Selamat bersua kembali. Sambungan kisah di Filipina lagi.. sabar ya, sebelum sampai Boracay, kena tunggu habis episod Cebu dan transit di Manila dulu. Huhuhu..
Okey perjalanan dari Mactan-Cebu International Airport, aku dah bagitau, aku naik teksi dari sana ke hotel.
Layan dulu perjalanan yang sempat aku snap dari dalam teksi ke hotel.
|
dalam teksi, perjalanan sekitar 30 minit
|
|
seronok melihat suasana sepanjang perjalanan. aku memang suka memerhatinya, jarang tidur dalam bas, teksi atau pengangkutam awam lain.. |
|
Cuaca masih mendung
|
|
kena lalu ikut jambatan dari airport ke hotel
|
|
jambatan lagi. sudah tentu kerana airport berada di sebuah pulau kecil yang bernama lapu-lapu
|
|
antara kenderaan yang ada di Cebu
|
Okey, ingat ya.. pemanduan di Filipina adalah left-handed. Kena biasakan lah.. kadang-kadang boleh terlupa bila nak lintas jalan. Arus lalulintas semestinya berbeza dari negara kita.
Apa yang aku nak fokuskan kali ni sebenarnya pasal hotel. Banyak hotel yang dapat kita pilih di Cebu ni. Lokasi paling dititikberatkan.
Hotel yang baik terletak di kawasan yang mudah untuk akses pengakutan awam, letak di kawasan tumpuan pelancong dan mudah nak cari makanan halal! hehe..
Dekat Cebu takde lrt, mrt atau yang seangkatan dengannya. Bas juga agak sukar nak cari, tapi jeepney adalah berlambak-lambak. Itulah pengangkutan awam paling efisen dan popular di Cebu, dan di Filipina secara umumnya.
Hotel yang aku bermalam ni adalah hotel yang biasa-biasa je. Tidak terlalu murah atau terlalu mahal. Hargan yang aku dapat satu malam adalah rm88. Kiranya berbaloi juga kerana bilik tu bukan katil single. Katil double walaupun aku menginap sorang-sorang je.
|
katil boleh tahan. tapi agak keras sedikit |
|
ada tv, of kos banyak siaran pinoy. almari kayu ringkas juga tersedia
|
|
meja kopi jadi tempat landing backpack aku..
|
|
penutup mangkuk tandas tercabut.. bukan aku yang buat, bersih juga la toilet ni.. |
|
sabun mandi tak best mana..
|
|
shower.. air panas berfungsi dengan baik
|
|
inilah hotelnya.. (gambar cilok dari website Agoda) |
Overall, hotel ni okey la jugak. di sekitarnya ada beberapa tempat tarikan. Tak jauh dari hotel ada satu shopping kompleks. Kat dalamnya ada satu kedai makan/restoren halal. Bukan mudah nak cari kedai makan/restaurant halal kat Cebu!
Dari hotel ini juga kita boleh jalan kaki saja ke Crown Ragency Hotel. Ada sesuatu yang menarik di sana. Tunggu entry yang seterusnya..
Bersambung..
Susah cri mknan halal ya di cebu? Kena take note tu..mana tau sampai cebu satu hr...
BalasPadamFarikica, majoriti orang cebu bukan beragama Islam. Automatik makanan halal pun agak susah nk jumpa.
BalasPadamKalau kat cebu, banyak benar lechon dijual. Sila jgn Google apa itu lechon selagi take berniat mahu ke sana. He he..
Memang kekadang keliru dengan kenderaan yang left handed drive ni... pernah di Vietnam dulu... semasa driver sibuk masukkan beg.. saya terus masuk duduk kat kerusi driver... huh malunya...
BalasPadamlucu pulak kisah Mie.. kat Korea pun sama jugak kan? Pemanduan sebelah kiri gak.. tapi tak terasa sangat sebab banyak turun naik tren je. Cuma di Jeju sahaja mula start rasa kekok.
PadamNot bad... Murah jugak hotel ni... Yg penting ada halal restaurant...
BalasPadamAda lagi murah dari hotel ni, tapi location not wise.. jenuh cari hotel bawah rm100 tau!
Padam