nuffnang

NUFF

Sabtu, 18 Jun 2016

[TRAVEL] Powerbank Berkuasa Solar - Gajet Sesuai Untuk Travel

Takkan korang tak kenal powerbank kot? Powerbank memang sinonim dengan pengguna tegar gajet terutamanya yang pakai smartphone dan tablet.

Kalau powerbank yang dikuasakan dengan solar pernah dengar tak? Aku pun baru je terfikir nak search pasal solar powerbank ni sejak tahun lepas. Itu pun selepas aku mengajar tajuk Tenaga kat budak-budak, pasal tenaga suria.

Berbalik kepada kisah solar powerbank ni, aku dah beli satu kat lelong.com.my. Jadi aku nak kasi review sikit pasal solar powerbank ni.


Sebenarnya ada banyak kapasiti kuasa bagi powerbank di pasaran, termasuk juga dengan solar powerbank ni. Ada yang berkapasiti 5000mAh, 10000mAh dan seterusnya. Lagi besar kapisitinya, lagi mahal lah powerbank tu.

Aku beli yang cikai je. Jenama pun aku tak tahu apa. Kalau nak cari solar powerbank yang agak berjenama seperti Yaobao atau Pineng memang tak jumpa la. Tak banyak solar powerbank yang dijual secara online setakat ini.

Solar Powerbank yang aku beli tu berkapasiti 12000mAh. Jadi saiz powerbank tu agak gedabak sikit lah.

Jom layan review Solar Powerbank yang aku dah guna selama seminggu lebih ni;



1. Dari segi harga, agak kompetitif juga, Aku beli dalam RM55  kat Lelong.com.my tidak termasuk harga pos. Kalau beli powerbank sahaja pun berkapasiti 12000mAh tu cuma murah sikit je. Agak berbaloi juga.

2. Nak mengecas solar powerbank ni ada dua cara, yang pertama dengan dedahkan pada sinaran matahari dan yang kedua, caskan sahaja pada soket elektrik di rumah seperti mengecas powerbank biasa tu.

3. Kena ingat, kuasa mengecas solar powerbank ni menggunakan kuasa solar cuma 1.7W yang mana sangat lambat. Aku jemur kat atas dashbox kereta seharian rasanya baru penuh satu bar (Kesemua bar/indikator tu ada empat). Aku rasanya, kalau nak cas powerbank yang benar-benar kosong memakan masa sekurang-kurangnya 5 hari!

4. Anggaplah mengecas menggunakan solar sebagai satu bonus/tambahan. Kalau pergi travel atau camping sekurang-kurangnya kita ada alternatif lain nak dapat tenaga simpanan kan?


5. Trend sekarang, powerbank mesti ada lampu suluh led yang kecil tu dan mempunyai 2 port USB untuk mengecas. Satunya berkuasa 1A dan satu lagi (dekat tepi lampu) berkuasa 2A (yang ni kiranya macam speed cas USB port).




6. Yang menarik, kedua-dua port USB tersebut boleh digunakan serentak, cuma kena sediakan satu sahaja lagi wayar pengecas.

7. Dalam pakej, wayar pengecas yang tersedia agak pendek, kira-kira 18cm. Wayar itu juga berfungsi sebagai pengecas powerbank. Tiada soket USB (kepala pengecas) yang didatangkan bersama Solar Powerbank.

8. Binaan solar powerbank ni nampak agak lasak kerana dibaluti dengan satu lapisan getah elastik yang mencegah berlaku kerosakan jika terhempas ke lantai.

9. Saiznya agak besar dan sedikit berat. Rasanya, ini adalah kelemahan utama Solar Powerbank. Kalau beli solar powerbank berkapasiti 5000mAh, rasanya saiznya lebih kecil sedikit.


10, Kesimpulannya, jangan terlalu berharap solar powerbank ni sangat efisien jika bergantungharap pada tenaga suria semata-mata. Keseluruhannya, agak berbaloi memilikinya bagi para traveller.

Sabtu, 11 Jun 2016

[TEACH] Ujikaji Sains? Perekodan PEKA Kini Lebih Mudah

Kat sekolah, murid paling seronok kalau cikgu ajak masuk makmal sains. Walaupun cuma ujikaji ringkas, tapi gambaran keterujaan mereka jelas kelihatan di muka.

Aku pun kadang-kadang terlalu excited juga kalau nak buat eksperimen ni. Terutamanya eksperimen yang 'menakjubkan' bagi murid.

