nuffnang

NUFF

Ahad, 18 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 7) - Apa Nak Buat di Cebu?

Hari ini, hari terakhir aku di Cebu. Sebenarnya banyak perkara dapat dilakukan di sini. Aku cuma ada setengah hari sahaja dan belum sempat explore dengan sepuas-puasnya.

Walaupun setengah hari, aku dah puashati juga sebab rencana yang aku buat berjaya. Dapat naik jeepney, melawat tempat bersejarah, melihat panorama Cebu dari atas, menyaksikan sunset yang cantik, dan menambah adrenalin menaiki ride yang menggayatkan!

Oleh kerana aku pernah merancang untuk bercuti di Cebu selama beberapa hari, jadi aku boleh bagi idea kepada korang kalau datang ke Cebu.

Sabtu, 10 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 6) - Persian Palate, Restoren Halal di Cebu

Berjalan di waktu malam di Cebu boleh dikategorikan sebagai selamat selagi tidak melalui lorong-lorong kecil dan gelap. Sebaiknya lalu di kawasan ramai orang.

Dari Crown Regency Hotel, tuju ke arah Fuente Osmena. Kat situ ramai orang tempatan lepak, mungkin kerana kat tengah-tengah roundabout tu ada fountain dan agak luas.

lambang star merah tu Hotel Crown Regency
Tapi aku tak pergi pun, cuma lihat dari jauh aje. Ada misi yang lebih penting. Isi dulu perut! Aku takut kedai makan tu tutup je. Walaupun baru jam 8 malam, tapi keadaan keliling macam dah gelap sangat.
Persian Palate kat Mango Square Mall, pintu masuk dekat National Book Store ni
akan jumpa Caltex dulu (terletak di sebelah Mango Square Mall)
Kena naik jejantas kat area Robinson's Supermaket sebab jalannya agak sibuk meskipun waktu malam. Hotel aku dekat je dengan jejantas tu. Restoren halal Persian Palate ini terletak dalam Mango Square Mall.
pintu depan Persian Palate. Tak berapa besar kedai makan ni..
Ada beberapa lagi cawangan Persian Palate di Cebu ni, dekat Ayala Mall pun ada jugak. Restoren halal ini ada facebooknya sendiri. 


Nah buku menunya.. boleh la kalau nak servey..





Oleh kerana nafsu lapar yang meluap-luap, aku pun order la makanan paling mahal dalam menu tu iaitu Lamb Cabsa.

Apabila sampai aje hidangan, terkejut aku.. banyak giler portionnya. Dua orang makan pun boleh kenyang!

Aku tak boleh nak judge rasa masakan parsi ni sebab jarang makan. Lagi pun kalau kata sedap sangat mungkin perut tengah lapar. Bagi aku sedap tapi masih tak dapat nak habiskan sepinggan nasi tu walaupun aku ni penggemar daging kambing.



Kedainya tak ramai orang, mungkin sebab dah malam kot. Aku cuba intai-intai jugak orang yang masuk kedai makan ni, mana lah tau boleh terserempak dengan orang luar.. tapi tak ada, cuma orang tempatan je.

Usai makan, aku terus balik ke hotel. Tak sanggup lagi nak ushar tempat lain. Badan pun dah melekit-lekit.


Sebelum masuk bilik, singgah kat kaunter mintak diorang book teksi untuk aku pergi ke airport esok pagi. Masuk bilik terus mandi dan solat. Mata belum dapat pejam lagi dan aku ambik kesempatan surf internet guna wifi hotel.

Wifi selalu terputus-putus, dan end up, aku bukak tv dan kemudian tv pulak tengok aku tidur terbungkang sampai keesokan paginya..

***Bersambung...

Jumaat, 9 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 5) - Sky Experience Adventure, Cebu

Ada yang tertanya-tanya kat Crown Regency Hotel tu ada apa? Sebenarnya kat sini ada satu tarikan semacam taman tema iaitu Sky Experience Adventure yang terletak di atas sebuah bangunan tertinggi di Cebu!
Edge Coaster yang aku cuba. Yang naik ride dalam gambar tu bukan aku..

Berada pada ketinggian sekitar 470 kaki atau bersamaan 40 tingkat, Sky Experience Adventure (SEA) ini menyediakan beberapa pengalaman yang menguji kegayatan. Antaranya seperti Edge Coaster, Sky Walk Extreme, Paramount Climbing Wall, dan Cliff Hanger. Harga setiapnya boleh rujuk di sini.


Aku agak kabur sebaik sahaja sampai ke Crown Regency Hotel ni. Tak tahu nak cari jalan masuk ke SEA. Terpaksa pergi kat kaunter penyambut tetamu hotel tu.

Ada dua tower hotel ni. Kena pergi ke tower B. Nak cari lift naik ke tower ni pun agak tricky jugak, mujur direction yang diberi oleh receptionist kat kaunter tadi agak jelas.

