Cuti Raya Haji aku tak balik kampung. Stay kat Sarawak..macam kurang meriah aje sambutan raya qurban kat sini berbanding kat kampung aku, Dungun. Anyway, petang raya tu, kami (usop, zek & aku) telah bertolak ke Serian. Usop nak settlekan hal nya sikit. Aku ringkaskan cerita ni dengan tentatif aktiviti aku sepanjang ketidakpulangan-aku-ke-kampung! Sila baca:
17Nov- Hari Raya Qurban Pertama (Rabu)
* Bertolak ke Serian. Akibat masih kurang kedai makan yang bukak, kitorang dinner kat KFC.
* Tidur kat umah sewa Usop kat situ. Booking tiket utk Usop.. (Kaya nya beli tiket last minutes!)
18Nov- Hari Raya Qurban ke-2 (Khamis)
* Kami ke bangunan Datuk Patinggi. Hampeh la GPS, ada ke patut PPD kuching ditafsirkan sebagai JPN. Nyaris kami sesat (bukan ke dah sesat?hahaha).
* Pastu lunch kat Pizza Hut. Aku order set yg ada 2 meals. Bernafsu sangat tu.. mcm kebulur je, last2, tak habis pun!
* Petang tu, hantar Usop ke Airport. Then Zek & aku merayau2 kat The Spring. Malam tu, hantar Zek pulak. Tinggallah aku sorang2 kat Serian.
* Gambar kat bawah ni aktiviti sepanjang hari khamis tu;
19Nov- Jumaat
* Makan kat Serapi Corner. Kena ngan selera tekak aku. Masakan semenanjung.
* Pegi The Spring, nengok movie sorang2(ini bukan kali pertama aku tengok movie kat panggung sorang2 tau!). Citer Skyline.. not bad. aku kasi 3/5.
20Nov- Sabtu
* Sekali lagi aku drive dari Serian ke Kuching, gi makan kat Serapi Corner. For breakfast & lunch.
* Kali ini, aku ke Serikin. Sorang2 jugak! Sampai sana aku jumpa lecturer IPKT. En.Jailani & his wife Pn.Tengku. Ada juga beberapa pelatih lain. Lawatan katanya. Tak sangka En.Jai still kenal aku lagi..
* Then, aku terus drive pulang ke saratok tanpa singgah kat Serian.
21Nov- Ahad
* Kemaskan rumah sewa aku yang agak bersepah di Saratok.
* Tidor, then, tidor lagi.. lepas gian sebab letih driving kemarin.
22Nov- Isnin
* Pastu, jalan-jalan pusing saratok. Taktau nak wat ape. Hahaha.
23Nov- Selasa
* Still in progress.. aku sedang menaip blog sekarang!