nuffnang

NUFF

Khamis, 23 Januari 2014

[TRAVEL] Route Kota Bharu-Kuching Sudah Dapat Ditempah!

Sebenarnya sejak Isnin(20 jan) lagi tempahan tiket secara online boleh dibuat untuk terbang dari Kota Bharu ke Kuching atau sebaliknya. 

Kalau korang booking sekarang, agak susah nak jumpa tiket promo yang rm29 tu..



Aku ingat nak beli jugak (tergoda gak nak beli) tapi penerbangan yang tersedia dalam seminggu cuma tiga kali sahaja iaitu pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu. Ketidaksesuaian masa adalah punca utamakenapa aku tak book mana-mana tiket actually!

Selasa, 21 Januari 2014

[TEACH] Buah Apakah Itu?

Pagi tadi, Guru besar bawak masuk satu baldi kecil buah yang aku tak tahu namanya. Lebih separuh baldi itu terisi dengan buah itu.

Buah ini seakan-akan buah mata kucing, dari segi saiz dan bentuknya tapi kulitnya agak keras sedikit, isinya manis tidak setebal buah mata kuching dan biji berwarna hitam persis buah mata kucing.

Setakat ni, aku pernah jumpa buah ini di sarawak sahaja..
Kulitnya seperti buah rotan kalau sekali imbas dilihat dari jauh
Selepas waktu rehat, aku sempat bertanya kepada empunya buah; nama buah tu adalah mao, tak jelas sangat aku dengar sebutan guru besar. Mungkin disebut maong kot? *Macam sound trouble pulak telinga aku ni.. hehehe

Isnin, 20 Januari 2014

[TEACH] Jadual Waktu Kelas; Harapkan Murid Tapi...

Aku mengharapkan murid-murid kelas aku siapkan jadual waktu tapi sehingga sekarang tak buat-buat. Maka, kelas mereka bergantung pada timetable kecik yang aku print atas kertas A4 setelah dua minggu persekolahan. Ya Allah, kenapa malas sangat mereka ni?

Jadi hari ni, aku buatkan untuk mereka Jadual Waktu dengan kadar cukup-cukup makan dan simple. Tapi ambil masa jugak nak siapkannya. Lambat sebab kena bermain dengan gunting dan menampal. Sakit jugak belakang aku terbongkok-bongkok menyiap hasil kerja tu.

Jadual Waktu Yang dibuat leh guru kelas tahun 5. Sepatutnya murid-murid yang kena siapkannya, apakan daya mereka ini tak tahu bertindak dan malas

Walaupun aku buat simple cenggini, kalau nak dibandingkan mutu kerja murid-murid dengan apa aku buat, amat jauh jurangnya.Entah apa murid-murid ni fikir bila diberi tugasan buat Jadual Waktu? Misalnya murid-murid tahun 6 menyediakan Jadual Waktu tanpa berfikir agaknya.. Main hentam jer buat. Tak guna pembaris dan seolah-olah dibuat tanpa perancangan rapi.

Aku tak kisah kalau tak cantik, tapi biarlah nampak teratur dan dibuat dengan sedikit terancang. Beginilah minda anak-anak di kawasan tempat aku belajar. Harap aku dapat membentuk dan memperbaikinya. Semoga mereka berfikir dalam-dalam sebelum membuat sesuatu kerja pada masa akan datang!

Ahad, 19 Januari 2014

[TRAVEL] Pesta Saratok, Sebulan Berlangsung

Kalau di Sarawak, bermacam-macam pesta yang dibuat di beberapa bandar dan pekan. Bergantung kepada geografi dan budaya setempat. Sebagai contoh Pesta Benak di Sri Aman yang mana wujudnya benak (ombak tinggi di kawasan sungai) di situ.

Antara pesta/festival yang biasa di Sarawak seperti Pesta Ikan Buntal di Spaoh, Pesta Nenas di Sarikei, Regatta di Kuching, Pesta Air Krian di Saratok, Pesta Kabong, Festival Layang-layang di Bintulu dan bermacam-macam lagi!


Pesta Saratok yang berlangsung selama sebulan ini rasanya baru diperkenalkan untuk julung-julung kalinya. Pesta yang bermula sejak 19 Disember tahun lepas dan berakhir 19 Januari ini menyediakan banyak pertandingan dan setiap hari ada aktivitinya tertentu.

Sejak kelmarin (hari sabtu), tapak jualan mula beroperasi sempena Pesta Saratok ini. Beberapa gerai jualan telah didirikan. Lokasinya adalah di antara tempat parkir kenderaan di market basah dan tokong cina.





Aku cuba ke sana dan barang-barang yang dijual tidak terlalu menarik minat aku untuk membelinya. Biasa-biasa sahaja. Mungkin lebih teruk dari itu. Semoga pada masa mendatang, gerai jualannya lebih bervariasi dan meriah! 

