nuffnang

NUFF

Rabu, 31 Julai 2013

MONSTERCHEF: RESEPI DAGING TAUCU BERSAYUR & SUP ISI KETAM CHINESE SYTLE

30 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

Nampaknya kita dah masuk fasa kedua giliran memasak Monsterchef Grenjang. Aku selaku peserta yang berdaya saing tinggi akan menyediakan masakan yang lain sikit dengan tekak orang melayu. Masakan ala chinese style. *Fuuuyooo!*

Nama je chinese style, tapi masih mengekalkan sedikit kemelayuannya.. Chinese style biasanya diorang akan guna bawang putih dan halia sebagai pelengkap masakan, dan juga tak pedas mana. *Best ke kalau tak pedas?*

Dah.. cukup, kita terus menjengah kepada menu utama dulu.


Resepi Daging Tauchu Bersayur

Bahan-bahan:
500 gram daging (aku guna beef bahagian topside)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 inci halia (hiris bulat nipis-nipis)
3 sudu besar taucu (yang tak hancur)
2 sudu besar sos tiram
1 mangkuk kecil air asam jawa
Sedikit kicap manis
Sedikit lada hitam
1 ikat sayur bak choy
1 biji telur
Tepung jagung
*aku tak pakai garam sebab taucu tu dah masin!

Cara-cara memasak
1. Rebus daging sehingga lembut. Toskan dan simpan air rebusan (stok) daging tu. sementara itu celur bak choy juga dalam bekas berasingan.

2. Lumurkan daging dengan sebiji telur dan salutkannya dengan tepung jagung. Sprinkle sikit garam tau! *chewaah.. guna perkataan sprinkle tu! Goreng daging tersebut hingga hampir garing. Ketepikan dahulu.

3. Tumis bawang putih, bawang merah dan halia sehingga naik bau. Masukkan air asam jawa. Hancurkan satu sudu taucu, masukkan ke dalam kuali..

4. Bila dah didih dan kuah agak pekat, masukkan sos tiram, kicap manis, lada hitam dan daging. Biarkan seketika. Tambah sedikit air kalau ianya terlalu kering dari masa ke masa. Masukkan 2 sudu taucu lagi.
 

5. Pekatkan kuah dengan masukkan sedikit tepung jagung. Sementara itu, susun bak choy dalam bekas dengan cantik-cantik dan tuangkan daging berkuah taucu itu ke atasnya.

Orait, resepi seterusnya lagi senang iaitu masakan jenis sup. Yang ini sangat mudah tapi kena cukupkan bahan-bahan la. ß *nasihat chef amatur.


Resepi Sup Isi Ketam Chinese Sytle

Bahan-bahan
1 paket crab meat
1 paket seafood shallop (tofu seafood)
1 paket cendawan jepun (yang panjang2 tu)
2 kiub sup/stok ayam
3 ulas bawang putih
2 inci halia
1 biji telur
Sedikit sos tiram perisa cendawan
Sedikit tepung jagung
Daun sup
Garam

Cara memasak
1. Potong crab meat kepada 3 bahagian. Gorengkan sehingga separuh masak dan ketepikan. Goreng juga tofu seafood. *kenapa tofu aku hangus?*

2. Panaskan air dalam periuk. Masukkan halia dan bawang putih. Bila dah mendidih, masukkan 2 biji kiub ayam, cendawan dan sos tiram. Kemudian diikuti dengan crab meat dan tofu seafood. Biarkan seketika.


3. Bila dah masak. Pekatkan sup dengan masukkan putih telur yang dikepuk terlebih dahulu serta masukkan sedikit tepung jagung. Tabur daun sup yang sudah diracik-racik.


Menu Tambahan: Karipap ala Grenjang. Kenapa mesti ala Grenjang? *Sebab kat Grenjang ni tak cukup alat atau bahan untuk menghasilkan masakan yang perfect! Sekolah ni kan kawasan hulu. Peralatan/ bahan memasak terhad. Guna aje apa yang ada! Haha..

Resepi Karipap ala Grenjang

 

Bahan-bahan

Untuk buat kulitnya
5 cawan kecil tepung (anggaran)
1 cawan air sejuk
3 sudu besar marjerin (planta)
Sedikit minyak masak

Untuk membuat intinya
1 biji ubi keledek (saiz besar)
2 ulas bawang merah (dimayang)
1 ulas bawang putih (dimayang)
1 sudu serbuk belacan (boleh ganti dgn udang kering)
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar cili giling
Isi ayam (kalau ada)
Garam
Gula

Cara membuat
1. Buat inti dulu. Potong dadu ubi keledek. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili giling. Tambah sedikit air bila sudah separa garing. Masukkan Ubi keledek, serbuk belacan, isi ayam dan serbuk kari. Biarkan sehingga keledek empuk. Tambahkan air dari masa ke masa.

