nuffnang

NUFF

Jumaat, 2 Januari 2015

[TRAVEL] Makan Kangkung Dalam Penerbangan?

Sebelum aku sambung siri kembara ke Boracay, Filipina di sini aku nak kongsi satu perkara yang mencuit hati.

Perkara ini masih terkait dengan kembara ke Boracay juga. DAlam penerbangan AirAsia Zest dari Kuala Lumpur ke Cebu aku telah membuat tempahan pra-bayar makanan dalam pesawat.

Aku tertarik dengan satu menunya iaitu nasi dengan ayam adobo. Masakan ayam adobo ini boleh dikatakan sangat terkenal di Filipina dan boleh dikatakan sebagai salah satu national dish mereka.

Apa yang mencuit hati adalah seperti di bawah ini..

Apa? Ada kangkung? Ejaannya sedikit berbeza iaitu kangkong tapi adalah benda yang sama. Dalam menu tempahan takde pulak letak sambungan nama menu tu..

Apapepun, nikmat juga bila dimakan. Oh ya, 'mencuit hati' dalam entri ini sebenarnya bermaksud ia menarik perhatian aku kerana ada unsur persamaan bahasa di situ tanpa aku duga!

Harap bersabar menunggu entri sambungan Boracay..
#eh, ada ke yang menunggu? hahaha

2 ulasan:

  1. Nasib baik laa dia letak kangkong bukan kongkang... Gurau je... He He He...

    BalasPadam
  2. Kongkang ke.. Kingkong ke.. Okey lagi. Kalau kangkang?

    Harus jumpa bomoh sebab termakan nasi kangkang dalam flight! Huhuhu..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...