nuffnang

NUFF

Khamis, 21 Jun 2012

REVIEW: KEM GERAK GEMPUR 2012

Program: Kem gerak gempur zon krian 2012
Tempat: SK Kabo Hilir
Tarikh: 18 - 21 jun


Sepanjang program berlangsung, tiada perkara buruk berlaku. Aku cuma nak highlight kan aktiviti yang berlangsung pada hari rabu, 20 jun. Kenapa? Sebab masa tu aku kena conduct ler murid seramai 34 orang dari 4 buah sekolah.

Nasib baik aku dah prepare sedikit bahan untuk digunakan semasa pengisian program tu. Aku ada sediakan cetakan tips menjawab soalan kertas 1 dan 2 bagi Matematik UPSR. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila emel terus kepada aku kat fahamiz@yahoo.com (aku boleh kasi yg softcopy), malas la nak upload kat sini..

Bagi aku, pencapaian murid-murid masih perlu diperbaik lagi. Anak didikku pula yang seramai 10 orang ke sana masih belum dapat menggembirakan hati. Cuma 2 orang sahaja yang mencapai target.

Selasa, 12 Jun 2012

TELATAH: TEMPAT DUDUK KAT SITU?

Kelmarin aku masuk kelas tahun 5 dan aku dapati mereka telah susun semula meja dengan susunan baru. Murid-murid perempuan dikelompokkan pada bahagian kiri kelas dan lelaki pula pada bahagian kanan kelas. Meja di susun secara berdua-dua tetapi terdapat satu meja tanpa partner (meja single).


Cikgu: Cantik susun atur macam ni, lebih kemas..
Murid T5: Betul ke cikgu?
Cikgu: Iye lah, cuma kenapa ada satu meja kat tengah tu?
Murid T5: Ooo.. itu tempat Jabu. Dia tak datang.
Cikgu: Aik, mentang-mentang tak datang, kamu letak kat situ?
Murid T5: Kami dah susun elok macam ni. Perempuan kiri, lelaki kanan..
Murid T5: Jabu kena duduk sorang-sorang. Padan muka, ponteng sekolah!
Cikgu: Tak baik cakap macam tu. Kalau kiri utk perempuan, sebelah satu lagi untuk lelaki.. kat tengah-tengah ni macam mana pula?
Murid T5: Pondan!
Cikgu: Ha ha ha.. (macam-macam anak didik aku ni)

Isnin, 11 Jun 2012

AIRPORT SIBU MASIH DI-UPGRADE

Selepas habis hari pertama persekolah pada separuh tahun kedua ni, aku bergegas ke lapangan terbang Sibu untuk mengambil kawan yang baru tiba ke bumi sarawak. Seperti biasa perjalanan sehala ke sana mengambil masa kira-kira 3 jam (dari sekolah ke airport).

Airport masih belum siap sepenuhnya di-upgrade. Masih dalam kerja-kerja menaik taraf. Dijangka siap sebelum akhir tahun ini. Gambar kat bawah ni dicilok dari blog aimi-az.blogspot.com, kredit kepada beliau.

Ahad, 10 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Arini adalah hari terakhir cuti pertengahan tahun persekolahan sesi 2012, rasa berat la nak masuk sekolah. liat nak mulakan kerja. Dua minggu memang tak cukup, kalau setahun baru cukup.


Pesanan penaja kepada anak didik & rakan sejawat aku sekalian (termasuk aku); 
"Fokus dan Lebih Berusaha untuk separuh tahun seterusnya ini. Jangan Leka!"

Sabtu, 9 Jun 2012

CAMBODIA TRIP; MUKADDIMAH

Sebelum aku buat entri pasal trip aku ke cambodia a.k.a kemboja, aku nak citer sikit perancangan awal dan sebenarnya trip kali ini hampir-hampir dibatalkan!

Korang pasti tahu cambodia ni terletak di Asia Tenggara. kalau tak tahu, nampak sangat korang ni sangap giler bab geografi. kedudukan sebenarnya seperti yang tertera pada map yang aku dah letak..

Trip kali ini juga adalah masih aku sebagai solo traveller. Dan asalnya adalah berdua, tetapi terjadinya aral, maka aku sorang je yang mengharunginya sorang diri..