Ujikaji campuran yis dan air gula ni menarik. Murid eksited sebab belon semakin mengembang setelah ujikaji dijalankan. Mereka nak tahu kenapa. Paling koman pun, bertanding belon kumpulan siapa yang paling besar mengembang!


Eksperimen lain banyak lagi. Ada ujikaji yang makan masa sikit macam eksperimen pertumbuhan kulapuk pada roti. Kalau boleh, hari-hari nak pergi jenguk bahan ujikaji kat makmal sains!


Siapa yang ada anak bersekolah rendah? Sudah pasti anak-anak ini akan biasa dengan ujikaji dalam subjek Sains .

Dan yang paling penting, kemahiran-kemahiran proses sains dan manipulatif akan diuji oleh cikgu yang mengajar mereka sepanjang waktu membuat ujikaji.

Ketika murid tersebut di tahun/darjah enam, satu penilaian khusus akan dibuat terhadap kemahiran-kemahiran itu tadi yang dinamakan Penilaian Kerja Amali (PEKA).

Dulunya sebelum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan, cara merekod PEKA agak kompleks bagi seseorang guru. Kerja-kerja atas talian (online) untuk mengisi data PEKA perlu dilakukan dan melibatkan banyak prosedur.


Sekarang, cara merekodnya hanyalah pada perekodan templete offline iaitu perokodan standard yang digunapakai untuk menilai kemampuan murid. Tidak perlu lagi mengisi maklumat PEKA secara berasingan.

Jumaat, 10 Jun 2016

[TRAVEL] Promo Free Seat Air Asia (dijangka Februari 2017 onwards)

Jangan lepaskan peluang membocorkan poket untuk beli tiket Air Asia yang mana anggaran tarikh terbangnya pada tahun depan, 2017 (tarikh jangkaan terbang pada bulan Februari hingga Ogos 2017).

Tapi kena ingat, kalau nak beli tiket tu akan menyebabkan poket jadi kering pada bulan ni! Ye lah, persediaan untuk beraya nanti pasti kena keluarkan banyak duit daripada bulan-bulan biasa. Nak cekau duit buat duit raya, nak beli baju raya lah dan macam-macam lagi!

Kalau pandai urus kewangan, insya-Allah tak ada masalah sebenarnya. Promosi free seat ni walaupun secara rasminya belum diumumkan lagi travel date-nya, tapi aku agak-agak  tak menyimpang dari tarikh terbang bermula februari sehingga Ogos tahun depan.


Sejak aku mendiamkan diri kat blog, sebenarnya ada jugak aku travel ke luar negara baru-baru ni. Tapi nak menaip tu memang liat.

Walaupun aku fikir nak berhenti je pergi travel seorang diri ni, tetapi tangan tetap gatal pergi cari maklumat pasal destinasi pelancongan dan sekali sekala buru tiket flight! Dah jadi tabiat kot?

Kalau aku rajin, nanti aku share pengalaman travel yang banyak terbengkalai!

*harap aku terus rajin menaip..

Khamis, 9 Jun 2016

[THINK] Kiriman Mesej Lucu Sempena Puasa - Salam Ramadhan Semua!

Sepanjang tiga hari berpuasa ni, macam-macam kiriman mesej yang aku terima sama ada dari  FB atau whatsapp. Jadi aku kongsikan bersama pembaca sekalian. Ada ke yang nak baca blog aku ni?Dah dekat 5 bulan aku menyepi.

Banyak yang hendak aku kongsi kat blog, tapi bila bukak je blog rasa macam malas sangat nak menaip. Padahal bukannya sibuk mana pun.

Sempena bulan mulia ni, aku cuba nak hidupkan roh & semangat RAJIN tu dalam jiwa. Lagi pun dengan merajinkan diri menulis di blog dapat mengisi masa terluang dengan perkara bermanfaat dengan berkongsi maklumat/pengalaman.

Jom la kita layan beberapa kiriman mesej lucu dan mencuit hati tu:

Strategi pemasaran jualan air di bulan ramadhan

 Yang kat bawah ni kesan penurunan berat badan yang ketara akibat berpuasa.

Mesej ni aku dah terima berkali-kali bulan puasa tahun lepas dan tak ada pulak rasa kebulur sangat sampai tengok lipas pun dianggap kurma. Tahun ni aku tengok, alhamdulillah masih seperti lipas lagi!

Air sirap sejuk memang penghilang dahaga!

Ada geng-geng sekerja aku post pasal kuih tepung pelita ni. Katanya, ada seorang pelanggan tertipu selepas membeli kuih tersebut di bazar ramadhan. Kenapa? lepas dia bawak kuih tu balik rumah, nak nyalakannya tak berjaya. Penjual tu kata kuih tu tepung pelita. Puas dia cari sumbu pelita kat kuih tu tapi tak jumpa-jumpa!

