nuffnang

NUFF

Rabu, 31 Disember 2014

[THINK] 2014 Penuh Kisah Duka

Salam sejahtera semua. Tirai 2014 sudah hampir dilabuhkan. Pelbagai peristiwa berlaku. Banyak kisah nestapa terjadi.

Aku ingat mahu sambung catatan pasal borocay tempoh hari, tapi rasa bersalah pula apabila mengenangkan musibah yang menimpa kepada mangsa banjir dan mangsa nahas (terkini) penerbangan QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, lebih spesifik di Selat Karimata.



Aku juga salah seorang mangsa banjir walaupun tidak seteruk yang terjadi kepada mangsa-mangsa di Kuala Krai, Manik Urai, Gua Musang dan beberapa tempat lagi tu.

Hati rasa tak tenteram meskipun hanya menaip kisah seronok melancong ke Boracay di blog sedangkan masih ramai yang bersedih atas malapetaka yang menimpa sebilangan mangsa banjir dan mangsa nahas QZ8501.

Tragedi MH370 dan MH17 sungguh memberi kesan kepada rakyat Malaysia dan ditambah pula dengan kesedihan berganda musibah di penghujung 2014!

Semoga tahun 2015 memberi lebih kekuatan dan kemakmuran!
 #Azamtahun2015 belum fikir lagi. Rasanya nak letak satu je sasaran untuk azam tahun baru nanti. Biar satu asalkan fokus!

p/s- tunggu tempoh yang sesuai, baru aku release sambungan kisah travel lagi..

Rabu, 17 Disember 2014

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 2) - Singgah di Cebu dulu!

klik sini Maganda Boracay! (Part 1)

Dalam tempoh 4 hari bercuti, aku kena planning betul-betul; kat mana nak pergi, apa aktiviti yang paling sesuai, sela masa perjalanan dan macam-macam lagi.


Tu lah, tamak sangat.. mujur aku tak masukkan itinerari jalan-jalan kat Manila sekali! Cebu dan Boracay pun rasa macam tak cukup hari!


Macam biasa, dari tempat aku bertugas aku kena ke kuching dulu baru la sampai ke lcct. Kat situ dah makan banyak masa! dan kena tidur kat airport untuk menunggu flight keesokkan harinya.

Aku harapkan pagi tu semuanya berjalan lancar tapi ada juga dramaking sewaktu nak check-in. Aku memang jenis travel lite je, cuma bawak backpack jadi tak payah la nak check-in/drop luggagge bagai..

Tapi, bila nak check-in kat mesin kiosk tu tak lepas-lepas. Terpaksa lah pegi ke kaunter juga. Mujur penerbangan international ni tak ada fee/caj check-in kat kaunter.

Barisan tak panjang mana, alhamdulillah, tapi yang jadi masalahnya bila sampai kat kaunter;

"Saya nak check-in flight ke Cebu,"sambil aku senyum

"Encik nak check-in untuk pergi-balik ke?" bersungguh-sungguh muka dia bertanya

dengan jujur aku pun jawab.. "Tak, saya nak check-in pergi sahaja, Flight (pulang) dari Cebu ke KL saya nak cancel, kira burn lah"

"Encik, dah ada tiket pulang ke?"

"Ada, tapi flight Cebu Pacific"

"Orang imigresen kat sana (filipina) nak tengok tiket pulang ni. Encik ada salinanmya?"

Arghh sudah.. aku tak print pun tiket atau itinerari flite Cebu Pacific lagi. Aku ingat sampai sana baru nak settlekan semua tu.

"Err, kalu macam tu saya nak check-in la tiket pulang"

"Tak boleh encik, tadi kata nak cancel. Saya tak berani la nak tanggung tiket yang dah check-in tu sedangkan dah pasti encik tak naik"

"Tolong la, nanti saya tunjuk apa bila kat kaunter imigresen Cebu.. saya belum print out lagi"

"Macam ni la, encik pergi kat kaunter check-in Cebu Pacific dan mintak dia buat satu salinan tiket"

Okey.. lega bila aku dengar cadangan tu. Lepas settle di kaunter AirAsia, aku cepat-cepat  cari kaunter Cebu Pacific tu. Hurray..jumpa!

Drama belum habis lagi! Sampai je kat kaunter, batang hidung manusia pun tarak. Sunyi sepi. Belum bukak lagi kah?

