nuffnang

NUFF
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label travel. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Jun 2016

[TRAVEL] Powerbank Berkuasa Solar - Gajet Sesuai Untuk Travel

Takkan korang tak kenal powerbank kot? Powerbank memang sinonim dengan pengguna tegar gajet terutamanya yang pakai smartphone dan tablet.

Kalau powerbank yang dikuasakan dengan solar pernah dengar tak? Aku pun baru je terfikir nak search pasal solar powerbank ni sejak tahun lepas. Itu pun selepas aku mengajar tajuk Tenaga kat budak-budak, pasal tenaga suria.

Berbalik kepada kisah solar powerbank ni, aku dah beli satu kat lelong.com.my. Jadi aku nak kasi review sikit pasal solar powerbank ni.


Sebenarnya ada banyak kapasiti kuasa bagi powerbank di pasaran, termasuk juga dengan solar powerbank ni. Ada yang berkapasiti 5000mAh, 10000mAh dan seterusnya. Lagi besar kapisitinya, lagi mahal lah powerbank tu.

Aku beli yang cikai je. Jenama pun aku tak tahu apa. Kalau nak cari solar powerbank yang agak berjenama seperti Yaobao atau Pineng memang tak jumpa la. Tak banyak solar powerbank yang dijual secara online setakat ini.

Solar Powerbank yang aku beli tu berkapasiti 12000mAh. Jadi saiz powerbank tu agak gedabak sikit lah.

Jom layan review Solar Powerbank yang aku dah guna selama seminggu lebih ni;



1. Dari segi harga, agak kompetitif juga, Aku beli dalam RM55  kat Lelong.com.my tidak termasuk harga pos. Kalau beli powerbank sahaja pun berkapasiti 12000mAh tu cuma murah sikit je. Agak berbaloi juga.

2. Nak mengecas solar powerbank ni ada dua cara, yang pertama dengan dedahkan pada sinaran matahari dan yang kedua, caskan sahaja pada soket elektrik di rumah seperti mengecas powerbank biasa tu.

3. Kena ingat, kuasa mengecas solar powerbank ni menggunakan kuasa solar cuma 1.7W yang mana sangat lambat. Aku jemur kat atas dashbox kereta seharian rasanya baru penuh satu bar (Kesemua bar/indikator tu ada empat). Aku rasanya, kalau nak cas powerbank yang benar-benar kosong memakan masa sekurang-kurangnya 5 hari!

4. Anggaplah mengecas menggunakan solar sebagai satu bonus/tambahan. Kalau pergi travel atau camping sekurang-kurangnya kita ada alternatif lain nak dapat tenaga simpanan kan?


5. Trend sekarang, powerbank mesti ada lampu suluh led yang kecil tu dan mempunyai 2 port USB untuk mengecas. Satunya berkuasa 1A dan satu lagi (dekat tepi lampu) berkuasa 2A (yang ni kiranya macam speed cas USB port).




6. Yang menarik, kedua-dua port USB tersebut boleh digunakan serentak, cuma kena sediakan satu sahaja lagi wayar pengecas.

7. Dalam pakej, wayar pengecas yang tersedia agak pendek, kira-kira 18cm. Wayar itu juga berfungsi sebagai pengecas powerbank. Tiada soket USB (kepala pengecas) yang didatangkan bersama Solar Powerbank.

8. Binaan solar powerbank ni nampak agak lasak kerana dibaluti dengan satu lapisan getah elastik yang mencegah berlaku kerosakan jika terhempas ke lantai.

9. Saiznya agak besar dan sedikit berat. Rasanya, ini adalah kelemahan utama Solar Powerbank. Kalau beli solar powerbank berkapasiti 5000mAh, rasanya saiznya lebih kecil sedikit.


10, Kesimpulannya, jangan terlalu berharap solar powerbank ni sangat efisien jika bergantungharap pada tenaga suria semata-mata. Keseluruhannya, agak berbaloi memilikinya bagi para traveller.