Sabtu, 18 Januari 2014

[TRAVEL] AirAsia Bakal Buka Laluan Kota Bharu - Kuching

Senang sikit kalau route baru ni beroperasi, sekurangnya-kurangnya aku ada option lain kalau nak balik ke terengganu. Tak perlu lagi transit di Kuala Lumpur atau Johor Bahru. 

Walaubagaimana pun, route ni belum pasti lagi cuma bila try nak booking tetiba aku perasan ada penambahan laluan pada destinasi tu.. Setakat ni, memang tak dapat book lagi.


Apa-ape pun, Alhamdulillah kerana ada laluan alternatif ni. Kepala hotak aku  dah terbayang bershopping di kelantan sebelum balik kampung, hehe..

Jumaat, 17 Januari 2014

[THINK] Mencegah Jenayah Mengislah Ummah

Begitulah tajuk Khutbah Jumaat tadi.. Tapi penggunaan kata 'mengislah' mungkin ramai tak tau, aku sendiri pun tak pasti maksud sebenarnya tapi setakat pemahaman aku rasanya merujuk kepada kata seerti bagi 'membudayakan'. Sorry la, aku bukan dari aliran sastera..

Aku tertarik dengan satu hadith yang dibaca oleh imam ketika khutbah tu, kejap aku cari dulu.. ni dia;

Semoga kita dijauhi perkara ni, adakah sudah berlaku pada zaman sekarang?

Seperti biasa, bila hari jumaat aku kena memandu kereta keluar dari sekolah selepas jam 11.45am (tamat waktu persekolahan). Perjalanan akan ambil masa sekitar 1 jam untuk sampai ke masjid Saratok (satu-satunya masjid terdekat dari sekolah aku).

Jadi, kalau terlambat mungkin tak sempat nak solat jumaat. Kebiasaannya bila sampai je kat masjid, khutbah sedang dibacakan. Korang kena ingat zohor kat sarawak ni awal tau, seawal 12.30 tghari!

Pernah dulu-dulu kereta tersekat dalam lumpur dan terpaksa tunggu untuk ditarik atau ditolak beramai-ramai sehinggakan bila sampai je kat saratok orang dah berpusu-pusu keluar dari masjid..


Khamis, 16 Januari 2014

[TEACH] Sambutan Malidur Rasul Nan-Hado

Sejak aku bertugas di sekolah ni, memang tak akan disambut Malidur Rasul ni. Bukan sebab malas atau dianggap bidaah leh sesetengah pihak tetapi kerana di sekolah aku tiada murid yang beragama islam.

Teringat sambutan maulud nabi ketika aku masih di bangku sekolah. Ada perarakan, marhaban beramai-ramai dan macam-macam lagi. Meriah!

Masa zaman U dulu pun sama. Kolej kediaman selalunya akan menganjurkannya. Bukan setakat berselawat aje, ada pertandingan juga sempena Maulud Nabi.

Gambar ehsan google. Guru-guru di SK Paya Bunga selepas 5 tahun aku pernah berada di sana. Cuma seorang sahaja yang aku kenal (nama pun dah lupa). Tapi kenangan sambutan maulud nabi ketika itu aku takkan lupa!
Ketika aku masih belajar di maktab, kitorang akan dihantar ke sekolah-sekolah tertentu sebagai pendedahan awal dan memahami keadaan di sana selama beberapa minggu. Program tu namanya school-base experience.Ini bukan praktikum lagi. Nak dijadikan cerita, sewaktu aku di SK Paya Bunga (sekolah anjur program maulud nabi), aku diminta untuk mengetuai bacaan selawat semasa sesi perhimpunan! Mujurlah diberi cebisan kertas kecik yang mengandungi puji-pujian pada nabi Muhammad tapi, tak berapa jelas dan susah nak lihat. Aku main hentam jer baca! Yang penting baca penuh yakin. Dah selesai semua, kawan aku pun tegur la sebab aku main taram jer part sebutan panjang-pendek. Hahaha.. Kami gelak besar lepas tu!

Rabu, 15 Januari 2014

[THINK] Jenaka Kangkung Berleluasa di FB

Kat wall Facebook aku sekarang ni, penuh dengan jenaka dan ayat-ayat sinis tentang kangkung. Seronok pulak aku baca dan tengok. Boleh tergelak besar jugak. Cukuplah sekeping gambar jenaka ni je aku letak kat sini. Yang lain korang bukak FB masing-masing..

Kangkung.. oh kangkung.  Bakal menerima anugerah paling popular tahun 2014!
Pada pendapat aku, memang signifikan jugak orang ramai 'mempersenda' isu kangkung ni. Setakat harga kangkung turun (perlu ke PM kita umum?), efeknya tak seberapa kepada rakyat malaysia.

Bukan semua orang makan atau suka kangkung. Kalau makan kangkung sekali pun, adakah setiap hari sebagai hidangan utama? Lainlah kalau ikan, ayam atau telur.

Aku berharap jugak harga barang guna harian seperti minyak masak, bawang, beras, tepung dan sebagainya turun. Ini kalau diturunkan harga baru ramai yang respek.

Agak-agak bila petai nak turun harga? Hehe.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...