Aku tunggu dulu kerana jam baru pukul 8.45 pagi. Mungkin pukul 9 baru bukak kot. Tapi lepas pukul 9 masih tak bukak-bukak jugak. Aku tunggu dah hampir setengah jam. Flight aku ke Cebu dijangka berlepas jam 10.50 pagi.

Berlama-lama menunggu tak guna, aku pergi isi perut dulu. Makan pun laju-laju sebab nak pergi balik ke kaunter tadi dan aku nampak makcik cleaner tengah membersihkan kawasan kaunter tu.

Aku segera pergi tanya makcik tu, Makcik tu jawab lebih kurang macam ni. "Kaunter ni buka bila ada flight yang akan berlepas ke Filipina"

Rupa-rupanya kaunter Cebu Pacific ni akan dibuka jam 11pagi sebab flight paling awal hari tu adalah lebih kurang 1 tengahari nanti.

Aku hilang pedoman sekejap. Hendak berlari ke kaunter AirAsia macam panjang sangat dan kesuntukan masa. Macam mana ni? Aku nak tunjuk tiket pulang kat imigresen Cebu nanti macam mana?

Jam dah dekat pukul 10 pagi. Masih buntu. Pastu dalam keadaan masih blur macam tu aku masuk je ke balai pelepasan. Ketakutan menyelubungi bila fikir pasal imigresen Cebu. Kalau tak lepas kat imigresen macamana? Nak kasi rasuah kat diorang ke supaya lepas? atau kena maki dari diorang?

Hati memang tak tenteram masa dalam pesawat. Perjalanan yang memakan masa kira-kira 3 jam itu aku banyak melihat keluar tingkap je sambil berfikir-fikir.


Sampai je kat Cebu, cuaca agak mendung dan sedikit gerimis sewaktu landing di Mactan Cebu International Airport. Maka, keluarlah beramai-ramai melalui aerobridge yang disediakan.

Saat yang mendebar-debarkan muncul sebaik sahaja aku berada di kaunter imigresen. Aku serahkan passport dan kemudian dia minta tiket/itinerary flight pulang. Ingat dia tak minta.

Semasa dalam pesawat, aku dah fikirkan pasal ni semua; aku akan tunjukkan itinerary flight yang aku book  melalui tab (softcopy file.pdf)! sebab aku ada simpan dalam tablet untuk rujukan no.booking tu semua..

Aku berdoa supaya dia terima dan...... mujurlah lepas! fuhh..lega sangat.

Semangat nak berlibur kembali semula! Sekarang aku kena fikir macam mana nak pergi ke hotel yang aku dah siap book awal-awal lagi.


Kalau sampai Cebu, kita ada pilihan sama ada nak stay kat pulau Lapu-lapu (area airport), Mandaue City atau Cebu City. Bagi aku, lebih baik duduk kat Cebu City sebab ada lebih banyak attraction venue atau tempat menarik untuk dilawat berbanding yang lain

Dalam terminal, aku tak terus cari pengangkutan untuk ke hotel tapi pergi ke tandas dulu. Aku pegi berak uolss! Gara-gara perasaan gusar itu lah!

Kemudian aku ikut je signboard ke arah teksi. Asalnya aku nak try naik jeepney tapi untuk ke hotel tapi nampak macam berserabut pulak sebab kena turun naik tukar jeepney. Memang murah tapi agak hassle.


Jadi aku pergi ambik teksi kat area domestik (murah sikit - melalui pembacaan), tambangnya PHP200. Dalam setengah jam macam tu aku dah sampai hotel.

Sampai hotel terus pergi mandi dan solat siap-siap. Hari pun dah semakin petang. Aku turun ke meja receptionist dan minta peta Cebu City, tapi nan-hado. Terpaksa la aku mintak password wifi dan cari map secara online kat lobby hotel.

**bersambung..  part 3





Isnin, 15 Disember 2014

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 1) - Jom Terbang ke Filipina

Sorry pembaca sekalian. Dah lama tak menaip. Selepas balik dari trip Krabi, ada satu lagi trip ke Bandung tapi aku nak skip dulu trip tu sebab bagi aku, trip tu adalah trip menemani adik-adikku yang mana tujuannya adalah untuk shopping! Eh, trip ke Busan pun belum di-update jugak!

Cukup! Kita go on je dengan kisah Boracay dulu.. Boracay ni adalah pulau terbaik dunia pada tahun 2012 tau! dan sejak beberapa tahun kebelakangan ni hingga tahun semasa, sering tersenarai dalam Top 10 the best island in the world..

