nuffnang

NUFF

Ahad, 20 Disember 2009

BEBAS HUTANG!

Alhamdulillah, bersyukur sungguh kerana aku kini tidak lagi berhutang daripada pinjaman kewangan dalam pengajian terdahulu. Sebelum aku masuk UTM, aku telah membuat pinjaman daripada pihak Yayasan Terengganu sebanyak seribu ringgit. Masa tu, aku perlukan duit sebagai back up kalau duit pendahuluan PTPTN tak cukup! Meskipun aku ada membuat pinjaman PTPTN pada awal pengajian dulu, aku telah menjelaskan segala duit pinjaman tersebut (kalau tak silap sebanyak 7 ribu ringgit) kemudiannya, aku telah ditawarkan biasiswa JPN. Tidak perlu lagi aku meminjam dan berhutang!

Pada hari khamis lepas, aku telah menjelaskan bayaran pinjaman aku (lihat gambar utama - pintu utama yayasan terengganu). Gambar yang lain tu sebenarnya gambar sampingan. Ketika aku berhenti makan tengahari di kawasan kelulut,marang.. aku sempat snap berapa gambar je.

p/s- sungguh berbeza pantai di terengganu berbanding pantai di sarawak. walaupun cuaca agak kurang elok dan musim tengkujuh, air laut di pantai terengganu tetap jernih dan kebiruan! Lain pula keadaannya di sarawak, contohnya di pantai kabong..

Sabtu, 19 Disember 2009

IMBAUAN: KEPUTUSAN SEMAKAN PENEMPATAN KPLI

Beberapa hari lagi akan muncul tahun baru (2010) tetapi pada 20hb Dis 2009 (esok), lengkaplah setahun kisah aku menanti keputusan posting KPLI. Ya! Kuimbas kembali apa yang berlaku ketika itu. Aku pada saat itu sungguh ternanti-nanti dan sangat berdebar-debar.. Dan untuk pengetahuan semua, aku sudah dimaklumkan (oleh seorang rakan yang proaktif bertanyakan KPM) bahawa semakan boleh dibuat pada mulai 20hb Dis 2008. Sewaktu itu aku berada di rumah kawan karibku di Kuala Lumpur, kebetulan aku turun(dari terengganu ke ibukota) untuk mendapatkan habuan sebagai pemenang peraduan yang dianjurkan oleh RHB. Alhamdulillah, aku mendapat tempat pertama dan membawa pulang sebuah telefon bimbit!

Perasaan aku ketika itu bercampur baur. Gembira, gentar, gusar dan sedikit geram! hehehe..
1) Gembira - aku tak perlu lagi tertunggu-tunggu lagi keputusan posting. bersyukur yang teramat kerana tidak mengalami sebarang masalah untuk mengetahui result posting dan paling penting, aku sudah bersedia untuk bergelar seorang guru!

2) Gentar - aku berasa sungguh takut nak bagitau kat parent aku pasal result posting tu. aku tak dapat nak agak reaksi diorang, akhirnya mereka tidak berapa kisah. (cuma mak aku je ada kerisauan untuk perkara tuuuuuuut.. mmm, aku taknak cakap pasal tuuuuuut tu!)

3) Gusar - aku tak pernah terfikir akan keadaan berada di sarawak. paling aku bimbang, kena kawasan yang teramat daif dari segi kemudahan. sekali lagi aku bersyukur kerana dipostingkan di kawasan yang dikatakan agak okey..

4) Geram - lebih baik takpayah isi borang posting.. aku siap pilih penempatan yang kurang risiko dipostingkan ke sabah/sarawak (aku cuba elakkan pilih negeri terengganu & kelantan), tapi akhirnya KPM membuat 'polisi mudah' menempatkan graduan KPLI yang belum berkahwin ke sabah dan sarawak. masa tu aku agak emosional sebab membahaskan perkara tu! hahaha..


Untuk kisah yang agak detail, ada aku catatkan sebenarnya. ada rasanya.. cuma aku tak curahkan semua yang aku rasa ketika itu (pukul 3 pagi waktu tu & rasa macam tak percaya/tergamam bila result tu kuar), okey cuba korang klik sini..

Jumaat, 18 Disember 2009

Khamis, 17 Disember 2009

BACKGROUND & PERISTIWA

Sudah lama aku menggunakan background yang sedia ada dan pada hari ini, aku telah menokoknambah rupa blog aku ini. kalau diikutkan hati, aku malas nak letak background sebab serabut sangat nampak. Kesudahannya, aku letakkan background yang ringkas (macam tak ringkas pun!..hahaha). Taktau la pandangan orang lain tentang latarbelakang yang aku pilih ni.. harap-harap tak sakit mata dah ler! Tak lawa takpe, asalkan tak hodoh! hahaha..

hmm.. disebabkan aku dah habiskan sedikit masa untuk memasukkan background, maka tak jadi nak cerita panjang-panjang pasal entry mengenai hari penyampaian hadiah dan sijil 2009 sk nanga grenjang sebagai penutup tirai aktiviti sekolah pada tahun ini..

Dengan adanya gambar ini, semoga aku dapat mengingati detik-detik dan peristiwa yang telah berlangsung itu sebagai memori pada masa hadapan.