Mujur ada jugak orang yang gagal ditipu. Dia berhasil menyalakan kuih tepung pelitanya seperti gambar kat bawah ni..

Dan ada juga kiriman berbentuk teka-teki.

Ya, ampun. Malas pulak aku nak godek-godek FB dan Whatsapp ni, Ada beberapa lagi tu. Takpa la, cukup yang ni saja.

*aku menulis ni pun dah kira tahap dewa rajinnya! hihihi

Jumaat, 22 Januari 2016

[TEACH] Jadual dan Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan 2016

Aku mati-mati ingat gaji bulan ni masuk pada 25 haribulan. Mujur ada kawan yang letak dalam whatsapp pasal tarikh pembayaran gaji bulanan 2016 bagi penjawat awam/kakitangan kerajaan.

Rupa-rupanya pembayaran gaji pada bulan Januari jatuh pada hari kelmarin bersamaan 21 hb. Macam biasa, kalau gaji dah masuk, macam-macam urusan internet banking yang aku akan langsaikan dulu seperti bil letrik dan sebagainya.

Oleh kerana kawan aku tu share jadual bagi tarikh pembayaran gaji bulanan 2016 bagi penjawat awam / kakitangan kerajaan sangat comel dan menarik. Aku pun teruja nak kongsi jugak.

Tarikh pembayaran gaji bulanan 2016 bagi penjawat awam kakitangan kerajaan
Tarikh pembayaran gaji bulanan 2016 bagi penjawat awam kakitangan kerajaan

Isnin, 18 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -23- Draf Itinerary

Sebelum aku pergi ke Busan dan Gyeongju, aku ada buat sikit-sikit research la. Baca kat blog orang lain, tapi mostly aku lebih suka buka website rasmi korean tourism organization. Ada jugak belek-belek google maps.

Draf yang aku buat ni, sememangnya sedaya upaya aku nak ikut, tapi macam biasalah pasti ada rintangan.

Alhamdulillah, hampir berjaya rancangan aku buat tu dan aku puashati walaupun aku buat research tak seberapa mana.

Kalau korang perasan, pada hari ketiga tu, aku sengaja tak buat terlalu detail sebab rencana asal aku adalah try-and-error dan redah saja. Panduan umum sahaja yang aku buat.

klik gambar ni untuk tatapan lebih jelas.
Bila aku buat macam tu pada hari ketiga, tak ada lah rasa tertekan dan terkejar-kejar nak ikut itinerari sangat. Kebanyakan tempat menarik kami sudah pergi sejak hari pertama dan kedua. Memang betul, kami rasa lebih relaks dan santai pada penghujung kembara ini.

Sabtu, 16 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -22- IU Motel Seomyeon dan Bertolak Pulang

Entri yan g ni, aku kira entri yang terakhir bagi siri kembara ke Busan dan Gyeongju. Kalu ada entri pasal Busan dan Gyeongju selepas ini pun, mungkin pasal itinerary atau perbelanjaan kami sepanjang kat sana.



Berbalik kepada kisah yang asal, kami sampai bilik dah malam. Dekat pukul 11 malam rasanya. Balik bilik, kitorang terus bersihkan diri dan aku pasang tv. Hampir semuanya berbahasa korea.
Esok pagi, rencana kami mahu terus ke airport. Flight kami dalam pukul sepuluh pagi. Jadi kena ada awal sikit kat sana.

Nak cerita sikit pasal penginapan kami kat Seomyeon ni. Nama hotel kami IU Motel. Lokasinya kira-kira 200m dari Metro Station Seomyeon.


Bagi aku, hotel ni agak selesa dan best jugak la kalau nak disbanding dengan harganya. Kalau korang kaya dan banyak duit, hotel ni nampak biasa sangat sebab  korang boleh cari yang lagi bagus. Bagi aku, hotel ni berbaloi bagi rate 20,000 hingga 30,000 won semalaman.

Kenapa berbaloi? Kemudahan dalam bilik lengkap. Toiletries lengkap, sampaikan kondom pun diberi percuma!





Peti sejuk/fridge, cerek air dan tv flat skrin memang dianggap bonus kalau ada dalam bilik berkadar sederhana ni. Yang paling best dan menarik, ada komputer disediakan dalam bilik! Wifi pulak agak laju jugak la.