Bagi aku, pulau Boracay ni memang cantik tetapi sudah terlalu dikomersialkan maka dah macam Bali dan Phuket. Terlalu happening sampai sesak dengan manusia!

Maganda (dalam bahasa Tagalog) bermaksud cantik/beautiful, dan Boracay berhak menerimanya kerana pasir pantai yang memutih lagi halus dan kebiruan lautnya yang menawan.

Perjalanan ke Boracay

Perjalanan/trip ke Boracay, Filipina

Sebenarnya aku tak terfikir pun mahu ke sini. Pada mulanya aku 'terbeli' tiket pergi-balik Kuala Lumpur-Cebu sewaktu promo AirAsia, alasannya aku belum pernah ke Filipina. Harganya cuma RM122 pergi-balik.

Flite ni adalah di bawah AirAsia Zest, ada sedikit berbeza seperti menu makanan yg dijual, reka interior dalam pesawat dan pastinya Cabin Attendantnya orang pinoy..

Tapi.. (*tetap nak bertapi-tapi..), aku tersalah beli, tersalah pilih tarikh! Entah macam mana tempoh travel aku adalah 10 hari! Mana aku nak cekau cuti? Aku bajet nak pergi dalam 4 hari je.. dan aku mencongak-congak untuk burn aje tiket tuh!

Dalam 3 bulan sebelum tarikh tiket tu, aku terbaca pasal Boracay ni kat blog Supermeng Malaya, terus semangat berkobar-kobar nak gi Philippines balik.

Aku pun buat lah sikit research dan menanti sebarang promo/peluang yang ada. Mungkin dah rezeki aku, tetiba AirAsia buat promo tiket murah Manila ke Kalibo(boracay). Cepat-cepat aku grab. Kemudian baru aku realize bahawa aku turun kat Cebu bukannya Manila!

Makanan dalam flite Zest air (Z2) dijamin halal seperti yang dimaklumkan oleh pihak AirAsia

Sebenarnya dari Cebu memang ada flight direct ke Boracay, sama ada mahu turun di Caticlan (airport kecik tapi sangat dekat dengan jeti Boracay) atau Kalibo (kena ambil masa 2 jam nak sampai ke jeti Boracay). Rasanya cuma dua airlines je yang sediakan route Cebu ke Boracay ni, iaitu Cebu Pacific dan Philippines airlines dan kedua-duanya mahal nak mampos harga tiket setakat aku servey..

Kalau covert kepada MYR, kira-kira rm138 pada masa tu..

So, terpaksa aku cari flight dari Cebu ke Manila pulak. Mujur dapat! Dan aku tak teragak-agak lagi beli tiket Manila ke Kuala Lumpur apabila Cebu Pacific buat promo murah, takde lah murah sangat (rm109 kot) tapi lebih murah dari tiket AirAsia pada waktu tu.

Jadi perjalanan aku nak ke Boracay macam complicated sikit; Kuching - Lcct - Cebu - Manila - Kalibo (Boracay) - Manila - Lcct - Kuching!

**Gila betul route aku ni.. dah sampai Kalibo airport kena spend 2.5 jam lagi baru selamat sampai kat hotel di Boracay!

Kat Cebu, aku bermalam dan pusing-pusing juga walaupun tak sampai sehari. Dan Manila adalah sebagai transit aku sebelum pergi ke Boracay dan pulang ke Malaysia!

**bersambung.. part 2


Khamis, 16 Oktober 2014

[TEACH] Takwim Persekolahan 2015 dan Cuti Umum 2015

Cuti sekolah dan cuti-cuti am di Malaysia 2015

Seperti yang dijangka, cuti sekolah penggal pertama pada setiap tahun agak sukar nak agak. Kalau tak silap tahun lepas jatuh minggu terakhir bulan mac. Rasanya sudah dua kali berturut-turut, tapi tahun 2015 lain pula jadinya.. agaknya tahun 2016 cuti persekolahan mungkin sukar diramalkan juga!

