nuffnang

NUFF

Khamis, 10 Disember 2009

ADUHAI STREAMYX

Arghh.. geram betul internet malam tadi, tak boleh nak sambung terus. Bila try nak connect, kuar error 961, katanya password dan username tak dapat verify.. adakah modem streamyx ni berproblem atau line yang mengong!

Pagi ni aku try sambung ke internet.. dapat! tapi macam siput! Haish.. harap-harap modem ni tak rosak untuk kali ketiga. malas nak telefon orang-orang Tmnet tuh! nak upload entry ni pun lembap giler..

Selasa, 8 Disember 2009

SAINS DAN SASTERA

Ada orang tanya aku, kenapa rajin sangat tulis entry kat blog? Nak jadi penulis novel ke? Aku tersengih sahaja membalas jawapan tu namun otak aku mula berfikir mengenainya secara senyap!

Aku bukannya orang sastera. Sejak kecil sehingga lah aku besar, aku memang minat subjek sains. Mungkin aku nak buktikan bahawa orang sains juga pandai menyusun kata-kata dalam mengarang. Itu tidak pasti. Sememangnya aku akui, pengunaan bahasa aku belum mantap seperti ahli sastera. Akan tetapi, aku suka benar untuk menulis sebab tak dapat berbual bila sendirian, aku ni kadang-kadang suka juga berborak, hehehe..

Ketika aku di bangku sekolah lagi, minatku pada sastera tak pernah berputik. Kesukaan aku pada subjek Alam dan Manusia sekarang ni dah tukar kepada Sains, Kajian Tempatan & Sivik menyebabkan aku terus menerus meminati Sains. Dan kesannya, segala subjek sains seperti bio, fizik, kimia yang aku ambil ketika SPM mendapat A1. Kemudian aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di UTM walaupun aku tidak menyukai fizik sedikit, you might know that engineering’s field applies a lot of physics. Hidup aku banyak dicorakkan dan dipengaruhi dengan ‘ideologi sains’. Cara berfikir, bertindak dan aturan perilaku sedikit sebanyak mencerminkan orang sains. Berfikir dengan kritis dan menyelesaikan masalah berasaskan logik sering aku adaptasinya dalam seharian.

Ramai orang kata budak sains ni selalunya skema dan sukakan fakta (bukan spesies tin kosong). Orang sastera pula lebih terbuka dan bertindak sesuka hati. Tak juga sebenarnya. Ada benarnya kalau diukur dari segi peratusannya (terus melibatkan fakta di sini, mentang-mentang la cerita pasal sukakan fakta!). Apepun bagi aku, sains atau sastera/seni, sama sahaja asalkan tak mengganggu gugat hidup dan pegang setia pada agama!

Isnin, 7 Disember 2009

CUTI UMUM 2010 @SARAWAK

Fuhh.. Letih jugak nak edit file pdf kepada file jpeg (gambar). Sebenarnya cuma ambil masa kira-kira 15minit je. Dan hasilnya, aku berjaya memuat naik jadual hari kelepasan am persekutuan dan negeri sarawak utuk tahun 2010. Jadual cuti umum ini hanya untuk negeri sarawak sahaja (tempat aku bertugas!)

Seperti biasa, jadual ini amat penting bagi aku untuk menguruskan perancangan mendatang! Mungkin tidak perlu aku memperjelas segala perancangan aku di sini. Hargailah masa kerana sesungguhnya manusia senantiasa dalam kerugian..

Ahad, 6 Disember 2009

SUKANEKA AKHIR TAHUN


Sukaneka sekolah berlangsung dengan jayanya pada 18hb Nov baru-baru ini (2 hari sebelum cuti sekolah), berikut adalah beberapa gambar pada hari tersebut sebagai ingatan:

Berkumpul mengikut rumah sukan


Bersedia untuk memulakan acara!


Bersungguh-sungguh dan bersorak riang


Antara peralatan sukaneka..


Siapakah juara??

Sabtu, 5 Disember 2009

FS vs FB

Ok. Awal-awal lagi aku nak bagitau, ini bukannya perdebatan atau sebagainya.. cuma sekadar pandangan peribadi sahaja. Jadi mari ikuti sorotan ini dengan rasa hati terbuka.

Sebenarnya, aku lebih suka menggunakan rangkaian-sosial (sosial networking) yang mudah diakses (easy to access) dan mesra pengguna (user friendly). Aku pernah menggunakan MySpace dan Multiply tapi tak kemana-mana halatujunya. Lumpuh begitu sahaja! Twitter pulak aku tak pernah cuba pun..

Facebook aku:

Yang pasti, aku masih meneruskan perjuangan di medan bersosial, Friendster(Fs) dan Facebook(Fb). Tapi akhir-akhir ini aku lebih kerap menggunakan Fb berbanding Fs. ketika zaman pengajian di U dulu, sememangnya Fs menjadi idola aku. Sekarang dah tak seperti dulu. Aku lebih suka penampilan Fb yang ringkas tetapi signifikan!

