nuffnang

NUFF

Khamis, 8 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 4) - Jejaki Tempat Menarik di Cebu

Masih lagi di Cebu. Walaupun Cebu boleh dianggap pusat komersial dan metropolitan kedua terpenting selepas Manila, masih terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Banyak peninggalan sejarah terutamanya pembentukan kristianisasi pada era penjajahan barat dapat dilihat di sekitar Cebu.

Oleh kerana kekangan waktu, aku terpaksa memilih beberapa tempat sahaja untuk dilawati. Antara tempat yang dicadangkan seperti berikut:

Yap Sandiego Ancestral House - Dilihat dari segi luaran, tidak berapa menarik tetapi bila menapak ke dalamnya terasa berlaku perubahan zaman. Banyak alatan, gambar dan kelengkapan lama dipertontonkan di dalam rumah ini.

Basilica del Santo Nino - Dikatakan ibu segala gereja di filipina. Gereja tua yang masih aktif digunakan ini menyimpan sejarahnya tersendiri. Terdapat muzium kecil di dalamnya.

Magellan's Cross - Terletak bersebelahan dengan Basilica del Santo Nino. Dibina pada tahun 1521 dan dikatakan ketika itu Filipina di bawah pengaruh Sepanyol.

Ford San Fedro - Tapak bersejarah ini dibina sekitar 1700-an untuk mengekang penentangan masyarakat islam.

Colon Street - Antara laluan/jalan yang tertua di Cebu. Pelbagai perniagaan beroperasi sepanjang jalan ini dan bercirikan setempat.

Sebenarnya ada banyak lagi seperti Toist  Temple, Busay & Nivel Hill (for Tops Lookout), Museo Sugbo, Cebu Heritage Monument dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah aku, selepas mencari sedikit maklumat di lobi hotel aku bercadang mahu ke Basilica del Santo Nino dan Magellan's Cross kerana lokasinya yang tidak berapa jauh dari Hotel Gran Prix dan Suite.

Nak pergi sana kalau jalan kaki rasanya boleh lenjun baju dek peluh sebab terletak lebih kurang 2.5km. Cara termudah dan murah adalah menaiki jeepney!

Kalau nak naik jeepney, harus sediakan wang lebih kecil. Di tangan aku semua note duit besar! Jadi aku dapat satu idea pergi masuk supermarket beli jajan dan air. Lagipun tekak aku ni memang dah haus sangat.

Aku masuk Robinson Mall just beli air mineral dan mangga kering (kat filipina memang femes). Lepas tu keluar mall, naik jejantas tunggu jeepney.

Masalahnya aku tak tahu nak naik jeepney yang mana satu.

Tanya la makcik yang menjaja kat tepi jalan tu. Sangat membantu. Tak payah sebut la Basilica del Santo Nino tu.. berbelit lidah tau. Sebut je Santo Nino.

Dan Nino itu bunyinya ni-nyo!
jeepney kat cebu ni macam lain sikit bentuknya berbanding di Manila
Okey, part naik jeepney ni menarik. Aku belum pernah naik sebelum ni. Kalau nak turun, diorang akan ketuk syiling pada tiang/dinding ataupun laung kuat-kuat.

Tapi yang lagi menarik, kalau korang duduk belakang dan nak bayar tambang kena pass kepada penumpang di sebelah, penumpang ni akan pass dari tangan ke tangan sehingga sampai ke pada driver.

Kalau tambang itu ada baki, driver akan pass pula dari tangan ke tangan para penumpang sehingga sampai pada tuan empunya balance tu.

Tambang jeepney kalau tak silap 8 peso sehala. Aku pakai duit syiling. Tiru gaya macam lokal bayar tambang. Main pass-pass je..

Kejap je atas jeepney, tak sempat nak ngorat awek pinoy dah kena turun. Laluan jeepney tak dapat masuk ke Santo Nino. Kena menapak dalam 500m lagi. Rasanya dia drop kat persimpangan Colon Street.