Apa pun, jadual cuti sekolah dan hari-hari persekolah boleh rujuk dalam takwim persekolahan yang dipetik dari laman kementerian pendidikan malaysia (KPM) di sini. (pdf file).

cuti sekolah 2015 takwim persekolahan
Takwim persekolahan / hari sekolah dan cuti 2015

Semoga kita dapat merancang aktiviti-aktiviti dengan lebih berkesan. Jadual cuti /hari sekolah dah keluar, maka persediaan awal dapat dibuat. Oh, di sini disertakan sekali cuti umum dan hari-hari kelepasan am supaya kalender 2015 lebih lengkap.

kalendar 2015 cuti umum kelepasan am
Jadual cuti umum di Malaysia (meliputi cuti am di setiap negeri)
Mutiara kata:

"Masa lalu tidak akan melihatmu sekarang; tapi masa depan sedang mendengarkanmu." 
(Terri Guillemets)

"Menurut para ilmuwan, masa depan itu sama persis seperti masa lalu; hanya saja lebih mahal." 
(John Sladek)

"Orang bijak harus ingat: meski ia adalah keturunan masa lalu, ia adalah orang tua masa depan." 
(Herbert Spencer)

"Cara terbaik untuk meramal masa depan adalah dengan menciptakannya." 
(Peter Drucker)

"Pelajari masa lalu jika kau ingin meramal masa depan." 
(Confucious)

Ahad, 20 Julai 2014

[THINK] 10 Kreativiti Masak Mee Maggi Perisa Kari!

Mi Segera seperti Maggi Kari antara makan paling simple dan menyelerakan di saat kesempitan wang terutamanya. Namun, ianya juga boleh dijadikan hidangan yang sangat menyelerakan dalam apa-apa jua keadaan kalau kita pandai mengolah resepi baginya!

Jom kita gunakan kreativiti sikit untuk menjadikan mi segera, iaitu Mee Maggi perisa kari (paling best bagi aku) untuk dijadikan hidangan yang lebih menyelerakan!

Sila cari sendiri resepi yang lengkap kalau korang berminat dengan 10 kreativiti hidangan mi Maggi Kari berikut:

1. Karipap Maggi
 rujuk www.lunalanun.blogspot.com untuk resepi lengkap

Cuba idea ini. Jika kebetulan ada lebihan kulit karipap atau korang teringin mencuba sesuatu yang luar biasa, sila jadikan inti karipap dengan maggi. Jangan lupa hirisan/potong dadu bawang besar dan ketulan daging ayam/lembu dimasukkan sekali ketika membuat inti dari maggi ini bersama perencah karinya!


2. Begedil Maggi
 gambar ehsan dari www.ovenkecil.blogspot.com

Menarik bukan? Cara membuatnya sama seperti begedil biasa, cuma kurangkan penggunaan kentang lecek. Struktur dan tekstur terasa sedikit kelainan apabila masuk ke mulut yang pasti memikat sesiapa yang mencubanya. Korang boleh jadikannya sebagai hidangan minum petang atau lauk bagi hidangan utama juga,


3. Maggi Isi Ayam

Gambar dari www.sajianresepi.blogspot.com

Ada ayam goreng atau lauk ayam yang berlebihan? Korang jangan buangkannya. Carik-carikkan isi ayam tersebut. Kemudian bilas dengan sedikit air. Masak mi Maggi dengan kuantiti air yang sedikit dan masukkan isi ayam tersebut. Masukkan perencah kari. Kalau suka, boleh masukkan sedikit sayuran. Pasti tidak membazir isi ayam kan?


4. Maggi Telur
gambar dari mama-hawa.blogspot.com

Pasti korang pernah buatkan? Tapi cuba sedikit kelainan ini; guna 2 biji telur.. sebiji dikepuk terlebih dahulu kemudian dimasukkan ke dalam maggi yang sedang dididihkan dan sebiji lagi dipecahkan sebaik sahaja api dipadamkan dan tutup maggi tersebut untuk beberapa ketika. Hasilnya... wallah!


5. Martabak Maggi
gambar dari www.alwzbemybaby.blogspot.com

Semestinya resepi ini kerap kali muncul pada bulan puasa. Cara penyediaannya mudah, dengan sebungkus Maggi kari dan 2 biji telur sudah dapat menikmatinya. Rendam terlebih dahulu mi Maggi dengan air panas. Biarkannya seketika dan toskan. Gaul mi tadi dan perencah kari, sayur campur(kalau mahu) dalam mangkuk yang berisi 2 biji telur yang sudah dipecahkan. Goreng dalam kuali. Nikmatinya dengan sos cili atau kuah kari!


6. Maggi Berkuah Pekat 
 gambar ehsan dari google.com

Tumis bawang dengan sedikit pes cili dan masukkan semua perencah kari (dibancuh dengan sedikit air). Jika suka sotong, udang atau ayam, boleh dimasukkan sekali. Masukkan sukatan air seperti yang dicadangkan dan jangan lupa pekatkannya dengan satu sudu tepung jagung. Sayur kegemaran bolkeh diletak kalau mahu. Akhir sekali tabur hirisan daun sup & daun bawang untuk membangkitkan selera!