Lepas naik lift, akan sampai kat kaunter SEA ni. Kat level ni juga ada restoren. Non-halal rasanya. Kalau setakat nak beli air dalam tin atau air kotak takpe lah.

entrance fee bayar di sini
 gambar diambil dari dalam lift
level 40
Nanti, bila kita dah pilih pakej yang berkenan di hati, diorang akan bagi wrist band untuk dipakai. Warna oren. Aku cuma pilih Edge Coaster je. Bukan sebab tak berani tapi memikirkan kos dan keriangan menikmati ride yang ada secara seorang diri macam tak berbaloi kalau dilakukan juga.

Kaunter daftar masuk Edge Coaster cuma setingkat lebih tinggi dari level kaunter beli tiket (aras 39). Kat sini disediakan rak penyimpanan beg/barang peribadi dengan sedikit deposit (akan dipulangkan semula)
kaunter daftar Edge Coaster
Pengalaman naik edge coaster bagi aku cukup mengujakan. Bayangkan lah, coaster akan condong kira-kira 45 darjah ke arah luar bangunan setinggi 40 tingkat dan bergerak mengelilingi sepanjang tepi/edge bangunan tersebut.

Kalau lah safety belt tercabut, memang akan jatuh terus ke bawah tanpa apa-apa halangan! Seronok naik ride ni sebab dapat menyaksikan 360 darjah panorama Cebu city dari ketinggian 40 tingkat.

Kebetulan ketika aku naik ride ni, matahari sedang terbenam. Sangat awesome, tapi sayangnya kamera tidak dibenarkan ketika riding..

wrist band oren di tangan
akan ada pekerja Edge Coaster dengan murah hati tawarkan diri ambil gambar
teleskop tersedia. cuma bayar 10 peso saja
boleh merayau-rayau kat area yang dibenarkannya..
Kalau ada rakan yang naik ride ni, boleh dirakam melalui kawasan yang dikhaskan
Hari semakin gelap, bandar cebu makin bergemerlap
asalnya mahu cuba guna teleskop ni, tapi tak jadi sebab dah gelap, nanti tak nampak apa-apa.. lagi parah kalau nampak hantu. hehe
Fuente Osmena. Ada air pancut kat tengah bulatan tu..
cahaya neon
banyak teropong macam ni kat sana. tak payah nak berebut-rebut ok..
sky extreme adventure.. ada berani?


kalau kecut perut ada toilet, terletak antara lorong dari lift ke kaunter Edge Coaster..
lagi.. Fuente Osmena
try to radar Santo Nino, tapi tak nampak..
good bye Edge Coaster..
Aku rasa, kalau datang ramai-ramai berteman memang happening naik semua kat sini. Aku datang sorang diri, jadi darjah keterujaannya tu belum memuncak sangat..

Aku suka tengok muka cuak sesiapa yang cuba benda-benda alah ni walaupun diri sendiri pun cuak jugak. hahaha..

Pabila hari makin gelap, baru teringat perut meronta untuk diisi. Mujur aku dah siap-siap cari dalam internet kat mana ada restoren halal.

Sambil turun lift dan berjalan ke arah restoren halal, aku isi perut dulu dengan jajan yang aku beli petang tadi. Dried Mango. Boleh tahan sedap. Lupa nak snap jenama apa yang aku beli. Ada banyak brand mangga kering terjual di Supermarket Robinson, sampai naik juling aku nak pilih..

Dan destinasi seterusnya, bergerak mencari restoren halal..

***Bersambung..

Khamis, 8 Januari 2015

[TRAVEL] Maganda Boracay! (Part 4) - Jejaki Tempat Menarik di Cebu

Masih lagi di Cebu. Walaupun Cebu boleh dianggap pusat komersial dan metropolitan kedua terpenting selepas Manila, masih terdapat tempat-tempat menarik untuk dilawati.

Banyak peninggalan sejarah terutamanya pembentukan kristianisasi pada era penjajahan barat dapat dilihat di sekitar Cebu.

Oleh kerana kekangan waktu, aku terpaksa memilih beberapa tempat sahaja untuk dilawati. Antara tempat yang dicadangkan seperti berikut:

Yap Sandiego Ancestral House - Dilihat dari segi luaran, tidak berapa menarik tetapi bila menapak ke dalamnya terasa berlaku perubahan zaman. Banyak alatan, gambar dan kelengkapan lama dipertontonkan di dalam rumah ini.

Basilica del Santo Nino - Dikatakan ibu segala gereja di filipina. Gereja tua yang masih aktif digunakan ini menyimpan sejarahnya tersendiri. Terdapat muzium kecil di dalamnya.

Magellan's Cross - Terletak bersebelahan dengan Basilica del Santo Nino. Dibina pada tahun 1521 dan dikatakan ketika itu Filipina di bawah pengaruh Sepanyol.

Ford San Fedro - Tapak bersejarah ini dibina sekitar 1700-an untuk mengekang penentangan masyarakat islam.

Colon Street - Antara laluan/jalan yang tertua di Cebu. Pelbagai perniagaan beroperasi sepanjang jalan ini dan bercirikan setempat.

