nuffnang

NUFF
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan

Khamis, 29 Ogos 2013

BIAR PUTIH GIGI, JANGAN PUTIH TULANG. ERR?

Pernah sekali ketika dulu, bekas anak didikku tulis kalimat ni. Sepatutnya biar putih mata, jangan putih tulang. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap pribahasa dan pembacaan bahan ilmiah.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal gigi. Okey tak buat mukaddimah macam tu? hehehe..

meraka datang dengan pacuan 4 roda ini..

Sudah tiga hari pasukan dari klinik pergigian saratok berkampung di sekolah aku. Perkara ini adalah rutin bagi pihak kementerian kesihatan untuk memastikan setiap tahun murid-murid sekolah rendah mendapat rawatan pergigian yang sewajarnya.

Ingat lagi tak korang sewaktu kecik-kecik dulu? Bagi mereka yang berumur sebaya atau sekitar umur aku pastinya akan mendapat perkhidmatan percuma ini ketika di bangku sekolah dulu kan?

Ada yang menangis tak mahu jumpa doktor gigi. Kawan-kawan selalu memomokkan jarum yang besar akan disuntik di gigi membuatkan hati menjadi gerun. Playar yang memulas gigi dan disentap dengan kuat tidak kurang juga menghantui fikiran ketika itu!

Tapi, aku nak bangga sikit la kat korang semua.. *buat gaya penuh eksyen!*

Ketika sekolah rendah dulu, gigi aku tak pernah dicabut dan ditampal! Perkara ini berlarutan sehingga sekolah menengah. Pendek kata, aku jumpa doktor gigi hanya untuk diperiksa atau dibersihkan sahaja! No cabut-cabut or tampal-tampal!

murid pra-sekolah juga menjalani rawatan gigi


Seolah-olah situasi yang lalu wujud kembali apabila aku melihat anak-anak murid menghadapi kehadiran team klinik pergigian ini!


Khamis, 8 September 2011

SALAM EID UL-FITR

Salam aidilfitri buat semua pembaca. Dalam kemalasan, aku update juga blog ni. Sebenarnya dah lama aku nak update..sebelum cuti hari raya baru ni. Jadi cerita kali ni tentang peristiwa sebelum raya la. hehe..

Sebelum aku mulakan citer ni, aku nak mengeluh sikit; kenapalah cuti hari raya sekali ngan cuti penggal persekolahan? sikit aje la cuti maknanya!

Seperti biasa, aku dah tempah tiket flite awal-awal kalau nak balik bercuti ni. Aku amik flite Firefly pergi-balik. Sebelum aku meninggalkan bumi kenyalang untuk cuti berhari raya, sempat lagi mengadap buffet ramadhan kat Merdeka Palace. Fuhhh.. banyak pilihan makanan! Rasa macam nak rembat semua. Nasib baik puasa masa tuh. Tapi masih menggila juga bila time ambil hidangan tu. hahaha.

Cuba lihat pinggan aku ni, penuh dengan bermacam-macam lauk. Semua aku nak rasa, so ambik sikit-sikit setiap juadah. Nasib baik habis jugak dibedal oleh aku!

Rakan kongsi gelap yang turut serta men-join buffet buka puasa ni.. meja memang full la masa ni.

Isnin, 15 Ogos 2011

CEK MEK MOLEK

Ramai yang pasti kenal kuih cek mek molek ni. Kenapa pulak kuar citer kuih ni? Sebenarnya aku rasa teringin nak makan kuih ni, pastu gi la pusing-pusing pasar ramadhan tapi tak jumpa-jumpa pun. Berkali-kali (berlainan hari) aku ke pasar ramadhan kat saratok, masih juga tak pernah ku ketemu kuih ni. Pernah juga aku pegi pasar ramadhan kat sarikei dan sibu. Memang nasib tak menyebelahi kot, tak ada juga.

Akibat teringin nak makan cek mek molek ni, aku pun terfikir nak buat sendiri. Dan hasilnya, taraaaa... jadi la! Tak sangka, selama ni aku just tengok-tengok aje mak aku buat kuih ni dan aku try buat menjadi! Sebelum ni aku tak pernah buat, tapi tolong mak aku bentukkan(gentel-gentel) dan goreng pernah la.

Kuih ni aku sengaja buat besar-besar. Jadi tak payah nak buat banyak-banyak. Aku sediakan kuih ni waktu sahur tau! Cuma keledek tu aku dah rebus siap-siap selepas berbuka.