Jumaat, 10 Jun 2016

[TRAVEL] Promo Free Seat Air Asia (dijangka Februari 2017 onwards)

Jangan lepaskan peluang membocorkan poket untuk beli tiket Air Asia yang mana anggaran tarikh terbangnya pada tahun depan, 2017 (tarikh jangkaan terbang pada bulan Februari hingga Ogos 2017).

Tapi kena ingat, kalau nak beli tiket tu akan menyebabkan poket jadi kering pada bulan ni! Ye lah, persediaan untuk beraya nanti pasti kena keluarkan banyak duit daripada bulan-bulan biasa. Nak cekau duit buat duit raya, nak beli baju raya lah dan macam-macam lagi!

Kalau pandai urus kewangan, insya-Allah tak ada masalah sebenarnya. Promosi free seat ni walaupun secara rasminya belum diumumkan lagi travel date-nya, tapi aku agak-agak  tak menyimpang dari tarikh terbang bermula februari sehingga Ogos tahun depan.


Sejak aku mendiamkan diri kat blog, sebenarnya ada jugak aku travel ke luar negara baru-baru ni. Tapi nak menaip tu memang liat.

Walaupun aku fikir nak berhenti je pergi travel seorang diri ni, tetapi tangan tetap gatal pergi cari maklumat pasal destinasi pelancongan dan sekali sekala buru tiket flight! Dah jadi tabiat kot?

Kalau aku rajin, nanti aku share pengalaman travel yang banyak terbengkalai!

*harap aku terus rajin menaip..

Khamis, 17 Disember 2015

[TRAVEL] Tip & Trik Entertain Diri Sendiri Ketika dalam Penerbangan

Naik pesawat akan jadi sangat bosan terutamanya bila terbang bersendirian. Cuba ikuti tip & trik yang biasa aku buat untuk menggembirakan hati sendiri ketika dalam pesawat:


1) Tengok Movie

Kalau naik MAS atau Malindo biasanya ada skrin depan seat, jadi gunakan peluang tu untuk entertain diri sendiri. Kadang-kadang, tak sempat nak habiskan movie, pesawat dah nak landing. Guna trik ini; korang foward intro bagi movie tersebut (guna la yang lebih 8x speed tu..), biasanya permulaan movie penuh ngan iklan, nama barisan pelakon, production by dan bla,bla,bla.. Dan aku guna juga foward with speed ni bila part pelakon banyak bercakap! Haha..

Atau pun masukkan je movie dalam henpon atau tablet korang. Pasang la bila bosan. Earphone/headset jangan lupa bawa. Kalau naik Malindo air tu, korang boleh cas handphone atau tablet guna usb cable. Jadi, selain earphone, wayar pengecas usb jangan dilupakan juga.


2) Majalah Dalam Penerbangan

Kebanyakan airlines menyediakan in-flight magazine. Kalau korang baca satu persatu artikel dalam majalah tu mungkin akan menyebabkan rasa mengantuk dan bertambah lagi rasa bosan. Biasanya aku akan cari bahagian puzzle atau permainan dulu.

Kadang-kadang aku cipta permainan sendiri guna majalah tu. Sebelum membacanya, aku akan belek muka surat terakhir dan catat nombor mukasuratnya. Lepas tu aku akan tulis atas kertas atau dalam handphone sekurang-sekurangnya 10 nombor muka surat majalah tu (10 mukasurat pertama dan terakhir tak aci) secara rawak. Untuk apa? Curious tak? Sebenarnya aku akan periksa semula muka surat yang aku pilih tu sama ada ianya muka surat mengandungi iklan atau tak.. Paling banyak tekaan aku mengena stakat ni adalah 6/10 tau! Permainan ni nampak macam bodoh je.. tapi bagi aku sangat fun sebab


3) Dengar Muzik

Yang ini normal dan biasa orang buat untuk menghilangkan rasa bosan ketika dalam pesawat. Dan sila pakai headset atau earphone ya! Pernah sekali aku naik pesawat ke Lombok, abang-abang lombok pasang lagu kuat-kuat tanpa earphone dan diorang pakat nyanyi ramai-ramai, mujur seat aku tak dekat sangat dengan diorang. Memang la korang gembira dengar lagu macam tu, tapi orang lain rasanya macam ada neraka dalam hati dengan gelagat macam tu!

