nuffnang

NUFF
Memaparkan catatan dengan label tempat makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tempat makan. Papar semua catatan

Ahad, 3 April 2011

TRAVEL: BINTULU PART 4

Tempat Makan

Sesampai je aku kat bintulu, perut mula berkeroncong. Selepas aku check in Tune Hotel, aku terus ke Ipoh Town Kopitiam yang terletak betul-betul satu bangunan dengan Tune tu. Aku dengan pelahapnya makan mee kari & lupa nak snap gambar. Dah lama aku teringin nak makan mee kari. suasah nak cari kat Sarawak ni, tak kena ngan selera aku. Mee Kari kat situ quite good! Aku suka..aku suka..(mungkin lapar sangat kot, hehe). Dinner ngan mee kari je..


Pagi keesokkannya, aku pegi cari kedai makan. Nak sarapan. Pegi Medan Jaya kat bintulu tu, terjumpa la satu kedai yang aku yakin status halalnya. Actually aku tak makan kat Refah Cafe ni, ramai sangat orang, so aku gi kedai kat sebelahnya. Lupa namanya. Kedai melayu gak.


Aku Bedal makan mee goreng mamak. Mee lagi? huhuhu.. pastu aku bungkuskan satu martabak sebagai bekal untuk trekking ke Taman Negara Similajau. Aku jangka, macam tak sempat nak lunch sebab tu la tapau martabak tu. Martabaknya saiz besar.

Makan malam kat SCR. Takde gambar okey.. kat sarawak ni memang terkenal dengan Singapore Chicken Rice (SCR). Aku order nasi ayam plus beancurd. Side order lain, chicken meat roll. Burppp.. kenyang giler. Pastu gi jenjalan kat pasar malam bintulu. Beli air & keropok. keropok dia tak best pun. Sekian.

Ahad, 5 Disember 2010

RASA NAK CUBA..

Jumaat baru ni.. aku, adik-adik dan anak sedara aku telah ikut abang aku (& wifenya) ke kuala terengganu. Kami nak mencuba makanan Radix Fried Chicken (RFC) yang baru dibuka tu.. RFC dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan yang lebih penting, milik orang islam.. Semua produknya berasakan produk HPA yang dijamin bersih lagi berkualiti (hmm, mcm promote je..tapi aku belum lagi ahli HPA okey!).

RFC terletak di belakang stadium bola, kuala terengganu.. ala belakang bangunan yayasan terengganu tu je..

Kitorang ingat nak makan nasi tomato RFC, tapi takde la pulak, baru nak masak.. so kitorang order nasi ayam. dan tapau jugak set kombo yang ada ayam + fries + kentang putar + nuget + dll.

Rasa herba yang agak kuat pada sup ayam tu. Dari segi harga, lebih kurang KFC jugak.. kalau ahli HPA dapat diskaun sikit.


Sebelum sampai ke sana, sempatla beli kacang tanah rebus kat jalan dungun ke marang tu. Satu plastik rm1. plastik kecik je.. kami beli 5 dan makcik tu bagi percuma satu. 6 plastik semuanya..

Sedap makan kacang tanah rebus masa panas-panas tau!

p/s- dah dapat bonus, terus belanja adik-adik.. hahaha

Isnin, 29 November 2010

MAJLIS PERKAHWINAN

Yang pasti bukan aku kahwin! Hehe.. Entri sebelum ni aku dah citer pasal kawan aku yang sorang ni. Kenapa pulak aku pakai baju melayu lengkap bersampin tu? Hmmm, korang fikirlah sendiri..hehehe. Semoga kedua-dua mempelai kekal sehingga ke akhir hayat. Ameen.

Sebaik sahaja mengantin berarak tiba ke perkarangan rumah pengantin perempuan pada pukul10.30, paluan kompang dan gendang berbunyi. Diikuti pula dengan persembahan silat, kemudian, tarian zapin klasik pula. Meriah! Sementelah masuk ke dalam rumah, pengantin terus ke pelamin dan kumpulan berzanji memulakan bacaan doa serta berwirid/zanji. Baru lah kemudiannya proses menepung tawar! Dan selepas tu, sesi suap menyuap.
Letih aku berdiri di majlis itu, waktu makan menjelma. Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, hati-sayuran campur, daging gulai, udang, sayur nenas manis, gulai umbut dan pencuci mulut. Kalau kat terengganu, majlis perkahwinan biasanya berakhir lewat petang tapi di sini, jamuan makan berakhir sebelum pukul 2ptg! Sekejap je kan?


Selepas majlis aku hantar kawan baik aku yang hadir ke majlis tersebut ke airport. dia nak balik kl. Sebelah malam, aku ke Topspot menjamu diri sendiri (mkn sorang-sorang la ni!), makan seafood! Menu: udang goreng milk-butter dan sayur midin belacan.

Jumaat, 26 November 2010

KEMUDIAN KE KUCHING..

Salam semua! Walaupun letih & terasa berat mata ni, aku masih nak ceria-ceriakan blog ni. Aku nak tulis ringkas je. Kisahnya bermula 24Nov lalu. Rabu.

24Nov - Rabu
* Bosan giler duduk kat rumah di Saratok, so aku amik keputusan jalan-jalan ke Sarikei
* Lunch kat Chicken King (ada logo halal tau)
* Tapau KFC utk dinner..hahaha, kuatnya aku melantak!

Set Nasi Goreng Pataya yang aku order kat chicken king

25Nov - Khamis
* Pagi tu, aku packing barang. Kemas rumah sikit.
* Bertolak dari Saratok ke Serian pada waktu rembang
* Sempat singgah kat The Spring. Tengok wayang citer 2 Alam. Sangat hempeh! Aku kasi 1/5. Nyesal beli tiket (nak buat cemana, tu je tayangan yg ada dengan waktu aku nak!)
* Balik dari Kuching ke Serian dah hampir lewat malam!

Milage kereta aku, cantik nombor ni kan? kat Simpang Sri Aman..
pukul 2.30 ptg masa tu..

26Nov - Jumaat
* Pegi Digi Centers kat Satok. Terminate broadband digi aku.
* Pusing-pusing kuching, then Check-in Tune Hotels
* Last skali, tengok wayang lagi.. citer Ngangkung. Komedi-seram yang best!

Sekitar kuching; lenguh kaki aku berjalan!

Ngangkung. Aku kasi 4/5. Mengisah 3 sahabat yang terima akibat buruk akibat main nombor ekor, diselitkan lawak2 yang menarik..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...