3. Jangan lupa masukkan sedikit garam dan gula. Nak letak sedikit air asam jawa pun boleh. Angkat dan sejukkannya.
 

4. Buat kulit karipap: Panaskan marjerin sehingga cair dan tuang segera keatas tepung. Gaulkan dengan sudu. Masukkan air dan uli dengan tangan. Masukkan sedikit-dikit minyak masak (kalau perlu) sehingga doh kelihatan seperti plastisin (lembut dan mudah dibentuk).
 



5. Leperkan doh. Kat sini takde mesin penggelek doh atau kayu penggelek jadi kena guna kreativiti sendiri! *matilah kena gelak sakan kalau orang tau kitorang pakai botel kicap sebagai penggelek! ~ops!*. Guna acuan untuk membentuk karipap dan isikan inti jangan terlalu penuh.

6. Tunggu apa lagi, goreng la dalam minyak sederhana panas. Ermm..sedap!

Selamat berusaha mengerjakan ibadah dengan lebih gigih di sepuluh malam terakhir ramadhan!
~disediakan dan dimasak oleh chef zulfahami zahari

Isnin, 29 Julai 2013

MONSTERCHEF: AYAM MASAK KURMA TELUR PUYUH & JEJARI KENTANG

25 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

Ini adalah pusingan kedua siri Monsterchef Grenjang dan saya beraksi kembali. Ingat lagi tak masakan saya sebelum ni? Apa dah lupa.. Susah tau saya masak Spaghetti bolognese haritu. Boleh korang lupa ye *bunyi cengkerik, diikuti gesekan biola sayu*

Okeh.. saya chef Azizi hari ini nak buat masakan yang kurang mencabar. *Saya tak kisah tersingkir awal #mood sedih*

Kenapa kurang mencabar? Sebab saya nak pakai serbuk/perencah ayam masak kurma je. Saya ikut je instruction memasak yang tertulis kat belakang paket tu. Tokok & kurangkan apa yang patut. Senang!

Maghi la kito layey masokay berbuko ni (jom kita layan masakan berbuka ni)

Resepi Ayam Masak Kurma Telur Puyuh

Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah (dimayang)
1 biji bawang besar (separuh diracik kecil-kecil)
1 inci halia (potong lebar)
1 dozen telur puyuh
1/2 ekor ayam
3 biji kentang (potong enpat)
1 paket serbuk ayam masak kurma
1 paket serbuk santan
Garam
Serbuk secukup rasa

Kaedah Memasak
1. Bersihkan ayam. Sementara itu, rebus telur puyuh sehingga masak sepenuhnya. Kupas kulitnya bila dah sejuk.


2. Panaskan kuali, tumis bawang & halia yang telah dimayang. Bila dah naik bau, masukkan bacuhan serbuk kurma dengan sedikit air.




3. Bila dah sebati dan mula menggelegak, masukkan ayam yang siap dibersihkan dan dipotong dulu. *sepatutnya masukkan kentang dulu, sebab kentang lambat empuk*

4. Masukkan kentang dengan segera dan tambahkan santan bila ianya mula kelihatan menggelegak.



5. Campakkan bawang besar dan sedikit garam serta serbuk secukup rasa. *Main campak je kauu..! Korang ada?* Tambah sedikit air kalau ianya terlalu pekat.

6. Bila kentang dah empuk. Angkat dan tuangkan kuah ayam masak kurma ke atas telur puyuh, hidangkan ketika ianya masih panas. Hurmm..menyelerakan.

Simple tak? Okey, masakan seterusnya lagi mudah. Semudah mudah.my ler. Beli jer Potatoes fries yang dah siap packing tu. Goreng dan tabur sikit garam. Siap!

Jejari Kentang

Bahan-bahan:
1 kg kentang (paket sedia digoreng)
minyak untuk menggoreng
garam
lada sulah

Cara-cara
Nak kena ajar jugak ke? Tengok aje lah caption kat bawah setiap bawah ni:

defrostkan dulu kentang

goreng

taburkan sedikit garam dan lada sulah

Kami kombinasikan ayam masak kurma telur puyuh dan jejari kentang ni dalam satu pinggan, maka jadi la hidangan berbuka ala Mediterranean style.. hehe.

