nuffnang

NUFF
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Rabu, 27 April 2011

JOM JENJALAN

Tahun ni boleh aku isytiharkan sebagai tahun melancong. Hampir setiap minggu aku akan berjalan-jalan jauh. Kalau kat sarawak ni, banyak tempat yang aku dah jelajah. Kuching dan Sibu tak payah sebut. Kerap kali sangat ke sana.
Bila cuti umum aje, ada je program yang aku dah rancang untuk pergi melancong. Alhamdulillah, setakat ni, tiada apa-apa masalah lagi dan tak melebihi bajet berbelanja+melancong lagi. Seronok bila dapat berjalan-jalan ni. Nanti bila umur dah lanjut, susah sikit nak bergerak ke mana-mana kan? Sehingga penghujung bulan april ni, aku cuma sempat jelajah sampai ke sabah je (paling jauh). InsyaAllah, lepas ni ke luar negara pulak. semoga percutian & perjalanan liburan ku berjalan lancar seperti yang dirancang.

Tips persiapan awal melancong;
1. Rancang dengan teliti & study/buat research tentang tempat yang bakal dilawati. cari maklumat melalui website, forum internet atau bahan bacaan.
2. Mulakan dengan bajet tertentu pilihan anda. kemudian buatlah persiapan berdasarkan bajet itu. mulakan perancangan anda dengan bajet tersebut!
3. Bahagikan perancangan anda kepada beberapa sektor supaya mudah dicapai. Sebagai contoh, adanya sektor penginapan, sektor pengangkutan, sektor makan-minum, sektor perbelanjaan dan sebagainya. Sila perincikan setiap sektor itu dengan bajet anda.

Ahad, 27 Mac 2011

TAMAN SAHABAT, KUCHING

Korang pernah sampai tak kat Taman Sahabat? Friendship Park? Terletak di kawasan perumahan sebenarnya taman rekreasi ini. Sesuai untuk riadah seperti berjoging, senaman ringan atau bersiar-siar.

Cara ke sana/lokasi:

  • Sekiranya dari waterfront kuching, sila ambil arah ke bangunan datuk patinggi atau ke wisma persekutuan. Kemudian naik fly-over yang menghala ke Airport Kuching. Sebaik turun daripada fly-over sila ke kiri sebaik jumpa simpang 4, iaitu simpang menghala ke Tabuan Jaya (nama jalan itu Jalan Song, kalau tak silap..). Selepas itu, jalan lurus sehinggalah merentasi 2 traffic-light. Pada lampu isyarat kedua itu, ambil U-turn dan terus ke kiri sebab kat situ ada lorong kecil yang membawa terus ke taman itu! (Dari traffic-light tu, dah nampak Taman Sahabat tu)


Taman Sahabat (Friendship Park) ini dibuat sebagai tanda persahabatan antara 2 negara, Malaysia-China. Oleh itu, designnya mirip suasana di Negara China.






Check it out beberapa lagi gambar kat sini:











Ada pancuran air, kolam dan juga telaga permintaan! Campak la duit korang dalam telaga tu, then buat permintaan.. hahaha, aku tak akan buat, kurafat tu.. dah la bazir duit..hehehe



Khamis, 30 Disember 2010

AZAM TAHUN 2010 (DAH SETTLE?)

Tahun 2011 dah nak muncul jadi aku nak citer sikit pasal azam aku untuk tahun ni (yang berbaki beberapa hari lagi). Okey, sebenarnya aku ada 3 azam yang besar pada tahun ni.. dua daripadanya dah tercapai, cuma satu lagi yang belum.

Azam yang pertama dah tercapai dengan agak jayanya. Lihat sahaja aku, saiznya dah menyusut! anyway, aku tengah maintain dengan berat badan sekarang ni. Taknak terlalu kurus dan terlalu berisi (cuma bila balik kampung aje, makan macam tak hengat dunia!!).

Azam yang kedua pulak agak lewat sikit nak dimakbulkan. huhuhu. Hasrat aku takmau menyusahkan & menumpang orang lain ke tempat kerja dah jadi kenyataan. Dengan terbelinya kereta, memudahkan aku nak ke mana-mana. hehehe.

Azam yang ketiga ni amat personal (ye ke? padahal biasa2 je, baru nampak cam suspen sikit). Hmmm, susah sikit nak citer kat sini. Apepun mungkin aku kena terus berdoa dan berusaha lagi..

--------@@@
Actually banyak lagi azam aku yang kecik-kecik, tapi malas la nak bagitau.. kalau korang nak azam jadi kenyataan, sila baca tips yang terlintas dalam kepala hotak aku ni:

Tips membina Azam (for New Year Wish-maker)
1) Kena pasang impian terlebih dahulu..
2) Pastu berusahalah ke arah impian tu dengan menanam kata-kata semangat (sampai termimpi-mimpi lagi bagus! huhuhu).
3) Kemudian, letakkan tanda aras supaya senang nak target.
4) Rancang step by step azam korang supaya nampak lebih realistik. Jangan hanya sebut di mulut dan benamkan azam korang dalam hati je, tak ke mana-mana la jawabnya!

Azam aku untuk tahun depan apa ek?? :-)

Isnin, 27 Disember 2010

HOTEL MURAH/BAJET KAT KUCHING

Kali ni aku nak ceritakan pasal hotel-hotel murah kat kuching yang pernah aku bermalam. Takde la murah sangat, tetapi berbaloi dengan harga la..Sebelum tu (aku nak cerita jugak) aku juga pernah menginap kat hotel bajet (memang cikai giler) kat area kuching tu.

Medan Pelita, Kuching
Hotel-hotel bajet
Kalau korang nak cari hotel bajet ni kat area Kuching ni, berlambak sebenarnya. Hmmm..tapi aku suka pilih kat area Hotel Harbour View (hotel HV) tu. Depan Medan Pelita, bersebelahan/belakang hotel HV. Hotel kat situ murah bangat, semurah rm30 pun ada! Dekat aje ngan waterfront kalau pilih hotel bajet kat area ni. Ada 3 buah hotel bajet yang aku pernah stay kat area tu. Dua daripadanya aku dah lupa namanya. Salah satu hotel tu, toilet/bilik mandinya teramat la teruk. Bocor. Air siap mengalir masuk bawah katil tu..hahaha. Bau pun kurang menyenangkan. Satu lagi hotel tu, so far conditionnya so-so aje. Namanya hotel bajet kan.. hotel yang seterusnya ni, aku ingat namanya. kalau tak silap Kuching Hotel. Betul-betul bertentangan dengan Medan Pelita. Dah banyak kali aku menginap kat situ. Aku selalu ambil bilik yang takde aircond & shared-bathroom. Memang murah. 30 hengget je. Biliknya luas tapi takde tv la..

Di kesempatan ni, aku nak bagi tips cari hotel bajet:
* Jangan cari hotel bajet yang letaknya di ceruk-ceruk kawasan.
* Pilih bajet hotel yang tidak terlalu usang/lama. Biasanya perabot/kemudahannya amat uzur.
* Sila jenguk-jenguk bilik terlebih dahulu sebelum book. check katil, lantai, peralatan dan kemudahan lain di dalam bilik. Request aje kat receptionist sblm booking, InsyaAllah memang dia bagi kita tengok-tengok bilik tu dulu. lawat dulu beberapa bilik lain dan bandingkannya.
* Elakkan pilih bilik berkarpet. selalunya ada bau yang kurang enak. kalau ada aircond, lagi hapak kot. tapi tak semua seteruk macam tu. berwaspada lah.

Waterfront, Kuching

Tinggalkan dulu cerita pasal hotel bajet dan murah tu dulu. Okey cerita lain pulak. Dua hotel yang akan aku cerita ni (kat bawah ni) bukan hotel bajet, tapi agak kompetitif dari segi harganya. Kira murah la dan yang penting berbalai dengan harganya!

Tune Hotels
Dah banyak kali aku duk kat hotel ni. Sebelah Hotel Hilton aje. Murah, selesa dan bersih. Murah kalau booking online dan bila ada promo (macam air asia la ~memang anak syarikat AA pun..hehehe). Biliknya agak sempit tapi dari segi kualiti materialnya tersangat la bagus. Lokasi pun bagus. Dekat dengan waterfront. Pada pendapat aku, hotel ni tak sesuai untuk family yang besar. Aku pernah buat review pasal hotel ni. Cuba korang cari kat post terdahulu dalam blog ni.

360 Xpress Citycenter Hotel
Online booking menyebabkan harganya lebih murah, tapi kena booking awal-awal sikit la. Overall aku sangat berpuashati. reviewnya aku ada buat, cuba lihat kat sini. Ada beberapa gambar yang aku dah masukkan kat situ.

Kedua-dua hotel di atas menyediakan kemudahan pengangkutan pergi-balik ke airport dengan harga yang sangat berpatutan. Lebih kurang rm8 sehala sahaja. Kalau naik teksi, lebih rm23 sehala tau!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...