Tip dan trik kat sini, sebelum naik pesawat gunakan wifi free yang ada di airport untuk mendownload lagu terbaru dan kesukaan. Lepas tu jangan lupa buat playlist dalam henset, mp3 player atau apa-apa gajet untuk memainkan semula lagu tu!


.
.
.
Ok. ada banyak lagi yang aku buat macam main game kat henset, baca buku/komik dan lain-lain lagi. Terbang bersendirian sememangnya mewujudkan rasa bosan. Jadi pandai-pandai lah menghiburkan hati sendiri.

Aku ni, jarang memulakan perbualan dengan orang yang tak kenal yang duduk bersebelahan dalam pesawat. Biasanya orang lain yang memulakannya dahulu. Tapi bila diajak berbual, kadang-kadang terlebih pulak aku ni bergantung pada perwatakan orang tu..

Kebiasaanya, kalau aku duduk tepi tingkap, aku paling suka layan perasaan. Fikir tentang perjalanan/kembara, fikir tentang kehebatan ciptaan ilahi, fikir tentang bentuk mukabumi sesuatu tempat dan kadang-kadang fikir perkara-perkara lucu yang telah berlaku! 

Isnin, 14 Disember 2015

[TRAVEL] Rayani Air Buka Tempahan Dengan Promo Serendah RM39

Rasanya ramai yang sedar tentang kewujudan syarikat penerbangan tempatan baharu yang menggunakan warna tema hijau dan biru iaitu Rayani Air. Promosi yang ditawarkan pun boleh dikatakan murah.

Bawah ni merupakan promosi terkini rayani air. Murah. Cepat-cepat la grab promosi ni. Aku harap akan muncul promosi yang sangat murah oleh rayani air pada masa akan datang!


Setahun yang lalu, Rayani Air mula diperkenalkan dengan jangkaan menerajui penerbangan (yang mewakili bidang pelancongan) yang mana hubnya adalah Melaka tetapi, entah bagaimana percaturan perniagaan dan mungkin berlaku perubahan di pihak pengurusan, maka wujudlah Rayani Air yang sekarang.

Berubah dari menggunakan warna merah kepada hijau-biru, Rayani Air memulakan misi barunya yang berpengkalan(hub) di Langkawi terus aktif mempromosikan syarikat penerbangannya sejak suku keempat tahun ini.

Dan, kelmarin merupakan detik bersejarah di mana julung kalinya tempahan online dibuka kepada umum melalui websitenya www.rayaniair.com




Melalui pemahaman aku tentang Rayani Air ini adalah:
1. Merupakan syarikat penerbangan yang patuh syariah (dikatakan islamik sikit) walaupun pengasasnya bukannya islam.
2. Bukannya no-frill airlines seperti AirAsia, kerana sudah tersedia makanan/refreshment, bagasi 20kg/40kg.
3. Menggunakan dua pesawat yang sudah dipakai (bukan pesawat baru) sebagai permulaan bisnes.
4. Hub penerbangannya adalah Langkawi.

Berikut adalah antara kata-kata yang dipetik melalui facebook Rayani Air

Jom terbang bersama-sama kami dengan harga promosi!!
Percuma 20kg bagasi dan hidangan ringan!


Pematuhan Syariah - Anak-anak kapal RayaniAir diwajibkan berhijab dan berpakaian menutup aurat bagi mereka yang beragama islam dan bagi mereka yang bukan beragama islam diwajibkan berpakaian sopan berserta bacaan doa sebelum memulakan penerbangan. RayaniAir merupakan Syarikat Penerbangan pertama mengikut Syariah Islam di Malaysia.

