nuffnang

NUFF

Khamis, 14 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -20- Cenderamata dan Menara Busan

Kami bergerak ke Nampo Station untuk ke Gukje market. Kat sana kami mahu borong cenderamata sikit. Jiji memang dah bersuara kepada aku, hari last kita mesti pergi dan beli jugak.

Kalau nak turun kat Jagalchi Station boleh juga akses ke sana. Kami merayau dalam market agak lama dan sesi tawar menawar pun berlaku. Maaf ya, aku tak ada simpanan gambar shopping cenderamata ni kerana terlalu ralit. hihihi..


kepala khinzir ada dijual di area Gukje market tu. Yang ni rajin pulak aku snap. hiks!
Laluan kat bawah ni adalah menuju ke Busan Tower. Kiri dan kanan banyak kedai-kedai tapi kami tak singgah pun.



Sesudah bershoping, kami pergi ke menara Busan pulak. Ringkasnya, layan ajelah gambar-gambar yang aku ambil ni semua.




































































Rabu, 13 Januari 2016

[TRAVEL] Bercuti ke Busan dan Gyeongju -19- Busan National University dan Lotte Mall

Usai solat, kami mula bergerak ke Dusil Station. Semasa makan tengahari tadi, kami ada berbincang serba sedikit tentang rancangan kami pada hari tersebut.

Sewaktu menaiki tren dari Seomyeon ke Dusil, Jiji perasan ada sebuah mall yang besar dan dia kata teringin nak tengok apa yang dijual kat dalamnya. Bagus juga idea tu, dan aku pula perasan ada Universiti sepanjang laluan tersebut.

Mengikut pembacaan aku, ada shopping area sekitar universiti dan akhirnya ianya menjadi agenda kami untuk melawat ke sana. Kan kami dah kata, hari ketiga ni adalah free n easy style. Rasa nak terjah, pergi saja!

Suasana menuju ke University dari Station  Pusan N'tl Unv. (metro). Kiri kanan penuh dengan premis perniagaan dan shopping lot.
Dari Dusil Station kami turun di Pusan National Unversity Station, keluar ikut exit 3 kalau tak silap. Sampai je, kami tengok macam meriah semacam. Terus rasa excited nak berjalan. Dari Stesen ini, kena menapak agak jauh juga kalau mahu ke Universitinya.


Walaupun terpaksa berjalan agak jauh, kami tak kisah sangat sebab banyak kedai-kedai bertaburan. Kalau jenis kaki shopping, harus banyak menyinggah rasanya. Tidak untuk kami, hehehe..






Universiti Nasional Busan ini letaknya di kawasan berbukit. Kami merayau sekitar kawasan perkarangannya sahaja. Tidaklah sampai menceroboh masuk ke dewan kuliahnya. Cantik dan bersih kawaan universitinya.



Puas bergambar dan lepak-lepak di sana, kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Lotte Mall. Kami cuma window shopping saja dalam perjalanan balik dari Busan National University tu. Kalau banyak duit, harus ada barang yang aku beli gamaknya.


Untuk ke Lotte mall, tak susah, cuma selang satu stesen saja dengan Pusan National University Station tu. Laluan khas untuk ke Lotte mall dari Stesen metro itu disediakan. Jadi tak susah untuk ke sana.

Jom lihat apa yang menarik kat dalam tu. Kat sini pun kami window shopping juga. Dapat la merasa masuk hypermarket orang korea ni dan merasa aircond berbanding berpanas di luar, hehehe..







Okey lepas ni, kami nak pergi shopping betul-betul pula. Kat mana? Shopping cenderamata je pun. Ahaks!

Bersambung..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...