nuffnang

NUFF

Rabu, 1 September 2010

MERDEKA! MERDEKA!

PERTANDINGAN KECERIAAN KELAS
SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-53


Kat bawah ni adalah beberapa gambar untuk pertandingan itu. Aku selaku guru kelas tahun 6 tak berjaya menjadikan kelas aku sebagai pemenang. Hahahaha...

Kelas tahun 1

Kelas tahun 2

Kelas tahun 3

Kelas tahun 4

Kelas tahun 5

Kelas tahun 6

p/s- lambatnya update.. dah lama program ni berlalu. hehehe..

Rabu, 21 Julai 2010

CATCH UP MY PREVIOUS HOBBY

Hurmmm.. Dah lama aku tak update. Alasannya simple.. MALAS. huhu. Apepun, sekarang ni aku dah mula kembali hobi lama yang aku tinggal. Dulu-dulu aku suka sangat baca buku atau majalah. Jadi aku dah rasa berbaloi juga menghidupkan kembali semula hobi lama tu. Sekarang ni pun, otak macam dah berkarat sikit. Kurang membaca. Oh ya, seruan kerajaan pun suruh kita jadikan membaca amalan kita. Untuk meningkatkan kemahiran dan improve my english, aku telah melanggan 3 majalah iaitu Reader's Digest, Discovery Channel Magazine dan CHIP magazine.

Bila waktu petang atau waktu free, baru best baca majalah ni

Isi dalam majalah Discovery Channel; Menarik picturenya..

Majalah ni aku baca sejak duk UTM dulu, pastu jarang baca lepas grad. Info pasal komputer best!

Ni lah isi Majalah CHIP tu, diorang ada buat comparison dan siap bagi rating lagi..

Selasa, 25 Mei 2010

TERIMA KASIH CIKGU!

Walaupun sambutan hari guru pada tahun ini cuma disambut secara bersederhana, tetapi cukup puashati meskipun boleh dikatakan kurang preparation. Maklumlah 4 hari sebelum sambutan merupakan hari peperiksaan pertengahan tahun. Sambutan hari guru kali ini diadakan pada 21Mei yang lalu. Cuma dibuat di dewan makan..

Berikut, beberapa gambar yang diambil:

Murid-murid berhimpun di dewan makan. Diorang tak sabar menunggu nih..

Makanan tengah disediakan. Jamuan untuk meraikan guru-guru. Staf/kakitangan sekolah pun terlibat skali..

Cikgu Bugak sedang setting PA system. Lagu Guru Pembina Negara Bangsa mula bergema..

Menu special untuk jamuan; Mee kari dan nasi himpit.. *kecur air liur*

Persembahan murid-murid; nyanyian lagu 'terima kasih cikgu' dan persembahan bercerita oleh pelajar tahun 3 (iaitu wakil sekolah pertandingan cerita peringkat zon)

Rabu, 21 April 2010

MACAM TAK PERCAYA

Okey, gambar di bawah menunjukkan perbandingan diri aku pada tahun lepas dan tahun ini. Sungguh aku tak percaya bahawa pada tahun lepas berat aku adalah 87kg! Pn. Obesiti seolah-olah memanggil aku pada tahun lepas.

Jadi, pada tahun ini aku telah berazam untuk men'slim'kan sikit badan aku dan hasilnya aku telah turun kepada 77kg. Masih lagi berat, tetapi sekurang-kurangnya kembali kepada normal. Hehehe..

Dulu(tahun lepas) 87kg..
SEKARANG 77kg je.. aku diet ler, hoho

Khamis, 8 April 2010

HILANG TUMPUAN

Tahukan anda bahawa kebanyakan kanak-kanak lebih mudah hilang tumpuan walaupun tengah asyik/leka bermain? Lumrah kanak-kanak begitu. Gambar kat bawah ni adalah latihan kawad kaki yang dikendalikan oleh cikgu bugak. Sempat lagi diorang menjeling ke arah lain biarpun arahan sedang diberikan. huhuhu.
Sebenarnya, aku takde idea nak tulis kat blog ni..*rupa-rupanya, aku pun dah hilang tumpuan jugak..sigh*

_________________________________________
okey, layan ajer lawak/joke kat bawah ni:
Seorang guru telah bersemuka dengan seorang ibu untuk membincangkan anaknya yang mudah terganggu ketika belajar di dalam kelas. Guru itu mula menyelidik;

"Pernahkah anak puan menunjukkan tingkahlaku yang aneh ketika di rumah?"

Ibu muda itu menunduk mukanya ke lantai dan seolah-olah cuba mengimbas kembali tingkahlaku anaknya di rumah. Tidak lama kemudian, dia segera menjawab;

"Lantai marmar kat bilik ini macam baru sahaja dipasang, bukan?"

Rabu, 7 April 2010

WHO DO YOU TRUST?

The 10 most trusted professions in Malaysia
~survey by Readers Digest:
1.Pilot
2.Teacher
3.Doctor
4.Paramedic
5.Firefighter
6.Surgeon
7.Scientist
8.Dentist
9.Pharmacist
10.Nurse


Profesyen/kerjaya yang paling dipercayai(most trusted) kebanyakannya dalam bidang sains dan perubatan. Satu yang cukup menarik adalah CEO berada ditangga 27, lebih rendah daripada kedudukan/ranking pemuzik(#21), jurupandu arah(#23) dan pramugari(#26).

