nuffnang

NUFF

Rabu, 24 Februari 2010

SCHOOLNET

Selalu orang tanya aku, macam mana aku online sedangkan sekolah aku tu begitu terpencil dan takde coverage talipon. Biasanya soalan ini diajukan oleh kawan-kawan aku yang berada di semenanjung. So, aku pun susah jugak nak terangkan pada mereka tu. Untuk memenuhi kehendak diorang, maka aku tampalkan di sini beberapa gambar yang berkaitan. Korang agak-agak la sendiri menda alah di bawah ni.. malas aku nak explain! hahahaha..

Internet kat sekolahku, ianya disebut schoolnet

Rabu, 17 Februari 2010

SAWAH PADI

Aku tak tau nak cerita apa, jadi aku sengaja letakkan gambar sawah padi ni..bukan saja-saja aku letak gambar tu. Gambar tu sebenarnya diambil kat kawasan bersebelahan taman perumahan yang aku sewa sekarang (kat saratok). Pemandangan tersebut hanya dapat dilihat jika aku mengambil jalan short-cut menuju ke pekan saratok daripada kawasan perumahan aku.


Sekarang ni, padi tak menguning lagi..belum musim menuai ler..jadi semuanya nampak hijau..jangan salah anggap ianya adalah lalang!

Isnin, 8 Februari 2010

KISAH 2 MINGGU LALU

Sudah lama aku ingin ceritakan kisah ni, dan kemudiannya tertangguh sehingga 2 minggu.. Begini kisahnya; Pada 2 minggu lepas, aku dan 2 orang lagi rakan telah melakukan medical check up di Hospital Betong. Asalnya kami mahu menyudahkan misi itu di Hospital Saratok aje, tapi terlalu lewat temujanji yang disyaratkan oleh pihak hospital itu. Kami perlu menyegerakan tindakan itu kerana laporan medical check up beserta beberapa borang lain hendaklah dihantar tidak terlalu lewat kepada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)Sarawak sebagai tanda kami menerima tawaran pelantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS).

Selepas membuat medical check up yang tak sampai sejam setengah tu, kami terus betolak ke Kuching. Macam makan angin je ke sana. Tak banyak tempat yang aku pergi, tempat yang biasa kami pergi menjadi hala tuju kami seperti Waterfront,Pasar Satok,dan beberapa Supermarket di Kuching. Dan di Sarawak Plaza kami telah mencuba fast-food shop yang bernama Hartz Chicken Buffet. Setiap daripada kami perlu membayar rm17 lebih untuk menjamah segala makanan yang tersedia di situ. Apa lagi, kami pulun makan puas-puas. Sampai licin pinggan! Pastu menambah lagi..duduk kat dalam Hartz tu sehingga cukup 2jam! hahaha...

Pada minggu lepas pulak, aku terpaksa berdiet sebab nak singkirkan lemak-lemak yang hasil daripada pemakanan yang terlampau tu! Huhuhuh..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...