nuffnang

NUFF

Isnin, 27 April 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 9) - Kalibo, Pintu Masuk Boracay

Dalam flight dari Cebu ke Manila aku sangat suka tengok melalui tingkap pesawat ke arah pulau-pulau yang bertaburan yang ada di bawah.

Otak aku ligat mengingat kembali peta yang pernah aku lihat sebelum ni untuk meneka-neka di mana keberadaan aku ketika itu. 

Lebih kurang sejam melayan perasaan di udara, akhirnya pesawat Air Asia Zest selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino. Kena ingat, kat airport ni ada banyak terminal. Kalau di KLIA cuma ada dua sahaja iaitu Terminal Utama KLIA dan klia2 (dulunya LCCT). 

Pesawat ini landing di terminal domestik, iaitu terminal 4. Dijangka akan dibuka satu lagi terminal kelima pada masa akan datang.

Mendarat di terminal 4  Ninoy Aquino International Airport, Manila
Kena berjalan kaki untuk masuk terminal ni
Ramai sangat penumpang yang turun dari flight lain sewaktu aku menuju ke terminal ni.
Boarding hallnya tengah direnovate ketika ini. cuba tengok siling kat atas tu kalau tak percaya.
Ada beberapa kedai kat dalam terminal. Tiada kedai makan halal kat sini. Surau aku tak pasti ada ke tak? Yang pastinya aku kepanasan sepanjang berada dalam ni sebab aircond tak kuat (tengah renovate kan..) 
Oleh kerana, aku cuma transit sekejap je kat sini, jadi tak sempat nak jelajah mana terminal 4 ni. Lagi pun kat terminal ni terlalu sesak dengan umat manusia. Maklumlah, terminal domestik katakan..

Aku cepat-cepat pergi check-in sebab malas nak berlaga-laga bontot dengan umat manusia yang ramai. Tapi bila masuk boarding hallnya tetap sama jugak. Orang memang ramai!

Air Asia Zest yang aku ni naik ni ada warna oren..
Kat hujung sana banyak betul pesawat Cebu Pacific Air
Tempat duduk aku tepi tingkap, jadi kena layan perasaan lagi bila terbang nanti..
Tagalog dan english; arahan pada kad ni.
Teruja nak ke boracay ketika ni.. excited terlebih!

Metropolitan Manila yang padat
Hurray.. lunch aku hari ni, beef caldereta!
Sedap jugak la, mungkin aku kelaparan kot. Meal ni aku dah prebook awal-awal lagi
Yeah.. dah nak sampai. Waktu ni mata aku melilau-lilau mencari kat mana pulau boracay 
OMG.. tak sabarnya.  macam tak sangka aku dapat jejak ke Boracay. Plan asal cuma mahu ke Cebu sahaja!

Ni lah pesawat yang aku naik tadi

Sampai aja di airport Kalibo, aku terus mencari khidmat pengangkutan yang tersedia ke Boracay. Ada banyak kaunter servis khidmat tu sebaik keluar dari pintu ketibaan. Aku pilih Southwest Tours ni.

Harga pakej sehala yang aku ambik adalah 525 peso yang merangkumi tiket bas dari kalibo ke jeti caticlan, feri ke boracay (termasuk environmental tax  dan cukai terminal/jeti) serta pengangkutan dari jeti ke pintu hotel.

Kenapa aku ambil sehala sedangkan lebih senang ambil pakej pergi-balik iaitu 995 peso? Kononnya aku nak cuba kompeni lain time nak balik nanti, tapi akhirnya.. aku tetap pilih Southwest jugak. Bangang tak?

Akak yang senyum ni terlebih mesra uolls..  tapi memang nice la layanannya pada customer!
Kompeni lain yang ada..
Oleh kerana aku adalah orang terawal (sebab cuma bawak backpack je) jadi aku dapat pilih seat dalam bas. Of course la aku pilih duduk kat paling depan, seat pertama sebelah pintu depan bas.
Tiket dan docket fee yang aku dapat..
Alamat Southwest ada kat sampul ni..
pemanduan sebelah kiri.. masa ni baru nak gerak keluar dari airport
lembu pun pandai naik motor! Ini lah kelebihan kalau duduk seat depan uolls..
perjalanan masih jauh..
Suasana macam kampung je sepanjang perjalanan, kecuali bila lalu kat pekan..
jemur padi tepi jalan perkara biasa kat sini.. kalau bukan musim mungkin takde kot.
ada kalanya terpaksa lalu kat jalan berliku-liku dan berlereng.