Rabu, 16 Disember 2009

CETUSAN CORETAN

Sebenarnya, aku teramat-amat malas nak update blog ni disebabkan keadaan internet yang entah hape-hape tu.. Kejap dapat connect, kemudian terputus. Nasib baik lah aku masih ada alternatif lain; DiGi HighSpeeed Data Transfer a.k.a broadband! Tapi ianya cukup melelahkan kerana aku terpaksa meningkatkan keimanan dalam bersabar! Dengan kelajuan seperti dial-up (sebab dalam kawasan GPRS je), nak loading satu webpage pun lembhaaaap nak mampos [sambil menguap..]. Hehe..

Dan kelmarin, aku meng-upload sekeping gambar [hmm..penjodoh bilangan untuk gambar maya disebut apa? Sekeping? Sekeping gambar pada skrin komputer? Ah, lucu benar!]. Ternyata aku menjadi seorang yang penyabar. Kehkehkeh..

Banyak kisah sepanjang minggu lepas, tapi semuanya terbantut! Yang paling meriah, kisah kawan-kawanku bergelar pengantin. Kesian pasangan yusof dan roziana, bermerah mata (jgn salah tafsir..) di hari berbahagia mereka. Bermerah atau berputih mata? Betul apa yang aku cakap; BERMERAH MATA! Diorang mengalami permasalahan konjugtiva. Sakit mata merah la..tak paham lagi? Secara sainstifiknya mereka dijangkiti konjungtivitis! Arakian, mereka berdua telah terlebih masyhur apabila kaca mata hitam menjadi teman tatkala bersanding! Apa apa pun, aku ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia sokmo! TQ atas jemputan itu!

Rugi betul aku! Lupa nak ambil gambar diorang dan aku sewaktu majlis tersebut.. Excited sangat kot..hahaha

Selasa, 15 Disember 2009

GAMBAR KENANGAN ( I )

Gambar berikut bukannya gambar anak-anak didikku tetapi gambar aku sendiri ketika berada di tingkatan 1. Kalau nak bandingkan saiz sekarang berbanding pada zaman tu, dah konfirm jauh sangat bezanya. hahaha.. sekarang dah gedabak!


Sila tengok gambar tu luas-luas, cuba cari aku dalam gambar tu. Alasan gambar muka terlalu kecil & tak jelas tidak diterima, sila guna intuisi anda untuk menekanya..hehehe!

Jawapan: Pada barisan paling ...[susun huruf berwarna merah di atas dulu]... dari kanan!

p/s - terpaksa aku guna digi broadband (yg tak berapa laju tu) ntuk hupdate blog ni.. streamyx kat rumah ada problem sket.. rasanya line tak stabil dalam beberapa hari ini.. hampeh, sepatutnya tmnet keluarkan notis dulu..

Sabtu, 12 Disember 2009

OH MY GOD!

Astaghfirrulahalazim.. itulah kata-kata yang sesuai digunakan bersama apabila aku dapati streamyx di rumah ku masih bermasalah lagi pada mlam tadi! Kenapa perlu diucap begitu? Cuba perhatikan ayat berikut:
"Oh my God! Masih berulang kejadian malam kemarin.. Internet tidak dapat disambungkan walaupun dah cuba banyak kali"
Tidak ada cela ayat tersebut, tetapi lebih elok digantikan kata-kata Oh my God tu, dengan Astaghfirrulahalazim misalnya. Sekurang-kurangnya dapat juga pahala memuji Allah! Dan cuba lihat kesilapan kecil ini yang dipetik daripada sini

Penggunaan MasyaAllah

Penggunaan "MasyaAllah" dlm percakapan seharian. kadang2 kita terpengaruh dengan Movie, terutama cerita P ramlee yang banyak menggunakan "MasyaAllah" dalam situasi yang silap. Saya dapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz "MasyaAllah" ketika berhadapan dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok , contoh ketika terlihat gambar-gambar censored atau bila anak-anak kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah "MasyaAllah" bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG . Mengikut buku "What Do Say" by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah "MasyaaAllah" bila kita melihat "something nice" seperti melihat bayi atau kanak-kanak yang comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya.

Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah "Astagfirrullahhalazim" (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun "Innalillah" (Kepada Allah kita kembali).

Khamis, 10 Disember 2009

KENANGAN : THN 6 '09

Rupanya dalam henset aku ada lagi beberapa gambar murid-murid tahun 6 (2009). walaupun baru setahun aku kenal mereka, tetapi sungguh bermakna bila di samping mereka ketika tahun pertama aku mengajar! (ya, 1st year! itu menjadikan ianya cukup meninggalkan kesan).




Gambar tersebut diambil ketika waktu malam iaitu sama hari dengan result UPSR diumumkan. Mereka buat apa tu? Sebenarnya mereka sedang berkaraoke (aku tak terlibat ok! suara tak sedap! hehe..). Pada ketika itu juga mereka masih tidak tau keputusan UPSR masing-masing kerana pada keesokan harinya barulah result itu tiba di sekolah. Gembira sakan mereka sebab sudah tamat sekolah rendah. Pastinya menjadi ingatan abadi buat mereka!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...