Selepas berada di Cebu tak sampai 24 jam, pagi-pagi lagi aku dah turun ke lobby hotel untuk menunggu teksi yang ditempah kelmarin untuk ke Mactan Airport.
Sebenarnya ada sedikit salah faham berlaku antara penyambut tetamu dengan pemandu teksi pasal tambang. Bila aku sampai tanya pemandu berapa yang patut aku bayar, harga yang dia bagitau agak mahal berbanding yang disebut oleh penyambut tetamu yang call dia semalam.
Jadi, pemandu teksi tu pergi ke kaunter hotel dan settlekan semua tu. Finally, aku dapat harga yang aku nak iaitu sama macam persetujuan aku dengan penyambut tetamu yang minta tolong book teksi semalam!
Kalau lama di Cebu, memang aku ada plan nak jelajah di luar kota Cebu ni. Nak buat macam mana, penangan Boracay cukup kuat menyebabkan aku kurang waktu untuk berjimba di Cebu.
Aku tiba di airport agak awal. Jadi, sempatlah aku nak uruskan tiket flight cebu pacific yang belum diprint lagi tu. Sampai je kat sana, aku terus cari kaunter perkhidmatan Cebu Pacific Air ni.
Akhirnya aku dapat satu salinan bercetak itinerary flight Cebu Pacific tu. Jadi aku tak perlu risau kalau imigresen nak tengok bukti kalau tablet aku kehabisan bateri nanti. p/s- sebenarnya tak perlu pun aku pergi dapatkan salinan bercetak tu sebab imigresen cuma nak lihatnya sekali sewaktu aku tiba di Cebu hari tu.
Tapi salinan tu berguna jugak untuk aku kalau terjadi apa-apa di kaunter Cebu Pacific sewaktu aku nak pulang ke Kuala Lumpur nanti. Sebagai bukti!
Berikut adalah gambar yang sempat aku snap sebelum masuk boarding hall;
Lepas tu check-in aku terus masuk kat boarding hall. Dalam boarding hallnya agak luas juga sebab ada beberapa kedai kat situ.
Perut aku agak lapar pada pagi tu, jadi aku cuba cari mana makanan yang dapat halal dapat diisi ke dalam perut, tapi tak jumpa. Mula-mula nak beli donut kat Dunkin' Donuts tapi was-was pulak takut dia letak lard (lemak babi) dalam ramuannya. Jadi tak beli sudahnya..
Kat Filipina memang terkenal dengan daging babi tu semua. Kedai Zubuchon tu, terang lagi bersuluh ada jual menantang tu!
Aku menahan rasa lapar tu untuk sementara sebab aku dah book siap-siap prebook meal dalam flight AirAsia Zest secara online.
Bila dah dibenarkan naik pesawat, aku terus bukak buku menunya sebaik sahaja duduk kau! Nampak sangat kebulur!
Ambil feel sebelum melantak dalam pesawat gamaknya aku ni! Tapi.. ada something yang berlaku nanti..
Pesawat dah nak berlepas ni, kebetulan cuaca kat luar kehujanan. Sama macam kedatangan aku ke Cebu kelmarin. Mujur sepanjang aku kat Cebu hari tak hujan, cuma bila sampai airport je baru hujan.
Bye..bye Cebu. I miss you.. chewwaaahh. Perut aku masih kelaparan ni. kalau boleh nak je suruh pilot tu cepat-cepat terbangkan pesawat dan pramugari hidangkan makanan yang aku dah prebook tu segera.
Bila kapal terbang dah stabil di altitud yang ditetapkan, krew kabin bersiap siaga mengedarkan makanan kepada penumpang yang buat tempahan awal.
Tapi bila pramugari tu lalu kat tepi aku, dia buat derk aje.. aku ingat dia dah lupa. Jadi aku pun panggil la diorang. Diorang pun check la dalam list kat tangannya tapi tak jumpa nama aku, uols!
Aku terus keluarkan tiket flight dan booking itinerary lalu tunjuk kat diorang! Terkejut diaorang sebab memang sah aku ada book premeal tu. Aku order Ayam panggang dengan Sandwich tomato sundried. Kalau korang tak percaya boleh tengok butiran tempahan tu kat entry ni.
Cabin Crew agak kelam kabut sebab katanya tak pernah terjadi lagi macam ni. Jadi, ketua pramugari tu mintak aku pilih makanan yang sepadan dengan harga makanan yang book sebelum ni. Tapi makanan berat banyak dah habis dan aku terpaksa pilih dalam pilihan terhad tu.
Yang kat bawah ni aku pilih. Air tu dia kasi free. Oleh kerana pilihan makanan yang aku ambik ni tak cecah pun harga yang sepetutnya, dia pulangkan kembali bakinya.
Apa pun, sekurang-kurangnya makanan ni dah selamat jadi sarapan dan alas perut aku pagi tu. Tak sangka pulak boleh berlaku perkara ni. Bila difikirkan balik, bukan senang nak merasa pengalaman macam ni..
Miss pre order...mungkin sebab dah ambil feel lebih awal.. hehe
BalasPadamTaktau la macam mana boleh jadi macam tu.. patut ke I saman AirAsia? Hahaha... Mujur pramugari tu cantik, kalau tak mungkin bertekak jugak..kihkihkih..
BalasPadam