Sebenarnya ada banyak lagi seperti Toist  Temple, Busay & Nivel Hill (for Tops Lookout), Museo Sugbo, Cebu Heritage Monument dan lain-lain.

Berbalik kepada kisah aku, selepas mencari sedikit maklumat di lobi hotel aku bercadang mahu ke Basilica del Santo Nino dan Magellan's Cross kerana lokasinya yang tidak berapa jauh dari Hotel Gran Prix dan Suite.

Nak pergi sana kalau jalan kaki rasanya boleh lenjun baju dek peluh sebab terletak lebih kurang 2.5km. Cara termudah dan murah adalah menaiki jeepney!

Kalau nak naik jeepney, harus sediakan wang lebih kecil. Di tangan aku semua note duit besar! Jadi aku dapat satu idea pergi masuk supermarket beli jajan dan air. Lagipun tekak aku ni memang dah haus sangat.

Aku masuk Robinson Mall just beli air mineral dan mangga kering (kat filipina memang femes). Lepas tu keluar mall, naik jejantas tunggu jeepney.

Masalahnya aku tak tahu nak naik jeepney yang mana satu.

Tanya la makcik yang menjaja kat tepi jalan tu. Sangat membantu. Tak payah sebut la Basilica del Santo Nino tu.. berbelit lidah tau. Sebut je Santo Nino.

Dan Nino itu bunyinya ni-nyo!
jeepney kat cebu ni macam lain sikit bentuknya berbanding di Manila
Okey, part naik jeepney ni menarik. Aku belum pernah naik sebelum ni. Kalau nak turun, diorang akan ketuk syiling pada tiang/dinding ataupun laung kuat-kuat.

Tapi yang lagi menarik, kalau korang duduk belakang dan nak bayar tambang kena pass kepada penumpang di sebelah, penumpang ni akan pass dari tangan ke tangan sehingga sampai ke pada driver.

Kalau tambang itu ada baki, driver akan pass pula dari tangan ke tangan para penumpang sehingga sampai pada tuan empunya balance tu.

Tambang jeepney kalau tak silap 8 peso sehala. Aku pakai duit syiling. Tiru gaya macam lokal bayar tambang. Main pass-pass je..

Kejap je atas jeepney, tak sempat nak ngorat awek pinoy dah kena turun. Laluan jeepney tak dapat masuk ke Santo Nino. Kena menapak dalam 500m lagi. Rasanya dia drop kat persimpangan Colon Street.

Ok la. Sambil jalan dapat cuci mata. Sampai aje kat Santo Nino tu, orang tengok aku ni atas bawah sebab dah dapat mengecam aku ni pelancong sebab kat tangan ada kamera. Kamera cikai aje pun..

dataran ni boleh memuatkan 3500 orang dalam satu masa
ada kerusi di sediakan untujk satu-satu upacara keagamaan
Basilica del Santo Nino
dalam bangunan ni gereja ni dah semacam muzium
dalam Basilica del Santo Nino
ada taman kat dalam tu
laluan yang ada
lukisan di dinding
taman..
dewan..
kat luar.. ada nyalaan lilin


Dah puas ke hulu ke hilir dalam gereja, rasa macam tak beri apa-apa makna selain dapat melampias mata memandang sesuatu yang sedikit berbeza; aku segera menuju ke Magellan's Cross pula yang terletak betul-betul bersebelahan Santo Nino church ni..

Kena lalu pintu gerbang. Tengok gambar kat bawah ni. Pintu masuk tu terletak dekat penjual belon.

menuju ke Magellan's Cross
kecik je Magellan's Cross ni rupanya..
jom masuk dalam..
ini aje.. cuma satu batang kayu salib
ada yang masuk sini sambil berdoa
pengenalan pada Magellan's Cross
bertentangan Magellan's Cross ada bangunan ni
ushar dari jauh je
bangunan city hall ni besar sebenarnya
Tak lama aku kat situ, nak masuk kedua-dua tempat tadi tak perlu bayar apa-apa pun, cuma disediakan tabung sumbangan kepada sesiapa yang pemurah.

Sekurang-kurangnya, aku dapat memahami amalan penganut kristian di Cebu ni bila pergi tempat-tempat tadi. Boleh dikatakan secara keseluruhannya mereka masih berpegang kuat pada kepercayaan agama. Taktau betul ke tidak, sebab aku pergi kat tempat religious ni.. memang la.. 

barang dan kelengkapan keagamaan dijual di sepanjang jalan ke sini
kedai lagi..
menuju ke Colon Street
cari jeepney nak balik
kena lintas jalan untuk dapatkan jeepney
tambang pulang pun sama seperti pergi.. tiada penipuan
menghayati panorama dari dalam jeepney
hari semakin gelap.. aku turun kat Crown Regency Hotel (tiada dalam gambar sebab letaknya disebelah kanan), pakcik sebelah aku tolong laung berhenti kat driver!
Aku tak terus pulang ke hotel tapi singgah di Crown Regency Hotel. Kat situ ada keriangan berganda! Keriangan yang menguji adrenalin..

Bersambung..



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...