nuffnang

NUFF

Rabu, 8 Januari 2014

[TRAVEL] Sibu, Pintu Masuk Sungai Rejang (Part 2)

Tempat-tempat Menarik di Sibu

Boleh dikatakan sekurang-kurangnya sekali aku merayap ke bandar Sibu sejak kebelakangan ini. Memang bosan kalau asyik terperap kat pekan saratok tiap hujung minggu. Aku sebenarnya takde lah mahir sangat pasal Sibu, at least aku ada sikit pengalaman & pengetahuan tentang tempat-tempat menarik di sibu ni.

Cuti-cuti Malaysia. Tahun Melawat Malaysia 2014! *tetiba!*

Walaupun tak banyak tempat yang best nak lawat tapi pengalaman menjejak ke tempat yang bukan tumpuan tourist ni sangat berharga. Mencari kelainan adalah kuncinya di situ..

Bagi aku, Sibu jauh ketinggalan dari segi pelancongan kepada Kuching. Tapi, ingat kata kunci tadi.. mencari kelainan Okey.. Mencari kelainan..

Kalau ke sibu, jangan lupa menggunakan pengangkutan air di sana. Itu lah perhubungan terpantas masyarakat pedalaman dengan di bandar. Rasai sendiri pengalaman menelusuri sungai rejang. Jangan risau, bot ekspress yang digunakan agak selesa berbanding zaman dulu-dulu.

Aku cadangkan korang naik bot tersebut untuk melihat rumah panjang secara lebih dekat. Sila contact Sibu Municipal Council +6084333411 untuk pertanyaan tentang lawatan ke rumah panjang di sana.

Kalau nak pergi terus ke rumah panjang pun boleh, tipsnya
1) Sudah tahu lokasi (rumah panjang) yang dituju supaya tak tercari-cari
2) Minta izin dengan tuai rumah (ketua rumah panjang)
3) Biasanya, adat mereka adalah menghidangkan tuak(arak) pada tetamu dan tetamu mesti minum! tapi sila tolak dengan berhemah (bagi muslim) dan sekadar menyentuh hujung jari pada gelas berisi tuak tu (budaya tempatan; menolak pelawaan makan/minum dengan baik). Mintalah air masak sahaja.
4) Tanya peraturan dan undang-undang yang ada di rumah panjang & jaga adab.

Cukup la setakat ni. Mendalami dan mendekati rumah panjang sebenarnya menyeronokkan bagi masyarakat luar sarawak. Cuma kena keluar sedikit dari bandar sibu untuk ke sini. Lenkali aku ceritakan tempat-tempat menarik yang berada di sekitar Bandar Sibu je..

Peta sibu. Next entry aku citer pasal tempat menarik di sekitarnya pulak


Selasa, 7 Januari 2014

[TRAVEL] Sibu, Pintu Masuk Sungai Rejang (Part 1)

Bila sebut pasal Sibu, mungkin ramai yang tak tahu di mana lokasinya kerana bandar yang didiami oleh majoriti kaum cina-Foochow ini tidak banyak diketengahkan keistimewaannya.

Sempena tahun melawat Malaysia 2014, aku nak kongsi sedikit tentang tempat-tempat menarik di Sibu. Aku kerap juga ke Sibu. Dari tempat aku bertugas (iaitu Saratok) untuk ke Sibu memakan masa sekitar 2 jam (dengan pemanduan berhemah).

Aku nak start cemana dulu ek? Kita bagi intro dan info bagaimana nak ke sini terlebih dahulu.

Pengangkutan & perhubungan

[Pengangkutan Udara] Sibu ada airport tersendiri yang terletak kira-kira 25 km dari pusat bandar. Ianya menghubungkan Kuala Lumpur(AirAsia, MAS, Malindo), Johor Bahru(AirAsia), Kuching(AirAsia, MAS, MASwing), Kota Kinabalu(MASwing) dan Bintulu(MASwing).

Tiada bas direct menghubungkannya dari pusat bandar. Cuma teksi berkupon tersedia di luar pintu ketibaan (arrival gate) yang mana tambangnya kira-kira rm35 sehala/teksi ke pusat bandar. 

[Pengangkutan Darat] Ada lebih daripada 5 syarikat bas ekspress yang menghubungkan Sibu dengan Kuching ataupun Bintulu/Miri. Tambangnya kira-kira rm60 sehala (8 jam) sama ada dari Kuching atau Miri. Terminal bas ekspress Sibu terletak di Jalan Pahlawan. Lokasi ini agak jauh dari pusat bandar dan terminal bas bandar/terminal bot di Sibu. Walaubagaimana pun, teksi bersedia berkhidmat dan cara paling murah ke pusat bandar adalah dengan menaiki bas tempatan (bas Lanang yg xde aircond).