7. Sandwich Maggi
 gambar ehsan dari google.com

Toast roti terlebih dahulu. Masak mi Maggi dan perencahnya dengan kuah yang sedikit. Letakkan kepingan telur goreng dan sos bersama-sama mi tersebut di atas roti. Apitkan kedua-dua roti dan om nom nom nom... yummehh!


 8. Maggi Goreng Berempah
 gambar ehsan dari google.com

Caranya, masak maggi di atas dapur seperti biasa (masukkan sekali bahan kegemaran) tetapi dengan air yang sangat sedikit. Tabur extra perencah kari di akhir gorengan nanti. Letak hirisan timun, limau nipis yang di potong dua dan papadom sebagai finishingnya. Sangat menggiurkan!


9. Maggi Kari Berkeju
 gambar ehsan dari google.com

Pelik bukan? Tapi belum cuba belum tahu.. Masak maggi kari dalam mangkuk seperti biasa. Sebelum api dipadamkan, tabur potongan kecil keju mozarella atau cheddar. Keju keping juga boleh. Kaedah lain, tabur keju atau kepingan keju dalam semangkuk maggi yang sudah dimasak dan panaskannya dalam microwave /ketuhar gelombang mikro. Rasanya pasti berbeza kan? Bagi peminat keju, dipersilakan mencubanya!


10. Maggi Maruku Rangup
 gambar ehsan dari google.com

Cuba lakukan deep fry pada maggi yang sudah dimasak, ditoskan, dan disalut sedikit tepung jagung + telur. Hati-hati ketika menggoreng kerana kandungan air yang ada pada mi. Jangan goreng terlalu lama kerana mi cepat hangus! 

Haaa... macam-macam boleh buat dari mi Maggi Kari kesukaan aku ni kan? Apa lagi, cubalah. Kebetulan di bulan ramadhan ni, dan jika ada simpanan pek Maggi Kari ni, apa salahnya korang mencuba sebagai menu hidangan berbuka mahupun untuk bersahur.

 Selamat menjalani ibadah puasa!


Sabtu, 19 Julai 2014

[TEACH] Surat Rayuan Ke IPG

Salam semua, dah lama aku tak menaip di sini. Macam-macam peristiwa  berlaku sejak aku menyepikan diri sejak April lalu. Okey la, berbalik pada topik..

Adik aku (lepasan SPM) ada memohon sebagai guru untuk Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) di Institut Perguruan (IPG) baru-baru ni.

Malangnya, pada peringkat terakhir, dia gagal ditempatkan di mana-mana IPG dan dalam erti kata mudah permohonannya tidak berjaya.

Jadi aku dengan sukarelanya menyediakan surat rayuan bagi pihaknya. Walaupun tidak dimaklumkan dan diminta oleh pihak yang berkenaan mengemukakan surat rayuan (bagi calon yang tidak berjaya), namun usaha perlu diteruskan. Manalah tahu, usaha (buat surat rayuan) dan tawakal ini membuahkan hasil!

Jadi, di sini aku sediakan contoh  surat rayuan kepada mereka yang masih gigih berusaha memohon agar diterima masuk untuk PPISMP.

Sila klik link berikut: Surat Rayuan Permohonan Kemasukan bagi Tawaran Program Persedian Ijazah Sarjana Muda Perguruan  bagi Lepasan SPM




~Takziah kepada ahli keluarga mangsa nahas #MH17

Khamis, 6 Mac 2014

[TRAVEL] Malindo Buka Laluan Baru; Subang-Hatyai

Nampaknya semakin banyak laluan ke luar negara yang dibuka dari Subang. Jom kita layan promo Malindo, hmmm.. rasanya baru lagi Malindo perkenalkan route baru Subang-Batam.


Dan kalau taknak ke luar negara, Malindo juga ada promosi sempena cuti sekolah yang bakal tiba nanti!


Rabu, 5 Mac 2014

[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 4) - Hari Terakhir & Penginapan

Sambungan dari kisah - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang

Mula-mula memang aku terfikir nak pergi ke Krabi Town naik tuk-tuk, tapi aku rasa macam buang masa pulak semata-mata nak cari cenderamata kat sana pada pagi ahad (23 Feb) tu.

