nuffnang

NUFF
Memaparkan catatan dengan label luahan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label luahan. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2011

BIZI + MALAS

Dah lama aku tak update blog ni. Banyak yang nak aku kongsikan tetapi selalu saje ada halangan, terutamanya bila nak upload gambar, internet slow la.. kamera tertinggal la.. dan alasan paling feymes; sibuk sangat!

ya, memang betul bulan lepas (bulan mei) aku tersangat sibuk. Nak siapkan soalan exam pertengahan tahun, prepared untuk budak-budak tahun 6 (pra-UPSR), dah siap buat soalan kena semak pula lepas tu.. dan hujung minggu pulak banyak pulak aktiviti-aktivi merayap ke hulu- ke hilir.

InsyaAllah, hujung minggu ni aku akan kemaskini semula blog ni dengan pengisian/aktiviti yg lepas yg dah aku lalui .. yang terbaru mungkin agak lewat sikit aku update-kan.

sekian

Rabu, 9 Februari 2011

ALAMAK.. TIPAH TERTIPU!

Alkisah bermula sewaktu aku cukup bersemangat nak naik bot ekspress dari sarikei ke kuching tempoh hari.. Begini ceritanya;

Aku sememangnya berkobar-kobar nak rasa pengalaman naik bot ekspress. Apatah lagi, sepanjang 2 tahun lebih berada di sarawak, selalu aje takde kesempatan nak mencuba pengalaman baru ni. Jadi, sempena cuti tahun baru cina..aku nekad nak cuba! Seminggu sebelum cuti itu, aku dengan penuh harapan pergi ke kaunter jualan tiket di terminal 2 sarikei. Tiket mesti dibeli awal, takut kehabisan. Itulah yang bermain di fikiran aku kalau merancang ke sesuatu tempat.

Setibanya aku di terminal 2 untuk membeli tiket, rupanya kaunter masih tutup. Mata aku melilau mencari-cari penjaga kaunter jika ada. tapi, hampa.. kemudian aku ambil keputusan bertanyakan kepada orang yang lebih tahu di kawasan itu. Mata aku terlihat kelibat makcik cleaner kat terminal tu. Sudah pasti dia tau, aku menjangka. Terus aku bertanyakannya. Makcik itu dengan konfidennya memberitahu aku bahawa kaunter jualan sekarang sudah jarang dibuka, biasanya penumpang hanya perlu membayarnya apabila naik bot ekspress.

Kat terminal 2 sarikei. Aku datang seminggu lebih awal untuk booking tiket. Tapi kaunter jualan tutup.

Perasaan kurang yakin untuk membeli tiket ketika bertolak nanti menyebabkan aku bertanyakan beberapa soalan lagi.
"Kalau boleh, saya nak beli tiket awal, takut penuh bot nanti; penjaga kaunter mana?"

"Takpe, sekarang ni bot ekspress dah tak penuh macam dulu-dulu"

"Oh, ya ke? Hmm.. saya nak pergi waktu cuti raya cina nanti, tak penuh ke?"

"Raya cina? Tak ramai.. lagi pun sekolah cuti awal. tengah-tengah cuti, selalunya orang kurang"

"Okey.. lupa saya nak tanya, raya cina ni bot ekspress ada ke?"

"Bot Ekspress memang selalu ada (dengan mimik muka penuh yakin!), cuti pun ekspress masih ada!"

Jadi, aku pun beredar dengan rasa kesal sebab tak berjaya membeli tiket di kaunter. Kata-kata makcik tu membuatkan aku bersemangat semula untuk meneruskan niat tu. Tak apalah, nanti aku akan datang awal-awal supaya sempat naik bot ekspress. berebut-rebut pun aku tak kisah.

Hari yang dinanti telah muncul, iaitu pada hari pertama tahun baru cina. Keadaan sarikei ketika itu hujan. Aku agak cuak memandangkan bot ekspress yang bakal aku naik itu akan menempuh cuaca buruk sepanjang perjalanan ke kuching. Tapi, jiwa aku yang berkobar-kobar (bersemangat membara) tu dapat mengatasi perasaan takut tu.

Walaupun hujan, tak mematahkan semangat aku untuk mencuba naik bot ekspress!

Setibanya di terminal, sungguh sepi keadaannya.. Mungkin terlalu awal aku sampai, getus hati aku. Setelah menapak ke terminal, baru aku tahu bahawa tiada perkhidmatan bot ekspress selama 2 hari, iaitu pada hari raya cina pertama dan kedua! Ada notis ditampal di situ. Arrghh.. rupanya makcik cleaner yang aku jumpa tempoh hari memandai-mandai je buat kenyataan..

Untuk mengubat rasa kecewa, hari tu juga aku terus ke kuching menumpang kereta housemate aku yang kebetulan mahu ke sana. Kami tiba di kuching lewat petang. Sempat ke melawat Kampung Budaya Sarawak (SCV) keesokannya pada hari ke-2 tahun baru cina. Akhirnya, berjaya juga merasa naik bot ekspress dari kuching ke sarikei pada hari ketiga chinese new year tu. Alhamdulillah, tercapai juga keinginan aku..

Ahad, 30 Januari 2011

LANGIT DIJUNJUNG

Cuaca sekarang selalu sahaja hujan. Kat saratok, hampir setiap petang dan awal pagi, pasti hujan turun. Kadang-kala lebat juga. Kelmarin, aku ada menelefon mak aku kat kampung. Katanya, acapkali hujan, jarang-jarang langit kelihatan cerah. Mendung. Kain-baju pun payah nak kering. Lama juga kami berbicara pasal keadaan langit di kawasan masing-masing menerusi talian telefon. Air sungai kat kampung makin menokok. Aku berdoa agar terengganu tidak dilanda banjir. Kesian juga mak ayah aku nanti.

Gambar ini diambil ketika bulan disember yang lalu di sekitar kawasan Esplanade Pasar Payang, Kuala Terengganu. Lihat langitnya, kelam sungguh meskipun pada waktu tengahari ketika itu. Syukur pada Allah, tiada laporan banjir teruk direkodkan saat tersebut.

Petang tadi, agak awal aku masuk ke perkarangan sekolah. Mujur sempat mendahului hujan lebat. Kalau tidak, bersusah payah lah aku memandu ke destinasi ini dalam hujan lebat. Risau juga. Pemandangan terhad. Jalan sempit. Becak dan berlumpur sudah pasti.. Alhamdulillah, selamat tiba juga aku.

Teringat pada kisah ketika tahun pertama aku di-posting-kan. Hujan teramat lebat dan berlarutan sehingga berhari-hari. Jalan begitu teruk sekali hinggakan kereta pun terlekat dalam jalan berlumpur. Kena tarik dengan pacuan 4 roda lagi.. tak cukup dengan itu, terpaksa ditolak pula oleh kudrat empat kerat. Maka, bermandi keringat lah dalam hujan yang renyai-renyai.
Semoga cuaca tahun ini tidak seteruk seperti tahun itu.


Khamis, 30 Disember 2010

AZAM TAHUN 2010 (DAH SETTLE?)

Tahun 2011 dah nak muncul jadi aku nak citer sikit pasal azam aku untuk tahun ni (yang berbaki beberapa hari lagi). Okey, sebenarnya aku ada 3 azam yang besar pada tahun ni.. dua daripadanya dah tercapai, cuma satu lagi yang belum.

Azam yang pertama dah tercapai dengan agak jayanya. Lihat sahaja aku, saiznya dah menyusut! anyway, aku tengah maintain dengan berat badan sekarang ni. Taknak terlalu kurus dan terlalu berisi (cuma bila balik kampung aje, makan macam tak hengat dunia!!).

Azam yang kedua pulak agak lewat sikit nak dimakbulkan. huhuhu. Hasrat aku takmau menyusahkan & menumpang orang lain ke tempat kerja dah jadi kenyataan. Dengan terbelinya kereta, memudahkan aku nak ke mana-mana. hehehe.

Azam yang ketiga ni amat personal (ye ke? padahal biasa2 je, baru nampak cam suspen sikit). Hmmm, susah sikit nak citer kat sini. Apepun mungkin aku kena terus berdoa dan berusaha lagi..

--------@@@
Actually banyak lagi azam aku yang kecik-kecik, tapi malas la nak bagitau.. kalau korang nak azam jadi kenyataan, sila baca tips yang terlintas dalam kepala hotak aku ni:

Tips membina Azam (for New Year Wish-maker)
1) Kena pasang impian terlebih dahulu..
2) Pastu berusahalah ke arah impian tu dengan menanam kata-kata semangat (sampai termimpi-mimpi lagi bagus! huhuhu).
3) Kemudian, letakkan tanda aras supaya senang nak target.
4) Rancang step by step azam korang supaya nampak lebih realistik. Jangan hanya sebut di mulut dan benamkan azam korang dalam hati je, tak ke mana-mana la jawabnya!

Azam aku untuk tahun depan apa ek?? :-)

Selasa, 21 Disember 2010

RUBIK

Selama berhari-hari aku kat rumah semasa musim cuti ni, aku nampaknya dah mahir bermain-main dengan bongkah yang dipanggil rubik ni (sila lihat gambar di bawah). Macam mana aku boleh terjebak dengan permainan ni? Bermula apabila aku belikan utk anak saudara minuman probiotik vitagen.. belikan satu paket(berisi 5 botol) percuma mini rubik. Aku pun main2 la menda alah ni.
Sekarang, skill aku dah improve.. Aku dah dapat 'rentak' macamana nak siapkan semua permukaan sama kaler! walaupun terkedek-kedek, at least aku berjaya juga. Orang kata, nak main ni kena ada step2nya tersendiri. ada juga lah aku search kat internet step2 tersebut tapi macam tak dapat ikut je.. aku ikut cara aku sendiri lagi senang. fikir dan fikir.. mmg lambat tapi berhasil.

Apa yang best main rubik ni, sebaik sahaja korang dapat menyiapkan keseluruhan permukaan sama color dengan jayanya. Bila dah siap, rasa bangga sangat ~sebab berjaya fikir sendiri (kadang-kadang sampai dah nak give-up bila tak dapat siapkannya!).Hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...