Tiket ke sana memang dah beli awal-awal lagi dan memang benar-benar murah. Aku dan seorang lagi partner (yang aku kenal melalui internet) memang dah rancang pasal trip ni. Kami siap study dengan gigih pasal negara bekas rejim khmer ni.

Kami telah mengagihkan tugas. Jadi ini dapat meringankan beban dan lebih fokus. Tambahan pula, kami hanya memperuntukkan waktu yang terhad untuk aktiviti melancong di Cambodia. Cuma 3 hari dan 2 malam sahaja. singkat bukan?

Tugasan diberi. Aku fokus kepada Phnom Penh dan partner aku pula kena study pasal Siem Reap (Angkor wat). Kami dah buat ringkasan itinerary sebenarnya. Tetapi, bila tiba waktu yang ditunggukan, partner aku tak diluluskan cutinya dan tepaksa membatalkan trip kali ini.

Aku juga memang ingin membatalkan juga walaupun cuti aku dengan mudahnya di-approve! tetapi last minute(dlm 5 hari), aku tukar fikiran dan aku tak maklumkan pun pada partner aku *sori, aku sengaja tak bagi tahu, takut dia menggelupur nak join jugak..hehe* habis la reputasi dia kalau ponteng kerja kan..


Tunggu aku ada mood, baru aku akan tulis pasal trip kali ni. Tunggu..

Jumaat, 8 Jun 2012

BERSEDIA UTK KEM GERAK GEMPUR

Baru aku teringat pasal kem ni yang akan diadakan selepas naik cuti nanti. Ada beberapa tugasan yang belum aku sempurnakan lagi untuk program ni. Dah akhir cuti baru terpikir. *seronokkah cuti sekolah?*

Tapi tak banyak yang kena buat, tapi kalu tak buat, lagi banyak la benda tertangguh.. nak pikir pasal trip akan datang lagi.. wokeh, program ni sebenarnya mengkehendaki aku (*betul frasa tu?) menjadi fasilitator kepada murid-murid dari 4 buah sekolah. Program berkelempok ini adalah acara tahunan untuk murid-murid yang bakal menghadapi UPSR dalam zon krian.


Yang pasti, bukan aku sorang aje yang akan jadi fasi tu.. Err, apa yang aku kena buat ni? Nanti aku check semula 'note' yang aku dah sediakan tu.


Khamis, 7 Jun 2012

BACKPACKER STYLE?

Setakat ni, aku belum pernah mengambil mana-mana pakej yang dianjurkan oleh travel agent kalau pergi melancong. Semuanya aku rancang sendiri.

Tapi bukan semuanya aku buat macam backpacker style. Aku lebih kepada low-budget style je.. macam sama je kan? Apa beza backpacker-style dengan low-budget style ni?



Bagi aku, kalau backpacker style ni main redah je bila sampai tempat yang dituju (meskipun dah study kaw-kaw kawasan tu. Main redah? Ya lah, sampai sana baru nak cari pengangkutan, baru nak cari tempat tinggal dan explore dengan gigih mengharapkan peta & info yang dah tahu. memang berisiko. Silap langkah tidur merata-rata la dan boleh jadi ketinggalan bas/keretapi/flight!

Paling aku takut adalah ketinggalan flight (tiket on-the-spot mahal weh)! FYI, aku selalu travel dalam masa yang singkat dengan memaksimumkan aktivitinya jadi kalau tersilap perhitungan, habes la aku! Oleh demikian, aku lebih senang travel dengan low-budget style.

Ni la low-budget style aku; Aku akan cari hotel paling murah dan booking siap-siap, buat homework tentang kawasan sekitar hotel, transport, tempat makan, dan cari dalam internet tour yang betul-betul murah kalau nak join. Hinggakan airport transfer pun akan aku booking awal-awal kalau ianya terlalu murah! Maknanya di sini, aku akan booking siap-siap semuanya(kalau betul-betul murah atau berbaloi) sebelum tiba kat kawasan yang aku nak gi tu..

