nuffnang

NUFF

Khamis, 31 Mei 2012

HARI GURU 2012

Sambutan hari guru tahun ini disambut agak meriah jugak la. Sambutan ini ditunda pada 23 Mei kerana pada 16 Mei yang lalu, peperiksaan pertengahan tahun peringkat sekolah berjalan dengan rancaknya. Rancak? hehee..

Tahun ni, kami buat sambutannya dalam bentuk sukaneka. Sukaneka ini dikendalikan sepenuhnya oleh kakitangan sokongan sekolah seperti PPM, penyelia asrama dan lain-lain. Kutipan dibuat sempena menyambut hari yg meriah ini. Rm10 utk para guru & rm5 utk kakitangan sokongan. Dan hasilnya..

Persembahan poco-poco sebagai pembuka tirai. Kemudian cikgu-cikgu pulak kena ikut serta!

selepas ucapan & protokol rasmi, majlis dihangatkan dengan acara sukaneka. ada 10 acara semuanya. 
oh, tidak kami didera.. oh my english! tetiba je kan..

Untuk menambah perisa, kami dikelaskan kepada 4 kumpulan bersama-sama tukang kebun, jaga sekolah &  murid-murid terpilih(pengawas sekolah) sebagai rakan sekumpulan. Kumpulan diberi nama unik iaitu Angsa Ganas, Beruang Comel, Cimpanzee Miang dan Dugong Gatal. hahaha...

Acara di atas adalah acara paling meletihkan & menyeksakan kaki. Apepun acara yang dipertandingan pasti  mengundang hilai tawa.

eh, aku ada gak. time ni kusyuk isi air dalam botol. Yang pasti, kumpulan aku tetap dapat tempat terakhir! haha..

Walaupun disambut agak lewat iaitu pada 23hb Mei, best la jugak..

 err, ada lagi sambungan citer pasal hari guru ni sebab ianya disambut sekali dengan majlis perpisahan rakan seperjuangan ku, sila baca seterusnya di sini

Rabu, 30 Mei 2012

CERAMAH KESELAMATAN KEBAKARAN

Tarikh: 17 April 2012
Tempat: Dewan Sekolah SK Ng Grenjang
Jemputan: Jabatan bomba & penyelamat malaysia

Walaupun agak lewat utk dimasukkan dlm blog ni, tapi sekurang-kurang tak dilupakan terus kan.. *sebenarnya m.a.l.a.s !!*

Melalui surat permohonan oleh pihak pentadbiran sekolah, Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia bersetuju memberi ceramah dan membuat demostrasi kebakaran di sekolah kami. Sungguh berbesar hati akan kehadiran pihak penceramah dan kalungan terima kasih diberikan kepada usaha mereka. * bacalah ayat formal ini yang dituturkan oleh pengacara majlis* haha..

okey, layan pic berikut & perhatikanlah keadaan sekolah kami yang "meriah" ni..hehe

Lama jugak ceramah ni. Pada pendapat aku.. penceramah terlalu banyak menggunakan bahasa melayu dialek sarawak sedangkan murid-murid kat sini semuanya berbangsa iban. Faham kah? sedangkan aku cakap melayu standard pun diorang kurang faham..

Suasana dalam kelas tahun 6 merangkap dewan sekolah. agak uzur kan? 

cenderamata satu kemestian. walaupun sekolah kami di ceruk saratok, kami tetap menghargai jasa mereka yang bersusah payah bertandang ke sekolah kami.

murid-murid yang tak sabar menunggu demostrasi memadam kebakaran

bomba sibuk buat preparation

siap sedia. bagi taklimat terlebih dahulu

lawatan ke asrama sekolah

Selasa, 29 Mei 2012

PAMERAN RAJA KITA

Alamak, baru nak tulis entry ke? Haha. Walaupun banyak cerita nak dikongsi, tapi jemariku tersangat lah malas nak menaip. *matila..salahkan jari*



Okey, pameran Raja Kita yang berlaku di Istana Lama, Kuala Lumpur sebenarnya telah berlangsung sejak 16 April yang lalu dan akan berakhir 15 Jun nanti (maap kalau silap info).

Aku mengambil kesempatan ke sana dengan menggunakan tiket penerbangan promo Air Asia yang telah dibeli sejak tahun lepas. Murah. Cuma RM41 pegi-balik Sibu ke Kuala Lumpur. Meskipun tiket dibeli awal, perancangan ke pameran ini adalah 'kebetulan'. Mudah kalau ke Kuala Lumpur, sebab ada rumah kakak aku sebagai tempat menginap. hehe..

Pagi-pagi lagi, kami bergerak ke tapak pameran. Kami datang bertiga, kakak & anaknya serta aku la.. Parking memang takde problem, sebab kami sampai awal. Hampir-hampir pukul 9pagi kami dah terpacak di situ. Nah, sedikit gambar sebagai tatapan korang. *sambil berlagu...RAHMAT BAHGIA, TUHAN KURNIAKAN, RAJA KITA SELAMAT BERTAKHTA..*

Akan ketemu bahagian ini dulu sebelum melangkah ke tapak pameran

sebelah kiri roundbout tu, tempat parkir kereta raja. (tiada dlm gambar)
Banting & banner bertaburan di perkarangan masuk istana

Kat bahagian dalam bilik pameran. Semuanya tentang raja & pasal YDP Agung

Kat dinding pula ada terpampang gambar YDP Agong sejak dulu sampai sekarang

Pakaian ketika perlantikan YDP Agong


Barangan koleksi YDP Agong sekarang turut dipamerkan

Barang kebesaran Di-Raja

Koleksi jam yang pernah dipakai oleh YDP Agong

Baca lebih lanjut tentang koleksi jam di sini

Walaupun masih awal pagi, pengunjung tetap ramai!

Pakaian permaisuri

Cuba teka, gerangan siapa empunya passport?

Ini juga..

err.. lupa dah. apakah ini?

pertanyaan ku berterusan..???

Bunga Emas. masih ingat pasal ufti dalam sejarah buku sejarah melayu?

ruang pameran tentang negeri2 & institusi beraja

wajah-wajah YDP agong kita..

Apakah ini? Bersaiz melebihi satu hasta panjangnya. Inilah cop mohor!

jubah konvo pun ditayangkan jugak!

Singgahsana. daulat tuanku..

Barang kebesaran Di-Raja

tulen tau semua ni..

Cokmar. tau tak apekah fungsinya?

Singgahsana difokus lebih dekat..

Korang tengok tak pertabalan YDP Agong tempoh hari? aku tak.. ceh, sibuk tanya orang lain kan?

Pingat kebesaran

Lagi..

Ketika majlis pertabalan (baca kat ruang pameran aje)

layan aje la.. letih nak tulis caption..









Finally, hampir sejam mengumpul maklumat dalam kepala & mundar mandir dalam bilik pameran, akhirnya aku pun keluar. Oppss..lupa nak bagitau, kena bayar rm3 sekiranya korang amik gambar dengan kamera henpon & rm5 dengan kamera biasa kat dlm bilik pameran. Apepun, memang santai la..




Seterusnya, kami ke rumah sedara yang berada di segambut untuk meraikan hari perkahwinannya yang jatuh pada cuti hari wesak. Tak sia-sia aku beli tiket flite ni. Adios!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...