Dari Crown Regency Hotel, tuju ke arah Fuente Osmena. Kat situ ramai orang tempatan lepak, mungkin kerana kat tengah-tengah roundabout tu ada fountain dan agak luas.
lambang star merah tu Hotel Crown Regency |
Persian Palate kat Mango Square Mall, pintu masuk dekat National Book Store ni |
akan jumpa Caltex dulu (terletak di sebelah Mango Square Mall) |
pintu depan Persian Palate. Tak berapa besar kedai makan ni.. |
Ada beberapa lagi cawangan Persian Palate di Cebu ni, dekat Ayala Mall pun ada jugak. Restoren halal ini ada facebooknya sendiri.
Nah buku menunya.. boleh la kalau nak servey..
Oleh kerana nafsu lapar yang meluap-luap, aku pun order la makanan paling mahal dalam menu tu iaitu Lamb Cabsa.
Apabila sampai aje hidangan, terkejut aku.. banyak giler portionnya. Dua orang makan pun boleh kenyang!
Aku tak boleh nak judge rasa masakan parsi ni sebab jarang makan. Lagi pun kalau kata sedap sangat mungkin perut tengah lapar. Bagi aku sedap tapi masih tak dapat nak habiskan sepinggan nasi tu walaupun aku ni penggemar daging kambing.
Kedainya tak ramai orang, mungkin sebab dah malam kot. Aku cuba intai-intai jugak orang yang masuk kedai makan ni, mana lah tau boleh terserempak dengan orang luar.. tapi tak ada, cuma orang tempatan je.
Usai makan, aku terus balik ke hotel. Tak sanggup lagi nak ushar tempat lain. Badan pun dah melekit-lekit.
Sebelum masuk bilik, singgah kat kaunter mintak diorang book teksi untuk aku pergi ke airport esok pagi. Masuk bilik terus mandi dan solat. Mata belum dapat pejam lagi dan aku ambik kesempatan surf internet guna wifi hotel.
Wifi selalu terputus-putus, dan end up, aku bukak tv dan kemudian tv pulak tengok aku tidur terbungkang sampai keesokan paginya..
***Bersambung...
Sekurang-kurangnya ada juga makanan halal kat sana...
BalasPadamSebelum pegi Cebu, ZZ pernah search pasal makanan halal.. Memang susah nk jumpa.
BalasPadamSolution lain kalau tak jumpa kedai makan halal, cari masjid atau surau.. Kebetulan ZZ terjumpa satu masjid melalui Google maps di Cebu. Mungkin ada komuniti Islam kat situ, Dan yg penting mungkin ada kedai makan halal..
Sedap doh...
BalasPadamsalam. Saya nak tanya pasal trip ke cebu ni bole? hehe sy akan pergi 16/5 nanti. skrg tgh survey tmpt tggl, activiti air kat sane, dan makanan halal hehe
BalasPadamharap2 saudara bole membantu.
Thank you in advance :)
Best regards,
Nina
boleh x
Padamsalam zalina..saya akan ke cebu juga on 8/5 - 10/5 ni...nak tnya hotel mana yang kamu tgok2 ok ye kat cebu? nk tnya juga budget kat sana ok ka
Padam