Rabu, 6 Jun 2012

SEJAUH INI.. 40,000KM

Selepas 2 tahun aku memandu kereta aku ke hulu ke hilir, akhirnya ianya telah mencapai 40,000km. Walaupun aku jarang guna kereta untuk keluar masuk jalan ulu krian yang teruk tu lagi jauh, jarak yang tercatat masih menunujukkan ianya telah digunakan macam terlalu kerap. Kenapa?

Sejak aku ada kereta ni, memang hebat sikit kaki aku melangkah. kalau hujung minggu, ada saje perancangan jalan-jalan! tak kira la, dalam negeri ke.. antara negeri bah kan luar negara juga! 

kalau tak silap aku, sewaktu bacaan ni aku on the way ke airport sibu (kat area jakar)

Korang kena amik tahu bahawa jarak satu tempat ke satu tempat lain dalam sarawak ni sebenarnya agak jauh. nak pergi satu bandar ke bandar lain juga memakan masa sekurang-kurangnya 45minit.

Disebabkan aku suka travel keluar sarawak, maka airport menjadi destinasi feveret aku la. Ada dua airport yg selalu aku singgah, airport sibu dan airport kuching. Dari saratok ke airport sibu hampir 2 jam perjalanan dan kalau ke airport kuching pula lebih 4 jam! Itu tak dikira dari sekolah aku lagi..jauh lagi!

Selasa, 5 Jun 2012

MAJLIS PERPISAHAN; SELAMAT BERPINDAH!

Hari guru yg disambut minggu yg lalu lebih spesel kerana ianya disambut sekali dengan majlis perpisahan cikgu faiz. Dan kami meraikannya dengan memberikannya peluang untuk berucap, berkumpul bersama murid-murid  serta semua warga sekolah dan tidak lupa juga mengadakan jamuan perpisahan di akhir majlis.

kek hari guru yg ringkas

Cigu faiz berbaju hijau.. selamat berpisah!

sekolah juga menghadiahkan cenderamata kenang-kenangan

"semoga berjaya anak muridku walaupun saya berpindah ke sekolah lain..", pesan cikgu faiz



Ahad, 3 Jun 2012

SEPUPUKU KAHWIN, 2 SERENTAK

okeh.. tajuk macam nak bagitau yg sepupu aku ni kawen dengan dua orang isteri sekaligus bukan? tapi bukan. no, no, no.. sebenarnya 2 orang sepupu aku(adik & kakak) telah melangsungkan majlis walimah serentak. Satu kenduri, ada dua pasangan ler.. faham?

roll out!






Sabtu, 2 Jun 2012

TELATAH: "HARI NI, CIKGU FAIZ TAK DATANG DAH.."

Terlebih dahulu aku nak ucapakan selamat berjuang dan semoga dilimpahi nikmat apabila tiba di sekolah baru nanti kepada encik faiz..

cikgu faiz berbaju hijau sedang melayan murid-muridnya yang nyabak bermai-ramai


Beginilah kisah & telatah anak-anak didikku..

Kisah bermula di dalam kelas tahun 6. Di awal pagi. Kelas baru nak start..
Kelas matematikku pada hari ini; berbincang kembali soalan exam baru-baru ni.

   Aku: Kamu semua mesti lakukan operasi darab dulu barulah campurkan jawapan tu.
   Murid-murid: Baiklah cikgu.
   Aku: Okey, sekarang cuba kamu semua semak soalan ni

sambil mereka buat kerja yang disuruh, aku mencelah sambil memancing emosi mereka..

   Aku: Nampaknya betul la kata cikgu faiz, kemarin hari terakhirnya di sini.
   Murid-murid: Cikgu bulak (tipu), kenapa cikgu faiz kata dia akan datang lagi hari ni.
   Aku: Iye ke?
   Murid-murid: Amat (benar) cikgu! sehari tuk (hari ni), hari last kat sini.
   Aku: Habis tu, kenapa kelibat cikgu faiz tak muncul-muncul lagi?
   Murid-murid: Kejap lagi dia sampai la, lambat sikit..
   Aku: Tapi, cikgu faiz bagitau saya dia tak datang dah hari ni..

lepas tu, mereka dah tak buat kerja yang aku suruh buat. layan berborak la pulak..

