nuffnang

NUFF

Khamis, 8 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 4) - Jejaki Tempat Menarik di Cebu

Masih lagi di Cebu. Walaupun Cebu boleh dianggap pusat komersial dan metropolitan kedua terpenting selepas Manila, masih terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Banyak peninggalan sejarah terutamanya pembentukan kristianisasi pada era penjajahan barat dapat dilihat di sekitar Cebu.

Oleh kerana kekangan waktu, aku terpaksa memilih beberapa tempat sahaja untuk dilawati. Antara tempat yang dicadangkan seperti berikut:

Yap Sandiego Ancestral House - Dilihat dari segi luaran, tidak berapa menarik tetapi bila menapak ke dalamnya terasa berlaku perubahan zaman. Banyak alatan, gambar dan kelengkapan lama dipertontonkan di dalam rumah ini.

Basilica del Santo Nino - Dikatakan ibu segala gereja di filipina. Gereja tua yang masih aktif digunakan ini menyimpan sejarahnya tersendiri. Terdapat muzium kecil di dalamnya.

Magellan's Cross - Terletak bersebelahan dengan Basilica del Santo Nino. Dibina pada tahun 1521 dan dikatakan ketika itu Filipina di bawah pengaruh Sepanyol.

Ford San Fedro - Tapak bersejarah ini dibina sekitar 1700-an untuk mengekang penentangan masyarakat islam.

Colon Street - Antara laluan/jalan yang tertua di Cebu. Pelbagai perniagaan beroperasi sepanjang jalan ini dan bercirikan setempat.

Sebenarnya ada banyak lagi seperti Toist  Temple, Busay & Nivel Hill (for Tops Lookout), Museo Sugbo, Cebu Heritage Monument dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah aku, selepas mencari sedikit maklumat di lobi hotel aku bercadang mahu ke Basilica del Santo Nino dan Magellan's Cross kerana lokasinya yang tidak berapa jauh dari Hotel Gran Prix dan Suite.

Nak pergi sana kalau jalan kaki rasanya boleh lenjun baju dek peluh sebab terletak lebih kurang 2.5km. Cara termudah dan murah adalah menaiki jeepney!

Kalau nak naik jeepney, harus sediakan wang lebih kecil. Di tangan aku semua note duit besar! Jadi aku dapat satu idea pergi masuk supermarket beli jajan dan air. Lagipun tekak aku ni memang dah haus sangat.

Aku masuk Robinson Mall just beli air mineral dan mangga kering (kat filipina memang femes). Lepas tu keluar mall, naik jejantas tunggu jeepney.

Masalahnya aku tak tahu nak naik jeepney yang mana satu.

Tanya la makcik yang menjaja kat tepi jalan tu. Sangat membantu. Tak payah sebut la Basilica del Santo Nino tu.. berbelit lidah tau. Sebut je Santo Nino.

Dan Nino itu bunyinya ni-nyo!
jeepney kat cebu ni macam lain sikit bentuknya berbanding di Manila
Okey, part naik jeepney ni menarik. Aku belum pernah naik sebelum ni. Kalau nak turun, diorang akan ketuk syiling pada tiang/dinding ataupun laung kuat-kuat.

Tapi yang lagi menarik, kalau korang duduk belakang dan nak bayar tambang kena pass kepada penumpang di sebelah, penumpang ni akan pass dari tangan ke tangan sehingga sampai ke pada driver.

Kalau tambang itu ada baki, driver akan pass pula dari tangan ke tangan para penumpang sehingga sampai pada tuan empunya balance tu.

Tambang jeepney kalau tak silap 8 peso sehala. Aku pakai duit syiling. Tiru gaya macam lokal bayar tambang. Main pass-pass je..

Kejap je atas jeepney, tak sempat nak ngorat awek pinoy dah kena turun. Laluan jeepney tak dapat masuk ke Santo Nino. Kena menapak dalam 500m lagi. Rasanya dia drop kat persimpangan Colon Street.

Ok la. Sambil jalan dapat cuci mata. Sampai aje kat Santo Nino tu, orang tengok aku ni atas bawah sebab dah dapat mengecam aku ni pelancong sebab kat tangan ada kamera. Kamera cikai aje pun..

dataran ni boleh memuatkan 3500 orang dalam satu masa
ada kerusi di sediakan untujk satu-satu upacara keagamaan
Basilica del Santo Nino
dalam bangunan ni gereja ni dah semacam muzium
dalam Basilica del Santo Nino
ada taman kat dalam tu
laluan yang ada
lukisan di dinding
taman..
dewan..
kat luar.. ada nyalaan lilin


Dah puas ke hulu ke hilir dalam gereja, rasa macam tak beri apa-apa makna selain dapat melampias mata memandang sesuatu yang sedikit berbeza; aku segera menuju ke Magellan's Cross pula yang terletak betul-betul bersebelahan Santo Nino church ni..

Kena lalu pintu gerbang. Tengok gambar kat bawah ni. Pintu masuk tu terletak dekat penjual belon.

menuju ke Magellan's Cross
kecik je Magellan's Cross ni rupanya..
jom masuk dalam..
ini aje.. cuma satu batang kayu salib
ada yang masuk sini sambil berdoa
pengenalan pada Magellan's Cross
bertentangan Magellan's Cross ada bangunan ni
ushar dari jauh je
bangunan city hall ni besar sebenarnya
Tak lama aku kat situ, nak masuk kedua-dua tempat tadi tak perlu bayar apa-apa pun, cuma disediakan tabung sumbangan kepada sesiapa yang pemurah.

Sekurang-kurangnya, aku dapat memahami amalan penganut kristian di Cebu ni bila pergi tempat-tempat tadi. Boleh dikatakan secara keseluruhannya mereka masih berpegang kuat pada kepercayaan agama. Taktau betul ke tidak, sebab aku pergi kat tempat religious ni.. memang la.. 

barang dan kelengkapan keagamaan dijual di sepanjang jalan ke sini
kedai lagi..
menuju ke Colon Street
cari jeepney nak balik
kena lintas jalan untuk dapatkan jeepney
tambang pulang pun sama seperti pergi.. tiada penipuan
menghayati panorama dari dalam jeepney
hari semakin gelap.. aku turun kat Crown Regency Hotel (tiada dalam gambar sebab letaknya disebelah kanan), pakcik sebelah aku tolong laung berhenti kat driver!
Aku tak terus pulang ke hotel tapi singgah di Crown Regency Hotel. Kat situ ada keriangan berganda! Keriangan yang menguji adrenalin..

Bersambung..



4 ulasan:

  1. Wah... ade ape kat regency tu?? Msa p manila dulu pon mmg prasan ada bnyk jugak church... rata2 semua pon kristian ya. .

    BalasPadam
  2. Nak tau ada apa kat crown regency tu? Hint: ketinggian

    Betul tu, mana² kat filipina ni senang jumpa church.. Kecuali area Mindanao sana..

    Kedai jual pork bersepah².. Dh macam darah daging diet pemakanan diorang pulak..

    BalasPadam
  3. Nak kena sedia duit siling laaa plak baru boleh ketuk tiang... Kalu tak de kena tepuk bahu org sebelah... He he he...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu.. hati-hati tepuk bahu orang sebelah, silap haribulan boleh kena lempang!

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...