nuffnang

NUFF

Sabtu, 16 Februari 2013

TRAVEL: SEMARANG, KOTA ATLAS (PART 2)

Entri kali ini penuh dengan gambar. Baiklah, aku sambung semula kisah aku melancong ke semarang ni lagi. Aku fikir, di Demak ada banyak tempat wisata / tempat pelancongan menarik sebaliknya cuma ada 2 sahaja tempat tarikannaya iaitu Masjid Agung Demak, masjid tertua di situ dan Makam Sunan Kalijaga. Ini kesannya kerana aku kurang persediaan & info sebelum ke sana.

Walaupun begitu, ada untungnya kerana aku ada banyak masa untuk menjelajah kota semarang. Jadi aku minta supir bawa ke tempat-tempat menarik di semarang.

Becak ada di mana-mana terutamanya di kawasan tourist spot, termasuk juga di sekitar parkir makam Sunan Kalijaga.

 Pintu gerbang keluar dari Demak tertulis 'Selamat Jalan Demak Kota Wali'


Masjid Agung Semarang

Destinasi pertama aku selepas keluar dari kota Demak ialah Masjid Agung Semarang. Masjid ini dibina pada tahun 2002 dan dikatakan antara salah satu masjid terbesar di kepulauan jawa. Yang pasti, ia adalah masjid paling besar di Kota Semarang. Bukan sahaja keluasan ruang beribadatnya sangat luas, bahkan sekitar kawasan masjid juga besar. Di sini ada menara tinjau dan muzium.

Aku tak sempat melawat muziumnya kerana waktu operasi sehingga jam 4 petang. Aku sampai di sana pun jam sudah menghampiri pukul 4.

 Gate utama masjid

 menuju ke arah masjid

 Pandangan masjid dari atas menara

 Pakai kamera henset je semua gambar yang aku ambil ni

 Cantik juga sekitar pemandangan tepi masjid tu

 Kawasan penempatan dan bangunan yang kelihatan dari menara

 Hujung sana ada laut. Tapi tak jelas sangat.

 Yang ini sebelah bertentangan laut, nampak tak bukit kat belakang sana?

 lagi gambar dari sisi

 tengah-tengah bandar, ada sawah juga

 menara tinjau pada level 11, ada tempat makan di level 10

 hasil snap foto dari level 10.

 aku lepak sambil layan cola & keropok ikan kat tempat makan ni

 the menara

 datarannya

 kat depan ni ada batu seketul.

 tertulis tarikh masjid ini dibina

 lawa kan?

 masjid moden

 senibinanya

 menara dan dataran solat

 nampak tak menara-menara kecil ni?

 menara ini akan 'dikembangkan' dan kelihatan seperti payung ketika solat jumaat tau!

 menara payung ini adalah ilham dari masjid nabawi yang ada di madinah

 menara payung, persis terasa berada di masjid madinah

Indah sungguh.. 

 Aku sempat solat asar di sini

 ada replikas qur'an gergasi di sini

 Luas juga ruang dalam masjid ni

 ada bahagian atas juga

 di bawah dataran solat bermenara payung, ada tempat parking kenderaan.

 hujung sana ada deretan kedai

ada gendang besar




 kedai makan pun ada dalam kawasan masjid ni..

 gambar diambil dari deretan kedai makan & cenderamata

Kota Lama Semarang

Lebih sejam aku pusing-pusing kawasan masjid. Seronok juga di sana. Kemudian, aku bergerak ke kota lama. Kawasan di situ agak macet (sesak), jadi aku cuma mengambil gambar dari dalam kereta. Aku sendiri yang bagitau pada supir supaya teruskan je perjalanan ke destinasi lain. Aku sengaja skip melawat kota lama ni kerana pada hari ketiga, aku mahu teroka ke sini dengan berjala kaki. Hotel aku menginap tak jauh darinya.

 jalan agak sesak

 Gereja Blenduk di kota lama semarang

 pejabat pos ini juga agak klasik juga


Lawang Sewu

Destinasi seterusnya adalah lawang sewu. Lawang bermaksud pintu, dan Sewu pula bermaksud seribu. Meskipun ianya bermaksud 'pintu seribu' tapi bangunan tinggalan penjajah belanda ini tidak memiliki pintu sehingga seribu pun. Kepercayaan orang jawa, sewu atau seribu mempunyai maksud yang sangat signifikan pada sesuatu nama.



