nuffnang

NUFF

Sabtu, 13 Oktober 2012

TRAVEL: BANGKOK (PART 1)

5 OKT 2012
Setelah drive lebih kurang tiga jam ke Airport Sibu dan kemudiannya diterbangkan ke Kuala Lumpur selama 2 jam, membuatkan aku sedikit lenguh dan letih sebaik tiba di lcct.

Dah smpai lcct, aku pegi solat dulu, lepak sekejap kat surau dan buat final homework tentang tempat menarik kat bangkok.

InsyaAllah, kalau korang travel sorang-sorang macam aku kat bangkok takde problem. Pengangkutan awam  agak efisyen. Banyak pilihan. Asalkan korang buat research la sket. 

Pesawat FD 3574 jam 1530 berlepas tepat pada masanya. Penerbangan mengambil masa kira-kira 2 jam dan semua announcement dibuat dalam dwi-bahasa, siam dan inggeris. Pramugari/a nya memang orang thai dan segak lagi cun! hehe..

Waktu di bangkok lewat 1 jam dari kuala lumpur, maka aku mendarat di Airport Don Muaeng jam 4.30pm (waktu tempatan). Ketibaan di Airport Don Muaeng disambut dengan SkyBridge. Jadi, tak perlu guna tangga sebaik keluar dari perut pesawat. *tak dapat la aku nak melambai-lambai ala menteri ternama sebaik keluar dari pintu kapalterbang! hahaha*   

Kaunter Imigresen hanya ada 4 shj bagi ASEAN lane. Tapi, ramai je yang beratur kat Priority Lane dan Premium Lane. Lama jugak aku berbaris kat sini. Maybe sebab aku lewat. Dah panjang barisan. Lebih setengah jam aku beratur! Fuhhh~

Oleh kerana AirAsia dah pindah airport dari Suvarnabhumi ke Don Muaeng mulai 1 oktober 2012, jadi aku merupakan antara perintis *chewaah, perintis la sangat* bagi customer AA menggunakan airport ni. Berikut aku boleh senaraikan pengangkutan nak keluar dari airport ni ke pusat bandar bangkok:

1) Keretapi. Stesen Keretapi Don Muaeng terletak setentang dengan airport. Keluar je dari balai berlepas, cari signboard railway station. Ikut lorong tu. Dah sampai, pergi kaunter tiket. harga tiket sekitar 5 hingga 10Baht je. Murah! tapi kelemahannya, waktu ketibaan tren sukar dijangka. Turun pada hentian terakhir, stesen keretapi Hua Lamphong. Ada MRT penghubung antarakota.

2) Teksi. Cari teksi bermeter. Kaunter teksi juga kat foyer hall ketibaan. Agak mahal jika mahu pusat bandar, sekitar 150 hingga 250 baht, bergantung pada jarak. Sekiranya naik teksi, bersiap sedialah menghadapi kesesakan pada waktu puncak.

3) Shuttle Bas. Free. Menghubungkan Don Muaeng - Suvarnabhumi Airport. Kena tunjukkan boarding pass AA. Keluar ajer dari balai ketibaan terus cari gate 8 yang terletak sebelah kiri paling hujung. Jadual keberangkatan ada ditampal sekali. Perjalanan ke Suvarnabhumi airport sekitar 50 minit (tanpa henti), dan tamat di level 2 gate 3, suvarnabhumi airport. Sila turun ke level B1 untuk dapatkan Airport link tren.

4) Bas. Baca yang aku cilok ni; There are also a number of public transport buses going by the airport, just follow the signs out toward the train station. Buses towards central Bangkok are at the airport's side of the road, so don't cross the highway. These are useful bus lines:
  • Air-conditioned bus 504 will take you to CentralWorld at Ratchaprasong intersection (close to Siam Square), as well as to Lumphini Park and Silom, from where you can have access to the Skytrain.
  • Ordinary and air-conditioned bus 29 will take you to Hualamphong Train Station passing by many places, including Victory Monument and Siam Square. You can also get off at the Chatuchak Weekend Market, where you can switch onto the metro or Skytrain.
  • Air-conditioned bus 59 will take you to Sanam Luang in Rattanakosin. This route is time-consuming as Rattanakosin is far off from the airport.
Keep in mind that some of these buses don't complete the route. They are called "additional bus" (Thai: รถเสริม rot serm). These kind of buses have a red sign in front of them with the final destination written on it (in Thai script of course). Check this before taking the bus. You can ask the locals at the bus stop or a conductor on the bus.