Perkhidmatan bas Ekspress

Kuching – Sibu
Syarikat Bas
Masa bertolak dari kuching
Catatan
Biaramas Ekspress
7.30am 10.00am 2.00pm 3.30pm 5.00pm 7.30pm 8.30pm 9.00pm 10.00pm 10.30pm

Bintang Jaya
8.30am 10.00am 1.00pm 5.30pm 10.00pm

MTC
9.30am 7.30am 4.30pm 9.00pm
Kch-sibu-miri
EVA Express
4.30pm 9.00pm
10.00am 10.00pm
Kch-sibu-miri
Kch-sibu-mukah
Baram Express
8.00pm
Kch-sibu-miri

Sibu - Kuching

Sibu - Miri

Kereta sewa juga boleh ditempah on the spot di kaunter agent pelancongan (luar pintu ketibaan) airport Sibu. Harganya bergantung pada jenis kereta dan jangan compare dengan Langkawi ya!

[Pengangkutan Air] Seperti yang dimaklumkan, Sibu merupakan pintu masuk ke Sungai Rejang, sungai terpanjang di Malaysia. Di situ terdapat Terminal Bot Ekspress yang dinaiktaraf/moden untuk menempuh perjalanan ke hulu sungai rajang. Ada beberapa pekan kecil yang bakal dilalui iaitu Sng, Kapit dan Belaga (extremely to get here!).

Sekiranya anda dari Kuching atau Sarikei, bleh juga menggunakan perkhidmatan bot ke sibu. Ianya akan melalui laut-lepas sebelum menusuri muara sungai rajang. Perjalanannya kira-kira 5 jam dari kuching.

Letih aku menaip, sambung next entry la.. Tempat-tempat Menarik di Sibu (Part 2)

Isnin, 6 Januari 2014

[THINK] Penyelesaian Persamaan Matematik Yang 'Genius'

Korang pandai matematik tak? Cuba tengok equation yang diselesaikan kat bawah ni.. Nampak macam betul dan genius la kononnya..


Tapi ada kesilapan kalau korang perasan. Aku memula tertipu jugak. Mana logik sifar dibahagikan dengan sifar hasilnya 2. Korang dapat detect kesilapannya??

0 bahagi 0 sebenarnya berapa? Ramai yang akan jawab "kosong/sifar ler..", tapi sebenarnya salah. Cuba ambil kalkulator sekarang, buat pengiraan...

Dah dapat jawapan? Anehkan, bukan sifar jawapannya.. keluar error kan!
fikir-fikirkan lah..

p/s- Penyelesaian Genius ni aku cilok dari facebook kawan aku

Ahad, 5 Januari 2014

[TEACH] Cabaran Pertama Tugasku 2014

Tahun ni, aku terpaksa menyahut cabaran sikit dalam bidang pekerjaan aku. Sebenarnya tak mencabar sangat pun..

Oleh kerana kami kekurangan seorang guru di sekolah, maka beban mengajar semakin bertambah. Waktu mengajar menjadi banyak dalam seminggu.

Kebiasaannya dalam situasi normal (cukup guru), aku cuma memperuntukkan sekitar 27 waktu mengajar seminggu (810 minit) tetapi sebaliknya berlaku, aku diberi 34 waktu mengajar seminggu (1,020 minit). Guru lain juga terkena juga tempiasnya..

Buku kerja Matematik yang di beli kelmarin. Aku mengajar Matematik untuk kelas tahun 3 hingga 6!
Cabaran seterusnya adalah tiada langsung subjek opsyen yang diajar pada sesi kali ini. Aku dikehendaki mengajar Matematik dan Muzik, sedangkan opsyen aku adalah Sains, B.Inggeris dan Pendidikan Jasmani.

Sabtu, 4 Januari 2014

[TRAVEL] Laluan Domestik Air Asia Malaysia Yang Belum Pernah Dicuba

Sepanjang aku terjun dalam aktiviti travelling ni, belum pernah aku pergi ke dua destinasi yang tersedia dalam route domestik AirAsia iaitu Kota Bharu dan Tawau. Yang lain sudah pernah dan kebanyakkannya laluan yang aku ambil adalah dari Lcct.

Hampir semua aku dah alami route di atas, kecuali melibatkan destinasi dari Kota Bharu & Tawau
Kenapa dua destinasi tu belum pernah aku cuba? Tapi aku memang pernah berangan nak pergi kedua-dua tempat tu. Kalau setakat Kota Bharu, tak perlu ambik flite pun aku boleh pergi. Drive pun dapat dari Terengganu.

Tahun lepas, aku dah bercadang nak gi tawau. Nak pergi pulau-pulau yang cantik kat sana. Tapi kes Lahad Datu, terus terbantut rancangan aku. *Sanggup engkau jadi tebusan encik Kiram?

Semoga aku berjaya mencuba ke semua laluan domestik air asia tersebut, dan aku juga teringin nak rasai laluan terbaru iaitu Kota Bharu - Kota Kinabalu..



Jumaat, 3 Januari 2014

[TEACH] Bersabung Nyawa Ke Sekolah Pedalaman

Hari pertama ke sekolah di rundum rasa gentar!

"Ya Allah, janganlah kereta yang dipanduku terperosok ke dalam gaung.."

