nuffnang

NUFF

Khamis, 29 Ogos 2013

BIAR PUTIH GIGI, JANGAN PUTIH TULANG. ERR?

Pernah sekali ketika dulu, bekas anak didikku tulis kalimat ni. Sepatutnya biar putih mata, jangan putih tulang. Ini kerana kurangnya pendedahan terhadap pribahasa dan pembacaan bahan ilmiah.

Sebenarnya, aku nak cerita pasal gigi. Okey tak buat mukaddimah macam tu? hehehe..

meraka datang dengan pacuan 4 roda ini..

Sudah tiga hari pasukan dari klinik pergigian saratok berkampung di sekolah aku. Perkara ini adalah rutin bagi pihak kementerian kesihatan untuk memastikan setiap tahun murid-murid sekolah rendah mendapat rawatan pergigian yang sewajarnya.

Ingat lagi tak korang sewaktu kecik-kecik dulu? Bagi mereka yang berumur sebaya atau sekitar umur aku pastinya akan mendapat perkhidmatan percuma ini ketika di bangku sekolah dulu kan?

Ada yang menangis tak mahu jumpa doktor gigi. Kawan-kawan selalu memomokkan jarum yang besar akan disuntik di gigi membuatkan hati menjadi gerun. Playar yang memulas gigi dan disentap dengan kuat tidak kurang juga menghantui fikiran ketika itu!

Tapi, aku nak bangga sikit la kat korang semua.. *buat gaya penuh eksyen!*

Ketika sekolah rendah dulu, gigi aku tak pernah dicabut dan ditampal! Perkara ini berlarutan sehingga sekolah menengah. Pendek kata, aku jumpa doktor gigi hanya untuk diperiksa atau dibersihkan sahaja! No cabut-cabut or tampal-tampal!

murid pra-sekolah juga menjalani rawatan gigi


Seolah-olah situasi yang lalu wujud kembali apabila aku melihat anak-anak murid menghadapi kehadiran team klinik pergigian ini!


Ahad, 25 Ogos 2013

CUMA 4 JE YANG HADIR!

Pagi kelmarin aku masuk kelas dengan langkah bergaya. Sebagai guru kelas tahun 4 yang berdedikasi *sila percaya 100%*, aku akan mencatatkan kehadiran murid.

Apa? 4 orang je yang datang sekolah? Mana yang lain?

*berlakon macam tak percaya, sebenarnya memang dah dijangka!

Biasa lah, bila 'mereka' ini dah balik ke rumah, konfirm liat nak datang sekolah semula, maklum lah murid-murid ni duduk asrama. berapa kerat sahaja ibubapa yang sanggup hantar anak pada hari sabtu, sekolah ganti ni.


Tapi, kat sini kita dah boleh tahu ibubapa siapa yang lebih prihatin tentang pelajaran anak-anak mereka!

Khamis, 22 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI LEMANG, RENDANG & KUAH KACANG ALA GRENJANG

1 Ogos, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*Ini adalah entry terakhir pasal Monsterchef 2013, lepas ni boleh la aku sambung balik entry pasal korea pulak yang tergendala sekejap tu!

Sempena penutup program monsterchef yang disertai oleh chef dina, chef ijan, chef hanis, chef azizi dan chef fahmi (aku sendiri), kitorang dah berpakat nak masak sama-sama diakhir program ni.

Maka, cadangan memasak lemang adalah sangat dipersetujui kerana bahang hari raya makin terasa di hujung ramadhan kan? Kebetulan, pada malam itu adalah malam tujuh likur! Err, kami masak awal lagi, bukan petang mahu pun malam tetapi tengahari! *kering tekak ketika jaga api lemang*

Nak buat lemang ni tak perlu banyak bahan. Cuma kena tahu cara dan teknik yang betul je, kalau tidak mungkin lemang tak masak, mentah, terlampau berkerak dan paling tidak lemang masak tapi berderai!

 


Resepi Lemang ala Grenjang

Bahan-bahan
3 kilo beras pulut
3 biji kelapa
garam
buluh lemang
daun pisang 

Cara Memasak
1. Buluh lemang dibersihkan. Jangan pilih buluh yang terlalu muda sebab mudah mengecut dan mudah pecah ketika proses memasukkan pulut dan ketika dibakar.


2. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam. Kemudian tos-kannya. Ketepikan.


3. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh. Ketepikan.



4. Perah santan. Pastikan ianya pekat jadi guna sekali perahan (tak pakai banyak air). Tambah sikit air dalam santan yang pekat tu. Masukkan garam. Part ni kena alert sikit. Biarkan rasa santan itu sangat masin. Diulang.. SANGAT MASIN. Setakat terlebih masin sikit masih tak cukup!