Jadi aku batalkan hasrat tambahan pula aku dah servey harga beberapa cenderamata kat Ao Nang. Lagi pun aku belum habis teroka Ao Nang ni terutamanya pantai di sebelah Utara Ao Nang.

Lagi gambar di Pantai Ao Nang
Bot jenis Long-tail di Pantai Ao Nang


Speed-bot.. lain kali nak cuba naik bot ni pulak. Harap ada 'lain kali' tu..
Makanya, selepas bersarapan dan mandi siap-siap, aku meneruskan langkah ke Pantai Ao Nang. Kedai-kedai masih lagi tutup. Aku melangkah menghala ke Pantai Nopparathara. Jauh aku kena menapak. Memula aku fikir nak naik tuk-tuk, tapi rugi juga kalau tak menghayati pemandangan sambil berjalan santai.

So, aku ambil keputusan brjalan kaki. Jauh memang jauh. Lagipun aku ada banyak masa. Matahari masih belum berbahang lagi.

Tapi selepas aku melepasi satu jambatan kecil (dibuat laluan pejalan kaki di sebelah jambatan tu) kaki aku terasa lenguh-lenguh. Mula-mula akan jumpa pantai yang agak tak menarik ketika air surut. Lupa pulak nama pantai tu.. Lana Beach kot?

Pantai Ao Nang dan Pantai Nopparathara dipisahkan oleh bukit batu kapur dalam gambar ini. Jadi, kalau nak ke sini kena melalui jambatan kecil yang menghubungkan kedua-dua tempat ini.
Kat sini juga boleh tunggu bot untuk ke Railay atau tempat-tempat lain.
Aku cuba berjalan di sepanjang pantai menuju ke Pantai Nopparathara tetapi sampai je sekerat jalan aku dah rasa bosan. Tak banyak benda yang menarik kat situ. Sepanjang perjalanan di penuhi hotel-hotel mewah dan kurang manusia. So, rasa happenning tu tak timbul sangat untuk membuatkan aku rasa teruja nak sambung berjalan lagi.
Bila surut, timbul batu kat pantai ni
Panjang juga pantai ni tapi kurang pengunjung

Kaki aku lenguh dah nak menapak. Rasanya tak jauh selepas aku jumpa Holiday Inn Resort, aku berpatah balik... kemudian terus bergerak ke Pantai Aonang.
Then, aku patah semula ke Pantai Ao Nang dan mencari kedai cenderamata yang aku dah target semalam. Hampir semua kedai dah buka sewaktu aku sampai ke situ. Walaupun aku dah aim barang yang aku nak beli, masih lagi cuba tawar-menawar di kedai lain.

Puas belek-membelek dan bargain, akhirnya aku cuma beli keychain sahaja. Aku tak minat sangat nak beli fridge magnet. T-shirt kat sini memang susah nak cari yang murah. Paling murah aku dapat rm11. Itu pun kualiti macam ntah apa-apa..

Enatah kenapa, selepas membeli barang, aku cepat-cepat pulang ke hotel sebab masih belum packing apa-apa. *actually, nak packing apa pun tak tahu sebab aku cuma bawak beg galas kecik je.. haha bengong kan?

Sampai kat hotel aku tak tau nak buat apa. Sumbat baju dalam beg dah.. kemas barang-barang yang dibeli dah.. last-last aku buka henset, on wifi dan main internet sambil tengok tv.

Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Jadi aku pun check out dan pegi tapau nasi goreng nanas kat kedai makan Fareeda yang terletak disebelah hotel aku menginap.

Oh, lupa nak citer pasal hotel yang aku menginap tu. Hotel aku namanya Ruen Mayura. Letaknya tak jauh dari McDonalds dan betul-betul bertentangan dengan Siam Bank.

gambar ehsan mr.google
Hotel ini sebenarnya bercantum sekali dengan restaurant tetapi makanannya adalah tidak halal. Tapi ramai mat saleh yang suka lepak kat sini. Sedap kot bagi dorang menu kat sini?









Oleh kerana aku datang Krabi ketika peak season, maka hampir semua hotel harganya agak mahal ratenya. Aku book hotel ni melalui Booking.com ketika harga promo iaitu rm90 untuk katil twin. Not bad. Aku bayar pakai kredit kad. Bayar tunai pun boleh sebenarnya.

gambar ehsan mr.google
Lokasi hotel ini okey. Katilnya agak keras dan tekanan air kat billik mandi tak berapa kuat sangat. Bilik yang aku dapat bersih dan aircondnya tak dapat nak di-adjust. Channel tv banyak tapi boleh dikatakan semuanya berbahasa siam!