Sawah padi dan pokok pisang tepi jalan
Ini adalah tricycle ya, adik-adik semua..
ralit bila aku tengok tricycle ni kalau bergerak depan bas yang aku naik

Yang warna hijau-kuning tu jeepneey tuan-puan sekalian. Apa? korang dah tau?
Dipertengahan perjalanan, bas akan berenti kat sini. Boleh la korang nak buang apa yang patut dan beli air atau jajan.
Jalannya agak berselekoh bila dah nak sampai kat area caticlan/jeti 
Kalau nampak laut, tandanya dah nak sampai la tu..



Bas turunkan kitorang kat sini. Jangan risau, pihak Southwest akan detect korang melalui pelekat lencana yang ditampal pada baju korang. Nanti diorang akan panggil kita masuk ke tempat yang sepatutnya.
Geng baju oren ni, adalah pekerja Southwest..
Dalam terminal Jeti
Boat bangka ni bakal aku naik menuju ke destinasi..
Langit kelihatan gelap di sebelah sana, tapi ke arah boracay cerah je. Masa ni aku berdoa supaya tak hujan atau ribut sepanjang aku kat Boracay. Alhamdulillah, doa aku dimakbulkan.


Dari Airport Kalibo ke Jeti memakan masa kira-kira sejam setengah (termasuk waktu berhenti rehat), Sepanjang perjalanan aku tak tidur. Terlalu teruja nak ke Boracay kerana dikatakan tersenarai antara pulau tercantik di dunia.

Keseluruhannya, walaupun perjalanan ni agak memenatkan tapi berbaloi bila sampai ke sini. Masa aku pergi ke sini dulu, Air Asia belum lagi buka laluan Kuala Lumpur - Kalibo. Sebulan selepas aku balik dari boracay, baru laluan tu diperkenalkan. Bertuahlah korang yang baru nak pergi sebab ada direct flight dari kuala lumpur!

Ahad, 26 April 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 8) - Dari Cebu Ke Manila

Selepas berada di Cebu tak sampai 24 jam, pagi-pagi lagi aku dah turun ke lobby hotel untuk menunggu teksi yang ditempah kelmarin untuk ke Mactan Airport.


Sebenarnya ada sedikit salah faham berlaku antara penyambut tetamu dengan pemandu teksi pasal tambang. Bila aku sampai tanya pemandu berapa yang patut aku bayar, harga yang dia bagitau agak mahal berbanding yang disebut oleh penyambut tetamu yang call dia semalam.

Jadi, pemandu teksi tu pergi ke kaunter hotel dan settlekan semua tu. Finally, aku dapat harga yang aku nak iaitu sama macam persetujuan aku dengan penyambut tetamu yang minta tolong book teksi semalam!

Kalau lama di Cebu, memang aku ada plan nak jelajah di luar kota Cebu ni. Nak buat macam mana, penangan Boracay cukup kuat menyebabkan aku kurang waktu untuk berjimba di Cebu.

Aku tiba di airport agak awal. Jadi, sempatlah aku nak uruskan tiket flight cebu pacific yang belum diprint lagi tu. Sampai je kat sana, aku terus cari kaunter perkhidmatan Cebu Pacific Air ni. 


Akhirnya aku dapat satu salinan bercetak itinerary flight Cebu Pacific tu. Jadi aku tak perlu risau kalau imigresen nak tengok bukti kalau tablet aku kehabisan bateri nanti. p/s- sebenarnya tak perlu pun aku pergi dapatkan salinan bercetak tu sebab imigresen cuma nak lihatnya sekali sewaktu aku tiba di Cebu hari tu. 