Ok la. Sambil jalan dapat cuci mata. Sampai aje kat Santo Nino tu, orang tengok aku ni atas bawah sebab dah dapat mengecam aku ni pelancong sebab kat tangan ada kamera. Kamera cikai aje pun..

dataran ni boleh memuatkan 3500 orang dalam satu masa
ada kerusi di sediakan untujk satu-satu upacara keagamaan
Basilica del Santo Nino
dalam bangunan ni gereja ni dah semacam muzium
dalam Basilica del Santo Nino
ada taman kat dalam tu
laluan yang ada
lukisan di dinding
taman..
dewan..
kat luar.. ada nyalaan lilin


Dah puas ke hulu ke hilir dalam gereja, rasa macam tak beri apa-apa makna selain dapat melampias mata memandang sesuatu yang sedikit berbeza; aku segera menuju ke Magellan's Cross pula yang terletak betul-betul bersebelahan Santo Nino church ni..

Kena lalu pintu gerbang. Tengok gambar kat bawah ni. Pintu masuk tu terletak dekat penjual belon.

menuju ke Magellan's Cross
kecik je Magellan's Cross ni rupanya..
jom masuk dalam..
ini aje.. cuma satu batang kayu salib
ada yang masuk sini sambil berdoa
pengenalan pada Magellan's Cross
bertentangan Magellan's Cross ada bangunan ni
ushar dari jauh je
bangunan city hall ni besar sebenarnya
Tak lama aku kat situ, nak masuk kedua-dua tempat tadi tak perlu bayar apa-apa pun, cuma disediakan tabung sumbangan kepada sesiapa yang pemurah.

Sekurang-kurangnya, aku dapat memahami amalan penganut kristian di Cebu ni bila pergi tempat-tempat tadi. Boleh dikatakan secara keseluruhannya mereka masih berpegang kuat pada kepercayaan agama. Taktau betul ke tidak, sebab aku pergi kat tempat religious ni.. memang la.. 

barang dan kelengkapan keagamaan dijual di sepanjang jalan ke sini
kedai lagi..
menuju ke Colon Street
cari jeepney nak balik
kena lintas jalan untuk dapatkan jeepney
tambang pulang pun sama seperti pergi.. tiada penipuan
menghayati panorama dari dalam jeepney
hari semakin gelap.. aku turun kat Crown Regency Hotel (tiada dalam gambar sebab letaknya disebelah kanan), pakcik sebelah aku tolong laung berhenti kat driver!
Aku tak terus pulang ke hotel tapi singgah di Crown Regency Hotel. Kat situ ada keriangan berganda! Keriangan yang menguji adrenalin..

Bersambung..



Selasa, 6 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 3) - Hotel Gran Prix & Suite, Cebu

Selamat bersua kembali. Sambungan kisah di Filipina lagi.. sabar ya, sebelum sampai Boracay, kena tunggu habis episod Cebu dan transit di Manila dulu. Huhuhu..

Okey perjalanan dari Mactan-Cebu International Airport, aku dah bagitau, aku naik teksi dari sana ke hotel.

Layan dulu perjalanan yang sempat aku snap dari dalam teksi ke hotel.

dalam teksi, perjalanan sekitar 30 minit
seronok melihat suasana sepanjang perjalanan. aku memang suka memerhatinya, jarang tidur dalam bas, teksi atau pengangkutam awam lain..
Cuaca masih mendung
kena lalu ikut jambatan dari airport ke hotel
jambatan lagi. sudah tentu kerana airport berada di sebuah pulau kecil yang bernama lapu-lapu
antara kenderaan yang ada di Cebu
Okey, ingat ya.. pemanduan di Filipina adalah left-handed. Kena biasakan lah.. kadang-kadang boleh terlupa bila nak lintas jalan. Arus lalulintas semestinya berbeza dari negara kita.

Apa yang aku nak fokuskan kali ni sebenarnya pasal hotel. Banyak hotel yang dapat kita pilih di Cebu ni. Lokasi paling dititikberatkan.

Hotel yang baik terletak di kawasan yang mudah untuk akses pengakutan awam, letak di kawasan tumpuan pelancong dan mudah nak cari makanan halal! hehe..

Dekat Cebu takde lrt, mrt atau yang seangkatan dengannya. Bas juga agak sukar nak cari, tapi jeepney adalah berlambak-lambak. Itulah pengangkutan awam paling efisen dan popular di Cebu, dan di Filipina secara umumnya.