Penerbangan pertama RayaniAir akan bermula
20/12/2015 yang mana akan melibatkan sektor-sektor tertentu
khususnya di Semenanjung iaitu:
1)KLIA2 ke LANGKAWI
2)LANGKAWI ke KLIA2
3)KLIA2 ke KOTA BHARU
4)KOTA BHARU ke KLIA2


Nikmatilah pengalaman RayaniAir bersama tersayang ! Tempahan boleh dibuat bermula pada 13 Disember 2015. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.rayaniair.com

Okey. Aku sebenarnya teruja juga dengan airlines baru ni. Jadi aku sempatlah membeli tiket sehala berharga RM51. Aku berjaya book tiket ni pada hari pertama pelancaran online-booking di websitenya iaitu pada 13.12.2015.



Hari ni, aku cuba saja-saja godek lagi laman webnya tetapi tak jumpa dah promo yang RM51 tu! Promo RM39 pun dah habis terjual kot. Awal pagi tadi masih ada lagi.. yang tinggal cuma promo RM70 sehala sahaja!

Promo ni, sekejap je dah licin terjual..
Dan tak sabar nak tunggu laluan penerbangan ke Kuching dan Kota Kinabalu dibuka. Kalau harga kompetitif, memang aku akan cuba book! Bagi aku, saingan terdekat untuk Rayani Air adalah Malindo Air!



P/s - Kemunculan syarikat penerbangan baru memberi kita lebih banyak pilihan. Persaingan sihat antara airlines sebenarnya menguntungkan kita!

Khamis, 6 Mac 2014

[TRAVEL] Malindo Buka Laluan Baru; Subang-Hatyai

Nampaknya semakin banyak laluan ke luar negara yang dibuka dari Subang. Jom kita layan promo Malindo, hmmm.. rasanya baru lagi Malindo perkenalkan route baru Subang-Batam.


Dan kalau taknak ke luar negara, Malindo juga ada promosi sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti!


Rabu, 5 Mac 2014

[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 4) - Hari Terakhir & Penginapan

Sambungan dari kisah - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang

Mula-mula memang aku terfikir nak pergi ke Krabi Town naik tuk-tuk, tapi aku rasa macam buang masa pulak semata-mata nak cari cenderamata kat sana pada pagi ahad (23 Feb) tu.

Jadi aku batalkan hasrat tambahan pula aku dah servey harga beberapa cenderamata kat Ao Nang. Lagi pun aku belum habis teroka Ao Nang ni terutamanya pantai di sebelah Utara Ao Nang.

Lagi gambar di Pantai Ao Nang
Bot jenis Long-tail di Pantai Ao Nang


Speed-bot.. lain kali nak cuba naik bot ni pulak. Harap ada 'lain kali' tu..
Makanya, selepas bersarapan dan mandi siap-siap, aku meneruskan langkah ke Pantai Ao Nang. Kedai-kedai masih lagi tutup. Aku melangkah menghala ke Pantai Nopparathara. Jauh aku kena menapak. Memula aku fikir nak naik tuk-tuk, tapi rugi juga kalau tak menghayati pemandangan sambil berjalan santai.

So, aku ambil keputusan brjalan kaki. Jauh memang jauh. Lagipun aku ada banyak masa. Matahari masih belum berbahang lagi.

Tapi selepas aku melepasi satu jambatan kecil (dibuat laluan pejalan kaki di sebelah jambatan tu) kaki aku terasa lenguh-lenguh. Mula-mula akan jumpa pantai yang agak tak menarik ketika air surut. Lupa pulak nama pantai tu.. Lana Beach kot?

