Sebelum aku pulang ke hotel, aku ada berbincang dengan supir, Pak Asep sedikit tentang rencana ke Dieng. Deal aku dengannya tak berjaya. Dia tak dapat bawak aku. Aku rasa sikit kecewa.
Walau bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk tolong aku, dia minta kawan supaya menggantikannya. Jadi aku segera setuju. Kawannya akan menggunakan kereta sewa avanza yang sama untuk membawa aku ke Dieng keesokan harinya. Perjanjian dibuat. Jam 7 pagi aku harus tunggu di hadapan hotel. Bayarannya cuma 375ribu rupiah untuk satu hari. Duit makan supir & minyak tak termasuk.
9 Februari
Aku bangun awal pagi ni. Kat sana, pukul 5pagi dah terang-terang tanah tapi masih dalam waktu subuh. Malam sebelumnya, aku ingat nak round-round kawasan sekitar hotel tapi disebabkan rasa lenguh belum hilang, aku hanya layan tv dalam bilik je. Lagi pun perut dah kenyang. hehe..
Breakfast kat hotel ini disediakan seawal pukul 6.30 pagi. Pukul 6.40 pagi aku terkial-kial cari kupon breakfast yang pihak hotel bagi kelmarin. Habis poket seluar aku selongkar, rupanya dalam dompet aku simpan. Dah jumpa, terus gi makan. Menunya cuma ada dua pilihan, nasi rames atau roti bakar.
Opkos la aku makan nasi rames, nak rasa masakan tempatan la kononnya. Nasi rames ni semacam nasi campur. Ada berbagai-bagai lauk termasuk juga mee goreng. Dah macam nasi ambeng pulak.
Tasik Cebong
Stesen Janakuasa Geotermal
Pulang ke Semarang
Walau bagaimanapun, dia tetap berusaha untuk tolong aku, dia minta kawan supaya menggantikannya. Jadi aku segera setuju. Kawannya akan menggunakan kereta sewa avanza yang sama untuk membawa aku ke Dieng keesokan harinya. Perjanjian dibuat. Jam 7 pagi aku harus tunggu di hadapan hotel. Bayarannya cuma 375ribu rupiah untuk satu hari. Duit makan supir & minyak tak termasuk.
9 Februari
Aku bangun awal pagi ni. Kat sana, pukul 5pagi dah terang-terang tanah tapi masih dalam waktu subuh. Malam sebelumnya, aku ingat nak round-round kawasan sekitar hotel tapi disebabkan rasa lenguh belum hilang, aku hanya layan tv dalam bilik je. Lagi pun perut dah kenyang. hehe..
Breakfast kat hotel ini disediakan seawal pukul 6.30 pagi. Pukul 6.40 pagi aku terkial-kial cari kupon breakfast yang pihak hotel bagi kelmarin. Habis poket seluar aku selongkar, rupanya dalam dompet aku simpan. Dah jumpa, terus gi makan. Menunya cuma ada dua pilihan, nasi rames atau roti bakar.
Nasi rames disajikan dengan kepingan keropok. Boleh tahan rasanya.
Aku tunggu supir datang, sempat la snap 2,3 keping gambar. 15 minit selepas pukul 7 baru dia sampai. Katanya dia tak tahu lokasi hotel ni.
Hotel ni boleh dikatakan agak murah jugak la. Dalam rm50 je satu malam.
Baiklah, nama supir yang bawak aku ke Dieng Plateau ni ialah Shafudin. Umurnya sebaya aku je. Kereta Avanza hitam yang sama seperti kelmarin juga aku naik.
Perjalanan ke Dieng Plateau akan melalui kawasan yang berbukit-bukit sebelum sampai ke sana. Jalannya sempit dan kadang kala berlubang-lubang.
Supir keluar dari kota semarang menggunakan hi-way, katanya lebih cepat kerana tak macet. kalau tak silap aku, sekitar 10ribu rupiah untuk bayaran tol. sepanjang perjalanan, aku layan borak dengannya.