Hotel yang aku bermalam ni adalah hotel yang biasa-biasa je. Tidak terlalu murah atau terlalu mahal. Hargan yang aku dapat satu malam adalah rm88. Kiranya berbaloi juga kerana bilik tu bukan katil single. Katil double walaupun aku menginap sorang-sorang je.

katil boleh tahan. tapi agak keras sedikit

ada tv, of kos banyak siaran pinoy. almari kayu ringkas juga tersedia
meja kopi jadi tempat landing backpack aku..
penutup mangkuk tandas tercabut.. bukan aku yang buat, bersih juga la toilet ni..

sabun mandi tak best mana..
shower.. air panas berfungsi dengan baik
inilah hotelnya.. (gambar cilok dari website Agoda)
Overall, hotel ni okey la jugak. di sekitarnya ada beberapa tempat tarikan. Tak jauh dari hotel ada satu shopping kompleks. Kat dalamnya ada satu kedai makan/restoren halal. Bukan mudah nak cari kedai makan/restaurant halal kat Cebu!

Dari hotel ini juga kita boleh jalan kaki saja ke Crown Ragency Hotel. Ada sesuatu yang menarik di sana. Tunggu entry yang seterusnya..

Bersambung..

Sabtu, 3 Januari 2015

[THINK] 3 Teratas; Ulam Paling Busuk

Ulam memang sedap disantap bila dicicah dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau seangkatan dengannya.

Teringat sewaktu menjamu selera tengahari tadi, terpacul perkataan haring. Korang tau tak haring tu apa? Kata 'haring' ini mungkin dialek setempat je, tapi aku rasakan bahawa orang terengganu pasti tahu maknanya.

Hah? Orang terengganu pun tak tahu?

Haring ni merujuk kepada bau yang kurang menyenangkan dan busuk terhasil daripada makan petai dan sebagainya ketika kencing.

Ya. Bau haring! Kencing sememangnya berbau hancing, tapi lebih parah kalau berbau haring!

Okey. Cukup lah pelajaran bahasa kita pada hari ini.. simpan elok-elok dalam kotak memori sekalian. Pelajaran seterusnya adalah ulam manakah menduduki ranking teratas paling busuk dan bau haring..

Tempat ketiga adalah: Petai

Tempat kedua adalah: Jering

Tempat pertama adalah: Kerdas

Buah kerdas ni, memang kalau sesiapa yang makannya, sila cuci toilet biar hilang bau haringnya. Ya Ampun, kalau ramai-ramai seisi rumah makan buah kerdas ni, boleh pitam bila menggunakan toilet di rumah!

#SalamMaulidurRasul

Jumaat, 2 Januari 2015

[TRAVEL] Makan Kangkung Dalam Penerbangan?

Sebelum aku sambung siri kembara ke Boracay, Filipina di sini aku nak kongsi satu perkara yang mencuit hati.

Perkara ini masih terkait dengan kembara ke Boracay juga. DAlam penerbangan AirAsia Zest dari Kuala Lumpur ke Cebu aku telah membuat tempahan pra-bayar makanan dalam pesawat.

Aku tertarik dengan satu menunya iaitu nasi dengan ayam adobo. Masakan ayam adobo ini boleh dikatakan sangat terkenal di Filipina dan boleh dikatakan sebagai salah satu national dish mereka.

Apa yang mencuit hati adalah seperti di bawah ini..

Apa? Ada kangkung? Ejaannya sedikit berbeza iaitu kangkong tapi adalah benda yang sama. Dalam menu tempahan takde pulak letak sambungan nama menu tu..

Apapepun, nikmat juga bila dimakan. Oh ya, 'mencuit hati' dalam entri ini sebenarnya bermaksud ia menarik perhatian aku kerana ada unsur persamaan bahasa di situ tanpa aku duga!

Harap bersabar menunggu entri sambungan Boracay..
#eh, ada ke yang menunggu? hahaha

Khamis, 1 Januari 2015

[TEACH] Takwim Persekolahan & Cuti Sekolah *TERBARU* 2015, Selamat Tahun Baru!

Perubahan tarikh sesi persekolahan pada tahun ini, (lewat seminggu) yang diumumkan oleh Menteri Pendidikan kita memberi sedikit kelegaan kepada mangsa banjir khasnya.

Jadi, adakah berlaku perubahan dalam takwim persekolahan?

Ya!

Tapi, cuma minggu persekolahan sahaja dikurangkan daripada 52 kepada 51 minggu sahaja. Mana-mana cuti penggal persekolahan masih tetap sama. Tarikhnya masih sama. Bilangan hari bercuti turut sama.