Pantai Ao Nang dan Pantai Nopparathara dipisahkan oleh bukit batu kapur dalam gambar ini. Jadi, kalau nak ke sini kena melalui jambatan kecil yang menghubungkan kedua-dua tempat ini.
Kat sini juga boleh tunggu bot untuk ke Railay atau tempat-tempat lain.
Aku cuba berjalan di sepanjang pantai menuju ke Pantai Nopparathara tetapi sampai je sekerat jalan aku dah rasa bosan. Tak banyak benda yang menarik kat situ. Sepanjang perjalanan di penuhi hotel-hotel mewah dan kurang manusia. So, rasa happenning tu tak timbul sangat untuk membuatkan aku rasa teruja nak sambung berjalan lagi.
Bila surut, timbul batu kat pantai ni
Panjang juga pantai ni tapi kurang pengunjung

Kaki aku lenguh dah nak menapak. Rasanya tak jauh selepas aku jumpa Holiday Inn Resort, aku berpatah balik... kemudian terus bergerak ke Pantai Aonang.
Then, aku patah semula ke Pantai Ao Nang dan mencari kedai cenderamata yang aku dah target semalam. Hampir semua kedai dah buka sewaktu aku sampai ke situ. Walaupun aku dah aim barang yang aku nak beli, masih lagi cuba tawar-menawar di kedai lain.

Puas belek-membelek dan bargain, akhirnya aku cuma beli keychain sahaja. Aku tak minat sangat nak beli fridge magnet. T-shirt kat sini memang susah nak cari yang murah. Paling murah aku dapat rm11. Itu pun kualiti macam ntah apa-apa..

Enatah kenapa, selepas membeli barang, aku cepat-cepat pulang ke hotel sebab masih belum packing apa-apa. *actually, nak packing apa pun tak tahu sebab aku cuma bawak beg galas kecik je.. haha bengong kan?

Sampai kat hotel aku tak tau nak buat apa. Sumbat baju dalam beg dah.. kemas barang-barang yang dibeli dah.. last-last aku buka henset, on wifi dan main internet sambil tengok tv.

Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Jadi aku pun check out dan pegi tapau nasi goreng nanas kat kedai makan Fareeda yang terletak disebelah hotel aku menginap.

Oh, lupa nak citer pasal hotel yang aku menginap tu. Hotel aku namanya Ruen Mayura. Letaknya tak jauh dari McDonalds dan betul-betul bertentangan dengan Siam Bank.

gambar ehsan mr.google
Hotel ini sebenarnya bercantum sekali dengan restaurant tetapi makanannya adalah tidak halal. Tapi ramai mat saleh yang suka lepak kat sini. Sedap kot bagi dorang menu kat sini?









Oleh kerana aku datang Krabi ketika peak season, maka hampir semua hotel harganya agak mahal ratenya. Aku book hotel ni melalui Booking.com ketika harga promo iaitu rm90 untuk katil twin. Not bad. Aku bayar pakai kredit kad. Bayar tunai pun boleh sebenarnya.

gambar ehsan mr.google
Lokasi hotel ini okey. Katilnya agak keras dan tekanan air kat billik mandi tak berapa kuat sangat. Bilik yang aku dapat bersih dan aircondnya tak dapat nak di-adjust. Channel tv banyak tapi boleh dikatakan semuanya berbahasa siam!

Overall, aku selesa dengan layanan yang diberikan dan sebenarnya, banyak lagi hotel yang berbaloi kalau korang pandai cari. Maksud aku, hotel yang aku diam tu takde la teruk sangat cuma masih banyak hotel yang bagus nilainya di Ao Nang ni.

Baiklah, aku tak dapat nak kasi tips banyak pasal penginapan sebab aku cuma sempat bermalam satu malam je.

Selepas makanan/lunch ditapau aku segera ke bus stand depan McDonalds tunggu bas. Kira-kira jam 11.30am, bas datang dan aku bayar 150baht untuk ke Airport.

Sampai airport dalam sejam kemudian dan aku melantak dulu nasi goreng yang ditapau tu dulu. Sedap juga rasa nasi goreng tu.

