nuffnang

NUFF

Jumaat, 25 Disember 2015

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -5- Santorini di Asia? Jom ke GCV!

Pernahkah dengar tentang Santorini? Santorini letaknya di Greece dan menjadi satu tarikan pelancong kerana lokasi dan susun aturnya di lereng bukit yang mempersona.

Santorini, Greece. TQ dan kredit utk PLM kerana membetulkan fakta yang salah tu. Bukan Italy ya!
Walaupun Gamcheon Cultural Village (GCV) tak secantik seperti Santorini ini, tapi iras-irasnya itu cukup menawan juga. Kalau di Santorini, Italy Greece bangunannya kelihatan putih bersih tetapi  GCV juga tidak terkalah dengan corak berwarna-warni yang menghangatkan suasana.

Jolokan Santorini Asia sememangnya berhak ke atas GCV. Dan pemerintah Korea Selatan giat memperkenalkan GCV ni kerana potensi pelancongannya yang tersendiri.


Baiklah, aku teruskan kisah kembara berikutnya. Sesudah membersihkan diri, kami terus bergerak ke Jagalchi Station. Kami bukannya mahu naik tren di situ tetapi sedang menunggu bas di mana bus stop itu letaknya berhampiran exit 1 Jagalchi Station.

Aku agak ragu-ragu juga untuk naik bas di situ. Tapi buat-buat yakin dengan travelmate aku, Jiji. Menurut pembacaan aku, kena tunggu bas kat situ. Betul kah bus stop yang aku tunggu tu? Sepatutnya aku kena naik bas no. 2 atau 2-2, tapi macam tak muncul pun kedua-dua bas tersebut.

Akan tetapi, kegigihan kami bertanya pemandu bas atau penumpang bas setiap kali bas berhenti di situ membuahkan hasil. Aku tak pasti bas nombor berapa yang kami naik, kerana sibuk bertanya dan akhirnya ada pemandu bas yang menyatakannya ia menuju ke GCV.

Alhamdulillah.. Akhirnya kami turun di GCV dengan selamatnya. Bermula episod meneroka GCV. Kami selamat tiba di Gamcheon Cultural Village ini selepas jam 3 petang. Kat sini, korang boleh beli map beserta tugasannya, dapatkan 9 cop ditempat yang ditetapkan. Kalau berjaya, korang akan dihadiahkan dua keping poskad!

Jom kita jelajah Gamcheon Cultural Village ni!












Untuk sampai kat atas ni kena mendaki bukit, anak tangga dan lalu tepi rumah penduduk yang kecil comel.









Sebenarnya banyak lagi gambar yang kami kat sini tapi, aku pilih secara rawak aje lah. Aci tak?












Ada beberapa bangunan yang kita boleh masuk (bukan rumah orang). Salah satunya House of the Wind seperti dalam gambar kat bawah. kebanyakannya bertemakan kesenian.









Perjalanan kami mengelilingi GCV ini hampir berakhir bila jumpa signage kat bawah ni. Kami mengambil masa kira-kira sejam setengah jugak untuk menghabiskan laluan yang dicadangkan ni.





Di penghujung jalan keluar, ada pakcik jual seafood. Biasalah, Gamcheon Cultural Village ni sebenar penempatan penduduk dan orang-orang biasa di situ. Ada juga beberapa kedai makan pun sepanjang laluan di GCV. Kalau tak silap, ada juga mini mart kat area GCV ni.





Akhirnya kami berjaya juga sampai ke GCV ni. Kami tunggu bas di tempat yang sama. Tak yakin nak tunggu kat tempat lain. Kena mendaki sikit dari simpang terakhir kami keluar tu.



Kunjungan seterusnya ini lebih dekat dengan tempat penginapan kami iaitu Jagalchi (fish) market. Eh, best ke melawat pasar ni? Apa yang menarik kat situ? Ikuti kisah selanjutnya pada entri lain.

Sekembali dari GCV, kami terus melalui kawasan berniaga subway Jagalchi Station dan menuju ke destinasi berikutnya.

Bersambung..

4 ulasan:

  1. Santorini kat Greece kot en Zul... hehe

    GCV ini memang merupakan salah satu destinasi wajib bila ke Busan...

    BalasPadam
  2. rupanya selama ni, yg terpahat kat otak sy, santorini tu kat italy. betul lah, kalau perhatikan betul-betul ada bendera greece kat picture pertama tu. saya mati-mati ingat santorini tu kat italy sebab percaya bulat-bulat kawan cakap.. huhuhu. Nanti sy edit semula, biar betul infonya..

    Anyway, terima kasih byk2 utk PLM..

    BalasPadam
  3. sdr tak dapatkan 9 cop tu ke? menarik GCV ni..mula2 pegi sini, lepas tu baru ke Santorini, Greece..ambik mood..hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. tak habis pun 9 cop tu. Terlepas banyak stesen baru sedar pasal cop tu. Tapi bagus jugak.. have fun dengan aktiviti sendiri, merayau ikut suka kaki..

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...