5. Dengan menggunakan sudu, masukkan beras pulut yang ditos tadi ke dalam buluh. Setiap 3, 4 kali beras dimasukkan dalam buluh, hentak perlahan-lahan supaya beras pulut turun padat ke bahagian bawah buluh.

6. Tuangkan santan yang tadi ke dalam buluh sehingga kira-kira 2 atau 3 inci dari aras beras pulut dalam lemang.

7. Bakar lah lemang. jangan sampai hangus sebelah tau. Macamana nak tau lemang dah masak? Mula-mula, santan kat bahagian atas buluh akan kering, (takde buih-buih yang gelegak tu) pastu, ambil satu lemang dan bukak je (bahan ujikaji)..hehe.




*I cerita pasal buat lemang dulu, lenkali I sambung balik cerita pasal cara nak buat rendangnya dan kuah kacang pulak ek.. sorry..



Resepi Rendang Ayam Grenjang








Resepi Kuah Kacang







p/s- Menu tambahan: 
Pansuh Ayam dan Lemang Rebus



Selasa, 20 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI IKAN BAWAL BLACKPEPPER & IKAN MASAK TIGA RASA

31 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*selamat hari raya semuahhh! walaupun dah berakhir bulan ramadhan, entry pasal monsterchef belum habis-habis lagi.. biasa la. Cuti beraya sungguh-sungguh ni!!! hehe..

Saya chef E-jan, merangkap peserta terakhir untuk musim ini. Peserta terakhir untuk giliran memasak je, bukan peserta terakhir yang tinggal okey..

Menu masakan kali ini boleh dikatakan agak menyedihkan kerana saya tidak dapat menyediakan masakan bervariasi. Dua-dua menu menggunakan ikan sebagai bahan utama. Menu berganda? Ke manakah ayam pergi? Planning asal mahu masak ayam juga..tapi..tapi.. *biarkan rahsia*

Moh ler kita intai menu kali ini. Sebelum tu, saya memang suka decorate masakan cantik-cantik. Trade mark la kununnya! hehehe..Presentation itu penting yeop!

Resepi Ikan Bawal Blackpepper

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
1 paket segera rempah blackpepper
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
serbuk secukup rasa
garam
gula

Cara memasak
1. Goreng ikan bawal biar sedikit garing. Hiaskannya dengan menarik.

2. Tumis bawang-an biarkan ia naik bau. Masukkan sedikit air ke dalam serbuk/rempah segera blackpepper dan kemudiannya masukkan dalam bahan tumis tadi. Sempurnakannya dengan menyeimbangkan rasanya: tambah serbuk secukup rasa, garam dan gula.
p/s- serai & cili yang dipotong tu untuk menu lain tau..


3. Senangkan, guna perencah balckpepper je dah siap dia punya kuah. Then, tuang je atas ikan yang dah digoreng tadi. Taraaa.. siap dihidangkan.



Next resepi adalah masakan berasaskan ikan juga. Ikan bawal gak. bosan tak? Tak pe la.. sebab tu je yang tinggal dalam peti sejuk kitorang. Walaupun ikan yang sama, tetap nak buat variasi. Nah, terimalah:

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
2 sudu besar cili giling
2 sudu kecil tomato puri
2 cili padi (dipotong)
1 sudu sos tiram
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
serbuk secukup rasa
garam
gula

Cara memasak
1. goreng ikan bawal sehingga agak garing. Hiaskan cantik-cantik. Ketepikan.

2. Tumis bawang yang dimayang bersama-sama cili giling dan sos tiram. tambah sedikit air bila kelihatan agak kering. Kemudian, masukkan serai, cili yang dipotong dan tomato puri. masukkan lagi air kalau ianya kering dan tambahkan gula, garam secukupnya..







3. Tuangkan kuah tiga rasa ni atas ikan. siap!



Tepi-tepi.. dulu you mencelah kat entri I, kali ni I pun nak interprem kat entri you jugak! *sambil rampas micropon*

test suara.. test suara.. I chef dina. I tak puashati la dengan you sebab masak ikan bawal je.. haish, tak best la.. ikan bawal..ikan bawal.. boring! Jom ikut I masak menu yang diseledup dari resepi chef cikgu fahmi!

Menunya, resepi daging cincang masak tauchu

Ini adalah antara bahan-bahannya. Ingat, lenyek tauchu dulu tau!


kobis bakal masuk dalam masakan & merangkap hiasan juga..

celur dulu kobis


susun elok-elok dalam mangkuk besar


sediakan bahan dulu untuk memasak


panaskan minyak


goreng bawang putih dulu


dah naik bau?


masukkan cili


goreng lagi


masukkan daging cincang


biar dia sebati dengan cili dan bawang


masukkan garam dan serbuk perasa


masukkan taucu dan sedikit air asam


dah siap goreng, curahkannya atas kobis tadi. senangkan?

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
*jom puasa enam! eh, korang dah abis puasa? bagusss..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...