Tapi salinan tu berguna jugak untuk aku kalau terjadi apa-apa di kaunter Cebu Pacific sewaktu aku nak pulang ke Kuala Lumpur nanti. Sebagai bukti!

Berikut adalah gambar yang sempat aku snap sebelum masuk boarding hall;










Aku naik AirAsia Zest. Check-in smooth dan aku cuma bawak hand carry je. Beg galas sebijk kat belakang. Itu je. Sebelum heck-in aku sempat la beli baju kat airport sebagai sebernier untuk diri sendiri walaupun dah tau harganya agak mahal. Lupa nak cari kat Colon Street kelmarin.

Lepas tu check-in aku terus masuk kat boarding hall. Dalam boarding hallnya agak luas juga sebab ada beberapa kedai kat situ.





Perut aku agak lapar pada pagi tu, jadi aku cuba cari mana makanan yang dapat halal dapat diisi ke dalam perut, tapi tak jumpa. Mula-mula nak beli donut kat Dunkin' Donuts tapi was-was pulak takut dia letak lard (lemak babi) dalam ramuannya. Jadi tak beli sudahnya..

Kat Filipina memang terkenal dengan daging babi tu semua. Kedai Zubuchon tu, terang lagi bersuluh ada jual menantang tu!

Aku menahan rasa lapar tu untuk sementara sebab aku dah book siap-siap prebook meal dalam flight AirAsia Zest secara online.




Bila dah dibenarkan naik pesawat, aku terus bukak buku menunya sebaik sahaja duduk kau! Nampak sangat kebulur!

Ambil feel sebelum melantak dalam pesawat gamaknya aku ni! Tapi.. ada something yang berlaku nanti..


Pesawat dah nak berlepas ni, kebetulan cuaca kat luar kehujanan. Sama macam kedatangan aku ke Cebu kelmarin. Mujur sepanjang aku kat Cebu hari tak hujan, cuma bila sampai airport je baru hujan.



Bye..bye Cebu. I miss you.. chewwaaahh. Perut aku masih kelaparan ni. kalau boleh nak je suruh pilot tu cepat-cepat terbangkan pesawat dan pramugari hidangkan makanan yang aku dah prebook tu segera.

Bila kapal terbang dah stabil di altitud yang ditetapkan, krew kabin bersiap siaga mengedarkan makanan kepada penumpang yang buat tempahan awal.

Tapi bila pramugari tu lalu kat tepi aku, dia buat derk aje.. aku ingat dia dah lupa. Jadi aku pun panggil la diorang. Diorang pun check la dalam list kat tangannya tapi tak jumpa nama aku, uols!

Aku terus keluarkan tiket flight dan booking itinerary lalu tunjuk kat diorang! Terkejut diaorang sebab memang sah aku ada book premeal tu. Aku order Ayam panggang dengan Sandwich tomato sundried. Kalau korang tak percaya boleh tengok butiran tempahan  tu kat entry ni.

Cabin Crew agak kelam kabut sebab katanya tak pernah terjadi lagi macam ni. Jadi, ketua pramugari tu mintak aku pilih makanan yang sepadan dengan harga makanan yang book sebelum ni. Tapi makanan berat banyak dah habis dan aku terpaksa pilih dalam pilihan terhad tu.

Yang kat bawah ni aku pilih. Air tu dia kasi free. Oleh kerana pilihan makanan yang aku ambik ni tak cecah pun harga yang sepetutnya, dia pulangkan kembali bakinya.

Apa pun, sekurang-kurangnya makanan ni dah selamat jadi sarapan dan alas perut aku pagi tu. Tak sangka pulak boleh berlaku perkara ni. Bila difikirkan balik, bukan senang nak merasa pengalaman macam ni..



Melalui jendela pesawat, cuaca agak cerah sebaik sahaja meninggalkan Cebu. Alhamdulillah, perjalanan dari Cebu ke Manila semuanya selamat dan lancar, melainkan pasal prebook meal itu saja.




Sabtu, 18 April 2015

[TEACH] Terima Kasih SKNG Setelah Setahun Berlalu..