Disebabkan hotel aku terletak berhampiran airport suvarnabhumi, jadi aku ambik free shuttle dan kemudian ambil airport tren terus ke hotel yang berada di Ramkhamhaeng. Jadi cuma bayar harga tren je untuk ke hotel iaitu 30Baht.

Bas dah tunggu kat sini. Gate 8. Kekerapan sekitar 20minit hingga 1 jam. Ikut pada waktu.

 Shuttle Bas ni free. Dalamnya ada aircond.

Bas yang aku naik ni bertolak jam 5.20pm, aku dah terlepas bas jam 5.00 sebab lama sangat beratur for passport clearance. Cuma ada 3 penumpang je termasuk aku. hehe

Kat airport suvarnabhumi. Sengaja guna eskelator, kalau pakai lif tak merasa berjalan2 sekitar lapangan terbang yang besar ni.

 Dalam tren menuju ke stesen Ramkhamhaeng. 

Hotel yang aku diam namanya Nasa Vegas. Hotel 3 bintang. Tak mahal pun, aku sempat godek airasiago haritu time promosi.. dapat la rm35/nite. So, dua malam cuma rm70. Yang tak bestnya hotel ni, diorang mintak deposit 1500baht (rm150). Aku cuma bawak 3000baht je untuk travel di bangkok! * How, how?? cemana aku nak bermewah dengan duit yang ciput.*

So, dengan berbekalkan 1500baht tu, aku cuba survive di bangkok. Geram je bila terjumpa/tengok barangan yg dijual murah-murah *pejam mata aje la, anggap la aku sedang praktis window shopping*

 kemudahan dalam bilik yang tersangat okey kalau nak dibandingkan dengan harganya..

Ada tv. Aku sempat laya citer the Son of Mask sebelum tido malam tu. Ada lebih kurang 30 channel.

 Tandas okey. Bersih.

 Room yang aku dapat. Aras paling tinggi!

the lift.. 3 semuanya di lobi..

Hotel ni ok jugak la. Sampai je kat stesen, turun tangga dan lintas jalan (agak busy jugak jalan ni) terus jumpa hotel ni. Depan (bertentangan) hotel ada family mart, kedai serbaneka.

Aku dapat bilik di aras 20. Gila tinggi. Lif cuma sampai tingkat 19 je. Terpaksa eksesais naik tangga pulak. sampai bilik, caj henset & tablet. mandi. solat dan keluar merayap!

Naik tren terus ke BTS Phaya Thai dan sambung ke BTS Siam. Ingat nak Pergi Patpong night bazaar tapi, bila sampai je kat BTS Siam, hujan turun selebat-lebatnya. So aku terpaksa round-round Siam Paragon. Shopping complex ni macam Pavilion kat KL tu. penuh dengan barangan branded. So, aku yang papa kedana ni, hanya mampu melukut aje la *Usung kotak tissue ke hulu hilir sambil lap air mata*

Kemudian, dekat sejam setengah mundar mandir tanpa pedoman, aku beredar dari Siam Paragon. Gambar tak ambik sebab kamera & henset sedang di-charge kat hotel. 

Aku balik ke hotel kehampaan sambil diiringi hujan lebat. Sempat makan nasi prebook online AA yang ditapau sebelum tidor.

Aku tidur dengan rasa hampa. termimpi-mimpi pasal patpong.. *pasang niat tak elok, memang tak dapat pergi la.. itu yg aku pikir.* Korang tau tak yang night bazaar patpong tu bukan sekadar pasar malam biasa je tau, tapi tempat untuk ehem-ehem.. tapi aku bukannya nak berlaku sumbang, just ada curiosity untuk tau cemana keadaan kat situ je..haha

Takpe, aku ada satu lagi malam di bangkok.. (bersambung..)

Rabu, 10 Oktober 2012

TRAVEL: BANGKOK (PROLOG)



“Jadi, tak jadi..jadi, tak jadi…”
“Arghh, pergi aje lah!”

Finally, aku pergi juga ke Bangkok  sebab tiket dan hotel dah dibooking awal. Lagipun bukan senang nak grab tiket murah dari AirAsia. *tiket AA sekarang ni pun dah mahal walaupun diorang buat Big Sale*

Perkara yang pertama membuatkan aku berat hati nak pergi sebab waktu travel yang singkat dan pemindahan flite AA dari Airport Suvarnabhumi ke Airport Don Muaeng. Hotel yang aku tempah memang dekat je ngan Airport Suvarnabhumi tu. Yang jadi masalah utama, flite aku berlepas awal pagi. Susah la nak cari transport untuk ke Airport Don Muaeng tu. Takut terkinja-kinja mengejar waktu check-in.

Korang tau, aku ada isi online-form untuk tukar waktu penerbangan.. tapi lambat nak mampus diorang reply.