See.. yang dua biji tu belum digoreng lagi, masih dalam bentuk bebola. Sambil goreng, sambil gentel-gentel (bentukkan) cek mek molek tuh.

Setelah aku bercakap-cakap ngan orang sarawak, rupa-rupanya kebanyakkan diorang tak tau sangat pasal kuih ni. Ada yang tak pernah makan dan jumpa! Patut la kat pasar ramadhan aku tak jumpa-jumpa. Huhu. Anyway, nak buat cek mek molek ni bukan susah sangat pun.

Cara nak buatnya mudah sesangat;
1. Memula rebuslah ubi keledek tu sampai ia empuk. (Oh ya, sewaktu rebus ubi tu, masukkan sikit garam supaya ada rasa masin sikit)

2. Kemudian lecekkan ketika ia masih panas.

3. Then, campurkan tepung gandum sedikit demi sedikit sampai sebati dan adunannya menjadi doh. Jangan keras sangat adunan tu, biar lembik sikit..

4. Pastu bentukkan ia bulat-bulat seperti bebola dan ketepikan.

5. Ambil bebola tu kemudian picit di tengah-tengahnya supaya membentuk lubang untuk diisi gula pasir.

6. Kemudian, sila gentel-gentelnya seperti yang aku buat dan terus masukkan dalam kuali.
(tips: kalau tak terus goreng, dikhuatiri gula akan mencair dan keluar sebelum sempat digoreng)

Hahaha.. jadi chef pulak aku kali ni. Kuih ni betul-betul senang nak buat. Tapi tak hengat dunia, aku makan kuih ni sampai 6 biji! Saiznya dah ler besor-besor!

Rabu, 3 Ogos 2011

SALAM RAMADHAN

Selamat menyambut bulan mulia! Sempena bulan yang penuh barakah ini, marilah kita beramal dengan lebih tekun lagi.. banyak kelebihan pada bulan ini dan dipenuhi dengan pelbagai rahmat. Walaupun lebih banyak masa aku menyambut ramadhan di sekolah (berbanding berada di pekan Saratok) akan ku cuba jua untuk menunaikan tarawih meskipun secara bersendirian. Alhamdulillah, setakat ni aku masih tidak meninggalkannya atau tertinggal untuk solat tarawikh. Ketika bulan inilah kita sepatutnya berlumba-lumba mencari pahala kan? Sebut pasal berlumba-lumba ni, teringat pulak larian 1Murid 1Sukan tempoh hari, hehehe.. sepatutnya... errr, tak payah la citer pasal larian ni. okey ni gambarnya;

Jumaat, 29 April 2011

PERLAWANAN PERSAHABATAN






Pada 28hb april yg lalu(kelmarin), sekolah kami telah diundang ke SK Nanga Budu untuk memenuhi hajat bagi memperlihatkan perlawanan persahabatan bola sepak bwh 12tahun yg mewakili sekolah masing-masing.

Bagi mencungkil bakat dan mendedahkan murid-murid terhadap perlawanan antara pasukan luar, program ini berjaya menyuntik semangat serta meningkatkan keyakinan mereka.

Meskipun sekolah kami tidak berjaya merangkul kejuaraan, dengan tewas 2-3 kepada tuan rumah, perlawanan ini mampu membangkitkan rasa berkobar-kobar & keseronokan di kalangan murid-murid.

Apepun, aku amat berpuashati kerana mereka semua gembira

Jumaat, 22 April 2011

CUTI GOOD FRIDAY

Cuti umum ini hanya untuk negeri Sarawak dan Sabah je. Sudah pastinya cuti ni jatuh pada hari jumaat. 'friday' tu kan hari jumaat. hehehe. Jadi bila digabungkan dengan cuti weekend, woooahuuu.. jadi best la, 3 hari cuti berturut-turut (belum dikira lagi Easter Monday tau!). Apepun aku tak tau sangat macamana diorang tetapkan tarikh good friday ni.. tahun lepas kalau tak silap aku, awal bulan april tapi tahun 2011 ni, jatuh pada 22hb april. Akhir bulan pulak?? confius, confius..Penganut kristian yang sambut good friday ni akan berpuasa. Diorang tak boleh makan daging pada hari tersebut menurut kata-kata kerani kat skolah aku tu. Nanti aku soal selidik lagi.. huhuhu.

