Sambung balik kisah Boracay. Sebut betul-betul.. seharusnya dibunyikan begini Bo-Ra-Kai. Bunyi -Kai tu seperti kita sebut paKai dan bangKai. Ok, cukup sampai sini. Dah habis sesi kelas bahasa sekarang.. hehe
White Beach yang sentiasa sibuk dengan umat manusia |
Lepas turun dari bot terus di bawa ke sini |
Tak ada lah sesat kalau kita selalu berada dalam group yang besar. Mereka akan asing-asingkan penumpang mengikut lokasi penginapan dan pengangkutan ke hotel/penginapan merupakan van atau jeepney seperti kat bawah ni.
Antara kenderaan yang bakal mengangukut penumpang ke hotel masing-masing |
Aku naik van 12 seater |
Yang bestnya, diorang akan hantar kita sehingga ke pintu hotel. Baguskan servis mereka. Oleh kerana hotel aku agak susah kenderaan masuk sebab tiada jalan berturap, jadi pihak Southwest akan pastikan aku selamat sampai ke hotel dengan cara menurunkan aku berdekatan dengan hotel dan dia akan bawak berjalan sampai jumpa receptionist hotel!
Welcome drink. Hotel yang aku duduk ni, melekat sekali dengan restoren. |
Setiap zon ada kelebihan tersendiri. Zon (boat Station 3) yang aku berada tu, banyak penginapannya menawarkan harga lebih murah dan kurang crowded berbanding yang lain.
Boat Station 2 pula berada di tengah-tengah antara zon yang lain. Ianya boleh dianggap pusat bagi White Beach dan kat situ ah yang paling happening terutamanya sebelah malam. Banyak kedai fine-dining, persembahan api, restaurant & bar. Bersepah-sepah semua tu. Mat Salleh bersesak-seak ramainya! Too crowded uolls..
Tapi kalau korang nak rasa lebih santai dan rasa sedikit mewah, pilih la kat Boat Station 1. Kat situ kebanyakkanya letaknya hotel mewah dan terselit beberapa hotel biasa juga. Kat sini lebih tenang dan bersedialah mengeluarkan biaya lebih untuk penginapan.
Selain White Beach, ada lagi tempat lain kalau nak menginap. Pandai-pandai la korang search. Tapi, better pilih White Beach sebab lebih happening, pantai yang cantik dan banyak kemudahan.
Hotel yang aku inap namanya Arwana Hotel & Restaurant. Korang boleh riki kat websitenya. Harganya agak berpatutan dan kalau tak silap aku book melalui Agoda. Kenapa aku pilih kat situ? Pertamanya of course la pasal harga! murah sebab ada promosi. Dan satu lagi hotel ni ada beachfront, seronok je bila keluar hotel terus nampak laut..
Layan dulu gambar bilik penginapan aku ni. Aku cuma menginap satu malam je kat sini. Hari berikutnya aku menginap kat Station Boat 2 pulak.
Dari Boat Station 3 aku berjalan ke arah Zon Boat Station 2. Pantai dan pemandangan memang superb! Rasa nak terus berlari masuk laut je.. huhuhu
Dari hotel aku menuju ke Boat Station 2, aku terperasan ada satu lorong di sebelah kanan aku tertulis Talipapa. Asalnya aku nak menelusuri sepanjang pantai sehingga ke Boat Sation 1. Tapi aku melencong masuk ke lorong tu dulu.
Lagipun petang tu masih panjang, sambil-sambil tu, aku nak cari khidmat servis transfer untuk aku ke airport Kalibo pada lusanya.
Mula-mula, aku ingat laluan tu menuju ke arah D'Talipapa yang glamer dengan shopping-stall (tempat gerai jualan cenderamata, pakaian, makanan dll). Rupanya Talipapa ada banyak kat Boracay ni. Salah satunya yang aku pergi ni. Namanya Original Talipapa!
Tak ku sangka, mata aku tertumpu pada satu kedai ni. Ada kedai makan halal! Kat boracay bukan senang nak cari kedai makan halal tau.. Sepanjang aku buat sedikit research pasal tempat makan dan restoren halal kat boracay ni, tak ada pun orang mention pasal kedai makan ni.
Okey, aku dah aim kedai ni untuk dinner nanti. Siap jumpa taukeh kedai tu lagi bagaitau yang aku akan datang kemudian sebab aku takut kedai tu tutup.
Aku berjalan sampai ke jalan utama. Aku tak jumpa-jumpa pun kompeni lain yang tawarkan servis transfer yang aku nak tu jadi aku terus cari Southwest jugak. Lagi pun aku berpuashati dengan servis diorang ni.
Okey.. tak jauh berjalan kaki dari Original Talipapa, aku baru nampak signboard D'Talipapa tu. Jom kita tengok apa yang ada kat dalam tu.
Kalau nak makan seafood yang agak berpatutan harganya, pergi la kat sini. Korang pilih seafood mentah ni dan bawaknya ke kedai makan di sekitarnya untuk dimasak.
Aku tak cuba sebab sudah target nak makan kat kedai halal yang aku jumpa tadi. Pilihan seafood memang banyak dan pandai-pandai la bargain kalau nak dapat harga murah.
Aku survey jugak cenderamata kat sini. Dalam pencarian aku kat internet, ramai orang bagitau harga barang kat sini lebih murah dan kedai makan stall #74 di dalam kawasan D'Talipapa ni ada menyediakan makanan halal.
kedai makan halal di D'talipapa. Stall #74 bukan sahaja menjual cendermata tapi kat bahagian hujung dalam kedainya ada tempat makan. |
Lenguh berjalan, aku hanya berlegar di sekitar pantai boat station 2 & 3 sahaja. Nak pergi ke Willy's Rock yang terletak kat boat station 1 pun dah malas.
Lagi gambar aku melayan kaki bergerak dan berjalan tanpa pedoman. hehe..
Lepas makan, aku pergi cari sedikit cenderamata dan kali ni terus beli. Petang tadi aku dah sibuk survey harga sana sini. Maafnya, aku dah lupa berapa harga cenderamata yang aku beli. Lupa nak catatkannya.
Kemudian, aku bergerak ke D'Mall yang terletak di boat station 2. Kat sini memang happening tapi mostly harga barang pun mahal jugak. Kat sini banyak kedai makan dan fine-dining restoren. Tapi semuanya tak halal. Puas aku tawaf kat D'Mall dengan harapan ada kedai makan halal tapi tak jumpa.
D'Mall ni bukannya supermaket atau shopping mall, tapi menggunakan konsep open-air shopping lot, manakala D'talipapa yang hanya terdiri daripada deretan gerai/stall.
Selepas aku jelajah setiap pelusok D'Mall ni, aku keluar mencari pakej aktiviti yang sesuai untuk esok. Berlambak-lambak tourist booth kalau nak cari pakej aktiviti kat boracay ni. Kena pandai pilih dan cari yang murah la baru berbaloi.
Aku pilih island hopping. Bagitau siap-siap pasal muslim meal sebab pakej tu include makan tengahari sekali. Badan aku dah penat sangat malam tu.
On the way balik ke bilik, banyak persembahan api dan aku akan menyinggah kalau aksinya menarik. Bunyi lagu memang hingar bingar. Ada juga yang pasang lagu romantik terutamanya restaurant mewah. Meja makannya hadap laut sambil pengujungnya dihembus bayu pantai..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan