nuffnang

NUFF

Selasa, 22 Disember 2015

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -2- Beomeosa Temple di Kawasan Berbukit

Beomeosa Temple letaknya agak jauh dari pusat bandar dan lokasinya di kawasan tinggi serta berbukit menjadikannya iaitu lebih mesra dengan alam semulajadi. Aku berharap sepanjang perjalanan naik ke Beomeosa Temple ini dipenuhi limpahan bunga-bunga yang cantik, akan tetapi melawatnya di penghujung musim bunga, semua itu bukan seperti yang diimaginasikan!


Namun, tempat ini sangat cantik walaupun bunga-bunga sudah banyak berguguran. Untuk sampai ke sini, kami dari Seomyeon Station bergerak dengan tren menuju ke Beomeosa Station.

Aku sebenarnya kurang buat persediaan sikit dalam kembara ke Busan dan Gyeongju ni. Disebabkan aku pergi berdua, jadi aku tak boleh ikut kepala aku sangat. Jadi, aku cuma cari maklumat secara kasar saja. Tak terlalu mendalam. Kalau berlaku perubahan dalam tentatif kembara ni, tak ralat sangat bila dikenangkan kesungguhan untuk mendapatkan informasi tu semua.

Dari Stesen Beomeosa, nak sampai ke temple tersebut kena naik bas. Kalau korang sanggup mendaki jalan curam dan menapak jauh, sila pikir banyak kali!

Kami keluar dari stesen Beomeosa ikut exit 5, dan berjalan je terus. Kalau ikut pembacaan aku, kena cari stesen bas Samsin untuk ke sana. sebaik sahaja keluar dari stesen tren Beomeosa tu. Agak jauh kami berjalan, aku rasa macam tak sedap hati, lepas itu aku mula bertanya seorang makcik yang berniaga sepanjang jalan dari exit 5 tu. Dah macam ayam dengan itik kami berkomunikasi. Dan akhirnya dia minta kami patah balik ke exit tadi.

Sepatutnya, keluar sahaja dari exit 5, kami kena bergerak ke arah bertentangan (pusing 180 darjah), tak jauh dari situ ada simpang di sebelah kiri. Ikut jalan raya tu. Jalan tu agak mendaki sikit, dalam 100 meter akan nampak bus stop Samsin yang letaknya di persimpangan jalan.

Senang saja nak jumpa bus stop tu sebab ianya agak besar dan banyak bas berhenti kat situ. Tengok gambar kat bawah ni.


Kena naik bas nombor 90 untuk ke Beomeosa Temple. Sewaktu kami tiba di bus stop tu, syukur bas no.90 tu sedang menunggu penumpang. Kalau tak silap aku, bayaran bas tak sampai 2000 won seorang.


Perjalanan bas ke Beomeosa temple mengambil masa tak sampai 15minit. Tapi jalannya agak berliku dan sepert yang diberitahu sebelum ini, kawasannya berbukit. Kiri kanan jalan dihiasi pokok-pokok yang menyegarkan mata memandang.

Bas menurun kami dan penumpang lain di suatu dataran. Di sini, agak cantik juga lanskapnya. Kami menapak menaiki tangga yang ada dalam gambar kat bawah ni untuk sampai ke perkarangan utama Beomeosa Temple.

Dataran di mana penumpang diturunkan dari bas
Kami kena berjalan kaki agak jauh juga untuk sampai ke tapak beomeosa temple ni. Mujur kami dihidangkan dengan suasana yang damai sepanjang perjalanan itu.



Ada anak sungai mengalir segar. Sejuk mata memandang.
Tapi, aku kesian juga pada travelmate aku ni. Kesian Jiji bawa beg usung ke sana sini. Aku dah pesan supaya guna backpack saja. Nampak tak dia bawa beg pakaian yang jenis jinjing tu. Nasib baik saiznya kecil.

Jiji dan beg jinjingnya itu.

Gembira bila nampak pintu gerbang Beomeosa temple ni.
Masuk ke sini tidak dikenakan apa-apa bayaran. Bila dah jumpa pintu gerbang ni, tandanya dah masuk kawasan temple ni.

Tapi tak semudah yang difikir, untuk sampai ke bahagian utama Beomeosa temple ni ke naik anak tangga lagi. Makanya, kami berdua dengan beg pakaian masing-masing naik terpaksa menempuh semua anak tangga tu.


Ingat kan dah sampai, sebenarnya tidak..
jumpa patung besar ni dulu..
sepanjang perjalanan naik, tanglung berwana-warni ini akan menemani kami..

bangunan utama beomeosa temple


pekerja tengah pasang sesuatu. ada keramaian agaknya pada masa terdekat ni?


senibina yang mempersona

makcik bergosip riang sebelum naik tangga
jom siasat apa yang ada..
dah namanya rumah ibadat.. ini lah aktivitinya..
pakcik ni guna handycam merakam keindahan kawasan temple ni
rasanya, Jiji terpijak mentol lampu kecil  yang diletakkan di koridor kat hujung sana. hehe.. 
moh ler kita pulang..
masih ikut laluan anak tangga yang sama..
dan tetap akan jumpa sekali lagi patung besar tadi..
Sebelum kami keluar dari kawasan temple tu, Jiji pergi buang air dulu. Aku pulak tunggu dia kat tepi kolah kecil ni. Main air paip kat situ. Sangat sejuk airnya. Mungkin punca air air adalah dari anak sungai mengalir di kawasan berbukit ni.

kolah kecil dengan air paip yang teramat dingin.
Sementara lkami menunggu bas di dataran tadi, kami pergi ke kedai cenderahati yang letaknya tak jauh dari situ. dalam 30 meter saja. Belek punya belek, tapi tak beli apa pun. Bukan kedai cenderahati sahaja yang ada di sini. Gerai jual makanan/jajan pun ada. Status halalnya tak pasti. Ada seorang makcik yang jual semacam ubi keledek kat situ. Tapi aku tak pasti adakah inanya ubi atau sebaliknya.


Bas stiba tak lama selepas kami berada di dataran selepas meninjau cenderahati tadi. Seperti biasa, aku akan menghayati keindahan alam sepanjang jalan melalui tingkap bas.Turun dari bas, kami bergerak ke arah stesen tren beomeosa.




Gambar kat atas tu adalah kawasan persimpangan bus stop tu. Sepanjang jalan ni, ada juga orang berniga.

dari makanan kepada peralatan mendaki ada dijual. Topi dan tongkat mendaki berjaya menarik minatku, tapi tak beli pun..
Turun dari jalan raya ni, akan terus sampai ke stesen beomeosa, Waktu ketika ni sudah beransur-ansur menjadi tengah hari.

street ni akan membawa anda ke metro tren beomeosa station dihujungnya
kat hujung street ni juga ada jualan bunga dan buah-buahan ni. lepas naik . strawberi tu nampak sangat tempting!
Kami tak lama kat beomeosa temple. Pengisian kembara kami masih banyak. Cuma, jika mahu ke sini terpaksa ambil masa sikit untuk sampai.

Lepas ni, kami mahu pergi solat jumaat. Oh, ya, lupa nak inform bahawa hari pertama perjalanan kami adalah hari jumaat. Dah musafir, boleh sahaja kalau nak skip solat jumaat, tapi kami nak cari pengalaman bersolat jumaat negara orang.Tambahan pula,dikatakan hanya ada satu saja masjid di Busan.

Bersambung..


1 ulasan:

  1. Iyelah kan..bunga dah kurang... tengok gmbr mcm memang jauh nak menapak ni..hehe..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...