Bila diorang reply, orang AirAsia suruh live chat atau call terus kepada AA thailand. Aku pun cuba lah live chat dengan diorang, tapi diorang mintak aku isi semula online-form dan nyatakan waktu yang aku nak switch tu. Ok, aku ikut.

Lama juga aku nantikan diorang balas. Dan seminggu sebelum tarikh berlepas, datang satu e-mel. Gembiranya hati. Sekali bukak emel tu, diorang reply menda yang sama; suruh contact AA melalui Live Chat atau call terus AA thai! *Huh, rasa nak tumbuk je skrin laptop masa tu! dan aku tak tumbuk pun.. takmau la beli laptop baru. Hehe*

Akhirnya, aku call hotline AA thai. Biarlah habis kredit henset aku, asalkan dapat tukar waktu penerbangan! Memula call, aku macam blur, dan sampai terlanjur dengar auto-operator cakap siam. Pastu aku cuba lagi. Kali ni aku dengar betul-betul.

“Please press 9 for English, khap tha wai..bla,bla,bla..”
Yang first call, aku tekan 1. Kurang jelas aku dengar, jadi terlanjur la dengar repekan dalam bahasa thai! Bengong kan? Haha..

Akhirnya berjaya la aku hubungi operator AA thai tu, walaupun slang english-thai operator pompuan tu sangat ketara, aku mampu berkomunikasi dengan baik. Maka, aku berjaya tukar waktu penerbangan pada awal pagi kepada tengahari.

Dia maklumkan bahawa perubahan tersebut akan di-update dalam masa sehari dan minta aku tunggu confirmation email dari AA. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai emel tersebut. Aku check dalam manage my booking pun takde. Cis, bedebah! Geram je rasa hati!

Aku berprasangka baik, mungkin sistem lambat update kot?? Lagipun aku berurusan dengannya hari ahad. Tunggu esok pagi aje lah!

Tapi… sungguh kecewa bila aku check akaun emel. Takde jugak. So, aku pasrah aje la.. tinggal 3 hari lagi aku sebelum tiba waktu berlepas. *Aku kempunan..aku kempunan.. sambil berlari ke batu belah batu bertangkup..*

Rasa berat aje nak teruskan kembara singkat ini.. rasa macam nak batalkan terus hasrat murni lagi suciku ke tanah siam. Kerana tuhan mendengar rintihanku, maka keesokannya emel yang aku nanti-nantikan kunjung tiba! Hoorey.. Syukur pada-Mu ya Allah! *ingat nak menari ala-ala gangnam style, tapi tak reti..haha* p/s- Bengong kau Fahmi, dah elok-elok tadah tangan kesyukuran, pastu nak joget gangnam style pulak!

Ringkasan kembara Bangkok aku:
5 Okt- Berlepas pukul 3.30 pm, Siam Paragon
6 Okt- Ayuthaya (kota lama), Chao Phraya Express boat, dll
7 Okt- Chatucak market, 12.05pm berangkat pulang.

Macam 3D2N, tapi aku rasa sangat sekejap je sebab first day dan last day tu sebenarnya masanya pendek. Pada 6 Okt je full day! Tapi aku puashati la dengan kembara low-cost budget ni. Hahaha..

Bersambung…

Ahad, 23 September 2012

WAITING LIST: CATATAN KEMBARA YG TERTUNDA

Alamak, baru aku perasan sebenarnya banyak catatan/entri perlu aku buat.. *tu la, malas lagi*. Aku memang suka tulis catatan tentang kembara aku sebagai kenang-kenangan dan yang paling penting, aku ada pedoman sikit bila nak pergi semula ke tempat tersebut, contoh perbelanjaan aku dalam satu travelling.


Berikut adalah senarai yg perlu aku settlekan:
1) Sandakan
2) Penang
3) Kota Kinabalu (with friends)
4) Phuket (entry sekerat jalan)
5) Padang (ntah bila nak sambung balik entri)
7) Cambodia (baru tulis intro je..haha)
6) Bawak my siblings jenjalan Kuching

*matilah.. banyak tu!*

Harap-harap mood aku OK untuk menaip kesemua entri tu..

Sabtu, 22 September 2012

BUAT WATERMARK, PAKAI SOFTWARE APA?