Lega?

Sudah pasti kepada mereka yang sudah merancang aktiviti-aktivi sempena cuti persekolahan, tidak terjejas dengan anjakan tarikh baru bermula minggu persekolahan  ini.

Takwim Persekolahan Terbaru 2015 bagi kumpulan A (Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor)

Apa-apa pun, aku mahu ambil kesempatan untuk ucapkan selamat tahun baru 2015. Semoga tahun ni lebih banyak luck dan dilimpahi rahmat.

Bila masuk tahun baru, pastinya blog aku juga berwajah baru. Jangan terkujat pula bila lihat header dah tak sama seperti sebelum ini. Masih blog yang sama tau..

Terima kasih kepada yang sudi membaca blog ini walaupun sebenarnya aku jarang update dan ikut mood bila nak tulis. 

Rabu, 31 Disember 2014

[THINK] 2014 Penuh Kisah Duka

Salam sejahtera semua. Tirai 2014 sudah hampir dilabuhkan. Pelbagai peristiwa berlaku. Banyak kisah nestapa terjadi.

Aku ingat mahu sambung catatan pasal borocay tempoh hari, tapi rasa bersalah pula apabila mengenangkan musibah yang menimpa kepada mangsa banjir dan mangsa nahas (terkini) penerbangan QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, lebih spesifik di Selat Karimata.



Aku juga salah seorang mangsa banjir walaupun tidak seteruk yang terjadi kepada mangsa-mangsa di Kuala Krai, Manik Urai, Gua Musang dan beberapa tempat lagi tu.

Hati rasa tak tenteram meskipun hanya menaip kisah seronok melancong ke Boracay di blog sedangkan masih ramai yang bersedih atas malapetaka yang menimpa sebilangan mangsa banjir dan mangsa nahas QZ8501.

Tragedi MH370 dan MH17 sungguh memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan ditambah pula dengan kesedihan berganda musibah di penghujung 2014!

Semoga tahun 2015 memberi lebih kekuatan dan kemakmuran!
 #Azamtahun2015 belum fikir lagi. Rasanya nak letak satu je sasaran untuk azam tahun baru nanti. Biar satu asalkan fokus!

p/s- tunggu tempoh yang sesuai, baru aku release sambungan kisah travel lagi..

Rabu, 17 Disember 2014

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 2) - Singgah di Cebu dulu!

klik sini Maganda Boracay! (Part 1)

Dalam tempoh 4 hari bercuti, aku kena planning betul-betul; kat mana nak pergi, apa aktiviti yang paling sesuai, sela masa perjalanan dan macam-macam lagi.


Tu lah, tamak sangat.. mujur aku tak masukkan itinerari jalan-jalan kat Manila sekali! Cebu dan Boracay pun rasa macam tak cukup hari!


Macam biasa, dari tempat aku bertugas aku kena ke kuching dulu baru la sampai ke lcct. Kat situ dah makan banyak masa! dan kena tidur kat airport untuk menunggu flight keesokkan harinya.

Aku harapkan pagi tu semuanya berjalan lancar tapi ada juga dramaking sewaktu nak check-in. Aku memang jenis travel lite je, cuma bawak backpack jadi tak payah la nak check-in/drop luggagge bagai..

Tapi, bila nak check-in kat mesin kiosk tu tak lepas-lepas. Terpaksa lah pegi ke kaunter juga. Mujur penerbangan international ni tak ada fee/caj check-in kat kaunter.

Barisan tak panjang mana, alhamdulillah, tapi yang jadi masalahnya bila sampai kat kaunter;

"Saya nak check-in flight ke Cebu,"sambil aku senyum

"Encik nak check-in untuk pergi-balik ke?" bersungguh-sungguh muka dia bertanya

dengan jujur aku pun jawab.. "Tak, saya nak check-in pergi sahaja, Flight (pulang) dari Cebu ke KL saya nak cancel, kira burn lah"

"Encik, dah ada tiket pulang ke?"

"Ada, tapi flight Cebu Pacific"

"Orang imigresen kat sana (filipina) nak tengok tiket pulang ni. Encik ada salinanmya?"

Arghh sudah.. aku tak print pun tiket atau itinerari flite Cebu Pacific lagi. Aku ingat sampai sana baru nak settlekan semua tu.