   Murid-murid: Jadi kenapa dia kata nak datang?
   Aku: Dia tak nak kamu menangis sebab tu dia taknak datang.

mereka tak puashati dengan alasan aku. memang benar, cikgu faiz ada pesan supaya mereka tak nangis kelmarin. cigu faiz memang berjaya menahan air matanya walaupun anak muridnya tersedu-sedu menangis, bukan sorang dua tapi ramai!

   Murid-murid: Kami rasa cikgu faiz tak tipu. Dia akan datang!
   Aku: Ala kamu semua ni, tak paham lagi ke? Cikgu faiz cakap je arini  dia nak datang, tapi tak datang.. kelmarin dia cakap macam tu sebab tak mahu kamu menangis memanjang! nak pujuk kamu supaya jangan nyabak(nangis)!
   Murid-murid: Cikgu tipu...

Sambil lihat jam tangan dan mata melilau ke luar kelas, aku terus menjawab;

   Aku: Ada kamu dengar bunyi motorsikal dia? Dah lewat ni, hampir pukul 8 pagi dah ni.
   Murid-murid: Dia lambat sampai lah tu..
   Aku: Okey, kamu tak percaya? tunggu la..

Kemudian aku meneruskan sesi P&P lagi. Beberapa mata murid sekali sekala meninjau keluar kelas. Tiba-tiba bunyi motosikal kedengaran. Mereka berdiri serentak sambil melihat menerusi jendela. Hampa. Motosikal itu milik bapa murid yang menghantar anaknya ke pra-sekolah. tak lama kemudian muncul kereta cikgu noi dan diikuti dengan kereta kerani sekolah. Mereka tak fokus belajar. Aku tahu. Sengaja biarkan mereka. Kemudiannya aku bersuara sebaik menghabiskan langkah pengiraan pecahan di papan hitam.

   Aku: Haaa.. saya dah cakap. cikgu faiz tak datang! Semua orang dah masuk sekolah. Jam sudah pukul 8 lebih ni!
   Murid-murid: betul ke cikgu faiz pesan macam tu kat cikgu? Dia tak datang?
   Aku: Ye lah.. itu lah kamu, kemarin tak nak tengok muka dia puas-puas! rugi? kesian..

Beberapa murid perempuan kelihatan sugul. sedih kot. ada juga matanya kelihatan berkaca. mahu nangis gamaknya. aku meneruskan drama melankolik lagi sambil membuaikan kata-kata kecewa. hehehe...

sedih sungguh. menangis sungguh-sungguh mereka 


dan aku meneruskan lagi kerjaku; mengajar dengan nada sayu..(boleh jadi pelakon ni!). Murid-murid memang dah hilang tumpuan dah. tak senang duduk. ada yang menukup muka ke meja.

Tiba-tiba.. prenggg tut-tut-tut bunyi motosikal memecah kesungguhanku menyampaikan maklumat. Masing-masing tanpa disuruh berdiri dan menuju ke tingkap kelas. Sebaik sahaja melihat kelibat cikgu faiz, meraka terus bersorak keriangan. betul-betul menjerit 'yeaayy-yeaayyy'.. aku tersenyum. memang dah jangka!

dramaku pun terhenti di situ.. sayang jugak mereka pada guru yang bakal berpindah tu!

Jumaat, 1 Jun 2012

API..API.. FIRE DRILL !!

Rentetan ceramah keselamatan kebakaran bulan april yang lalu, kami yang terdiri daipada lembaga warden dan PPM telah membuat persiapan rapi bagi menguji anak-anak didik sekolah ini bagi menghadapi kebakaran. Latihan telah diberi pada se belah petangnya dan sebelah malamnya pula warga asrama dikejutkan dengan fire drill! hehehe..

Krew yang terlibat

Tunok jangan tak tunok.. (tunok tu maksudnya bakar..)

Berhimpun selepas loceng kecemasan dibunyikan

ada yang masih mengantuk dan mamai..

sedikit kata-kata nasihat kepada mangsa dan warga asrama

Antara mangsa 'rentung' pada kejadian fire drill. nyeyak sungguh diorang tidor, loceng pun sampai tak dapat kejutkan mereka

aktiviti denda ringan. nyanyi sikit sebelum dibenarkan sambung zzzz..

Fire drill dibuat pada 24hb Mei.. terima kasih kepada mereka yang terlibat & memberikan kerja sama!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...