tidak perlu lah kami tukar tren ke line yang lain.
bersambung..
Penuh tak masjid waktu sembahyang jumaat kat sana?
BalasPadamRamai juga, saf hampir sampai pintu masuk utama, masih dalam ruangan utama masjid. Tak melimpah keluar pun sampai kena hampar sejadah atau lapik atas tile/jubin..
PadamDulu saya singgah di restoran yang satu lagi... makanannya memang sedap...
BalasPadamrestoren satu lagi tu, restoren masakan turki yang terkenal dengan kebabnya.. tunggu la entry akan datang pasal kami lunch di situ..
BalasPadamhanya mampu melihat, membaca je. bila nak sampai entah la.Kalau mungkin itu takdirnya saya redha. ha ha ha. tetiba
BalasPadambaca pun dah umpama sebahagian diri ke sana.. hehe
Padamberapa ribu ye set makanan dekat restoren halal Marroco Casablanca tu
BalasPadamharga tepat tak ingat.. rasanya sekitar 11,000 won kot?
PadamSlm. Boleh tanya, masa solat Jumaat tu ada jemaah perempuan tak?
BalasPadam