Laluan menjadi sempit dan sukar (mendaki) apabila memasuki kawasan Bandungan. Ya, umpama kota Bandung, tempat ini juga merupakan kawasan tanah tinggi. Udaranya dingin. Jalannya mengikut lereng berbukit. Di sini juga terdapat sebuah tapak candi lama yang agak luas. Candi Gedong Songo.
"Mahu mampir ke candi ini ya, mas?"
"Teruskan aja. Cuba lihat langit pagi ini. Kayaknya seperti mahu hujan"
Aku sememangnya mahu singgah, tapi tujuan ke Dieng plateau harus diutamakan dahulu. Makan masa juga kalau singgah di situ. candi tersebut bukannya terletak di tepi jalan. Perlu melalui simpang kecil lain.
Jumpa Masjid Temanggung on the way ke Wonosobo
Jalannya.. Ya ampun, sempit bangat!
Dari Temanggung ke Wonosobo akan jumpa dua gunung, di sebelah kanan (gambar atas) adalah Gunung Sikono dan di sebelah kiri jalan adalah Gunung Sumbing.
Ada kereta kuda atau dipanggil Bendi
Memasuki daerah Wonosobo
Menuju ke Dieng
Korang tau tak bahawa Dieng ni sebenarnya terletak di dataran tinggi? Dah namanya pun Dieng Plateau. Tahu maksud plateau?
Baiklah, aku bagitau sikit keistimewaan tempat ini. Dieng pada dahulu kala merupakan kawasan pergunungan dan menjadi plateau akibat letusan gunung berapi suatu ketika dahulu. Dieng masih kekal sebagai sebuah kawasan yang aktif volkanik, tetapi tidak mampu untuk meledak seperti gunung volkano aktif yang lain. Ini kerana tekanan magma di bawahnya tidak mampu untuk menghasilkan letusan super.
Kawasan Dieng Plateau ni sangat nyaman dan sejuk. Dikatakan, sekitar bulan julai dan ogos, embun pagi di Dieng boleh bertukar menjadi titisan-titisan ais!
Sepanjang perjalanan aku menuju ke Wonosobo (kota terdekat Dieng), akan menyaksikan tanaman padi di lereng bukit, tetapi sebaik sahaja memasuki wilayah Dieng pokok-pokok kentang pula menghiasi lereng-lereng bukit! Menarik bukan?
Ayuh kita melawat tempat-tempat menarik di sana. Supir memandu terus ke candi Arjuna yang terletak di Dieng Plateau. Bayaran 10ribu rupiah dikenakan. Tiket ini mencakupi wisata di Candi Arjuna & Kawah Sikidang. Layan gambar kat bawah ni.
Alhamdulillah, cuaca semasa tiba ke Dieng cerah walaupun sedikit berawan.
Ramai juga yang datang melancong ke Dieng ni.
Candi-candi bertebaran.
Korang boleh bergambar dengan manusia-manusia bertopeng ni, tapi kena bayar sikit lah..
Setelah puas pusing-pusing kat situ, aku ke parkir. Supir dah tunggu dalam kereta. Aku ingat nak melawat muzium yang ada kat depan parkir Candi Arjuna tu, tapi tak kesampaian kerana supir beriya-iya memanggil aku sambil mengundurkan kereta. Takpe la, aku pun malas juga nak menapak ke muzium tu. Kat parkir tu juga ada satu lagi candi kecil, namanya Candi Gatotkaca. Aku just tengok dari tingkap kereta je.
Next, kami pergi ke Kawah Sikidang. Kawah ni adalah lumpur bercampur belerang yang mendidih-didih akibat pemanasan di dasarnya. Turun je dari kereta, aku diserbu oleh penjual-penjual topeng menutup hidung.
"Mas, masker.. masker.. Buat hindar bau belerang"
Tapi aku tak hiraukannya. Kuat juga bau belerangnya. Aku masih dapat bertahan. Aku mulakan langkah
Dieng Plateau Theater
Desa Tertinggi & Kaki Gunung Sikunir
Tasik Cebong
Stesen Janakuasa Geotermal
Telaga Warna
Pulang ke Semarang