nuffnang

NUFF

Jumaat, 3 Julai 2015

[TEACH] Serangga Penghisap Darah Seakan-akan Lebah ~Imbauan 1

Lebih 5 tahun aku mengajar di bumi kenyalang, banyak pengalaman yang aku rasa tak akan dapat dicedok sekiranya aku tak jejak ke sini.

Korang tahu tak ada serangga yang mirip lebah tetapi sebenarnya menghisap darah? Yang pasti, serangga itu bukannya langau.

Aku rasa serangga ini tergolong dalam famili lalat kot. Aku ada cuba jugak mencari maklumat di internet tentang serangga ni, tapi tak banyak yang aku dapat infonya. Boleh dikatakan hampir tiada maklumat lengkap pasal serangga ni.

Ada juga aku cuba google gambar serangga ni tapi tak jumpa pun. Jadi terpaksa aku ambil gambar yang sipi-sipi seperti serangga tu!

Oh, ya! Mesti korang tertanya-tanya, apakah nama serangga tu? Aku juga tak pasti apakah nama sebenar serangga tersebut. Tetapi menurut anak-anak didik aku sewaktu mengajar SK Nanga Grenjang, nama haiwan tersebut pitak.

Mungkin serangga yang bernama 'pitak' ini hanya digunapakai oleh masyarakat iban di kawasan Saratok sahaja.

Serangga penghisap darah tu seiras lalat ni (keluarga Tabanidae), orang iban panggilnya Pitak, rupanya seperti lebah. Bila gigit terasa gatal sangat. Saiznya lebih besar daripada lalat rumah dan boleh dikatakan sama saiz seperti lebah. -foto ihsan google
Apakah pengalaman pertama yang membuatkan aku mengenali serangga yang bernama pitak ni? Kisahnya bermula sewaktu aku mandi di sungai ketika hampir senja. Pada mulanya, aku ingatkan serangga ini adalah tebuan atau lebah yang berterbangan ketika kami (aku dan beberapa rakan) mandi. Sungai cuma sedalam paras lutut.

Ketika mandi, rakanku mengadu terasa gatal di bahagian lengan tangannya. Difikirnya nyamuk yang gigit tetapi tiada nyamuk pun yang kami perasan di sekeliling kami. Tidak lama kemudian, tindakan refleks tanganku menampar sesuatu yang hinggap di bahu (akibat terasa gatal) menyedarkan kami bahawa serangga seperti lebah itu yang menggigit kami selama ini!

Sewaktu itu, kami tak tahu apakah nama serangga yang menggigit serta hisap darah tersebut, maka kami berikan namanya alien! hahaha.. bila 'alien' datang terbang menghampiri kitaorang akan berendam seluruh badan ke dalam air dan cuba membunuhnya dengan cara menampar guna kedua-dua tapak tangan.

'Alien' ni jarang-jarang juga menyerang bila kami mandi di sungai. Pada waktu tertentu sahaja ianya biasa muncul terutamanya menjelang senja atau matahari mula terbenam.

Akhirnya alien mendapat nama.. Pitak, itu pun setelah aku bertanya kepada murid iban di sekolahku.

p/s- ada sesiapa yang tahu nama sebenar serangga ni? kat semenanjung aku belum pernah jumpa lagi serangga pelik seperti ini..

10 ulasan:

  1. Cara pitak hisap darah sama dengan nyamuk ke

    BalasPadam
  2. It look like a bee and I think it is from the ant's family. I was bitten once by an insect similar to that
    and believed me it caused be an immediate fever.
    Akum
    Rahim Maarof

    BalasPadam
  3. Slm. Melihat kpd gmbr n gambaran yg diberi rasanya serangga ni pn ada di Semenanjung... Masa kami kecil dulu di kampung, serangga seperti ini dipanggil pikat (mak yg ajar nama serangga ni). Pikat mmg suka menggigit n menghisap darah. Dulu2 mak kata kehadiran pikat ni blh dijadikan tanda kehadiran binatang lain (seperti babi hutan, kerbau liar atau seladang) berhampiran kawasan kebun atau rumah kami (dekat dgn hutan).

    BalasPadam
  4. Serangga ni kami pangil Pikot.��

    BalasPadam
  5. Ini dipanggil (curi darah) selalu gigit aku MASA Tidur.. Sedar2 lebam bibir... Dlm kwsan hutan bnyk

    BalasPadam
  6. nama dia lamuk..lalat kahwin dgn nyamuk:lamuk,kawasan paya bakau banyak dye..kaki2 mancing cukup kenal dia nia

    BalasPadam
  7. Bngsa kami(dusun) panggil serangga ni pikot. Sya sndri alergic dengan serangga ni. Lebih 5 kali masuk kecemasan dsebabkan oleh pikot.

    BalasPadam
  8. pikot tatap pikot... nda sedar kna cium oleh pikot.... katol n lumonit .... sa taruh bawang putih ja cara mngurangkn katol n lonit di kulit....

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...