Nasi goreng nanas yang ditapau dari kedai makan Fareeda agak sedap. Kat sana, mereka kasi sos ikan bercili ni sebagai pengganti kicap!
Pastu, seperti biasalah, check-in dan masuk boarding hall. Boarding hallnya agak panas jadi aku ambik port kat belakang sebab terasa hawa aircond sikit berbanding yang di depan.

Best jugak la pergi Krabi walaupun tanpa teman dan dalam waktu yang singkat ni. Ingatkan tak dapat buat Island Hopping tapi telah ditakdirkan aku masih ada peluang melakukannya. Alhamdulillah..

Semoga catatan tak seberapa memberi sedikit idea kepada pembaca yang nak ke Krabi. Mungkin boleh digunapakai semula kepada aku kalau ke Ao Nang lagi!

Selasa, 4 Mac 2014

[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 3) - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang

Sambungan dari kisah [TRAVEL] Short trip ke Krabi (Part 2) - Pakej 7 islands 

Kalau tak silap, aku pulang dari pakej 7 pulau tu jam hampir 9malam. Berlabuh je kat Ao Nang Beach, aku terus mengorak langkah menuju ke hotel. Baju & seluar aku masih basah dan aku tak hirau orang pandang semacam sepanjang berjalan pulang ke hotel.

Suasana pada waktu malam sangat meriah. Macam ramai pulak orang yang aku berselisih berbanding waktu siang. Mungkin ramai yang keluar beraktiviti pada siang hari kot? Malam mereka lepaking kat sekitar Ao Nang ni.

Sampai hotel, aku laju-laju menuju ke bilik kononnya tak mahu ditegur-sapa dengan pekerja kat hotel tu. Ya lah, baju aku masih basah berserta selipar penuh dengan pasir yang melekat, nanti marah pulak mereka.

Tapi, salah seorang pekerjanya yang boleh bertutur lancar bahasa melayu sempat bertanya khabar. Mujur dia memahami.. kalau tak, mungkin makian yang aku terima! 

Lepas mandi dan membilas diri dengan air pili, baru badan terasa selesa sikit. Nak tunaikan tanggungjawab pada Sang Pencipta pun rasa tenang. Pastu aku terpikir dan ronda-ronda kat sekitar Ao Nang, tapi terlupa bawak kamera pulak. Henpon sedang dicas pulak..

Kalau diikutkan perancangan lama, malam ni aku pergi ke Pasar Malam di Krabi Town, tapi memang tak sempat la sebab dah lewat. *harap ada kali kedua peluang melancong ke Krabi lagi. 

Menapak pelahan-lahan sambil perhatikan gelagat orang aku ni sebenarnya. Signal lenguh-lenguh kaki mula melanda bila aku masuk kedai 7E sebelah McDonalds, maka terus aku balik bilik dan tidur.

23 FEB (Ahad)
Aku bangun awal pagi tu. Usai solat subuh aku bersiap-siap dan mahu menuju ke Pantai Ao Nang. Kononnya mahu memburu Sunrise. Tapi, perut lebih mahu diisi dulu, makanya aku pun membatalkan hasrat mengejar pancaran fajar. Lagi pun, Pantai Ao Nang lebih sesuai untuk Pemburu Sunset.

Kelmarin, banyak kedai makan dan restoren aku jumpa kat area Masjid. Jadi aku bercadang mencari makanan kat situ. Kalau restoren banyak yang tutup di awal pagi tapi gerai-gerai kecil lain pulak ceritanya. Biasanya mengalu-alukan kehadiran pengunjung!

Selain misi mencari sarapan, aku selitkan juga misi menyenaraikan kedai-kedai makan yang ada di sekitar Masjid tu. Aku berjalan sambil snap beberapa buah kedai makan dan restoren muslim/halal yang ada.

Sampai kat satu selekoh yang agak tajam dan tak jauh dari A Hud Restaurant, ada sebuah warung yang dipenuhi warga tempatan dan aku terus terfikir sama ada harganya murah atau rasanya cukup umpph atau kombinasi kedua-duanya sekali.


