nuffnang

NUFF

Khamis, 22 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI LEMANG, RENDANG & KUAH KACANG ALA GRENJANG

1 Ogos, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*Ini adalah entry terakhir pasal Monsterchef 2013, lepas ni boleh la aku sambung balik entry pasal korea pulak yang tergendala sekejap tu!

Sempena penutup program monsterchef yang disertai oleh chef dina, chef ijan, chef hanis, chef azizi dan chef fahmi (aku sendiri), kitorang dah berpakat nak masak sama-sama diakhir program ni.

Maka, cadangan memasak lemang adalah sangat dipersetujui kerana bahang hari raya makin terasa di hujung ramadhan kan? Kebetulan, pada malam itu adalah malam tujuh likur! Err, kami masak awal lagi, bukan petang mahu pun malam tetapi tengahari! *kering tekak ketika jaga api lemang*

Nak buat lemang ni tak perlu banyak bahan. Cuma kena tahu cara dan teknik yang betul je, kalau tidak mungkin lemang tak masak, mentah, terlampau berkerak dan paling tidak lemang masak tapi berderai!

 


Resepi Lemang ala Grenjang

Bahan-bahan
3 kilo beras pulut
3 biji kelapa
garam
buluh lemang
daun pisang 

Cara Memasak
1. Buluh lemang dibersihkan. Jangan pilih buluh yang terlalu muda sebab mudah mengecut dan mudah pecah ketika proses memasukkan pulut dan ketika dibakar.


2. Rendam beras pulut sekurang-kurangnya 3 jam. Kemudian tos-kannya. Ketepikan.


3. Gulung daun pisang dan masukkan ke dalam buluh. Ketepikan.



4. Perah santan. Pastikan ianya pekat jadi guna sekali perahan (tak pakai banyak air). Tambah sikit air dalam santan yang pekat tu. Masukkan garam. Part ni kena alert sikit. Biarkan rasa santan itu sangat masin. Diulang.. SANGAT MASIN. Setakat terlebih masin sikit masih tak cukup!


5. Dengan menggunakan sudu, masukkan beras pulut yang ditos tadi ke dalam buluh. Setiap 3, 4 kali beras dimasukkan dalam buluh, hentak perlahan-lahan supaya beras pulut turun padat ke bahagian bawah buluh.

6. Tuangkan santan yang tadi ke dalam buluh sehingga kira-kira 2 atau 3 inci dari aras beras pulut dalam lemang.

7. Bakar lah lemang. jangan sampai hangus sebelah tau. Macamana nak tau lemang dah masak? Mula-mula, santan kat bahagian atas buluh akan kering, (takde buih-buih yang gelegak tu) pastu, ambil satu lemang dan bukak je (bahan ujikaji)..hehe.




*I cerita pasal buat lemang dulu, lenkali I sambung balik cerita pasal cara nak buat rendangnya dan kuah kacang pulak ek.. sorry..



Resepi Rendang Ayam Grenjang








Resepi Kuah Kacang







p/s- Menu tambahan: 
Pansuh Ayam dan Lemang Rebus



Selasa, 20 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI IKAN BAWAL BLACKPEPPER & IKAN MASAK TIGA RASA

31 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

*selamat hari raya semuahhh! walaupun dah berakhir bulan ramadhan, entry pasal monsterchef belum habis-habis lagi.. biasa la. Cuti beraya sungguh-sungguh ni!!! hehe..

Saya chef E-jan, merangkap peserta terakhir untuk musim ini. Peserta terakhir untuk giliran memasak je, bukan peserta terakhir yang tinggal okey..

Menu masakan kali ini boleh dikatakan agak menyedihkan kerana saya tidak dapat menyediakan masakan bervariasi. Dua-dua menu menggunakan ikan sebagai bahan utama. Menu berganda? Ke manakah ayam pergi? Planning asal mahu masak ayam juga..tapi..tapi.. *biarkan rahsia*

Moh ler kita intai menu kali ini. Sebelum tu, saya memang suka decorate masakan cantik-cantik. Trade mark la kununnya! hehehe..Presentation itu penting yeop!

Resepi Ikan Bawal Blackpepper

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
1 paket segera rempah blackpepper
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
serbuk secukup rasa
garam
gula

Cara memasak
1. Goreng ikan bawal biar sedikit garing. Hiaskannya dengan menarik.

2. Tumis bawang-an biarkan ia naik bau. Masukkan sedikit air ke dalam serbuk/rempah segera blackpepper dan kemudiannya masukkan dalam bahan tumis tadi. Sempurnakannya dengan menyeimbangkan rasanya: tambah serbuk secukup rasa, garam dan gula.
p/s- serai & cili yang dipotong tu untuk menu lain tau..


3. Senangkan, guna perencah balckpepper je dah siap dia punya kuah. Then, tuang je atas ikan yang dah digoreng tadi. Taraaa.. siap dihidangkan.