“Lebih konsisten kepercayaan orang lain pada diri kita(atau sesuatu kerjaya), maka lebih mudah mereka menerima dan meyakini kita(atau sesuatu kerjaya),” kata Paul Jambunathan, konsultan psikologi klinikal.

Apa pun, profesyen sebagai seorang guru mendapat ranking ke-2 dalam carta tersebut membuktikan orang ramai masih mempercayai kerjaya seorang guru boleh diyakini mungkin kerana kemurnian tugasnya serta amanah yang dipikulnya. Bertuah aku menjadi seorang pendidik!

Sabtu, 27 Mac 2010

LANGKAWI

Walaupun entri ini agak lambat diupdate, aku kena masukkan juga kerana percutian ke langkawi ini merupakan percutian pertama kali yang menggunakan semua bajet daripada aku! Aku dan tiga orang lagi adik-adik yang lain telah bertolak ke Langkawi daripad LCCT pada selasa minggu lepas sempena cuti sekolah baru ni.

Aku dah booking tiket flight dan hotel awal-awal lagi untuk mendapatkan bajet yg murah.. nasib baik dapat hotel pada separuh harga! Aku sengaja memilih Hotel Helang kerana berdekatan dengan airport langkawi dan masa tu diorg tengah wat promosi.. Kami menginap di sana selama 3hari 2malam. Hotelnya sangat okey. Walaupun bersebelahan dengan airport, tapi tak dengar bunyi pesawat kerana setiap bilik dilengkapi dengan tingkap kalis bunyi.

Meskipun kami tak lama berada di sana, banyak jugak aktiviti yang telah dibuat. Mula-mula pegi ATMA batik centre, tak beli ape-apepun kat sana dan dapat lihat macamana batik dibuat. Lebih kurang batik terengganu je cuma motifnya je berunsur tempatan(corak habitat dasar laut & kepulauan mostly).

Yang ini, kami kat Underwater World. Banyak jenis ikan kat situ. Letih jugak round-round kat situ.


Ni pulak, kat Bird Paradise Park. Sikit je amik gambar, dah letih sangat.. Bukan sahaja ada burung kat sini, haiwan lain pun ada. Ada buaya, kancil, donkey dan lain-lain..

Pastu naik bot gi hutan paya bakau, package macam baru diperkenalkan kepada umum. Lama jugak kat sini, sempat pegi gua kelawar, sangkar ikan dan beri makan burung helang. Malas nak taip untuk cerikan aktiviti tu semua, korang tengok gambar dah ler.


Aaaa.. yang ni tempat wajib bila sampai Langkawi, Dataran Helang! Mesti bergambar kat sini. Takde ape-apepun, cuma sebagai mercu tanda je.. sempat juga gi beli cenderamata kat kedai ujung dataran tu.

Banyak lagi nak cerita, tapi..MALAS pulak. Dah ler lama nak mampos tunggu gambar di-upload. fuhhhh... hilang selera nak berblogging!

Selasa, 16 Mac 2010

TURUN BERAT BADAN

Sebenarnya, aku malas nak tulis pasal kisah ni. Malu nak bagitau berat badan aku kepada umum. Hahaha.. Tapi lepas aku pikir balik, tak kisah pun.. Yang penting aku dah ada rekod peribadi yang akan menjadi rujukan pada masa hadapan. Hehehe..

Ok lah. Pada tahun lepas, aku dengan menggila melantak makanan menyebabkan aku menghampiri garisan obesiti. Berat aku sehingga akhir bulan januari tahun ini adalah..jeng,jeng,jeng.. Iaitu 87kilo! Masa kat U dulu around 75kilo je..

Jadi aku telah memulakan program diet selama sebulan (actually 25 hari je). Bermula awal bulan februari tahun ni.. Dan kesannya, aku turun 10 kilo! Berat aku sekarang 77 kilo. Sikit lagi nak capai berat badan ideal.. Korang nak tau cemana aku berjaya kurangkan berat badan 10kg dalam masa sebulan? Aku memang tak guna langsung pil diet atau pil pelangsing!

Kaedah yang aku guna; gabungan diet dan senaman! Di sini aku tulis rahsianya. First time aku berdiet tau!

DIET
*aku cuma kurangkan kuantiti nasi dan kurangkan makanan berkalori tinggi
*makan tengahari dan malam tetap aku ambil
*minum air masak banyak2 waktu awal pagi. Tak lapar pun kalau tak breakfast.
*aku tak makan benda yg mengarut macam cekedih (jajan) dan biskut pun aku makan sepanjang diet.
*banyakkan makan sayur dan buah. Bila lunch or dinner makan banyak2 sayur utk menggantikan nasi yg telah dikurangkan.

BERSENAM
*I love jogging! Aku jogging everyday almost 2kilometres!
*mula2 rasa letih sgt2 dan mcm nk surrender je.. Tapi mental mesti kuat utk lawan tu semua!
*minum air sejam lebih awal sebelum pegi jogging.
*jangan jogging sebaik sahaja lepas makan. Aku dah terkena skali. Semput weyyhh..
*aku jogging lebih kurang 15-20minit tanpa henti tiap2 hari tau!

tu je disiplin aku sepanjang program diet aku. Kalau masuk the biggest loser, ada potensi aku nak menang. Wakakaka. Aku malu nak masukkan gambar kat sini. Kalau aku tukar fikiran, mungkin korang dapat lihat gambar comparison saiz aku..hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...