"Err, kalu macam tu saya nak check-in la tiket pulang"

"Tak boleh encik, tadi kata nak cancel. Saya tak berani la nak tanggung tiket yang dah check-in tu sedangkan dah pasti encik tak naik"

"Tolong la, nanti saya tunjuk apa bila kat kaunter imigresen Cebu.. saya belum print out lagi"

"Macam ni la, encik pergi kat kaunter check-in Cebu Pacific dan mintak dia buat satu salinan tiket"

Okey.. lega bila aku dengar cadangan tu. Lepas settle di kaunter AirAsia, aku cepat-cepat  cari kaunter Cebu Pacific tu. Hurray..jumpa!

Drama belum habis lagi! Sampai je kat kaunter, batang hidung manusia pun tarak. Sunyi sepi. Belum bukak lagi kah?

Aku tunggu dulu kerana jam baru pukul 8.45 pagi. Mungkin pukul 9 baru bukak kot. Tapi lepas pukul 9 masih tak bukak-bukak jugak. Aku tunggu dah hampir setengah jam. Flight aku ke Cebu dijangka berlepas jam 10.50 pagi.

Berlama-lama menunggu tak guna, aku pergi isi perut dulu. Makan pun laju-laju sebab nak pergi balik ke kaunter tadi dan aku nampak makcik cleaner tengah membersihkan kawasan kaunter tu.

Aku segera pergi tanya makcik tu, Makcik tu jawab lebih kurang macam ni. "Kaunter ni buka bila ada flight yang akan berlepas ke Filipina"

Rupa-rupanya kaunter Cebu Pacific ni akan dibuka jam 11pagi sebab flight paling awal hari tu adalah lebih kurang 1 tengahari nanti.

Aku hilang pedoman sekejap. Hendak berlari ke kaunter AirAsia macam panjang sangat dan kesuntukan masa. Macam mana ni? Aku nak tunjuk tiket pulang kat imigresen Cebu nanti macam mana?

Jam dah dekat pukul 10 pagi. Masih buntu. Pastu dalam keadaan masih blur macam tu aku masuk je ke balai pelepasan. Ketakutan menyelubungi bila fikir pasal imigresen Cebu. Kalau tak lepas kat imigresen macamana? Nak kasi rasuah kat diorang ke supaya lepas? atau kena maki dari diorang?

Hati memang tak tenteram masa dalam pesawat. Perjalanan yang memakan masa kira-kira 3 jam itu aku banyak melihat keluar tingkap je sambil berfikir-fikir.


Sampai je kat Cebu, cuaca agak mendung dan sedikit gerimis sewaktu landing di Mactan Cebu International Airport. Maka, keluarlah beramai-ramai melalui aerobridge yang disediakan.

Saat yang mendebar-debarkan muncul sebaik sahaja aku berada di kaunter imigresen. Aku serahkan passport dan kemudian dia minta tiket/itinerary flight pulang. Ingat dia tak minta.

Semasa dalam pesawat, aku dah fikirkan pasal ni semua; aku akan tunjukkan itinerary flight yang aku book  melalui tab (softcopy file.pdf)! sebab aku ada simpan dalam tablet untuk rujukan no.booking tu semua..

Aku berdoa supaya dia terima dan...... mujurlah lepas! fuhh..lega sangat.

Semangat nak berlibur kembali semula! Sekarang aku kena fikir macam mana nak pergi ke hotel yang aku dah siap book awal-awal lagi.


Kalau sampai Cebu, kita ada pilihan sama ada nak stay kat pulau Lapu-lapu (area airport), Mandaue City atau Cebu City. Bagi aku, lebih baik duduk kat Cebu City sebab ada lebih banyak attraction venue atau tempat menarik untuk dilawat berbanding yang lain

Dalam terminal, aku tak terus cari pengangkutan untuk ke hotel tapi pergi ke tandas dulu. Aku pegi berak uolss! Gara-gara perasaan gusar itu lah!

Kemudian aku ikut je signboard ke arah teksi. Asalnya aku nak try naik jeepney tapi untuk ke hotel tapi nampak macam berserabut pulak sebab kena turun naik tukar jeepney. Memang murah tapi agak hassle.


Jadi aku pergi ambik teksi kat area domestik (murah sikit - melalui pembacaan), tambangnya PHP200. Dalam setengah jam macam tu aku dah sampai hotel.

