nuffnang

NUFF

Isnin, 22 Disember 2008

TRIVIA MISI RAHSIA

Sebelum ni dah citer pasal aku gi ambik hadiahkan, so kali ni aku just nak share beberapa trivia pasal misi aku hari tu dan sedikit gambar untuk dikongsi bersama.

Trivia kali ni (boleh dikategorikan sebagai trivia ke?) adalah:
* First time aku naik bas double-dacker, bas ekspress Transnasional.
* Ambil gambar diri sendiri dalam bas, macam jakun je, nasib baik seat sebelah aku takde orang.. hehehe.
* Beli tiket on the spot. Pastu sedar-sedar beg tertinggal kat rumah lagi lepas beli tiket. Kena balik semula ke rumah ambik beg baju tu.* Marathon mendengar muzik paling lama iaitu selama 6 jam berturut-turut ketika duduk dalam bas. Nokia N81 tu sampai keluar signal bagitau bateri dah low.
* Tak tido pun dalam bas sepanjang perjalanan dungun-kuala lumpur (ni pun trivia gak ke? padahal banyak kali gak aku tak tido sebelum ni. hahahaha.

* Sarapan pagi kat KLCC sebab kawan aku tu nak ambik geng dia sebelum ke Subang. kalau tak aku breakfast kat area RHB Centre je.
* Kawan aku tu dropkan aku kat depan RHB centre dalam pukul 8 lebih sebelum dia ke Subang. Awalnya aku sampai kat RHB centre Jln Tun Razak ni. Nak gi hadiah dalam kul 10pagi. So aku lepak kejap depan Bangunan tu.
* Bila bosan, aku pun bukak GPS. Check location. Nanti aku kena gi Lowyat sorang diri. Kawan aku balik dari Subang kul 3. Takkan aku nak tunggu kan?
* Aku gi cari Jalan Inai, shortcut untuk ke Lowyat. Aku ikut jalan tu samapi kat ujung then aku nampak bangunan Berjaya Time Square. Dah dekat la tuh. Pastu patah balik. Lebih 20minit gak aku jalan kaki, kemudian aku terus ke RHB Centre dalam pukul 9.35pg.
* First time melangkah masuk ke RHB centre tu. Tak ramai pun orang. Not crowded.
* Sempat lagi aku depositkan duit dari akaun BSN ke dalam akaun RHB.
* Berposing dengan hadiah henset w760 tu, aku yang mintak org RHB tu ambilkan gambar kat office dia tu. hehehe.. kenangan ni.* Jejalan sorang diri ke Lowyat, tapi taktau nak buat ape sebab dah letih sangat kot kaki berjalan.
* Masuk plaza Imbi hampir sesat sebab tak jumpa pintu keluar. Apa aku dah buat ni??
* Gi KLCC balik naik tren,dah janji nak jumpe kawan (kat U dulu)sebelum kul 12tghari. Dibelanja makan nasi bojari, first time rasa. Lupa nak snap gambor.

Isyhh.. banyak la pulak trivia ni. Ni baru hari pertama (tak termasuk sebelah petangnya lagi ni). Okey la, aku sambung balik citer ni mungkin dalam blog frenster aku kot nanti.

Sabtu, 20 Disember 2008

KEPUTUSAN POSTING KPLI

Wooo... Aku terus online sebaik saje aku terbangun dari tido pukul 3 pagi tadi. Ingat nak tunggu kul tengah malam untuk check posting tapi tertido la pulak. Debaran akhirnya berakhir tapi muncul pulak debaran baru..

Rasa macam terbeliak biji mata bila result posting kuar kat paparan skrin. oh no...!!! aku di-posting-kn ke SARAWAK! Kawasan pedalaman ke? tu yang paling aku takut sekali.. dapat kat sarawak atau sabah aku tak kisah sangat. Tapi kalau dah kawasan pedalaman, cemana aku nak update blog ku ini? Ya tuhan ku.. harap-harap aku tak dapat kawasan yang ceruk pedalaman..amiiiin!

Dah tak semangat dah nak citer pasal misi aku semalam.. Apepun, telefon bimbit sony ericsson w760i akhirnya sudah berada dalam genggaman ku. Thanks RHB bank sebab buat contest ni.. Anyway, aku letih giler jalan-jalan kat k.l semalam.

okey, jumpa lagi..

Jumaat, 19 Disember 2008

CATATAN RINGKAS

Finally, aku berjaya gak sampai ke kuala lumpur walaupun ada 'satu kejadian' yang tak disangka-sangka berlaku. Bas singgah di bandar dungun lebih kurang pukul 11.30pg dan tiba di hentian putra dekat-dekat pukul 6ptg.

Tumpang menginap kat umah kawan (ex-schoolmate), thanks ibrahim.. duduk bual2. dia layan main game pastu. agak lewat kami gi makan malam.

jam kat laptop ni pukul 5pagi, aku ni ngigau ke update blog pagi2 buta ni? takde la, aku sakit perut pastu tengok laptop kawan aku terbukak, terus je online.. dia tido lagi, esok keje kan.. Nasib baik umah dia ada internet.