 Lawang sewu dari luar pagar

 Senibina Belanda

 kaunter tiket masuk

 model mini lawang sewu

 info tentang lawang sewu

 blueprint pelan lawang sewu

 bilik pameran

 ruangan atas kena naik tangga

 dalam bangunan lawang sewu


 hari dah makin gelap.maka, aku yang pastinya berkulit gelap kelihatan sangat gelap!
 naik tangga lagi

 terasa berada di zaman kolonial

 banyak ruang bilik kat dalam bangunan ni

 dulu pernah menjadi pejabat orang belanda

 bahagian loteng. terasa sejuk kerana sistem pengudaraan sangat baik

atap dan bumbungnya

Aku masuk ke Lawang Sewu menggunakan khidmat guide. Kalau korang tak nak pakai guide pun takpe, tapi macam rugi sikit la. Guide akan ceritakan serba sedikit tentang sejarah dan fungsi setiap bahagian dalam bangunan tu. Banyak yang perkara/maklumat baru aku dapat sedangkan sebelum ini aku dah baca tentangnya melalui internet.

Part yang paling menarik ketika lawatan ke sini adalah memasuki bilik bawah tanahnya. Untuk masuk ke sini dikenakan bayaran, 40k rupiah kalau tak silap. Kita akan dibekalkan dengan satu lampu suluh dan sepasang kasut but seperti kasut pua chu kang tu!

Apa yang menarik sangat tu? Bangunan lawang sewu ini unik, orang belanda telah membina bangunan ini mahu keadaan di situ sejuk kerana cuaca semarang semestinya cukup panas bagi mereka. Jadi, arkiteknya telah membuat satu ruangan khas di bawah tanah di mana ianya sengaja ditakungkan air agar seluruh bangunan dapat disejukkan. Air hujan akan memenuhi ruang di bawah tanah sehingga separas lutut. Hebat juga idea diorang ni.

Tapi, apabila orang belanda diusir jepun satu ketika dahulu, ianya bertukar menjadi ruangan tahanan perang dan bilik penyeksaan. Di sini lah terdapat tempat memenggal kepala mangsa tawanan, ada bilik sekecil almari  di mana mangsa disumbat beramai-ramai sehingga mati terseksa perlahan-lahan dan banyak lagi. Yang pasti, bilik bawah tanah ini sentiasa digenangi air.

Rentetan kisah itu, dikatakan banyak entiti mendiami ruangan di bawah tanah itu. Mengikut kata guide, dia pernah membawa pelancong tempatan yang terserempak akan hantu di situ. Seram bukan?

Tapi, oleh kerana aku seorang berhati kering dan kuat semangat, sepanjang perjalanan menelusuri ruangan gelap dan berair itu tidak memberi rasa sedikit gentar atau seriau sekalipun. Sebelum masuk, terdetik juga mahu 'bersua' makhluk tu, tapi nan-hado..

 korang nampak tak. gambar ni diambil kat bilik bawah tanah bangunan ni

Kini, lawang sewu hanyalah sebuah bangunan tinggalan penjajah belanda dan pernah juga di jadikan stesen keretapi sebelum ia menjadi mercu tanda wisata di kota semarang.

bahagian enjin arang batu bagi lokomotif

keretapi peninggalan terdahulu
atas lokomotif boleh dinaik



antara pengunjung yang berposing di sini


Klenteng Sam Poo Kong


Setelah puas menjelajah Lawang Sewu, pak supir membawa aku terus ke klenteng sam poo kong. Ketika itu   hari sudah senja, bayaran masuk beserta parkir kereta adalah 6ribu rupiah. Hehe. Aku menyamar sebagai tourist local kononnya. Kalau tidak, mahal lagi tiket masuknya.

Tokong atau klenteng(disebut orang indonesia) ini agak luas juga kawasannya. Ianya adalah tokong buddha terbesar di semarang. kat dalam tu, ada beberapa persiapan sedang berjalan. Ya lah, lusa akan berlakunya sambutan tahun baru imlek ( chinese new year) di sana.

Tidak ada yang terlalu mempersonakan di sini. Sila baca sedikit info yang aku ambil dari internet tentang tokong ini:

Dipetik dari wikipedia indonesia - Kelenteng Gedung Batu Sam Po Kong adalah sebuah petilasan, yaitu bekas tempat persinggahan dan pendaratan pertama seorang Laksamana Tiongkok beragama islam yang bernama Zheng He/ Cheng Ho. Terletak di daerah Simongan, sebelah barat daya Kota Semarang. Tanda yang menunjukan sebagai bekas petilasan yang berciri keislamanan dengan ditemukannya tulisan berbunyi "marilah kita mengheningkan cipta dengan mendengarkan bacaan Al Qur'an".
Disebut Gedung Batu karena bentuknya merupakan sebuah Gua Batu besar yang terletak pada sebuah bukit batu., orang Indonesia keturunan cina menganggap bangunan itu adalah sebuah kelenteng - mengingat bentuknya berarsitektur cina sehingga mirip sebuah kelenteng. Sekarang tempat tersebut dijadikan tempat peringatan dan tempat pemujaan atau bersembahyang serta tempat untuk berziarah. Untuk keperluan tersebut, di dalam gua batu itu diletakan sebuah altar, serta patung-patung Sam Po Tay Djien. Padahal laksamana cheng ho adalah seorang muslim, tetapi oleh mereka di anggap dewa. Hal ini dapat dimeklumi mengingat agama Kong Hu Cu atau Tau menganggap orang yang sudah meninggal dapat memberikan pertolongan kepada mereka.
Menurut cerita, Laksamana Zheng He sedang berlayar melewati laut jawa ada seorang awak kapalnya yang sakit, ia memerintahkan membuang sauh. Kemudian ia merapat ke pantai utara semarang dan mendirikan sebuah masjid di tepi pantai yang sekarang telah berubah fungsi menjadi kelenteng. Bangunan itu sekarang telah berada di tengah kota Semarang di akibatkan pantai utara jawa selalu mangalami pendangkalan diakibatkan adanya sedimentasi sehingga lambat-laun daratan akan semakin bertambah luas kearah utara.
Konon, setelah Zheng He meninggalkan tempat tersebut karena ia harus melanjutkan pelayarannya, banyak awak kapalnya yang tinggal di desa Simongan dan kawin dengan penduduk setempat. Mereka bersawah dan berladang ditempat itu. Zheng He memberikan pelajaran bercocok-tanam serta menyebarkan ajaran-ajaran Islam.
di luar klenteng tertulis namanya

akan lihat ini dulu sebaik menjejak kaki masuk ikut pintu utama

jangan hairan, kat dalam tokong pun ada mushola. kebanyakan tempat wisata di semarang akan tersedia ruangan mushola


banyak tanglung dipasang

besar juga tokong ni

tak pasti la dapat masuk ke dalam bangunan tokong ni bagi pengunjung. kalau penganut buddha, pastinya dapat laa..
ketika aku sampai di kolam mini ni, azan maghrib sedang berkumandang.

hari semakin gelap. korang mampu merayau-rayau dalam tokong ketika orang sedang azan maghrib macam aku?


layan aje la gambar-gambar yang lain ni..







Walaupun aku rasa macam sedikit bosan di sini, tapi ada juga sesuatu yang menarik perhatian aku kat tokong tu. korang boleh cuba mengenakan pakaian tradisi masyarakat tiong hua dengan sedikit bayaran. aku tak cuba pun.

Sesiapa yang mahu mencuba okey jugak. Pakaiannya pada aku menggambarkan suasana ketika pemerintahan dinasti bermaharaja china dulu-dulu.


Antara foto yang diabadikan di sini. bagus juga idea ni. Boleh dijadikan gambar/foto kenangan la nanti.

Hari pertama aku di semarang berakhir di tokong ini. Tapi sebelum dihantar ke hotel, aku mohon kepada supir supaya membawa aku ke tempat makan yang menyediakan seafood sedap yang murah. Malangnya, dia tak tahu tetapi telah membawa aku dinner dengan menjamu selera di sebuah kedai makan mee jawa.

Katanya mee jawa tersebut terkenal di semarang dan lokasinya tidak jauh dari kawasan pecinan. Aku order mee jawa goreng beserta sepinggan sate. supir pula order mee jawa basah. Bagi aku, rasanya takde la marvelous sangat. Sate cuma empat cucuk sahaa tetapi saiznya besar. ianya dicucuk dengan batang buluh (saiz buluhnya seperti batang pencucuk ayam percik!) dan rasanya kurang menyengat. Sate ayam itu terasa lebih kepada chinese style. Sate di malaysia jauh lebih sedap!

Tips hari pertama;

1) Sekiranya mahu ke Demak menggunakan half-day tour (sewa mobil+supir), masukkan sekali itinerary pergi ke candi di Uguran. Skip je melawat di kota semarang. Tempat wisata/pelancongan di kota semarang boleh diakses dengan mudah. Naik teksi atau ojek masih relatifnya murah.

2) Mushola mudah dicari di kawasan/tempat wisata

3) Di lawang sewu ada dijual fridge magnet dan keychain di kaunter bayaran masuk. Tempat lain susah nak jumpa dah. Nyesal aku tak beli kat sini. Tempat lain banyak jual t-shirt je. Kat simpang lima pun banyak jual t-shirt sahaja.
lawang sewu, tempat paling menarik di semarang


bersambung lagi kisah melancong & bercuti aku ke semarang.. keesokannya aku mahu keluar dari kota semarang. kisahnya lagi menarik tau! Tunggu sambungannya..

Jumaat, 15 Februari 2013

TRAVEL: SEMARANG, KOTA ATLAS (PART 1)

Sebelum aku meneruskan cerita tentang trip ke Semarang ni, izinkan aku membebel dahulu. *Matilah kena dengar bebelan dulu!*

Meh sini aku nak luah kan perasaan sikit. Trip asal sebenarnya mahu ke karimunjawa. Aku keciwa, sungguh keciwa.. 5 hari sebelum berlepas ke semarang, aku baru terperasan ada satu emel yang dikirimkan oleh pihak penganjur tour karimunjawa (sebenarnya dah dihantar 2 minggu awal emel tu). Akhir-akhir ni, aku jarang check emel, dan bila check aje emel mesti ada berpuluh-puluh yang belum dibaca! So pepaham la. Maka, emel tersebut menyatakan semua trip/tour ke karimunjawa terpaksa dibatalkan pada bulan januari hingga penghujung februari kerana keadaan laut yang sangat bergelora!

*hati aku pun bergelora juga lepas baca emel tu..

Sebelum sampai semarang, pesawat aku lalu di ruang angkasa karimunjawa. Tak dapat pergi, dapat lihat dari udara pun cukup la.. huhu

So, aku kena tukar planning. Aku mula study tempat-tempat yang menarik di Semarang, tapi baru aku tahu kat Semarang cuma sedikit sahaja tempat wisatanya untuk dicover selama 3 hari! So, aku kena keluar juga dari Semarang sekurang-kurangnya sehari. Maka termaktublah kisah yang aku akan garapkan berikut,

*hoi, jangan lari! baca dulu kisah ni, letih aku taip tau..

#          #          #         

Kota Semarang punya motto: Semarang Kota ATLAS (Aman, Tertib, Lancar, Asri dan Sehat)

8 Februari

Pesawat jam 7.10 pagi berlepas lewat 5 minit. Perjalanan selama kira-kira 2 jam 20 minit itu aku isikan dengan makan pre-book meal, nasi bryani dan tengok movie kat tablet. Setibanya aku di Bandara Ahcmad Yani yang agak kecil tu, terus sahaja aku berbaris. Ruang berbaris ke sangat sempit dan cuma ada 3 kaunter imigresen  yang dibuka. Oleh kerana aku keluar agak terkemudian, maka aku berbaris jauh di belakang. Tempoh berbaris adalah lebih 1 jam! Lenguh berdiri.


Orang ramai, tapi kaunter imigresennya cuma ada 3 sahaja, so lama la kena beratur!

Barang diingat, waktu di sana lewat sejam daripada waktu malaysia. Jadi pesawat Air Asia mendarat jam 8.35 pagi. Setelah pemeriksaan imigresen & kastam beres, aku melangkah keluar dari pintu ketibaan hampir jam 10 pagi. Aku terus ke kaunter teksi dan beli kupon. Tambang teksi ke hotel yang terletak di Jalan Imam Bonjol ialah 35k rupiah. Perjalanan ke hotel mengambil waktu hampir 20 minit.

on the way ke hotel, tambang teksinya 35k rupiah

Hotel tu aku dah tempah lima hari lalu, tapi cuma untuk satu malam saja. Aku booking tu pun macam kelam kabut, so tak tau kondisinya macamana tapi harganya murah termasuk breakfast, jadi cukup la untuk sehari je. Nama hotel tu Hotel Olympic. Ratenya 150k rupiah satu malam untuk bilik twin-single. Ok jugak la hotel ni. Ada aircond, meja kopi, tv dan hot shower. Yang tak bestnya, bilik tu takde tingkap dan takde selimut. Mujur la kulit aku tebal macam badak *sambil nanges meraung dalam zoo*

Sampai je kat hotel dah nak pukul 10.30 pagi. Beruntung la aku sebab pihak hotel kasi check-in awal, sebelum pukul 2 petang (waktu normal check-in) tanpa sebarang bayaran tambahan. Tapi sebelum tu aku sempat mintak pihak hotel uruskan untuk dapatkan kereta sewa sekali dengan pemandunya. Akhirnya, selepasa perbincangan dibuat, aku berjaya mendapatkannya dengan caj 350k rupiah (tidak termasuk minyak & makan supir). Half day tour. Supir datang sejam kemudian. Namanya Asep.

Rencana aku, dengan menyewa separuh hari, dapatlah melawat sekitar kota semarang.

Destinasi pertama aku adalah ke Demak. Menarik kah? Demak terkenal dengan penapakan islam di nusantara ini. Jadi ada beberapa kesan sejarahnya. Di sini terdapat masjid tertua yang di bina di Semarang. Masjid itu masih utuh dan masih dikekal ciri-ciri asalnya meskipun dibuat sedikit renovasi. *macam ayat buku pulak*

 solat jumaatku di masjid tertua, semarang

senibina masjid

Demak terletak kira-kira 25km daripada kota semarang. Perjalanan ke sini agak lancar dan setibanya aku di sini, azan mula berkumandang. Aku dan supir segera ke tempat mengambil wudhu' yang terletak di sebelah kanan Masjid Agung Demak ni. Supir menyarankan aku supaya menyimpan kasut menggunakan khidmat kupon. Kasut akan diikat dengan gelang getah serta ditandai dengan sistem kupon bernombor. Jika kita mahu dapatkan semula kasut/selipar, sila tunjuk kembali kupon yang diberi pada penjaga kupon dan berikan sedikit sedekah kepadanya (masukkan sahaja wang dalam kotak/tabung yg disediakan).

Khutbah jumaat pastinya dibaca dalam bahasa indonesia, tetapi masih bercampur-campur sedikit dengan bahasa jawa. Sesudah bersolat, wirid yang dibaca amat lah panjang. Surah alfatihah sahaja dibaca sebanyak tujuh kali. Itu tidak termasuk surah lain sebagai wirid.

Oh, ya.. baru aku perasan bahawa terdapat solat jenazah berjemaah dibuat antara azan dan khutbah sama seperti di mekah. Aku masih ingat, ketika di mekah dulu, setiap kali sebelum solat wajib pastinya akan dijalankan solat mayat berjemaah terlebih dahulu. menarik bukan?

 Masjid Agung Demak

Setelah solat, aku menuju ke arah museumnya. Tapi masih terkatup rapat pintunya, yang ada cuma papan pameran di sebelah luarnya. Aku mula menyibukkan diri membaca fakta demi fakta tentang masjid ini. Meskipun tak dapat menghadam  kesemua informasinya, namun masih dapat tahu sedikit sebanyak sejarah Masjid Agung Demak ini. Yang nyata, aku gagal memahami susur galur pemerintahan raja islam di sini. Banyak sangat nama yang panjang-panjang untuk diingat & dihubungkait dalam masa yang singkat!

Usai solat, aku terus ke bahagian kanan masjid. Ada papan informasi tentang masjid di situ

maka, aku tau sikit-sikit tentang sejarah masjid agung ini

Ada makam juga di sebelah papan pameran itu

Antara info yang ada 

Actually, kat sini ada museum tapi masih berkunci. Lambat sikit dibuka.

Lagi gambar makam. Aku tak kenal, tapi mereka ni kalau tak silap raja & kerabatnya

Jom masuk ke museum. Museumnya tak ada la besar mana pun. Tiada bayaran dikenakan tetapi terdapat kotak sumbangan di bahagian pintu masuknya. Sedekah la sedikit demi memakmurkan lagi ketuanan islam di nusantara. *Perghh..ayat tak boleh blah..haha

Model miniature Masjid Agung Demak yang terdapat dalam museum

Ziarah ke makam

Peninggalan beberapa bahagian pada masjid yang sudah usang 

 Makam lagi

Bekas Soko iaitu antara tiang utama dalam masjid. Sangat besar. 

 Ada juga bedug dalam museum ni

 Pelan masjid

 Naskhah Quran lama juga dipamerkan di muzium

Sebelah muzium ada kolam ini

Museum dibuka agak lewat sedikit selepas solat jumaat

Segala jenis makam tu berada di luar museum, bersebelahan museum sahaja. Aku tak lama kat makam ni, ada yang datang ziarah ke makam sambil mensedekahkan surah yassin.

 Masjid agung diambil gambarnya dari penjuru museum

Lihat bumbung masjid tu, ada tiga lapisan. Ianya melambangkan Iman, Islam dan Ihsan

 Sebelum beredar, sempat lagi snap gambar masjid..


 Masjid Agung Demak dari kejauhan


Supir tak ikut aku masuk ke museum tu, dia cuma tunggu di keretanya saja. Puas aku melilau dalam museum dan sekitar kawasan masjid, aku menapak ke tempat parkir kereta. Perut sudah terasa lapar, jadi aku suruh aja pak supir bawa ke restoren yang terdekat. Supir membawa aku ke sebuah rumah makan yang terletak tidak jauh dari destinasi lawatan aku seterusnya.

Lunch dulu sebelum bergerak ke Makam Sunan Kalijaga. Lauk di atas namanya adalah garang asem.

Aku mencuba nasik putih dan berlaukkan garang asem, serta es teh. Garang asem adalah masakan yang agak terkenal di sana. Ayam kampung dipotong kecil-kecil dimasak bersama santan, belimbing buluh, tomato, bawang besar, cabai dan beberapa bahan lain dengan cara dikukus dalam bungkusan daun pisang. Rasanya seperti gulai putih asam tapi aroma daun pisangnya cukup membangkitkan selera.

Setelah perut kenyang, kaki terus di bawa melangkah ke Makam Sunan Kalijaga. Banyak sekali pengunjung yang datang ke sini untuk 'ziarah'. Beberapa buah bas yang membawa pengunjung turut memenuhi kawasan parkir.

Kata supir, sudah menjadi kebiasaan penduduk jawa datang ziarah ke makam ini. Mereka datang dari setiap pelusok indonesia. Makam ini dianggap suci. Aku mula rasa sangsi. Dah macam kurafat pulak aku rasa. Jom kita tengok apa yang dikatakan 'ziarah' tu..

Lorong menuju ke Makam Sunan Kalijaga

 Kiri kanan penuh dengan gerai jualan sebelum tiba ke Makam Sunan Kalijaga.

 Jubah, kopiah, kain sembahyang dan banyak lagi item berunsur religi-islamik dijual di sini

 Jumpa kubur dulu sebelum sampai ke makam

Lagi gambar perkuburan

dan kubur lagi..

Nak masuk ke makam ni, ke bukak kasut/alas kaki. kemudian kena menapak dulu. Sepanjang perjalanan ke makam tu, aku lalu kawasan kubur. Oleh kerana memasuki kawasan kubur, aku hanya mampu bersedekah alfatihah saja.

Sampai je kat makam tu, memang penuh dengan umat manusia. Ada pula pakcik yang sedang membakar setanggi kat situ. Pastu kat sebelah kanan makam, ada pakcik yang sibuk menuangkan air yang dicedok dari telaga dan dimasukkannya ke dalam botol.

Air telaga yang dianggap suci, dibotolkan..

Makam tu dikatakan terletak dalam kamar tertutup. Aku cuba juga mahu intai melalui sebuah pintu yang dibuka tetapi tak berpeluang kerana terlalu sesak.

Pengunjung yang datang ziarah kelihatan membaca yassin. Ada juga membaca sesuatu yang aku kurang jelas sebutannya. Yang pasti bukannya surah yassin atau al-mathurat. Pelik bacaannya. Puas aku pasang telinga, tapi masih tak dapat mengerti apa dibaca oleh segelintir mereka.

Makam Sunan Kalijaga terletak disebalik bangunan tu


Tak lama aku kat situ. Sampai je di kereta, pak supir terus menyapa aku.

"Bapak nggak mohon apa-apa?"
"Minta aja ditemukan jodoh segera", dia tersenyum

Aku terdiam seketika. Dalam hati, diam-diam aku bermonolog, kalau mahu mohon hajat..lakukan saja solat hajat dan berdoa kepada Allah. Tak perlu datang ke makam ini. Kemudian aku berseloroh;

"Jangan dimohon, jika termakbul, dikhuwatiri jodohnya bukan 1, tapi langsung dapat 4"




trip bercuti / percutian ke semarang bersambung lagi..

Rabu, 13 Februari 2013

PLANNING TRIP: JELAJAH JAWA TENGAH-BARAT 2013

Inilah adalah perancangan awal yang aku fikir untuk trip akan datang. Aku buka kepada sesiapa yang berminat untuk join trip ini. Trip yang berunsur ala Backpacker atau Budget-Traveller. Shopping bukannya tujuan utama. Yang penting, enjoy dengan persekitaran yg berbeza dan alam yg mendamaikan. Trip dijangka selama seminggu lebih. Bagitau awal-awal kalau berminat okey.. Senang nak buat preparation!

Baiklah, apa yang korang perlu:

1) Sila beli tiket flite sendiri. Aku terus tetapkan tarikh di sini:
       17 Nov (ahad) - Kuala Lumpur ke Semarang
       21 Nov (khamis) - Semarang ke Jakarta
       25 Nov (isnin) - Jakarta ke Kuala Lumpur 

P/s - Sila beli tiket ketika AirAsia buat promo. 
*aku akan maklumkan sekiranya ada promo dibuat.

2) Passport yang valid 6 bulan sebelum tarikh expired

3) Semua perbelanjaan & barang keperluan ke sana ditanggung oleh diri sendiri.


Berikut adalah tentatif kasar yang terfikir oleh aku. Mungkin ada perubahan yang akan berlaku dan akan diubahsuai mengikut keadaan dari masa ke masa.

17 Nov - Tiba di Semarang. Jelajah sekitarnya.

18 Nov - Bergerak ke Pulau Karimunjawa. Naik bot kira-kira 3jam.

19 Nov - Aktiviti di karimunjawa seperti snorkeling, berendam dengan ikan yu

20 Nov - Keliling pulau Karimunjawa sblm berangkat pulang

21 Nov - Mencuba kuliner/masakan semarang, berangkat ke Jakarta. Bertolak ke Jogjagkarta menaiki keretapi.

22 Nov - Tiba di Jogja. Melawat Candi Borobudur & candi Prambanan.

23 Nov - Jelajah jogjakarta/ saksikan kesan Gunung Merapi kali terakhir meletus pada 2010

24 Nov - Malam sebelumnya tuju ke Bandung. Pergi Tangkuban perahu di Bandung

25 Nov - Ke Jakarta & jelajah, kemudiian pulang ke Malaysia..

Antara gambar sebagai fasa imignasi korang sebelum ke sana:

Lawang Sewu, Semarang - Tersimpan sejarah tersendiri dan bagi sesiapa yang 'terpilih' mungkin dapat bertemu penunggu yang berada di bilik bawah tanahnya. Seram tak?

Pulau Karimunjawa yang menenangkan, tidak terlalu crowded seperti pulau Bali

Patung Buddha di Candi Borobudur , Jogjakarta

Candi Prambanan, Jogjakarta adalah candi berunsur Hindu

Kesan letusan Gunung Merapi yang meletus lewat 2010

Kawah Volconik di Tangkuban Perahu, Bandung

Monas atau Monumen Nasional yang berada di Metropolitan Jakarta


*kredit kepada ehsan pakcik google untuk semua gambar di atas



Selasa, 12 Februari 2013

TRAVEL: SEMARANG, RENCANA MENDADAK!

Okey la, trip yang baru aku habiskan sewaktu cuti tahun baru cina ni sebenarnya adalah di luar target aku. Sebenarnya aku mahu percutian ke pulau yang indah lagi mendamaikan, tapi disebabkan hal yang tak disangka aku terpaksa batalkannya.

Korang pernah dengar pasal karimunjawa? Apa, tak pernah? Tak jadi masalah, sebab sebelum ni pun aku tak tahu kewujudannya. Karimunjawa adalah gugusan pulau yg terletak di sebelah utara pulau jawa. Lebih tepatnya, di provinsi Jawa Tengah.

Cantik pulau ni. Aku terperasan wujudnya pulau ni kerana sibuk meng-google tentang bali, tapi terjumpa pulak pasal pulau ni.




Kat situ, korang boleh juga berenang bersama ikan yu kalau berani. Berani ke akak ni?



Oleh kerana pintu masuk ke pulau karimunjawa ni paling mudah dicapai melalui Airport Semarang dari Kuala Lumpur, maka kota semarang lah menjadi destinasi penggantinya.

Kota Semarang tak banyak sangat attractionnya, tempat menarik memang ada cuma kurang sahaja. Aku cuma ada 5 hari saja untuk planning trip kali ni dan aku agak puas hati juga dengan hasilnya.

Kenapa planning berubah secara mendadak? Akan aku story morry kan semua tu dalam entry akan datang. Dan nantikan sahaja perjalanan trip aku ke semarang yang bakal aku hidangkan kepada para pembaca sekalian.

*bunyi cengkerik*

ada ke orang baca?
posted from Bloggeroid

Ahad, 3 Februari 2013

SELAMAT TINGGAL JANUARI

Salam semua!

Sekejap je dah habis bulan januari. Tapi macam banyak benda yang belum aku settle. Aku masih lagi berhutang untuk meng-update pasal trip aku ke Cambodia, Bangkok (yang ni sekerat jalan jer) dan juga trip berkumpulan ke Padang-Bukittinggi. (sikit jer lagi nak siap, tapi tak siap2 jugak).

Bulan lepas juga, dua kali aku ke luar negara *robek poketku!*,  satu ke singapore dan satu lagi ke vietnam. dua-dua aku belum taip lagi entrinya.

Depan USS


Cu Chi Tunnel, antara tempat tuju aku ke Vietnam

Hal sekolah pun banyak lagi aku kena fokus. setakat ni, aku belum optimumkan lagi tumpuan aku pada murid tahun 6. Cikgu lagi risau berbanding calon UPSR. Dokumentasi untuk subjek lain pun masih berterabur. Haishhh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...