nuffnang

NUFF

Jumaat, 30 September 2011

TRAVEL: VIENTIANE, LAOS (PART 2)

Tempat-tempat menarik di Vientiane (Sambungan Part 1)

- Setelah melewati 1 jam lebih di Patuxay, aku mara ke That Luang yang terletak hampir(mungkin lebih?) 1km dari gerbang Patuxay itu. Berjalan kaki sendirian cuma berpandukan peta yang diambil di kaunter hotel pagi tadi.
- Aku suka jalan kaki. Boleh menyaksikan panorama dan gelagat orang di sepanjang perjalanan ke sana.
- Walaupun hujan cuma rintik-rintik, lenjun juga baju aku setibanya di That Luang.

Lalu tepi wat. Banyak betul wat(candi) kat Laos ni..

Sebelum sampai kat pha That Luang, akan jumpa taman rekreasi ni dulu

Dah nak sampai ni, see ada tuk-tuk kat depan tu.. korang boleh je naik tuk-tuk kalau nak pegi sini. Jauh weh jalan kaki!
Jumpe gerai jualan cenderahati sebelum memasuki dataran Pha That Luang

Walaupun hujan, jual tetap jual..

Pandangan That Luang dari datarannya. Kat sini ramai fotograper yang menawarkan diri utk ambil picture korang. Bergambar dan bayar setiap keping foto yang diambil.. sape-sape yang tak bawak kamera, ini peluang terbaik korang!

Err.. aku tak pasti apakah nama bangunan ni.. sebelah Pha That Laung je.

Ambik gambar sendiri la.. tu la, datang lagi sorang-sorang!

Lagi, bangunan yang sama.. tak tau nama..

Pandangan sisi. Cantik senibinanya.

Yang ni pun aku tak tahu namanya.. siapa boleh tolong?

Corak ukirannya menarik..

Taraa.. Pah That Luang di depan mata!

Pintu depan That Luang.

Notis Waktu Operasi dan Bayaran masuk.

Pintu utama Pha That Luang.

Bila masuk aje kena bayar 5,000 kip..

Barang-barang upacara keagamaan. Banyaknya berhala. Hahaha..

Kepala naga sebagai pengadang tangga.

Lagi..patung berhala. Betul ke penggunaan bahasa aku ni?

Aku tak sembah patung berhala tu.. hehehe

Ada kat setiap 4 penjuru rumah ibadat buddha kecil ni.

bahagian timur-barat-utara-selatan nampak macam sama je bila berada dalam Pha That Luang tu.

Tak berapa luas sangat kawasan ni..

Dan tak ramai orang pun time aku sampai sini. Sunyi.

Seni bina & ukiran.

Sibuk gak nak posing.


hmmm.. ada lagi.


Patung ni diorang guna batu ape rasanya? Pakar geologi sila jawab. hahaha..

Cenderhati dijual di pintu masuk Pha That Luang.

Tak banyak. Tapi reasonable harganya kalau pandai tawar-menawar.


Korang baca sendiri la apa yang tertulis kat situ.

Kat luar, (sebelah timur That luang) ada lagi orang jual severnir nih!

Ada lagi wat kat sebelah That Laung ni.

Beli je severnir kat sini. Banyak pilihan. Harga kena pandai tawar.

Oh aku lupa pulak nama benda alah ni, dah baca.. tapi lupa. Layan gambar je la..

Berjalan pulang.. jumpa parkir pelik, tinggi gak nak naik atas divider jalan sebelum parking keter. dan plat keter diorang kaler kuning. hehehe..

-okey next destinasi, aku pegi ke khoundin market. Market ni terletak bersebelahan dengan talat soa morning market(depan hotel aku je). Sebenarnya tak ada apa yang menarik kat market ni. Banyak barang runcit dijual di sini. mostly macam pasar borong kat malaysia ni. Ada beberapa bahagian kat pasar ni. Barangan runcit, bahan basah, kain-baju, kedai makan, dan beberapa item lagi yg malas nak ditulis lagi sebahagian seksyen yg terdapat disini. hehe.

Stesen bas yang ringkas. Belakangnya terletak khoundin market. Ada beberapa lagi stesen bas kat vientiane ni. Masing-masing mempunyai haluan tersendiri.

Namapak tak bangunan talat sao yang berdepan dengan stesen bas ni? Stesen bas ni kecik je. Lupa pulak aku nak servey harga bas kat sini.