Sampai hotel terus pergi mandi dan solat siap-siap. Hari pun dah semakin petang. Aku turun ke meja receptionist dan minta peta Cebu City, tapi nan-hado. Terpaksa la aku mintak password wifi dan cari map secara online kat lobby hotel.

**bersambung..  part 3





Isnin, 15 Disember 2014

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 1) - Jom Terbang ke Filipina

Sorry pembaca sekalian. Dah lama tak menaip. Selepas balik dari trip Krabi, ada satu lagi trip ke Bandung tapi aku nak skip dulu trip tu sebab bagi aku, trip tu adalah trip menemani adik-adikku yang mana tujuannya adalah untuk shopping! Eh, trip ke Busan pun belum di-update jugak!

Cukup! Kita go on je dengan kisah Boracay dulu.. Boracay ni adalah pulau terbaik dunia pada tahun 2012 tau! dan sejak beberapa tahun kebelakangan ni hingga tahun semasa, sering tersenarai dalam Top 10 the best island in the world..

Bagi aku, pulau Boracay ni memang cantik tetapi sudah terlalu dikomersialkan maka dah macam Bali dan Phuket. Terlalu happening sampai sesak dengan manusia!

Maganda (dalam bahasa Tagalog) bermaksud cantik/beautiful, dan Boracay berhak menerimanya kerana pasir pantai yang memutih lagi halus dan kebiruan lautnya yang menawan.

Perjalanan ke Boracay

Perjalanan/trip ke Boracay, Filipina

Sebenarnya aku tak terfikir pun mahu ke sini. Pada mulanya aku 'terbeli' tiket pergi-balik Kuala Lumpur-Cebu sewaktu promo AirAsia, alasannya aku belum pernah ke Filipina. Harganya cuma RM122 pergi-balik.

Flite ni adalah di bawah AirAsia Zest, ada sedikit berbeza seperti menu makanan yg dijual, reka interior dalam pesawat dan pastinya Cabin Attendantnya orang pinoy..

Tapi.. (*tetap nak bertapi-tapi..), aku tersalah beli, tersalah pilih tarikh! Entah macam mana tempoh travel aku adalah 10 hari! Mana aku nak cekau cuti? Aku bajet nak pergi dalam 4 hari je.. dan aku mencongak-congak untuk burn aje tiket tuh!

Dalam 3 bulan sebelum tarikh tiket tu, aku terbaca pasal Boracay ni kat blog Supermeng Malaya, terus semangat berkobar-kobar nak gi Philippines balik.

Aku pun buat lah sikit research dan menanti sebarang promo/peluang yang ada. Mungkin dah rezeki aku, tetiba AirAsia buat promo tiket murah Manila ke Kalibo(boracay). Cepat-cepat aku grab. Kemudian baru aku realize bahawa aku turun kat Cebu bukannya Manila!

Makanan dalam flite Zest air (Z2) dijamin halal seperti yang dimaklumkan oleh pihak AirAsia

Sebenarnya dari Cebu memang ada flight direct ke Boracay, sama ada mahu turun di Caticlan (airport kecik tapi sangat dekat dengan jeti Boracay) atau Kalibo (kena ambil masa 2 jam nak sampai ke jeti Boracay). Rasanya cuma dua airlines je yang sediakan route Cebu ke Boracay ni, iaitu Cebu Pacific dan Philippines airlines dan kedua-duanya mahal nak mampos harga tiket setakat aku servey..

Kalau covert kepada MYR, kira-kira rm138 pada masa tu..

So, terpaksa aku cari flight dari Cebu ke Manila pulak. Mujur dapat! Dan aku tak teragak-agak lagi beli tiket Manila ke Kuala Lumpur apabila Cebu Pacific buat promo murah, takde lah murah sangat (rm109 kot) tapi lebih murah dari tiket AirAsia pada waktu tu.

Jadi perjalanan aku nak ke Boracay macam complicated sikit; Kuching - Lcct - Cebu - Manila - Kalibo (Boracay) - Manila - Lcct - Kuching!

**Gila betul route aku ni.. dah sampai Kalibo airport kena spend 2.5 jam lagi baru selamat sampai kat hotel di Boracay!

Kat Cebu, aku bermalam dan pusing-pusing juga walaupun tak sampai sehari. Dan Manila adalah sebagai transit aku sebelum pergi ke Boracay dan pulang ke Malaysia!

**bersambung.. part 2


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...