Aku suka decorating dalam bilik tu. Ada kelainan dan mempunyai identiti yang tersendiri.  Katilnya juga agak empuk, dan lagi nyaman bila aircond terpasang. Kami bukak je tingkap bila tidur (tak pasang aircond) sebab nak dapat udara lebih segar dan lebih dingin.


Keesokannya, kami bangun agak awal. Lebihan makanan yang kami tapau malam tadi sama-sama kami jadikannya sarapan pagi dan tidak lupa juga kami habiskan maggi cup yang tersisa daripada bekalan dari Malaysia. Kalau bawak balik semula, buat berat beg saja.






Proses check-out agak mudah, dan kami terus ke Stesen Seomyeon untuk bergerak ke Airport. Kalau dari Seomyeon kena turun di Sasang dan terus ambil airport rail ke Gimhae Airport.


Sampai di airport lebih awal daripada yang kami jangka sebab perjalanan kami begitu lancar. Pertukaran tren tidak mengambil masa yang lama.

Di airport, kami rehat-rehatkan diri dan menghabiskan makanan yang berbaki seperti roti, jajan dan minuman yang ada. Proses check-in tiada masalah kerana kami memang dah rancang untuk travel lite je. Tiada lebih berat pada bagasi kami (hand-carry).






Dalam masa terdekat ni, agak malas aku nak pergi ke korea selatan kalau ada orang ajak bukan kerana tak best. Aku dah dua kali ke sana, yang pertama pergi ke Seoul dan Jeju, kali kedua Busan dan Gyeongju.




Aku bukannya kaki K-pop atau peminat hiburan dari korea ni, jadi tak adalah rasa membuak-buak sangat nak berulang kali ke sana. Aku rasa, lebih baik aku simpan duit pergi ke tempat lain dulu.

*Tamat kisah bercuti di Busan dan Gyeongju. Terima kasih kerana membaca*

Jumaat, 15 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -21- Dinner, Busan Station dan Gwangalli Beach

Dari Busan Tower, kami bergerak menuju ke Busan Station. Busan Station merupakan stesen keretapi yang besar, bukan sahaja tren metro beroperasi di sini, bahkan keretapi antara bandar juga singgah di sini.

Kawasan luar sekitar Busan Station ni cantik. Ada air pancut dan ramai penduduk tempat lepak-lepak di sini termasuk kami berdua.




Kami tak lama di sini sebab perut terasa lapar. Merujuk kepada pembacaan aku, terdapat sebuah restoran halal berdekatan dengan stesen ini. Tapi kena menapak sedikit.

Restoran yang aku maksudkan itu adalah Samarkand Restaurant. Aku cuba ikut google map yang ada dalam henset aku. Kena lalu terowong atau menyeberang jalan. Akhirnya, sampai juga dan restoran ini letaknya di tingkat atas. Bukan ground floor. Kena naik tangga ya Uolls..

Kami sampai di sambut oleh anak owner yang comel. Tiada pelanggan lain dalam tu.






Walaupun makanan halal, tapi ada jugak jual minuman beralkohol. Tapi dia letak minuman tu kat pintu masuk la, bukannya di dalam kedai ni.



Restoran ini adalah bercirikan masakan Uzbekistan. Tulisan pun ada perkataannya. macam tulisan rusia pun ada, eh ke sama?


Kami oreder seperti makanan kat bawah ni dan mintak 2 pinggan nasi sebagai tambahan. Portionnya sangat banyak. Sampaikan kami terpaksa bungkus bawak balik sebahagian makanan tu.








Lepas menjamu selera, kami ambil keputusan pergi ke Gwangalli beach. malam sebelum ni tak sempat. Orang kata jambatan Gwangalli ni cantik pada waktu malam.


Dari Busan Station, kami masih naik tren ke Gwangalli beach. Aku ikut panduan yang diberi dalam buku/pemplet discovery Busan untuk ke sana.

Keluar dari metro stesen, tak jauh menapak untuk sampai ke Gwangalli beach. kena lintas jalan sikit dan masuk lorong yang ada papan tanda ke Gwangalli beach tu.




Gambar kat bawah ni pemandangan bangunan yang berada di pesisir gwangalli beach. Meriah je walaupun hari sudah malam.



Dapat juga kami ke sini, yang penting dapat melihat keindahan gwangalli bridge depan mata walaupun dari kejauhan.



Dan bila badan dah mula rasa belengas serta letih, kami ambil keputusan ke Seomyan, iaitu pulang ke hotel penginapan kami. Esok dah kena bertolak balik Malaysia.




Keadaan dalam tren macam biasalah, orang muda mesti ada gajet di tangan masing-masing. Syukur, hari ketiga kami cukup santai seperti yang kami mahu.

Bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...