Friendster aku:

Jumaat, 4 Disember 2009

SEDEKAH

Setelah aku pulang daripada solat jumaat pada tengahari tadi. Aku teringat kisah yang pernah diceritakan oleh salah seorang kawanku. Aku pun dah lupa siapa yang menceritakannya. Yang pasti, jalan ceritera utamanya masih aku ingat dengan jelas. Pengisahan ini berlaku kepada rakan kepada kawan aku itu. Anggapkan sahaja namanya S.

Seperti selalunya, S akan pergi awal ke masjid untuk solat jumaat. S duduk di dalam masjid berhampiran tingkap dan mendengar khutbah dengan penuh tawadduk. Sesudah bersolat, tabung masjid yang diperbuat daripada bekas plastik itu terus beredar di sepanjang saf. Setibanya pada gilirannya, segara S memasukkan duit ke dalam bekas itu. Kemudian orang terakhir yang menyentuh bekas itu adalah seorang lelaki separuh umur kerana dia berada di unjuran saf yang paling hujung.

Setibanya pada lelaki itu, dengan pantas bekas plastik itu beralih tangan daripada S umpama jari terkena bara. Tanpa menoleh, lelaki itu pantas membuka penutup bekas itu. Kemudiannya, jemari yang agak kasar itu menyeluk rakus tabung itu. Genggaman erat dengan gumpalan wang kertas terus dimasukkan ke dalam saku bawah baju melayu kanan dan kiri!

"Ya Allah, apa yang hamba-Mu itu buat? Benarkah mataku ini melihat perbutannya itu? Perlukah aku bertindak dengan menegahnya?"
S menjengilkan matanya. Lelaki itu seolah-olah tidak peduli. Sayugia, S terkesima dengan memandang tanpa berkelip sedikitpun tanpa meneruskan niatnya itu.

"Ah, bedebah benar orang ini! Terang-terangan cuba.. "
Belum sempat S menyudahkan bisikan penghinaan di dalam hati, lelaki itu tuntas mengeluarkan kepingan kertas daripada kocek sebelah atas baju melayu. S terdiam mungkin terpinga-pinga dengan perbuatan aneh lelaki itu. Kemudian not rm50 itu segera diletakkan kedalam tabung plastik itu dan ditutupnya rapat-rapat.

"Ya Allah, ampunkanlah aku kerana bersangka buruk pada lelaki itu. Bukan lelaki itu mahu melarikan wang sedekah itu. Dia ambil wang yang sedikit itu, lalu dogantikan dengan jumlah yang lebih besar!"

S kelihatan agak sesal namun berbaur dengan seribu pertanyaan di minda. Mengapakah lelaki itu berbuat demikian? S tidak mahu lagi membuat spekulasi negatif. Biarkan sahaja..

Wallahu'alam

Khamis, 3 Disember 2009

PEMVASOCERUTAN

Suhu atmosfera pada petang kelmarin, aku anggarkan dalam julat 19°C hingga 25°C. Sejuknya terasa bagai epidermisku mengalami proses eksotermik! Saraf ku menghantar isyarat ke otak dan segera diterjemahkannya kepada rangsangan meregangkan otot pada akar bulu roma. Dengan bantuan geseran telapak tangan sendiri pada lengan, hilang rasa dingin tersebut sedikit. Aku mula membakar kalori dengan menuju ke jendela di dalam bilik.

Bingkai jendela yang diperkuat oleh fukrum engsel di rumahku dikuak. Aku menjengah kepala keluar. Hampir-hampir torso ku juga menyorong keluar. Wah! masih bersisa lagi kerpasan ini. Agaknya bilakah awan kumulonimbus itu mahu beredar? Kelam sungguh langit akibat kurangnya keamatan cahaya suria.


Daya tarikan dikenakan ke atas daun tingkap itu agar ianya tertutup rapat. Nanti tempias pula bilikku! Pasti daya jekitan cecair H2O yang tempias itu akan melembapkan pepenjuru katil ku nanti. Aku menggunakan beberapa puluh kilo Joule tenaga untuk menarik selimut sambil mengunjurkan abdomenku di atas katil. Sungguh nikmat! Kini, proses pemvasocerutan pada kulitku terasa beransur-ansur hilang. Dan ketika itu aku terus terlelap!

p/s- peristiwa di atas sengaja aku coretkan dengan beberapa istilah sains. sudah dua tiga hari hujan acapkali (almost every minute actually!) turun kat tempat aku! musim tengkujuh sudah tiba..

Selasa, 1 Disember 2009

MERANCANG LEBIH AWAL

Takwim persekolahan 2010

Semoga aku dapat bersedia awal dengan adanya takwim ni. Yang paling penting, takwim ni amat penting bagi aku sebagai rujukan untuk merancang balik kampung,hehehe.. ye la.. tiket flight kena booking awal!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...