Ahad, 28 Julai 2013

MONSTERCHEF: RESEPI LAKSA SARAWAK & CUCUR SEAFOOD ALA GRENJANG

24 Julai, Dewan Makan SK Nanga Grenjang

CABARAN KEDUA DAN TERAKHIR “MONSTER CHEF 2013” part 1


gambar hiasan (ehsan si google)

LAKSA SARAWAK BY CHEF DINA
Setelah lama memikirkan menu untuk cabaran kedua ini,sy mmilih utk membuat “laksa Sarawak” yang simple tp leceh..yg penting sedap yo….. ini kali pertama sy membuat laksa so,agak krg sikitlah rasanya. Bahan2 sampingan tu blh tkr ikt citarasa masing2.

Bahan-bahan;

Bahan-bahan utk membuat kuah laksa
Pes laksa Sarawak
Air rebusan ayam
Santan
Kiub tomyam,garam dan perasa
Bahan-bahan sampingan;
Mihun (dicelur terlebih dahulu)
Ayam yang telah direbus n dicarik2 isinya
Telur dadar yang dipotong halus
Bawang goreng
Daun bawang dan cili
*Lobak merah dihiris halus(menggantikan sayur taugeh)
*fish cake,crab cake,sotong dan udang
(*dicelur terlebih dahulu)

Bahan-bahan membuat sambal belacan
Cili dan belacan yang dibakar terlebih dahulu
Limau
Sedikit gula

Wahhhh….byk kan bahannya,tp bhn2 sampingan tu blh ditukar mengikut citarasa masing2. Apa yang penting adalah kuahnya.

Cara penyediaan kuah laksa
1          Rebus terlebih dahulu ayam sehingga masak. Angkat ayam dan carik isinya sementara itu air rebusan ayam tadi jangan dibuang.



Sebelum masak kuah, sediakan bahan lain dulu.. bawang goreng dan daun bawang dipotong halus
Sediakan pula lobak(pengganti taugeh), udang, sotong, fish cake dan crab cake yang dicelur.
dan paling penting, celur mihun sehingga lembut..













2          Masukan pes laksa Sarawak ke dalam air rebusan ayam itu dan biarkan ia sehingga menggodak(mendidih). Setelah menggodak,tutup api n tapiskan air tadi untuk membuang hampas2 pes laksa tadi. Kenapa hampasnya mesti dibuang?? Utk mengelakkan kuah kt menjadi kuah majun(ubat untuk wanita lepas bersalin)..hahaha..


3          Stlh dtapis,masukkan santan, kiub tomyam,garam dan perasa dan masak sehingga mendidih.jika kuah tadi ckp lemak,berkrim dan rasa,blhlah padamkan api.
nyaris terlupa untuk sediakan telur dadar ni. telur dadar ni potong nipis memanjang ya!

Cara penyediaan sambal belacan
1          Bakar belacan sedikit,selepas itu tutok cabik dan belacan tadi sehingga lumat dan sebati.

2          Cecah dengan limau kalau nak..

Cara nak makan(hehehe)
Letak  mihun,lobak,fish cake,crab cake,isi ayam,daun bawang,bawang goreng udang,sotong dan cili. Lepas tu,letak kuah n siap!!! Nikmatilah ia dengan sambal belacan bintulu yo…



laksa sarawak yang dimasukkan dalam bekas untuk diberi kepada cikgu bugak

CABARAN KEDUA DAN TERAKHIR “MONSTER CHEF 2013” part 2



CUCUR SEAFOOD ALA GRENJANG
Menu seterusnya adalah cucur seafood..grand jer nama tp sebenarnya cucur udang biasa jer,Cuma tambah sotong. Credit to miss hanis kerana tolong gorengkan…tqvm. Jasamu dikenang hahaha….

Bahan-bahan:
Setengah bijik bawang besar
Daun bawang
Cili
Udang
Sotong
Tepung
Garam dan perasa
Air

Cara-cara penyediaan;
1          Potong dadu bawang besar,cili dan daun bawang. Udang dan sotong dihiris sedang2 besar dan masukkan kedalam bekas bersama bawang,cili dan daun sup.


2          Masukkkan tepung dan campur sedikit air dan kacau hingga sebati dan pekat sedikit. Lepas tu goreng sehingga ia kekuningan. Siap,enak dimakan dengan sos dari Terengganu.



sos pencicah terengganu ciptaan cikgu fahmi

yummehh!!

Setakat ini sahaja cabaran monsterchef 2013 saya pd Ramadan kali ini. Semoga tahun depan kita akan berjumpa lagi. Thanks to my frens Chef Ejan, Chef Fahmi,Chef Hanis dan Chef Azizi kerana sudi merasai hidangan saya yang grand gitu…hahahaha.grand lah sangat……. Selamat Hari Raya Aidilfitri..excitednya…

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...