Setelah hampir setahun berlalu, ramai (pembaca blog ini) yang masih tidak menyedari bahawa aku tidak lagi mengajar di Sarawak!

Bulan April tahun lepas, tanpa diduga aku telah mendapat perkhabaran gembira iaitu pertukaran aku ke Terengganu diluluskan. Dalam kegembiraan itu, sebenarnya terselit rasa hiba untuk meninggalkan tempat bertugasku.

Lebih 5 tahun aku menyemai bakti di bumi kenyalang. Sekolah Kebangsaan Nanga Grenjang (SKNG) merupakan destinasi pertama aku mengajar setelah bergelar guru. 

Mula-mula aku jejak kaki ke SKNG, betapa peritnya kuterasa. Dilihat dari segi infrastrukturnya, jauh berbeza dengan sekolah-sekolah yang aku pernah pergi. Bukan untuk mencaci atau merendah-rendahkan mana-mana pihak. Hakikatnya, bangunan usang dan ruang kelas yang tidak menepati standard masih digunakan sehingga kini.

Hari-hari aku terpaksa mandi hari hujan yang ditadah dan sekali sekala terpaksa mandi sungai. Air hujan ditadah dalam tong biru yang besar melalui atap rumah. Kalau burung berak atau kotoran yang melekat pada atap rumah, bila hujan, maka semua itu akan sama-sama mengalir masuk ke dalam tangki biru tu.

Alah bisa tegal biasa! Kesukaran yang aku tempuh ni lama-lama dah jadi lali. Dari kesusahan mendapatkan air bersih, eletrik dari generator (jenset) yang boleh terputus bila-bila masa je 
(dan pernah kena catu bahan bakar jenset), siaran tv pun tak dapat (kecuali pakai astro), coverage telefon pun tiada, kena lalu jalan tak berturap hampir 30km untuk pergi dan balik ke sekolah, pekan terdekat kira-kira 50km. Ada lagi.. tapi letih nak senaraikan semuanya.

Ringkasnya, aku kena hadap semua tu hari-hari. Hujung minggu baru keluar ke pekan Saratok. Walaupun kuaters guru ada dalam sekolah, aku juga kena menyewa rumah di pekan. Rumah sewa di pekan Saratok sebagai tempat persinggahan pada hujung minggu dan tempat lepak/bermalam kalau kena hadiri kursus di pekan.

TAPI, di sebalik kesukaran ini, secara tak sengaja membentuk satu minat baru dalam hidup aku.. aku terjebak dengan hobi melancong/mengembara! Paling seronok, mengembara atau melancong sorang diri..

Kalau aku tak ditakdirkan bertugas di Sarawak, aku masih jakun dengan kapal terbang. Mungkin sampai bila-bila aku tak merasa naik kapal terbang. Mungkin. 

Bila dah selalu naik kapal terbang ulang-alik dari tanah semenanjung ke borneo akibat terperangkap dengan tiket promo Tony Fernandes, aku mula berjinak melangkah keluar negara dan tercetus hobi kembara sorang diri ni. See!

Passport biru (dokumen perjalanan terhad) yang selalu aku guna tu, kalau tak silap aku sudah ada lebih kurang 60 lebih cop imigresen keluar dan masuk ke Sarawak selama 5 tahun aku berkhidmat di sana! Gila kan?

Aku ingat, lepas aku pindah tempat bertugas ke Terengganu, nak kuburkan hobi aku tu.. tapi tak boleh uoll! Tangan masih gatal nak search/cari tempat menarik sebagai destinasi travel ku! Pantang ada tiket flight promo, mesti tengok! Cuma sekarang ni aku berjaya sekat daripada membelinya (walaupun ada juga yg bolos!) hahahaha..

Bosan kan entry kali ni? Mood aku nak berblogging akhir-akhir ni macam dah tak menyala seperti dulu. Bila agaknya roh kerajinan  nak menyerap dalam badan aku ni.

Hari terakhir..  di Airport Sibu. Terima kasih kepada rakan sekerja dan murid-muridku sekalian yg sudi hantar. Malas nak tengok gambar ni.. sayu pulak hati!