Next resepi adalah masakan berasaskan ikan juga. Ikan bawal gak. bosan tak? Tak pe la.. sebab tu je yang tinggal dalam peti sejuk kitorang. Walaupun ikan yang sama, tetap nak buat variasi. Nah, terimalah:

Resepi Ikan Masak Tiga Rasa

Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal
2 sudu besar cili giling
2 sudu kecil tomato puri
2 cili padi (dipotong)
1 sudu sos tiram
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 batang serai diketuk
serbuk secukup rasa
garam
gula

Cara memasak
1. goreng ikan bawal sehingga agak garing. Hiaskan cantik-cantik. Ketepikan.

2. Tumis bawang yang dimayang bersama-sama cili giling dan sos tiram. tambah sedikit air bila kelihatan agak kering. Kemudian, masukkan serai, cili yang dipotong dan tomato puri. masukkan lagi air kalau ianya kering dan tambahkan gula, garam secukupnya..







3. Tuangkan kuah tiga rasa ni atas ikan. siap!



Tepi-tepi.. dulu you mencelah kat entri I, kali ni I pun nak interprem kat entri you jugak! *sambil rampas micropon*

test suara.. test suara.. I chef dina. I tak puashati la dengan you sebab masak ikan bawal je.. haish, tak best la.. ikan bawal..ikan bawal.. boring! Jom ikut I masak menu yang diseledup dari resepi chef cikgu fahmi!

Menunya, resepi daging cincang masak tauchu

Ini adalah antara bahan-bahannya. Ingat, lenyek tauchu dulu tau!


kobis bakal masuk dalam masakan & merangkap hiasan juga..

celur dulu kobis


susun elok-elok dalam mangkuk besar


sediakan bahan dulu untuk memasak


panaskan minyak


goreng bawang putih dulu


dah naik bau?


masukkan cili


goreng lagi


masukkan daging cincang


biar dia sebati dengan cili dan bawang


masukkan garam dan serbuk perasa


masukkan taucu dan sedikit air asam


dah siap goreng, curahkannya atas kobis tadi. senangkan?

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
*jom puasa enam! eh, korang dah abis puasa? bagusss..



Khamis, 1 Ogos 2013

MONSTERCHEF: RESEPI AYAM JALA EMAS & AYAM SELIMUT TELUR

29 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

Maafin saya. Terlewat lagi saya mahu beri resepi kepada para pembaca sekalian. Hari ini saya, chef Hanis nak masak ayam. *sambil cabut bulu kat sayap ayam*

Nama resepi yang saya buat ni memang tak boleh blah.. bunyi je macam meriah tapi masakannya nan-hado pun semeriahnya! Betul kan meriah carey?  Kan? Kan?..

Resepi pertamanya adalah Ayam Jala Emas. Jala emas tu! Walaupun emas sekarang agak murah, tapi saya tetap nak buat menu ni gak! *ada kaitan ke?*
 

Resepi Ayam Jala Emas

Bahan-bahan
Of coz la ayam. Guna ¾ ekor ayam.
1 paket kecil serbuk kari (bancuh dengan air)
4 sudu besar cili giling
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
200ml santan kotak
1 biji tomato (dipotong 4)
Serbuk kunyit
Garam
Gula

Cara-cara Memasak
1. Bersihkan ayam. Potong ikut saiz yang korang suka. Lumurkan dengan kunyit dan garam, campur kari sikit. Goreng sampai ianya agak garing. Angkat dan toskan. Ketepikan.


2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis bahan kisar ini sehingga naik bau.



3. Masukkan bancuhan serbuk kari dan cili giling. Kacau sekali sekala. Masukkan santan pula.
 




4. Perasakan masakan dengan garam dan gula. Akhir sekali masukkan tomato dan boleh tutup api. Tuang kuah ni ke atas ayan yang goreng tadi.




Dapur Monsterchef tak sunyi dengan satu menu je, jadi saya secara senyap-senyap masak menu seterusnya. Kekononnya nak surprise la.. saya reka sendiri masakan ni hoccay!

Resepi seterusnya ini saya bagi nama Ayam Sembunyi di Bawah Selimut Telur. Aiyooo.. panjang pulak namanya. Saya ringkaskan aje lah.. kat bawah ni namanya;

 

Resepi Ayam Selimut Telur

Bahan-bahan
¼ ekor ayam (potong dadu)
2 biji telur ayam
½ buku bawang besar (dimayang)
4 ulas bawang merah (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
½ batang timun (potong dadu)
½ tomato (potong dadu)
Serbuk secukup rasa
Lada sulah
Garam
Gula

Cara-cara Memasak
1. Tumis bawang dan masukkan sedikit air bila sudah naik bau. Masukkan ayam.

2. Bila ayam kelihatan sudah hampir masak, masukkan timun dan tomato. Taburkan serbuk secukup rasa, lada sulah, garam dan gula. Kalau nak kuah pekat, masukkan sedikit tepung jagung.

3. Tutup api bila semuanya dah sebati dan masak. Next, pecahkan telur dan kacau dengan garam dalam mangkuk. Goreng telur dadar tu seperti buat kulit nasi goreng pattaya. Bungkus ayam yang dimasak tadi dengan telur dadar ini.

Selamat Menjamu Selera - Iols punya ayam ni kurang masin dan agak kurang berperisa sikit, hehe.. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...