Nampak tak makcik yang pakai baju pink tudung hitam tu? Aku tapau sarapan dari gerai tu la.. murah!
Kat sebelah warung tu, ada makcik bertudung dan anak-anaknya (barangkali?) menjual pelbagai jenis kuih dan makanan berat menjaja dari gerai kecil. Pengunjungnya juga bertali arus mahu membeli di situ. Aku pun turut serta juga. Berlagak macam orang tempatan.

Aku ambik apa yang aku nak makan dan bila tiba saat membayarnya penjual lelaki (anak makcik bertudung tu kot?) berdialog dalam bahasa siam dengan aku. Sepatah haram aku tak faham, aku main angguk je pastu bagi duit besar *sebab taktau dia sebut harganya berapa..*

Suprizingly, sangat murah harganya. Aku kira baki yang dia kasi.. Wah, cuma 55 Baht sahaja makanan yang aku beli! Aku tapau nasi goreng kerabu combined with mihun goreng, seketul ayam goreng, sebekas kecil pulut manis dan 3 biji kuih bersalut gula (semacam kuih keria tapi diperbuat dari tepung pulut; aku tak tau namanya).


Sarapan yang berbaloi dan murah, 55Baht je semua ni.. Tapi nasi goreng kerabunya tersangat la pedas berapi, tapi aku memang suka pedas. Overall rasa makanan ni sedap pada lidah aku..
Pastu aku balik bilik hotel dan melantak sebelum mandi pagi. *opss.. kantoi keluar membeli sarapan dengan bau busuk tak mandi, hahaha.. tapi I gosok gigi tau!

p/s- kali ni mood aku tengah rajin menaip. 

TIPS
Senarai Kedai Makan halal / Restoren muslim dari McD hingga sekitar Masjid


1. Me Mee Restaurant

2. Lemon Restaurant

3. Bamboo Restaurant

4. Fareeda 


5. Adam Thai Restaurant


6. Arnijj Seafood


7. Halal Restaurant


8. Charina Restaurant


9. Food Restaurant




10. Sareefah


11. Hasna

12. A Hud Restaurant



13. Chaba




14. Rohanee Rest.


15. Sakoda Halal Buffet


16. Ting Rest.



Okey, kat sini aku nak share map restorean atau kedai makan halal / muslim di sekitar McD dan masjid Ao Nang. Semua kedai ni terletak di tepi jalan utama ke Pantai Ao Nang. Landmark aku ada catatkan juga kat map ni. Mungkin ada yang tertinggal dan terlepas pandang. Harap dimaafkan.

Letih aku cuba buat map ni. Maaf kalau ada lokasi yang tidak tepat kerana daya ingatan aku yang terhad dan aku main agak-agak je sebenarnya bila ianya dipetakan

Ada beberapa lagi gerai kecil dan warung halal di sepanjang perjalanan/laluan peta yang aku kasi tu. Antaranya adalah;

Gerai jual Burger yang terletak di bertentangan (seberang jalan) dengan restoren Charina & Food Restaurant. Waktu siang tak bukak rasanya.

 \

Burger pizza pun ada!
Ada juga beberapa gerai kecil/penjaja dari masjid hingga ke restoren Sokada. Harganya mungkin lebih murah. Misalnya gerai yang aku beli breakfast pagi tadi tu.








Kat area kedai serbaneka 7E bertentangannya ada gerai kecil macam kat bawah ni



Lepas aku tapau dan merayau-rayau dalam misi hunting kedai makan halal tu yang masih awal pagi tu, aku makan kat bilik hotel dan aktiviti seterusnya adalah berkeliaran mencari cenderamata untuk di bawa pulang.

Of Koz la kena pergi ke Pantai Ao Nang sambil cuci mata.. melalui pembacaan aku di internet, kata orang kalau beli cenderamata di Ao Nang lebih mahal berbanding di Krabi Town. Jadi aku berfikir lagi sama ada nak ke Krabi Town atau shopping je kat Ao Nang..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...