Khamis, 19 Mac 2015

[TRAVEL] Mood Bercuti..

Dah lama tak update blog. Cerita pasal Boracay pun tak sudah-sudah lagi. Sekarang aku tengah sibuk bercuti pulak. Dan bermaksud, bakal muncul cerita baru pasal travel aku ni..

Tapi.. Kalau malas menaip, jadi pekasam la semua kisah tu nanti. Hehe.

Ahad, 18 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 7) - Apa Nak Buat di Cebu?

Hari ini, hari terakhir aku di Cebu. Sebenarnya banyak perkara dapat dilakukan di sini. Aku cuma ada setengah hari sahaja dan belum sempat explore dengan sepuas-puasnya.

Walaupun setengah hari, aku dah puashati juga sebab rencana yang aku buat berjaya. Dapat naik jeepney, melawat tempat bersejarah, melihat panorama Cebu dari atas, menyaksikan sunset yang cantik, dan menambah adrenalin menaiki ride yang menggayatkan!

Oleh kerana aku pernah merancang untuk bercuti di Cebu selama beberapa hari, jadi aku boleh bagi idea kepada korang kalau datang ke Cebu.

Sabtu, 10 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 6) - Persian Palate, Restoren Halal di Cebu

Berjalan di waktu malam di Cebu boleh dikategorikan sebagai selamat selagi tidak melalui lorong-lorong kecil dan gelap. Sebaiknya lalu di kawasan ramai orang.

Dari Crown Regency Hotel, tuju ke arah Fuente Osmena. Kat situ ramai orang tempatan lepak, mungkin kerana kat tengah-tengah roundabout tu ada fountain dan agak luas.

lambang star merah tu Hotel Crown Regency
Tapi aku tak pergi pun, cuma lihat dari jauh aje. Ada misi yang lebih penting. Isi dulu perut! Aku takut kedai makan tu tutup je. Walaupun baru jam 8 malam, tapi keadaan keliling macam dah gelap sangat.
Persian Palate kat Mango Square Mall, pintu masuk dekat National Book Store ni
akan jumpa Caltex dulu (terletak di sebelah Mango Square Mall)
Kena naik jejantas kat area Robinson's Supermaket sebab jalannya agak sibuk meskipun waktu malam. Hotel aku dekat je dengan jejantas tu. Restoren halal Persian Palate ini terletak dalam Mango Square Mall.
pintu depan Persian Palate. Tak berapa besar kedai makan ni..
Ada beberapa lagi cawangan Persian Palate di Cebu ni, dekat Ayala Mall pun ada jugak. Restoren halal ini ada facebooknya sendiri. 


Nah buku menunya.. boleh la kalau nak servey..





Oleh kerana nafsu lapar yang meluap-luap, aku pun order la makanan paling mahal dalam menu tu iaitu Lamb Cabsa.

Apabila sampai aje hidangan, terkejut aku.. banyak giler portionnya. Dua orang makan pun boleh kenyang!

Aku tak boleh nak judge rasa masakan parsi ni sebab jarang makan. Lagi pun kalau kata sedap sangat mungkin perut tengah lapar. Bagi aku sedap tapi masih tak dapat nak habiskan sepinggan nasi tu walaupun aku ni penggemar daging kambing.



Kedainya tak ramai orang, mungkin sebab dah malam kot. Aku cuba intai-intai jugak orang yang masuk kedai makan ni, mana lah tau boleh terserempak dengan orang luar.. tapi tak ada, cuma orang tempatan je.

Usai makan, aku terus balik ke hotel. Tak sanggup lagi nak ushar tempat lain. Badan pun dah melekit-lekit.


Sebelum masuk bilik, singgah kat kaunter mintak diorang book teksi untuk aku pergi ke airport esok pagi. Masuk bilik terus mandi dan solat. Mata belum dapat pejam lagi dan aku ambik kesempatan surf internet guna wifi hotel.

Wifi selalu terputus-putus, dan end up, aku bukak tv dan kemudian tv pulak tengok aku tidur terbungkang sampai keesokan paginya..

***Bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...