Overall, aku selesa dengan layanan yang diberikan dan sebenarnya, banyak lagi hotel yang berbaloi kalau korang pandai cari. Maksud aku, hotel yang aku diam tu takde la teruk sangat cuma masih banyak hotel yang bagus nilainya di Ao Nang ni.

Baiklah, aku tak dapat nak kasi tips banyak pasal penginapan sebab aku cuma sempat bermalam satu malam je.

Selepas makanan/lunch ditapau aku segera ke bus stand depan McDonalds tunggu bas. Kira-kira jam 11.30am, bas datang dan aku bayar 150baht untuk ke Airport.

Sampai airport dalam sejam kemudian dan aku melantak dulu nasi goreng yang ditapau tu dulu. Sedap juga rasa nasi goreng tu.

Nasi goreng nanas yang ditapau dari kedai makan Fareeda agak sedap. Kat sana, mereka kasi sos ikan bercili ni sebagai pengganti kicap!
Pastu, seperti biasalah, check-in dan masuk boarding hall. Boarding hallnya agak panas jadi aku ambik port kat belakang sebab terasa hawa aircond sikit berbanding yang di depan.

Best jugak la pergi Krabi walaupun tanpa teman dan dalam waktu yang singkat ni. Ingatkan tak dapat buat Island Hopping tapi telah ditakdirkan aku masih ada peluang melakukannya. Alhamdulillah..

Semoga catatan tak seberapa memberi sedikit idea kepada pembaca yang nak ke Krabi. Mungkin boleh digunapakai semula kepada aku kalau ke Ao Nang lagi!

Selasa, 4 Mac 2014

[TRAVEL] Short Trip Ke Krabi (Part 3) - Misi Mencari Sarapan Murah Di Ao Nang

Sambungan dari kisah [TRAVEL] Short trip ke Krabi (Part 2) - Pakej 7 islands 

Kalau tak silap, aku pulang dari pakej 7 pulau tu jam hampir 9malam. Berlabuh je kat Ao Nang Beach, aku terus mengorak langkah menuju ke hotel. Baju & seluar aku masih basah dan aku tak hirau orang pandang semacam sepanjang berjalan pulang ke hotel.

Suasana pada waktu malam sangat meriah. Macam ramai pulak orang yang aku berselisih berbanding waktu siang. Mungkin ramai yang keluar beraktiviti pada siang hari kot? Malam mereka lepaking kat sekitar Ao Nang ni.

Sampai hotel, aku laju-laju menuju ke bilik kononnya tak mahu ditegur-sapa dengan pekerja kat hotel tu. Ya lah, baju aku masih basah berserta selipar penuh dengan pasir yang melekat, nanti marah pulak mereka.

Tapi, salah seorang pekerjanya yang boleh bertutur lancar bahasa melayu sempat bertanya khabar. Mujur dia memahami.. kalau tak, mungkin makian yang aku terima! 

Lepas mandi dan membilas diri dengan air pili, baru badan terasa selesa sikit. Nak tunaikan tanggungjawab pada Sang Pencipta pun rasa tenang. Pastu aku terpikir dan ronda-ronda kat sekitar Ao Nang, tapi terlupa bawak kamera pulak. Henpon sedang dicas pulak..

Kalau diikutkan perancangan lama, malam ni aku pergi ke Pasar Malam di Krabi Town, tapi memang tak sempat la sebab dah lewat. *harap ada kali kedua peluang melancong ke Krabi lagi. 

Menapak pelahan-lahan sambil perhatikan gelagat orang aku ni sebenarnya. Signal lenguh-lenguh kaki mula melanda bila aku masuk kedai 7E sebelah McDonalds, maka terus aku balik bilik dan tidur.

23 FEB (Ahad)
Aku bangun awal pagi tu. Usai solat subuh aku bersiap-siap dan mahu menuju ke Pantai Ao Nang. Kononnya mahu memburu Sunrise. Tapi, perut lebih mahu diisi dulu, makanya aku pun membatalkan hasrat mengejar pancaran fajar. Lagi pun, Pantai Ao Nang lebih sesuai untuk Pemburu Sunset.

Kelmarin, banyak kedai makan dan restoren aku jumpa kat area Masjid. Jadi aku bercadang mencari makanan kat situ. Kalau restoren banyak yang tutup di awal pagi tapi gerai-gerai kecil lain pulak ceritanya. Biasanya mengalu-alukan kehadiran pengunjung!