Rabu, 20 April 2011

SEKOLAHKU, PUSAT PEMBUANGAN UNDI

Pada 16 April yang lalu, pilihanraya DUN Sarawak telah diadakan dengan lancarnya. Sekolah aku telah dijadikan sebagai salah satu pusat pembuangan undi untuk DUN Krian, N34. Oleh kerana jumlah pengundi yang sedikit di pusat pembuangan undi ini(di sekolah aku), maka waktu pembuangan undi adalah sehingga pukul 12 tengahari sahaja. Tiada insiden yang buruk berlaku sepanjang proses pilihanraya ini.

Keputusan pilhanraya kali ini tentunya memihak kepada BN di mana sebanyak 55 kerusi dimenanginya, selebihnya DAP(12), PKR(3) dan Bebas(1).

Keputusan Rasmi N34 Krian:
Jumlah Pengundi: 11, 016
Peratus Mengundi: 78.87%
Undi rosak: 67
Pemenang: Ali ak Biju

1. Liman ak Sujang (SNAP).....................216
2. Peter Nyarok ak Entrie(BN-SPDP)..3,088
3. Banyi ak Beriak (Bebas).....................125
4. Ali ak Biju (PKR)...............................5,178

Khamis, 31 Mac 2011

SELAMAT BERTUGAS!

Hari ni, sorang guru sementara mula mengajar di tempatku. Dia menggantikan cikgu bahasa inggeris yang sarat mengandung(hampir-hampir nak bersalin dah!). Bagus la ada orang yang mengganti tempatnya buat sementara waktu ni. Stakat ni, aku pun belum berkesempatan menemuramah dia lagi. hehehe. (lagipun, jadual kerja aku hari ni agak padat sikit).

Apepun. Selamat berjuang wahai cikgu baru.. semoga cepat sesuaikan diri.

Rabu, 19 Januari 2011

CERIAKAN BILIK GURU

Minggu lepas, kerja-kerja menceriakan bilik guru telah dijalankan. Aktiviti hari pertama dimulakan dengan membuang segala barang-barang lapuk lagi ‘menyemak’ itu. Hari berikutnya, bilik guru telah dicat. Kerja-kerja ini semuanya dilakukan secara berperingkat sehingga sekarang masih belum siap lagi. Susun atur meja dalam bilik guru telah diubah dan lantai telah digantikan dengan tikar getah yang baru.

kerja-kerja mengecat dinding bilik guru

Ketika kami sibuk mengalihkan rak, tiba-tiba muncul gecko atau lebih dikenali sebagai cicak kukgo di sini (kalau kat terengganu orang panggil pokke rasanya). Besar la jugak saiznya. Budak-budak bila dapat tau, terus diorang kejar & tangkap. Kalau dijual mungkin laku kot. Hehehe. Tapi akhirnya cicak itu dibebaskan atas rasa belas kasihan. SEKIAN.

kukgo yang ditangkap, kemudian dilepaskan semula..

Isnin, 17 Januari 2011

ULANG TAHUN KELAHIRANKU

Hari ni, ulangtahun kelahiran aku. Terima kasih kepada yang wish melalui facebook. Penuh la nanti inbox emel aku dengan notification dari fb. hehehe.. memang tiada ape-ape sambutan dibuat sempena hari bersejarah ni. Macam rutin biasa je. Mengajar. Cuma aku telah menghadiahi diri sendiri dengan tiket flite pergi balik kuching-kuala lumpur untuk next week (dah lama dah book/beli ni). Nak harap orang lain bagi hadiah, memang takde la..huhuhu!

Kalau diikutkan, tiket flite ni lebih special. Aku akan naik flite firefly yang baru beroperasi 2 hari lepas. So, baru seminggu kapal terbang tu digunakan aku dah berkesempatan menaikinya. Harap-harap servis firefly tak mengecewakan. Tak sabar nak naik flite baru!
Route BARU Firefly, klia-kuching bermula 15 Jan 2011. Kapal terbang pun BARU, jenis 737-800. Lebih besar. Bukan yang jenis otter tu (ATR) yg kecil macam airplane Maswing tu.

Setakat ni, taktau lagi nak buat ape kat KL nanti. Aku tak balik kampung, maybe just round2 KL je kot. Sesiapa yang nak order kek lapis ke, ape-ape ke.. silakan.. Cuma belanja ar aku sket bila sampai KL nanti; belanja makan ke, belanja nengok wayang ke.. hehehe.

Sempena hari bertuah aku ni.. aku doakan semoga perjalanan hidup aku sepanjang tahun ni diberkati serta dapat menjalankan kewajipan aku sebagai hamba Allah dengan sempurna. Amiin. Dan aku berharap segala urusan seharian aku dipermudahkan-Nya. Harap-harap semua yang dirancang untuk tahun ni berjalan lancar.


Selasa, 14 Disember 2010

BILA CUTI SEKOLAH; KENDURI!

Seperti biasa, bila masuk saje musim cuti sekolah, encik kenduri akan bermaharajalela.huhuhu. Banyak pulak tu. Kadang-kadang best jugak, tapi adakalanya jadi tak best(sbb bertindih2 dengan program/majlis/aktiviti kita).

Yang paling latest, kenduri sempena sepupu aku bertunang ahad baru-baru ni. Dan sebelum tu, dah ada berderet2 kenduri kat area kampung aku nih.

Sekitar majlis pertunangan sepupu aku. Eh, mana gambar sepupu aku nih? Memang takde la. Biarkan. Anggaplah ianya privacy.


Dan sepanjang minggu ni, aku selalu lekat kat depan laptop je (tapi malas giler nak update blog!). Sebenarnya, takde idea nak taip utk blog ni. Anyway selamat menyambut maal hijrah! (wei, dah ketinggalan la aku ni; baru nak wish ke?..hahaha)

Isnin, 29 November 2010

MAJLIS PERKAHWINAN

Yang pasti bukan aku kahwin! Hehe.. Entri sebelum ni aku dah citer pasal kawan aku yang sorang ni. Kenapa pulak aku pakai baju melayu lengkap bersampin tu? Hmmm, korang fikirlah sendiri..hehehe. Semoga kedua-dua mempelai kekal sehingga ke akhir hayat. Ameen.

Sebaik sahaja mengantin berarak tiba ke perkarangan rumah pengantin perempuan pada pukul10.30, paluan kompang dan gendang berbunyi. Diikuti pula dengan persembahan silat, kemudian, tarian zapin klasik pula. Meriah! Sementelah masuk ke dalam rumah, pengantin terus ke pelamin dan kumpulan berzanji memulakan bacaan doa serta berwirid/zanji. Baru lah kemudiannya proses menepung tawar! Dan selepas tu, sesi suap menyuap.
Letih aku berdiri di majlis itu, waktu makan menjelma. Nasi minyak berlaukkan ayam masak merah, hati-sayuran campur, daging gulai, udang, sayur nenas manis, gulai umbut dan pencuci mulut. Kalau kat terengganu, majlis perkahwinan biasanya berakhir lewat petang tapi di sini, jamuan makan berakhir sebelum pukul 2ptg! Sekejap je kan?


Selepas majlis aku hantar kawan baik aku yang hadir ke majlis tersebut ke airport. dia nak balik kl. Sebelah malam, aku ke Topspot menjamu diri sendiri (mkn sorang-sorang la ni!), makan seafood! Menu: udang goreng milk-butter dan sayur midin belacan.

Ahad, 28 November 2010

AKAD NIKAH

Majlis akad nikah kawan aku berlangsung hari ini!(bukan aku okey..) Kadinya adalah Imam Besar Masjid Negeri Sarawak. Grand-nya! Hehehe.. (rupanya rumah tok kadi tu depan rumah pengatin je.. ). Anyway agak besar juga la sambutan majlis akad nikah si kawan aku ni, Mushrizwan, member a.k.a coursemate aku masa kat UTM dulu. Pasangannya orang Kuching..

Nak tulis panjang-pajang macam tak larat je. Padat sgt aktiviti kelmarin mcm perdana menteri aje aku *ok, part disamakan dengan mcm PM melampau sikit! Takde la sesibuk sgt la.. Nah check it out gambar yang aku snap.

Ketibaan pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan diiringi barang hantaran

majlis akad nikah bermula. ada khutbah yang agak lama juga..

Sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz sahaja. tahniah!

diikuti pula dengan marhaban sesudah sesi menyarung kan gelang dan cincin

aku bergambar dengan pengantin. yang lain tu gambar family dia..
Majlis bermula sejak pukul 10pagi sampai pukul 2ptg. Lenguh wehh.. Pastu gi amik kawan kat airport Kuching. Gi check in hotel dan bawak diorang jalan-jalan kat sekitar kuching samapi malam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...