Bersua kembali semuaaah!
*Lambai tangan ala-ala gaya artis terkenal*

Banyak cerita aku nak kongsi sebab dah lama aku tak menaip kat blog ni. Tapi tabiat aku yang suka ikut mood, maka jadi la padang pasir blog ini sejak penghujung bulan jun tempoh hari. kosong. Sunyi sepi tanpa entri terbaru. Sambungan beberapa entri pun tak siap-siap lagi.. huish *sambil tepuk dahi berkali-kali*

Okey, entri kali ni aku nak citer pasal cara-cara nak hasilkan watermark. Kalau korang perasan, semua gambar yang ditempek dalam blog ni takde watermark. Senang je orang lain dan mencilok dan menciplak gambar aku ni tanpa perlu ubah sedikit pun.

Terus pada point. Sebenarnya nak menghasilkan watermark ni tak perlu guna software canggih-canggih sangat. Korang boleh je guna Paint, tapi hasilnya tak meriah langsung. Kebetulan selama ni aku pakai Photoscape untuk edit gambar, jadi pakai je software ni untuk menghasilkan watermark tu.

Nak ajar step by step, jenuh aku nak menaip *matilah, gara-gara malas taip nihh*

contoh watermark yang aku buat. aku masukkan adress blog aku kat situ

So korang download dulu software tu, kendian pepandai la explore. hihihi. *Aku mengamalkan konsep student oriented - pelajar berusaha/membina, guru membimbing* mentang-mentang aku ni cikgu! Kannn!

Khamis, 21 Jun 2012

REVIEW: KEM GERAK GEMPUR 2012

Program: Kem gerak gempur zon krian 2012
Tempat: SK Kabo Hilir
Tarikh: 18 - 21 jun


Sepanjang program berlangsung, tiada perkara buruk berlaku. Aku cuma nak highlight kan aktiviti yang berlangsung pada hari rabu, 20 jun. Kenapa? Sebab masa tu aku kena conduct ler murid seramai 34 orang dari 4 buah sekolah.

Nasib baik aku dah prepare sedikit bahan untuk digunakan semasa pengisian program tu. Aku ada sediakan cetakan tips menjawab soalan kertas 1 dan 2 bagi Matematik UPSR. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila emel terus kepada aku kat fahamiz@yahoo.com (aku boleh kasi yg softcopy), malas la nak upload kat sini..

Bagi aku, pencapaian murid-murid masih perlu diperbaik lagi. Anak didikku pula yang seramai 10 orang ke sana masih belum dapat menggembirakan hati. Cuma 2 orang sahaja yang mencapai target.

Selasa, 12 Jun 2012

TELATAH: TEMPAT DUDUK KAT SITU?

Kelmarin aku masuk kelas tahun 5 dan aku dapati mereka telah susun semula meja dengan susunan baru. Murid-murid perempuan dikelompokkan pada bahagian kiri kelas dan lelaki pula pada bahagian kanan kelas. Meja di susun secara berdua-dua tetapi terdapat satu meja tanpa partner (meja single).


Cikgu: Cantik susun atur macam ni, lebih kemas..
Murid T5: Betul ke cikgu?
Cikgu: Iye lah, cuma kenapa ada satu meja kat tengah tu?
Murid T5: Ooo.. itu tempat Jabu. Dia tak datang.
Cikgu: Aik, mentang-mentang tak datang, kamu letak kat situ?
Murid T5: Kami dah susun elok macam ni. Perempuan kiri, lelaki kanan..
Murid T5: Jabu kena duduk sorang-sorang. Padan muka, ponteng sekolah!
Cikgu: Tak baik cakap macam tu. Kalau kiri utk perempuan, sebelah satu lagi untuk lelaki.. kat tengah-tengah ni macam mana pula?
Murid T5: Pondan!
Cikgu: Ha ha ha.. (macam-macam anak didik aku ni)

Isnin, 11 Jun 2012

AIRPORT SIBU MASIH DI-UPGRADE

Selepas habis hari pertama persekolah pada separuh tahun kedua ni, aku bergegas ke lapangan terbang Sibu untuk mengambil kawan yang baru tiba ke bumi sarawak. Seperti biasa perjalanan sehala ke sana mengambil masa kira-kira 3 jam (dari sekolah ke airport).

Airport masih belum siap sepenuhnya di-upgrade. Masih dalam kerja-kerja menaik taraf. Dijangka siap sebelum akhir tahun ini. Gambar kat bawah ni dicilok dari blog aimi-az.blogspot.com, kredit kepada beliau.

Ahad, 10 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Arini adalah hari terakhir cuti pertengahan tahun persekolahan sesi 2012, rasa berat la nak masuk sekolah. liat nak mulakan kerja. Dua minggu memang tak cukup, kalau setahun baru cukup.


Pesanan penaja kepada anak didik & rakan sejawat aku sekalian (termasuk aku); 
"Fokus dan Lebih Berusaha untuk separuh tahun seterusnya ini. Jangan Leka!"

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...