Misi diteruskan lagi.. perancangan kami; pagi-pagi besok ibrahim terus hantar aku kat RHB centre kat Jalan Tun Razak. Sebenarnya dia pun kurang arif dengan tempat tu. Chaiyok! semuga diriku berjaya sampai ke sana..

okey la, misi membawa pulang henset akan bersambung pada coretan akan datang.

Khamis, 18 Disember 2008

MEMULAKAN MISI RAHSIA

Pagi ni, aku bangun awal-awal. ada misi. nak gi kuala lumpur. tapi sempat lagi aku online sebelum memulakan misi ni. Misi apa tu? hahahah.. sejak aritu lagi samir asyik tanya aku bila nak turun k.l, tapi sampai saat ni aku tetap tak berganjak dari rumahku yang tercinta ni..

Sori la samir, baru semalam aku terfikir nak turun k.l, mungkin aku dah bosan tahap dewa duk kat umah kot.. apepun, samir telah selamat pergi ke k.l tanpa ditemani aku baru-baru ni.. beli ape ek kat Pc fair tu? ke mung dok gi PC Fair? hoohohoo

aku turun k.l ni bertujuan, nama pun misi kan? so aku turn kali ni nak gi collect hadiah yang aku menang. kena gi RHB centre kat sana untuk redeem hadiah. aku ada masuk peraduan masa praktikum baru ni (senyap2 je.. shah dan usop pun tak tau). dan aku menang sebuah henpon lagi. SonyErikson W760. Jangan jeyles tau..

Hmmm.. misi kali ni taktau berjaya ke tak, sebab aku blom beli tiket bas lagi. harap2 ada. aku baru terfikir semalam je dan amik keputusan nak gi k.l hari ni. Fuhhh..jampi kiri, jampi kanan, moga-moga tiket bas ada! maklum la beli on the spot. okey la, misi baru nak bermula. jumpa lagi

Isnin, 15 Disember 2008

MENDUNGNYA CUACA!


Taktau nak tulis apa kat blog sendiri.. Kalau tulis diari kat sini, nanti semua orang baca. Tak privasi langsung. Takde idea nak tulis dalam dua tiga hari ni..sebab 2 hari berturut-turut gi kenduri. Makan daging banyak sangat kot. hehehe..

Rasanya berat badan aku cam naik je bulan ni..next week bedal makan gulai kenduri lagi. hahaha. Dah ler duk umah layan astro je.. sama-sama ngan adik aku layan citer kartun. CartoonNetwork, Nickoledeon, Astro ceria pun layan gak. pastu layan main internet.. Malas nak bukak Yahoo!Messenger, takde mood nak chatting.. kalau chatting macam tak ikhlas je nak jawab (ada jugak ke macam ni??)

Hopefully, lepas di-postingkan nanti, aku masih rajin nak update blog sendiri. Nilah my very first blog. Eh..ye ke? Cis Fahmi tipu.. yang dalam friendster tu bukan ke blog pertama aku? tak, maksud aku my first blog that stand-alone.. yang dalam friendster tu tak aci.. (hehehe, pandai nya menjawab..hohohoh)

nak nengok blog aku kat frenster tu? takde la secret sangat.. jarang update gak.. dan agak berusia jugak la sebab (kalau tak silap) aku start publish sejak tahun 2005. Ni har link nak ke blog aku tuh:
http://zulfahami.blog.friendster.com/


;)

Khamis, 11 Disember 2008

MONOLOG SEEKOR LALAT (kisah penuh debaran..hehehe)

Prolog.
Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku. Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku
'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.
...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa.


******************************************************************

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah korang tahu, cukuplah kalian mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana kebanyakan rakyat Malaysia ini. Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu kurang ajar betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku, dah lah tak bagi signal...' atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway, nasib baik ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak tak tahulah aku...' atau ' Ngko ingat aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak ngko dengan dia lagi, aku bagi kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi sinonim dengan kehidupan kaliansehari-hari.