Ni la sebahagian kecil Khoundin market. Kraftangan diorang. Ada macam-macam lagi dijual kat sini. Aku tak rela masuk kawasan jual benda+haiwan exotik. huhu..


-Then lepas puas round pasar tu. aku beralih arah ke Talat Sao Morning Market. Yang canggihnya market ni terletak dalam bangunan. Banyak jual kain, alat-alat keagamaan, barang eletrik & elektronik, buku-buku, cenderamata, dan ditingkat atas banyak gilos jual barang kemas (emas tu!). Dari ubat-ubatan sampai ke CD pun diorang jual kat sini.

Jangan keliru, Morning market ni berada dalam bangunan. Kini ianya seolah-olah bercantum dengan dua buah mall yang baru didirikan di situ.

-Setelah berjalan kaki berkilo-kilo km, perut terasa lapar. Part cari makanan halal paling susah. Mujur ada kedai makan halal kat area ni. Aku terjumpa kedai makan ni bila masuk ke dalam sebuah mall yang berada kat sebelah Talat Sao Morning Market ni. Nama mall tu Talat Sao Mall. Saiz mall ni sederhana je. Restoren ni terletak ditingkat 3~ food court. Ada eskelator la kat laos ni (jakun jap... hehehe).
Kedai halal. Nazim Indian Food. Walaupun dia tetulis tanda halal, aku sangat berhati-hati.. sebab aku pernah baca kat blog orang lain sebelum ni. Sesetengah peniaga ni tak faham maksud 'halal'. Mereka pikir, kalau tak serve pork dan arak boleh dianggap halal. Sebenarnya halal tu bukan bergantung pada tu aje, haiwan(ayam, lembu etc.) perlu disembelih oleh ORANG ISLAM serta takde unsur-unsur DNA babi dalam mana-mana bahan masakan. Pengendalian perlu bersih.

Jadi sebagai langkah keselamatan, aku tak akan makan ayam atau daging sepanjang berada kat Laos. Menu kedai ni, memang takde daging lembu dan babi.

Kena pakai kad isian (cash card) ni untuk beli makanan. Kad ni dijual kat pintu masuk foodcourt kat Talat Sao Mall. Baki kad isian ni boleh di-refund semula.

Aku beli nasi goreng udang (prawn fried rice) berharga 11,000 kips..

Selasa, 20 September 2011

TRAVEL: VIENTIANE, LAOS (PART 1)

Sempena cuti Hari Malaysia (16sept) yang lalu, alhamdulillah percutian aku ke vientiane, laos akhirnya termakbul.. sebenarnya terdapat beberapa aral sepanjang percutian ni. Baiklah, aku mulakan dengan rentetan di mana bermula dari persiapan sampailah aku selamat pulang ke tanah air.

15 Sept, Khamis
- Aku dah siap-siap mintak cuti terlebih dahulu. Awal pagi lagi aku dah bertolak ke airport sibu.
- Flite yang sepatutnya pukul 10.20 pagi, delay.. masa ni aku berharap sangat supaya sempat connecting flite ke vientiane(pukul 3.05 pm!).
- Akhirnya tepat jam 12.35 baru flite sibu-kl berlepas. Mujur aku dah buat web check-in. Setibanya di Lcct (dalam 2.30 pm), aku berlari-lari anak untuk sampai ke pemeriksaan imigresen/kastam. Dah la jauh nak sampai situ & fuhh..ramai pulak orang beratur!
- Setibanya aku di waiting hall, terus aku beratur.. ketika tu tinggal 15 minit sebelum boarding.
- Tengah beratur, rupa-rupanya aku beratur bersama-sama penumpang yang akan ke Bandung. Aku pelik, sebab gate T9 ni sepatutnya ke Laos..
-Actually, flite ke Vientiane delay daaa.. aku tak tengok kat skrin. Dijangka kul 4.20 pm baru berlepas. So, tunggu lagi la..
- Akhirnya jam 5 lebih baru flite tiba dan hati aku rasa sedikit tenang.
- Penerbangan itu mengambil masa lebih kurang 2 jam 40 minit. Pendaratan aku di Vientiane disambut dengan cuaca hujan renyai-renyai.
-Setibanya di Airport Wattay(VTE) aku terus tukar USD 100, dapat 800,000 kip dan kemudian ke kaunter teksi membeli kupon sejumlah USD 7 untuk ke hotel.
- Pukul 7.05(waktu tempatan) ~Waktu M'sia=8.05pm tiba di depan hotel. Di sapa oleh penyambut tetamu dengan kata 'Sabaidee..' maksudnya hello/hai. Request bilik yang ada tingkap, tapi tak dapat..
- Kat luar hotel masih hujan, jadi aku bukak tv dan mandi dulu, then solat, kemudian.. zzzZZ zZZzz!

