nuffnang

NUFF

Khamis, 28 Julai 2011

PENERBANGAN MASWING (BKI-SBW)

Entri kali ini sebenarnya nak memecahkan kebuntuan penulisanku pada blog ni. Lama sangat tak masukkan input baru. Janji tinggal janji. Susah sangat nak paksa diri ini menulis. Selalu je tak jadi menaip bila nak mula berblogging. Aduh!

Sebelum lebih panjang aku mengarut, sila baca balik tajuk entri ni. Pasal MASwing kan? Adda yang menarik ke? Iye.. sebenarnya inilah penerbangan sulung aku menggunakan khidmat MASwing. Dah lama aku nak cuba, akhirnya pada tanggal 25 April 2011, dengan selamat aku berlepas dan mendarat menggunakan pesawat ATR 72-500 itu. Perjalanan sehala tersebut dari Kota Kinabalu ke Sibu. (FYI, aku pegi naik Malaysia Airlines (MAS) dari Kuching ke Kota Kinabalu). hehehe, percutian kali ke-2 ke KK dalam tahun ini!

Overall, macam biasa je penerbangan sulung tu, takde apa-apa insiden buruk pun. Cuma pesawat yang kecik tu, agak bergoyang(bergegar) sikit bila nak take-off dan landing. Kebetulan, kiri-kanan & depan-belakang seat aku takde orang, jadi aku dengan selamba nyer duduk macam rupa nak baring..hahaha.

Kat KKIA (terminal 1), turun tangga menuju ke pesawat

Pesawat ATR 72-500 milik MASwing. Sebijik macam pesawat Firefly yang aku pernah naik dari Terengganu ke Subang.

Keadaan dalam pesawat. Ada dihidangkan air. Kalau tak silap, kat pintu masuk pesawat ada disediakan paper. Ermm ??? dah lupa la.

P/s- Tak sangka aku masih simpan lagi gambar ni ada dalam henset aku. Terfikir pulak nak tulis pasal lawatan persendirian aku kali ke-2 kat KK bulan April hari tu, tapi malas pulak nak menaip. huhu..

Rabu, 6 Julai 2011

UMRAH 2011

Alhamdulillah.. aku amat-amat bersyukur kepada Allah kerana diberi kesempatan untuk menghampiri baitullah (dijemput ke rumah Allah) serta melalukan ibadat umrah dengan lancar.
Beberapa gambar ketika di Tanah Suci

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...