Aku? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca Domestica atau Lalat Rumah dari keluarga Diptera iaitu serangga yang mempunyai dua sayap. Aku adalah antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di seluruh dunia. Aku berusia 8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi dewasa. Aku sudah menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2hari, sekolah menengah dalam masa 2 hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah dalam masa 3 hari. Kelmarin aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana Muda Makanan dan Sampah Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan, cuma ambil ijazah di tepi tong sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari sesedut makanan, aku singgah sebentar di lorong belakang sebuah bangunan. Aku nampak seorang perempuan yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku singgah sebentar di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada sisa-sisa makanan yang ada sekitar kawasan itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan tangannya sambil mulutnya memaki hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku dihina sebegitu rupa seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku bukan binatang, aku adalah serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa penyakit dan virus yang berbahaya bersama-sama Sang Nyamuk, sekurang-kurangnya aku lebih baik dari dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia dipimpin oleh seorang lelaki masuk ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor aku, engkau lebihkotor, lebih celaka! Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan maki hamun di dalam hati. Aku terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi Tuhan ini. Aku sekadar ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang dan kamu humban di dalam tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan bagi kepada kamu, kamu bazirkan dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih hina? Aku tak pernah sia-siakan sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil kawan-kawan aku. Kami berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku menyapu-nyapu tanganku sebelum menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan kalian yang langsung tidak membasuh tangan. Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi. Itulah kerja aku dan itulah kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong sampah belakang sebuah rumah. Deria rasaku pada kaki-kakiku memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan. Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian. Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat khabar. Aku membacanya sebaris dua dengan mata yang kabur sebab aku mempunyai mata kumpuan yang mampu menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.(aku pandai membaca ketika usia aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan lalat). Isi beritanya memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah, berita rogol, bunuh, culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku terpadam. Dalam masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua. Apa yang biasa aku dengar dalam masyarakat aku hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan sadisnya oleh manusia,kematian lalat yang disembur dengan Ridsect atau Sheltox, kematian lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat terkena renjatan elektrik pada perangkap ultra violet. Berita-berita yang memualkan itu menyebabkan aku segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada selera untuk makan. Kalian memang memualkan aku. Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh dengan bermacam-macam tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan kalian tapi kenapa titik-titik hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi aku? Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir kalian, itu dikatakan manis? Kenapa bila kalian pening-pening dikatakan sebagai pening-pening aku? Kenapa aku dijadikan perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni bangkai? Sedangkan tahi aku dan kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi maklumat penting kepada Pathologist untuk menganggarkan usia kematian kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang dipipiskan lada' ?. Eh, itu burung, ngko jangan nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau. Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata kalian. Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti burung. Terbang tinggi menyapu awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah Tuhan. Dengan sayap-sayap ini aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku cuma mampu hidup selama 40 hari dan sekiranya aku melangkaui 40 hari kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke 100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin kalian tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku mampu hidup sehingga 100 hari dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan berisiko tinggi. Tidak seperti kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya dengan motosikal-motosikal dan kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya, aku masih dipandang hina dan bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi semakin panas. Aku perlu mencari tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran. Bukan tempat yang terlalu sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu, aku mampu pengsan selama berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar sekiranya aku dipanaskan balik dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah tempat yang berhawa dingin, sebuah pejabat yang cantik. Aku masuk dengan menumpang seseorang yang membuka pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku menjadi sedikit dingin terkena hembusan pendingin hawa. Aku terpandang sebuah komputer yang terbuka dan seseorang sedang mangadapnya dengan penuh konsentrasi. Aku singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak menyedarinya. Terlalu asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah Blog dengan nama MY WORLD( @ myworldfahamiz.blogspot.com)...terdapat sebuah catatan tentang seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca cerita pasal lalat? Tak ada kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia sedang berpura-pura berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya membayar gaji dia untuk membuat kerja dan bukannya membaca sebuah cerita tentang entah apa-apa..' bisik hati kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih lagi membaca catatan tentang seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang ending cerita lalat. Menarik sangat kah cerita seekor lalat?. Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh.

*********************************************************************

Epilog.
Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air Nescafe tarik aku pada usia 10 hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke 100 harinya. Mungkin itu sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga 100 hari mungkin dia sudah menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya fikirnya yang tinggi, dia mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia yang membaca cerita ini akan memandang ke belakang kerusinya dan mencari kot-kot ada lalat...)

Khamis, 4 Disember 2008

GUIDE OF BSN:SMS

Berikut adalah kemudahan BSN:SMS (klik untuk besarkan rajah);



*Untuk menikmati lebih penjimatan, kami memperkenalkan nombor talian terus ke rangkaian syarikat telekomunikasi (telco) anda. Sekiranya SMS dihantar ke nombor telco yang sama, kos SMS adalah lebih murah. Walaubagaimanapun, kos yang dikenakan adalah berbeza mengikut pakej telco yang dilanggan oleh pelanggan. Nombor talian terus tersebut adalah:

Untuk pemegang talian Rangkaian CELCOM, setiap mesej urusan BSN SMS sila hantar ke 019-2866180

Untuk pemegang talian Rangkaian MAXIS, setiap mesej urusan BSN SMS sila hantar ke 017-3776180

Untuk pemegang talian Rangkaian DiGi , setiap mesej urusan BSN SMS sila hantar ke 014-3386180

Walaubagaimanapun, penghantaran mesej SMS ke 36898 masih terus digunapakai.

Lebih jimat, lebih pantas. Hanya dengan BSN SMS.

JOM DAFTAR BSN:SMS

kalau korang malas nak gi pejabat pos,bank untuk bayar bil..pastu malas nak gi kedai top up/reload prepaid dan kemudiannya adik korang(atau sedara or rakan2) mintk korang belikan no.pin KPLI, matriks atau sebagainya kat Bank Simpanan Nasional (BSN), akan tetapi korang malas sesangat nak pegi.. jadi daftar la BSN:SMS. senang sangat! pegi kat mesin ATM pun dah boleh daftar..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...