Hotel Princess Lane Xang ni bercirikan modern kontemporari. Kat lobby ada internet free via PC. Ada 3 PC disediakan di lobby. Bilik aku aras 3. Lif disediakan.

Bilik dilengkapi tv lcd, meja kopi, peti ais, hair dryer, cerek letrik, safety box, almari, pyjamas & wifi free.

16 Sept, Jumaat (Selamat Hari Malaysia!)
- Aku bangun awal, sempat masak air & buat air kopi. Hujan masih renyai-renyai kat luar.
- Pukul 7.00am baru aku turun ke lobby untuk sarapan (memang disediakan oleh hotel). Aku tengok menu. Ada menu western, local dan continental. Sarapan kat sini memang tak halal. Siap ada menu fried rice with pork! yekkss..
- Jadi aku terpaksa minta 2 biji telur ayam rebus dan jus oren sebagai sarapan. kira sebagai alas perut je..
- Selepas breakfast ringkas itu, kaki aku terus melangkah keluar hotel. Hujan masih rintik-rintik. Aku redah juga. Takkan nak berkurung dalam bilik kan?
- Aku menuju ke Patuxay, sebuah gerbang mercu tanda kemerdekaan bagi Laos. Hujan terus membasahi baju ku. Walaupun jaraknya lebih kurang 400m dari tempat menginapku, terasa agak jauh kerana hujan masih renyai-renyai menimpa si pejalan kaki cekal itu!
-Trafik agak lengang. Cuma agak sibuk di bulatan sekitar Arca Patuxay. Di situ aku bergambar sepuas-puasnya.
Patuxay disimbahi kerenyaian hujan

Patuxay terletak di penghujung(bhgn utara) Avenue Lane Xang

Kadang kala hujan lebat seketika. Terpaksa aku berteduh di bawah pondok hentian bas

Pemandangan dari sudut sebagai pejalan kaki (menuju ke Patuxay)

See. Tak sesak pun jalan raya kat sini.

Bergambar depan Patuxay. Patuxay ni adalah gabungan seni bina tempatan (buddha + hindu) dan perancis.

Terletak dalam roundabout yang besar. Patuxay tersergam indah.

Dihiasi taman, dan ada semacam gerai makan kat sini. Aku tak masuk pun.

Ada juga kolam pancuran air dalam taman di Patuxay tu.

Bendera Laos berkibar di hujung taman ini.

Gong perdamaian dunia disumbangkan oleh republik Indonesia. Tak sangka ada juga benda cenggini kat Laos.

Penggunaan Bahasa Melayu untuk terjemahan World Peace Gong!

Walaupun hujan. Masih ramai pengunjungnya.

Keindahan Patuxay. Walaupun warna agak luntur, namun menambahkan ciri-ciri 'kelihatan berusia'

Baca sendiri la. Jangan baca yg bahasa Loa, pasti korang tak faham..

Kenapa senget aku amik gambar ni?? hehe..

Kesinambungan unsur buddha dan hindu..

Usang sungguh tangga ni untuk naik ke atas gerbang Patuxay ni. Kena bayar tau. Kalau tak silap 2,000 kip.

Seni ukir & bina pada perabung gerbang itu.. meriah!

Intai dari lubang di celah-celah tangga.

Aras satu. Ada orang jual cenderhati. Harga standard. Sila tawar-menawar dulu sblm beli.

Tingkat 2. Hujan dah stop kejap masa ni..

Pemandangan dari tingkat atas Patuxay.

Uishh.. buruknya. Bila la kerajaan diorang ni nak renovate balik ni..

Tangga turun, tapi masih ada satu tingkat lagi..

Pandangan belakang Patuxay dari atas..

Ada lagi orang berjual pada aras ni..

Dah berlumut Patuxay ni. Anyway, cantik juga..

Tangga pusing ke aras paling tinggi!

Pemandangan dari aras tertinggi. Aku zoom ni..

Ni kalau aku tak zoom.. ada penghalang/jeriji besi.

Banyak juga pilihan kalau nak beli servenir kat sini. Rugi aku tak beli kat sini..
Part 2- Aku ke That Luang dan lain-lain tempat. That Laung - Simbol kerajaan Lao PDR. Sila klik part 2

(bersambung part 2..)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...