Selain misi mencari sarapan, aku selitkan juga misi menyenaraikan kedai-kedai makan yang ada di sekitar Masjid tu. Aku berjalan sambil snap beberapa buah kedai makan dan restoren muslim/halal yang ada.

Sampai kat satu selekoh yang agak tajam dan tak jauh dari A Hud Restaurant, ada sebuah warung yang dipenuhi warga tempatan dan aku terus terfikir sama ada harganya murah atau rasanya cukup umpph atau kombinasi kedua-duanya sekali.


Nampak tak makcik yang pakai baju pink tudung hitam tu? Aku tapau sarapan dari gerai tu la.. murah!
Kat sebelah warung tu, ada makcik bertudung dan anak-anaknya (barangkali?) menjual pelbagai jenis kuih dan makanan berat menjaja dari gerai kecil. Pengunjungnya juga bertali arus mahu membeli di situ. Aku pun turut serta juga. Berlagak macam orang tempatan.

Aku ambik apa yang aku nak makan dan bila tiba saat membayarnya penjual lelaki (anak makcik bertudung tu kot?) berdialog dalam bahasa siam dengan aku. Sepatah haram aku tak faham, aku main angguk je pastu bagi duit besar *sebab taktau dia sebut harganya berapa..*

Suprizingly, sangat murah harganya. Aku kira baki yang dia kasi.. Wah, cuma 55 Baht sahaja makanan yang aku beli! Aku tapau nasi goreng kerabu combined with mihun goreng, seketul ayam goreng, sebekas kecil pulut manis dan 3 biji kuih bersalut gula (semacam kuih keria tapi diperbuat dari tepung pulut; aku tak tau namanya).


Sarapan yang berbaloi dan murah, 55Baht je semua ni.. Tapi nasi goreng kerabunya tersangat la pedas berapi, tapi aku memang suka pedas. Overall rasa makanan ni sedap pada lidah aku..
Pastu aku balik bilik hotel dan melantak sebelum mandi pagi. *opss.. kantoi keluar membeli sarapan dengan bau busuk tak mandi, hahaha.. tapi I gosok gigi tau!

p/s- kali ni mood aku tengah rajin menaip. 

TIPS
Senarai Kedai Makan halal / Restoren muslim dari McD hingga sekitar Masjid


1. Me Mee Restaurant

2. Lemon Restaurant

3. Bamboo Restaurant

4. Fareeda 


5. Adam Thai Restaurant


6. Arnijj Seafood


7. Halal Restaurant


8. Charina Restaurant


9. Food Restaurant




10. Sareefah


11. Hasna

12. A Hud Restaurant



13. Chaba




14. Rohanee Rest.


15. Sakoda Halal Buffet


16. Ting Rest.



Okey, kat sini aku nak share map restorean atau kedai makan halal / muslim di sekitar McD dan masjid Ao Nang. Semua kedai ni terletak di tepi jalan utama ke Pantai Ao Nang. Landmark aku ada catatkan juga kat map ni. Mungkin ada yang tertinggal dan terlepas pandang. Harap dimaafkan.

Letih aku cuba buat map ni. Maaf kalau ada lokasi yang tidak tepat kerana daya ingatan aku yang terhad dan aku main agak-agak je sebenarnya bila ianya dipetakan

Ada beberapa lagi gerai kecil dan warung halal di sepanjang perjalanan/laluan peta yang aku kasi tu. Antaranya adalah;

Gerai jual Burger yang terletak di bertentangan (seberang jalan) dengan restoren Charina & Food Restaurant. Waktu siang tak bukak rasanya.

 \

Burger pizza pun ada!
Ada juga beberapa gerai kecil/penjaja dari masjid hingga ke restoren Sokada. Harganya mungkin lebih murah. Misalnya gerai yang aku beli breakfast pagi tadi tu.








Kat area kedai serbaneka 7E bertentangannya ada gerai kecil macam kat bawah ni



Lepas aku tapau dan merayau-rayau dalam misi hunting kedai makan halal tu yang masih awal pagi tu, aku makan kat bilik hotel dan aktiviti seterusnya adalah berkeliaran mencari cenderamata untuk di bawa pulang.

Of Koz la kena pergi ke Pantai Ao Nang sambil cuci mata.. melalui pembacaan aku di internet, kata orang kalau beli cenderamata di Ao Nang lebih mahal berbanding di Krabi Town. Jadi aku berfikir lagi sama ada nak ke Krabi Town atau shopping je kat Ao Nang..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...