Itu lah terucap di bibirku sebaik sahaja melihat keadaan jalan yang rosak teruk selepas hujan lebat di Sarawak dua tiga hari sebelum sekolah dibuka. Jalan rosak itu satu-satunya perhubungan kami warga SK Nanga Grenjang dengan dunia luar.

Demi mendidik anak-anak  dan menggalas tanggungjawab sebagai guru, kena hurungi jua jalan tu!

kerosakan jalan menjadi bertambah buruk bila hujan lebat
Nampak tak jalan kat bawah ni? Sangat sempit dan seolah-olah seperti genting kerana kanan dan kirinya adalah gaung. Yang jadi masalahnya adalah tanah yang berada di kawasan genting sangat becak.

Kereta yang di pandu aku nyaris-nyaris melurut ke sisi gaung kerana tanah yang licin. Tayar kereta lari, walaupun stereng pada kedudukan lurus. Nasib baik aku segara 'membalas' stereng ke arah bertentangan supaya tidak menjunam ke gaung. Kuss semangat hoccay!

selalu berdoa supaya hari tak hujan, supaya jalan tak becsk dan licin!
Nasib baik bila pulang ke Pekan Saratok (hari ini - jumaat) jalan agak okey sedikit kerana cuaca panas sejak kemarin. Alhamdulillah..

Khamis, 2 Januari 2014

[TEACH] Corat-coret Hari Pertama Persekolahan

Selamat pagi cikgu! Selamat pagi semua..
(kata-kata yang mana sebulan lebih tak didengari )

Hari ni aku paparkan warna-warni hari persekolahan sesi 2014. Hari pertama harus bersemangat okey!

Ada yang bermuka ceria
Ada yang berduka berjauhan ibubapa
Ada yang bersemangat dengan baju baru
Ada yang tak sabar ke sekolah, sebab nak jumpa kawan

Tapi..

Anak-anak dari pedalaman ini masih lagi
belum bersedia ke sekolah
meletakkan 'belajar' bukan prioriti/keutamaan

Siapa yang harus betulkannya?

Murid tahun satu; Cuma 5 orang je yang hadir pada hari pertama persekolahan, jumlah sebenar adalah 8 orang

Menikmati makanan di dewan makan asrama pada hari pertama sekolah 2014. Lama tak makan masakan uncle Wan kan?

Rabu, 1 Januari 2014

[THINK] Idea & Harapan Sempena Tahun Baru..

Assalamu'alaikum

Bila masuk tahun baru je, aku mesti edit layout blog ni. Apa yang korang lihat sekarang adalah hasil kreativiti (yg tak kretif mana) yang aku hasilkan 3 hari lepas. *Sebenarnya part header je, hehe*

Aku nak buat header yang simple, tapi hasilnya agak berserabut pulak. Tapi aku tak kisah sebab hasil kerja tangan aku sendiri. Gigih aku guna paint untuk edit/create header tuh *apa? pakai paint je?*

Ya, aku pakai software Paint yang default di-install kat windows tu. Sori la, aku ni tak pandai pakai adobe photoshop.. *sambil buat mata kuyu*

Guna Paint je aku create menda alah ni..

Lepas ni, aku nak manage blog ni supaya teratur. Oleh kerana Tagline blog aku ni (iaitu TEACH, TRAVEL dan THINK) maka aku akan tulis apa-apa yang sesuai di bawah 3 kategori tu:

[TEACH]
Ini adalah sebab utama kenapa wujudnya blog aku ni. Bermula dari maktab lahirnya blog ni dan seterusnya menjadi diari maya dalam kehidupan aku sebagai seorang pendidik (hakikatnya tak macam diari pun..hehe) Jadi sebarang kisah atau catatan yang berkaitan dengan dunia sekolah dan pekerjaan aku akan tersemat di sini.

[TRAVEL]
Minat aku pada travel timbul sejak aku bergelar guru. Mungkin aku sangat suka subjek geografi masa sekolah menengah dulu membuatkan aku terasa excited bila travelling ke tempat orang. Tahu sosio-budaya, ekonomi dan ciri-ciri istimewa kawasan yang aku pergi. Seronok memerhatikan keadaan sekeliling tempat yang aku pergi tu. Jadi, ruangan ini akan dinukilkan kisah penjelajahan, tips dan panduan bagi aktiviti travelling.

[THINK]
Sebarang luahan rasa, perasaan, percambahan fikiran, ideologi dan tips-tips berguna mungkin digunapakai untuk menghiasi kategori ini. Mungkin aku akan menulis apa yang terlintas dalam kepala hotak aku ni jika ianya bukan di bawah kategori dua di atas sana.

Selamat membaca!

#Opppps..lupa nak bagitau, salah satu azam aku juga adalah sebolehnya mau update blog ni setiap hari dan berkala. Semoga berjaya lah *aku sangat malas sebenarnya, #memang bukan kaki blogging tegar dekpong!

HAPPY NEW YEAR UOLLS!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...